Friday, 7 January 2011

Gulai Pisang Muda

Assalamualaikum semua..
Ini lauk kami tengahari tadi..ini bukan lauk feveret untuk anak2 tapi memandangkan maknya dah tak tahan tengok pisang muda ni sewaktu ke pasar pagi tadi,terus di rembat je pisang muda ni..makcik kat pasar tu bagi free jek..sebab seciput jek akak rembat..sesuai sangat utk akak menggulai buat makan tengahari tadi..tak ada stok utk malam pun..dah habis dah..korang mintak pun akak tak dapat bagi..
huuuuiih..sedap wey,ada pulak udang..udang segar baru naik dari laut lagi tuh..manis jadi nya gulai ni..meh tgk resepi sempoi dari akak...

bahan2

udang 15 ekor (akak kira tu)
cili padi 10 biji *(tak mau byk2 nnt tak rasa manis udang dan pisang)
sedikit kunyit hidup*
bahan2 bertanda * di kisar bersama
1 batang serai- di titik
12 biji pisang muda-kalau nak lebih pun takpe tapi adjust le dgn cili dan kunyit tu ya
santan segar rm3
sedikit air utk di campurkan dgn santan..kalau mau pekat tambah sedikit je air tu
garam secukup rasa

Ini bahan utk merendam pisang
2 keping asam keping
sedikit air utk merendam pisang
2 sudu besar garam

cara2

1-sediakan air utk merendam pisang
2-ambil pisang tadi dan buang kulit ari nya dan rendam dalam air yang berisi 2sb garam dan asam keping..ini utk mengelakkan pisang itu lebam.ambil kulit ari tu sekali.sedap tu
3-letak periuk atas dapur.masukan pisang,sedikit garam,cili padi yang sudah di kisar,serai dan 2 sb santan.gaul sebati.
4-kacau atas api selama 10min.masukan santan dan kacau hingga mendidih.
5-masukan udang.
6-perlahankan api dan masukan asam keping.
7-masak hingga keluar sedikit minyak.
rasakan garamnya.


tu,cili merah tu saja nak entreprem lah tu..
nampak kulit pisang tu?..itu lah yang sedap sekali..
pisang ni sedap juga kalau buat masak lemak putih..




Tips:seperti biasa akak masak masakan cili padi org NS..tidak ada bawang tapi pastikan santannya pekat..
Jika mau menggulai pisang,Jangan sekali2 masukan asam keping di awal masakan kerana ini boleh membuatkan gulai kita jadi lebam..

4 comments:

Azlita Aziz said...

sedapnyer... lama tak makan pisang muda masak lomak ni... wah esok nak gi cari pisang la...
kak pisang ada lebih... bak la ita sesikat...

Unknown said...

salam kak anim, sedapnya terliur lak saya mlm2 ni...haha k.ita, esok buat lbh skit nk pi mkn umah kak ta la...hehe

anymz said...

to azlita
kihkih...pi cari ita..esekali sedap lah ita kan?..kalo pure kg stle kena ada sambal belacan dan ikan msin sekali nih..pergghhh
pisang da abis lah ita..akak ambik pun seciput jek


to nieza
yg pi tgk mlm2 buat apa..
datang lah siang2 boleh lunch sekali..erkk..kita siang awak mlm ke nieza?hehe

ma'chiks said...

salam..ada beberapa blog saya singgah sgt kagum mereka yg masak jantung pisang,pisang muda,ubi kemili,batang keladi,keladi moyang dan sewaktunya, suka makan jenis2 camni tapi x tau masak, n tak venture sgt..