Wednesday 29 January 2014

Selamat Menyambut Tahun baru 2014 -Umrah 2013-2014 - Eps 1


Assalamualaikum semua

Ya Allah lamanya akak tak menulis di my kitchen.Apatah lagi nak mengapdet resepi2 baru atau recycle resepi lama.Kemalasan yang teramat melampau telah melanda diri tuan punya my kitchen.
Banyak perkara berlaku dalam kehidupan.Alhamdulillah rata2nya yg manis2 belaka..

Belum terlambat rasanya akak nak mengucapkan selamat menyambut tahun 2014 kpd rakan taulan, saudara mara yg sesekali ada menjengah di 'mykitchen'..Maaf semua siaran ulangan ya..Doakan akak rajin sikit thn ni.kiki

Pembuka cerita thn ni akak telah sekali lagi menjejakkan kaki ke tanah suci .Kali ini utk menunaikan umrah  pd 30-12-2013 yg lalu dan selamat kembali ke tanah air pd 10-1-2014.
Alhamdulillah semuanya selamat dan akak postkan gambar kami di sini dgn tiada niat lain semata hanya utk membangkitkan rasa rindu kalian utk sama2 menyimpan niat utk ke tanah suci.
Tidak kira lah samada utk menunaikan haji maupun umrah.


Amat jarang sekali kami ambil gambar berdua
Eksklusif utk pengunjung my kitchen nih


Pemergian kami kali ini di sertai anak kedua dan yang bongsu
Siapa lagi kalau bukan Ainul
Alhamdulillah

Kami naik Saudi Airlines sbb en suami mau kan penerbangan terus ke Madinah utk 
berjumpa RasulAllah saw dahulu

Ya kini di Madinah
Pic ni sebelum kami memulakan ziarah utk ke masjid Quba.Jabal Uhud dsbnya

Dengan abangah yg sentiasa bersenang hati dan ceria di sana

Bersama sepupu yang bersama kami dlm perjalanan kali ini
Kak Pah dan anak2nya

Alhamdulillah akak menjadi mutawwif kepada sepupu yg pertama kali menjejakkan 
kaki ke tanah suci Madinah
Kami terlepas ziarah keliling masjid Nabawi bersama ustazah sebenarnya
Sebagai ganti akak terpaksa membawa keluarga sepupu utk menziarahi perkuburan Baqi' dan
ziarah kawasan sekitar

Okay lah sekian dulu bicara akak utk kali ini
Insha Allah nanti kita ketemu di episod yang lainnya
Dan semoga kalian yg berkunjung di sini sentiasa mendapat rahmat Allah hendaknya.In sha Allah amiiiin


Friday 27 September 2013

Kuah Dal Dan Roti Canai

 Assalamualaikum

Apa khabar pengunjung2 mykitchen hari ini?..Sehat?..Sarapan apa hari ini?.
Hari ini akak sarapan roti canai..keke..Roti canai segera yo..keluar freezer defrost dlm 15 min Panaskan koli,letak butter sikit terus tepek roti canai atas koli non stick..Siap..makan bertiga dgn Ainul dan en somi kenyang kami dgn kuah Dal yg di buat sendiri..Pueh hati..Pergghhhhhh..mmg sedap kalau buat sendiri.

Resepi akak ambik dari dapo kakak cantik kak Erna..Dua pupu akak ni.Kami berkongsi moyang yg sama.
Kak!!! halal kan resepi ni yo..sodap kak..hihi



Kuah Dal
by
anymz mykitchen

Bahan

1/2 kg kacang dal
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering-akak terlupa tu yg ada lado bosa tu..
2 sudu besar halba campur
6 tangkai daun kari
sedikit serbuk kunyit jika suka
garam secukup rasa
Cara

Kacang di rendam hingga kembang (lebih kurang 4 jam) dan di rebus hingga empuk
Hiris bawang merah dan putih dan cili kering di gunting kasar
Tumis bawang merah dan putih,cili kering,halba campur dan daun kari hingga wangi
Setelah naik bau tutup api dan curahkan bahan2 ini ke dalam periuk rebusan kacang dal
Tambah air jika perlu dan letak garam secukup rasa
Masak hingga menepati kepekatan yang di kehendaki..
Siappp...sonang amek kan?..hehe

