Assalamualaikum semua
Malam2 minggu ni mesti takde orang kat rumah kan?..ke sedang dok lepak2 depan TV..
Akak buat cupcake ni petang tadi.
Alhamdulillah..hari ini akak dan suami berkesempatan pergi ke kenduri orang kawin,menziarahi sahabat yang sakit di serang stroke dan juga menziarah kawan2 lama arwah mak akak..panjang2 tali silaturrahim..dapat jugak gulai ayam kampung tadi .Terima kaseh yo pada kak Timah dan anak2..best.
Sekembalinya akak ke rumah adik pulak talipon nak datang dan bermalam di rumah akak.
Adik ni ada enam org anak yang berusia dari 7-16 thn.Akak decide buat cupcake ni lepas intai di rumah mas itu hari..seronok melayan anak2 sedara.
Masa diorang sampai,kek ni baru je di keluarkan dari oven.percaya atau tidak..sekelip mata je habis.
Alhamdulillah....
Meh kita tengok resepi yang akak kopipes dari rumah Mas.Mas pulak ambil dari rumah Hasue.
Hasue godek2 dan ubahsuai dari rumah AlongRoz.isshh,,panjangnya kek ni merantau...
Super Moist Chocolate Cupcake
by
anymz mykitchen
source1:AlongRoz
source2 :Hasue
source3:Mas Duniaku
Bahan-bahan:
- * 100g Serbuk Koko*
- * 180g Gula pasir*
- * 1 tin Susu sejat*
- * 200g Minyak Masak Sayuran*
- * 250g Susu Pekat*
- * 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
- * 150g Tepung Gandum
- * 1 st Soda Bikarbonat
- * 1st Baking Powder
Cara membuatnya :
- Campurkan kesemua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
- Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
- Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
- Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!
5 comments:
Assalamualaikum akak...
seronok kan akak berkumpul ramai2 bersama anak2 saudara... dok sambil bersembang2... seronoknyaaa...
ermm... moist nye choc cke tu akak... sedaaap tu ... d makan selepas d keluarkan dr oven.. sedap2!
slm k'Nim...lama tak bersua, slm rindu..he..he, akak apa khabar? Chocolate cake yg diminati ramai..sedap la tu kak, sbb tu cepat jer clear..
salam ..
kak tak pernah lagi jumpa resepi ni..mmg lain dari yg lain ni..akak copy ya..masuk list dulu..cantik kek
akak..sama la bekas mapin tu....
biru mata hitamku nengoknya....
aritu nak ngomen kat sini tapi x lepas laa kak..hehe..
laku je kalo ada penggemar ceklat kan..nak buat pun senang yg amat..best lg buh dlm cup biru..i loikeee
Post a Comment