Thursday 15 December 2011

Masak Lemak Ikan Senangin 2

 Assalamualaikum semua

Bersiaran secara ringkas aje malam ni.Nak bagi idea untuk sesiapa yang nak masak lemak cili padi tengahari esok.Maklum esok hari Jumaat.Mungkin ada yang nak hidangkan menu masak lemak kan..Maka akak cadangkan kanlah masak lemak cili padi ikan senangin ni.Memang sedap sebab ikan senangin banyak isi..Kurang tulang dan isi nya memang tersedia rasa lemak.Keluarga akak memang suka dengan ikan senangin,biasa memang kami buat masak lemak cili padi atau di goreng begitu saja..
Hari ni akak masak dengan peria katak..
Seperti biasa resepi2 masak lemak akak hampir kesemuanya tanpa bawang atau serai cuma mengharapkan santan yang pekat di sesuaikan dengan rasa asam,garam yang sebati..
Dan penggunaan santan kotak memang tidak sesuai untuk mendapat hasil yang asli seperti masakan org negori kerana santan kotak cuma dapat memekatkan kuah dan nampak berlemak tetapi tidak mengeluarkan minyak dan rasa manis seperti penggunaan santan segar yang asli.Tapi amat sesuai lah bagi yang ingin mengurangkan kolestrol dalam badan ya..Tiada masalah di situ.Guna jelah santan kotak..


Masak Lemak Ikan Senangin 2
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 ekor ikan senangin atau sebarang ikan saiz sedang-di bersihkan di potong ikut suka
20 tangkai cili padi-di tumbuk halus
sedikit kunyit hidup-di tumbuk halus
santan-akak guna santan segar rm2-ambil 1/2 cawan sebagai pati-ketepikan
1/2 liter air
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
Peria-di bersihkan di belah 6-rendam dengan air bergaram-Tos dan bersih-ketepikan
1 biji limau kasturi-perah airnya dan ketepikan
Cara

Masukkan santan dan air ke dalam periuk
Masukkan cili padi dan kunyit yang di tumbuk
Masukkan garam juga asam gelugur
Kacau hingga mendidih
Masukkan ikan.Kacau hingga sebati
Dah mendidih masukkan peria
Kecilkan api masukkan lebihan santan yang di asingkan
Kacau sebentar dan biarkan ia mendidih dgn api yang perlahan hingga masak kuah.
Masukkan air perlahan air limau kasturi
Tutup api jika sudah sebati rasa masam dan masin.

Hidangkan ini sebagai menu lunch esok bersama2 ayam goreng,tauhu sumbat atau dengan ikan bakar..
Pasti menjilat jari....:)

*.-.INGIN AKAK BAGI TIPS DI SINI,MASAK LEMAK JIKALAU MAHU CANTIK KUAHNYA HENDAKLAH SENTIASA DI KACAU..
-JIKA NAMPAK KUAH PECAH MINYAK ITU TANDANYA KUAH ITU KURANG GARAM.SEBAB TU BILA KITA MEMASAK LEMAK PADA AWALNYA HENDAKLAH MASUKKAN GARAM YANG SECUKUPNYA DALAM KUAH AGAR KUAH TIDAK PECAH MINYAK..
-DAN PASTIKAN SEBELUM TUTUP API MASUKKAN PATI DAN PERAHAN AIR LIMAU KASTURI SEBAGAI MENAMBAH PERISA..

-ITU LAH RAHSIA MASAK LEMAK ORANG NEGORI BILA HIDANGAN MASAKAN MEREKA SENTIASA CANTIK DAN RASA YANG SEBATI DENGAN LEMAK,MASAM DAN MASIN..



8 comments:

NoorMasri said...

oh sedapnya masak lemak camni...cam dah terasa2 kat tekak ni

Liza said...

salam kak anim...baru Liza tau diaorg masukkan perahan air limau yer, ingatkan masuk asam gelugur tu dah cukup...thnx sharing yer kak...

tun_telani said...

wah2.. masak lemak lagi.. duk kt kampung ni mmg best, senang dpt santan fresh.. kt bintulu guna santan kotak je. mmg beza betul rasa kalau masak guna santan fresh ni. mmg lagi sedap!
ikan senangin ikan sungai kan kak nim? hasben tun suka sgt mkn ikan nii.. tun ikan sungai ni slow sket.

Amie said...

Assalam Kak Anim cayangggg...
campur dengan peria katak ye, walaupun pahit tapi banyak khasiatnya tu, memang sedap masak lemak dengan ikan kan kak...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak anim cayang...
sedapnya tgk masak lemak ikan tu akak... terliurnya diana tgk... dah lama x masak gini.. ari tu ada makan baru jer.. tp bukan diana yg masak.. nie nampak lagi kat dapur akak nie.. tergoda sudah.. nak masak juga..

rahel said...

waaa macam bejanji pulak kita ni Kak Anymz..Rahel pun ada masak lemak ikan kering..sedapnyaa..

quinnie said...

tap..tap...bunyi air liur nitik bila masuk sini...hahahah..sedapnya kak..suka saya gulai lemak cara akak ni..memang dah jadik kesukaan saya sekarnag..masak mesti cara akak ni....memang terbaik...:)

Ayu said...

Assalam kak anim,
ah nilah yang ditunggu2..lauk lemak padi ikan dari kak anim..sedap ni kak..