Sejujurnya entri hari ini untuk mengucapkan syukur dan ribuan terima kaseh buat En Mus..suami akak kerana menghadiahkan akak menda alah ni..akak sebolehnya ingin merakam kan rasa terima kaseh ini di blog my story tetapi memandangkan ini berkaitan dgn hal dapur maka akak ingin berkongsi keriangan hari ini dengan kawan2 dan adik2 dari teman sepermainan masak2..
En mus baru tau harga ikan melambung tinggi..nak tergelak pun ado..selama ni beliau masih ingat harga ikan kembong bawah 10 henggit.bila dia ikut akak ke pasar baru2 ni mau terbeliak mata pakcik nengok harga ikan di pasaran..
Permintaannya agar akak terus ke kuala sungai baru,Melaka (ikan dr laut) dan borong ikan banyak2 di sana dan buat simpanan utk dua minggu atau lebih..itu lebih menjimatkan..,katanya.mesti korang terperanjat kan..?
waaah!ramainya rakyat kat rumah kak anim..muhahahaaa....ya betul 10 markah untuk anda..rumah akak menjadi port utk adik2 berkumpul..kalau peti ais yg biasa tu,beso gedabak macam mana pun tetap tak cukup nak isi ikan,ayam daging bagai.belum lagi dgn nugget si ainul dan ais batunya...macam nak muntah dah akak tgk..kalau esbok tu boleh bercakap mesti akak di maki2nya...lemas aku wey..katanya..kekeke
alhamdulillah..rezeki..
tak tau le jenama ni tahan lama mana.
17 comments:
senang kalau ada camgini...senang nak menyimpankan...tak yah nak gi pasar selalu sgt.
Assalamualaikum....
Kak Anymz nanti tumpang letak ikan kat umah akak ye. Bila nak masak nanti saya pi ambik. Hehehe
waaaaaa... nak tumpang simpan jugak besok2 ayam itik kamben lembu... peti es tadak! peti surat jerk ada! kekekeke
bestnya...boleh simpan banyak2.....mas pun ada ati gak nak beli...tunggu dok rumah sendiri nanti...he..he..
nnti boleh mas tumpangkan kambing sekor...wakaka...kalau peti ais mas..kepala kambing jer muat...
Kak anim.. Kalu rumah akak tmpt port bkumpul mmg sesuai sangt. Kt rumah mak kt kg pun ada.senangkan.. Lembu kamben kobau semua boleh masukk.. Hihi
kak anim...hilang masalah nak simpan bahan mentah...saya ni masih ada masalah tu..haha
assalamualaikum kak...baguih benor ni esp ms hr raya :) tu x kira lagi blogger yg asyik mengendeng dapor hr tiap2 hari..lg ramai klu nk kira sume :)))
to kasihredha
dulu2 kat rumah dah ada kak..tapi kecik je..masa tu anak2 pun kecik2 lagi pun tak muat jugak.ntah apa2 isi kat dlm nya.hehe
to kak sam
meh silakan..itu pun kalo boleh di isi lagi..ini pun dah separuh penuh dah ni.hehe
kak anim, bestnyer mcm2 boleh simpan tu kak...saya kat sini ada peti ais besor kat luar umah...tu yg tak kisah sgt tapi bila blk msia nk jugak yg mcm ini...hehehe
to hana
wakaka..peti surat pun boleh simpan dalam ni hana..
nanti leh bawak balik stroberi satu guni ek..akak nak frozenkan..boleh gitu??
to mas
ini freezer akak yg kedua.yang pertama dulu da rosak.masa tu anak2 kecik2 lagi..mmg perlu ada freezer dlm rumah kita sekarang ni mas.boleh kita merajinkan diri buat donut frozen,karipap frozen kan?..
to izahdaut
betul tu izah..yang tak tahan sekali masa raya..esp raya korban..macam nak terkorban esbok akak tu di buatnya.daging korban sedeqah jiran2 sampai dah nak termuntah2..bila adik2 balik berkumpul ayam tak cukup 2 ekor,mana lah nak muat kan?.
to norul
memang hilang masalah norul.cuma sekarang ni penat sikit la nak mengemas memuunggah brg2 yg dlm esbok lama ke freezer tu..byk kojo den
to Dell
masa raya yg tension giler dell.rumah akak selalu buat rendang itik utk raya.itik tu kena order pulak dulu.bayangkan mana nak sumbat.dgn dagingnya,dgn ikan nya..ni alhamdulillah selesai masalah loading.hehe
to nieza
kalau keluarga besor tak apa nieza,kalau keluarga kecik cam membazir je pulak kan?..
Salam Kak Anim,
bestnya dpt freezer besar gedabak ni. Memang boleh simpan segala mcm ikan, daging & ayam. Tak payah pergi shopping utk sebulan :-).
But hati2 ye, jgn sampai terjatuk masuk dlm freezer tu bila tgh sibuk cari benda kat dasar freezer tu, hehehhe ;-)
Post a Comment