Thursday 15 December 2011

Moist Brownies

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah akak dapat bersiaran di awal pagi..Ada beberapa perkara yang perlu di bereskan sebelum akak bercuti sebentar pada hujung tahun ni..InsyaAllah nanti2 akak umumkan ya..Visa pun sudah di perolehi..Cuma masa dan izin Allah swt aje lagi yang akak pohonkan..Kali ni en suami tidak ikut sebab kesibukan tugas dan menemankan Ainul di rumah..
Akak buat moist brownies ni dengan secara tidak sengaja sebenarnya..Itu yang kaler nya tidak hitam seperti yang sepatutnya..Nak tengok yg hitam menawan sila ke rumah Yatie ya..
Akak terpaksa lapis bronis ni utk meninggikan rupa bronis ni..Dah tersilap masuk acuan..memandangkan akak saja2 nak buat bronis malas pulak nak tukar2 ke acuan yg lebih kecil..malas nak cuci pinggan mangkuk..
Tengok betapa banyaknya perkataan malas di situ..hehe
Apa2 pun akak simpan resepi ni sebagai salah satu koleksi brownies akak kerana brownies sememangnya my fav kek...

Moist Brownies
by
anymz mykitchen
Sumber:Yatie

Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (brown sugar)

Bahan B (kacau rata)

2 biji telur gred B
1 s/k esen vanila

Bahan C (ayak)

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat

Cara

Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 min
Kacau bahan A supaya sebati
Masukkan bahan B dan kacau rata
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati
Lapikkan kertas dalam loyang 10 x10 inci
Bakar selama 45-50 min
Sejukkan kek dan salutkan dengan krim coklat

Bahan Topping Coklat

250 gm cooking coklat
1 sb butter
1 sk susu cair

Cara

Panaskan coklat dalam periuk secara double boiler
Bila coklat telah cair tutp api dan campurkan butter.Kacau sebati
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

kebetulan kawan2 ada yang menyinggah semalam..Akak pun hidangkan..Rezeki diorang..
Sedap lah kak..kata mereka..

10 comments:

Azlita Aziz said...

Salam kak Anim..
Selamat pagi...

Waaa... bestnya akak nak gi bercuti.. ke mana lah destinasinya tu kan kak.. ita dah lama tak bercuti.. dulu masa anak kecik2 rajin jugak gi bercuti.. yg paling ita suka masa gi Australia.. rasa macam tak nak balik..hihi cuma tak dapat nak shopping lebih2 sebab barang2 kat sana boleh tahan jugak harganya..
selamat bercuti ye kak...

bronies akak nampak menarik.. mula ita ingat kek.. rupanya brownies.. nampak macam kek pulak bila dah dilapiskan begitu.. mesti sedap ni kan kak.. nanti boleh cuba ni..

CT Delima said...

As'salam Kak Anim

Selamat pagi kak anim cayanggggg! memang sedap brownies kak. ct pernah juga buat brownies rasanya resipi dari Rinnchan kot. Tang letak kacang almond dalam tu yang tak boleh tahan. Bila makan terasa2 kat tekak..Ummm kak Anim ada lagi tak, nak jugakkk..hihihi

Nak bercuti2 ya Kak, bestnya ke KOREA ker nak ikuttt! hehehe. semoga urusan dipermudahkan ya kak :)

Kak Rose said...

Salam Anim, selamat bercuti n enjoy ur holiday....

ada lagi ke bronis tu... nampak sungguh menggoda tekak kak rose!

ady said...

as-salam kak anymz

mmg npk moist brownies tu kak..sedaplah tgk..kak anymz nak bercuti..cuti kat mana kak..? bestnyeee..

Gee® said...

Salam kak Nim, owww... nk cuti2 mesia yer... selamat berenjoy... balik nanti buat lagi brownies ni yer sy nk dtg makan.... heeeeee

Ummi said...

Assalam Anim cayang...nak bercuti ke mana tu...nak ituuuuttt...hehehe...Kalau x bg ituuuttt, tinggalkan separuh loyang brownies tuk Ummi eh.... :))

Kazman / Sue said...

layan kek coklat pulaa... sedapnyaa...

rahel said...

Salam Kak Anymz..sukanya Rahel tengok brownies ni..klu kat dapur Rahel..memang dah kena siram ngan sos coklat la alamatnya..emm yummy banget..

Love2cook Malaysia said...

Hi dear kak!!! Sedapnya nampak brownies tu. Nak tapau for me and kids :)))

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

GORGEOUS brownies nie...nampak mudah...boleh cubala...anak2 pasal cholocate2 ni memang dia orang suka...