Wednesday 25 September 2013

Ayam Sambal

Assalamualaikum semua

Hari ni kita makan ayam lah pulak.Dah berapa hari asyik dok makan kek roti jemu pulak ya dak?
Ayam sambal ni kita tanya lah semua org siapa lah yang tak suka . kan?
Antara fav seisi rumah ni..Sebenarnya sambal ayam sesuai di gabungkan dgn semua jenis nasi spt nasi putih .nasi minyak.nasi tomato atau apa2 jenis nasi lah..
Resepi sgt simple.Semua org tau masakan akak mmg ringkas sgt resepinya.Walau bagaimana pun akak sertakan juga di sini buat panduan adik2 yang baru mengenalkan dirinya ke dapur..hihi

Ayam Sambal
by
anymz mykitchen

Bahan2

1/2 ekor ayam di potong ikut suka-bersihkan dan ketepikan
Garam 
Kunyit
Minyak utk menggoreng
15 tangkai cili kering-di rebus hgga kembang
2 hiris halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu kecil gula


Cara

Panaskan minyak dalam kuali
Ayam yang sudah di bersihkan di gaul bersama garam dan kunyit dan goreng hingga masak
Sementara itu cili kering yang sudah kembang toskan airnya dan kisar bersama 1 labu bawang besar,halia dan 3 ulas bawang putih
Ayam yang sudah masak angkat dan toskan minyak
Dengan minyak yang sedia ada keluarkan sedikit dan tinggalkan baki secukupnya utk menumis cili
Tumis cili kering yang sudah di kisar hingga terbit minyak
Masukn air asam jawa.garam dan gula secukup rasa
Masukkan ayam dan gaul bersama dan sedia utk di hidangkan
Boleh juga tabur bawang besar yang di hiris bulat sbg hiasan

Tuesday 24 September 2013

Chicken Floss Bun

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah janji pd diri kalau boleh nak update resepi setiap hari..Naaaa..sudah tiga hari akak di beri rezeki kesihatan yang baik dan waktu yang cukup terluang utk kita sama2 berkongsi resepi aneka masakan..Syukur alhamdulillah.

Okay hari ini kita meroti pulak ya..
Resepi asal tidak menggunakan sebarang bahan penaik atau bahan pelembut..Bagi sesiapa yang ingin mempelajari  roti tanpa menggunakan bahan2 tersebut boleh email akak ya dan op kos bukan pree..hehe
Walau bagaimanapun pengunjung2 mykitchen boleh juga meneroka resepi utk ciken floss bun ini di SINI..Akak pernah buat suatu ketika dahulu..

Chicken Floss Bun
by
anymz mykitchen


Bahan

selain ciken floss boleh juga di tabur serunding
jika suka..mmg sedap
400 gm tepung roti
8   gm yis
2  gm bread improver
4  gm garam
72 gm   gula
240 gm air
48 gm mentega

Chicken Floss dan mayonis

Cara

Satukan bahan2 kering spt tpg roti,yis,garam dan gula
Gaul guna spatula
Masukkan air dan putar dgn kelajuan perlahan
Tukar ke kelajuan yang sederhana dan putar lebih kurang 3 min
Masukkan mentega dan putar lagi dgn kelajuan sederhana hingga elastik
Timbang setiap adunan sebyk 50 gm
Uli dan rehatkan selama 10 min.
Uli lagi adunan dan rehatkan di atas dulang pembakar sehingga doh naik dua kali ganda
Bakar dgn suhu 180 selama 12-15 min
Dah siap sejukkan dulu roti dan sapu permukaan dgn mayonis dan boleh lah di tabur ciken floss di atasnya


memang menjadi fav seisi rumah roti begini

Monday 23 September 2013

Hokkaido Chiffon CupCake

 Assalamualaikum semua

Waaaaa...jangan mintak cupcake ni..
Akak sendiri pun dah hampir terlupa bila haribulan akak membuatnya..Tgk dlm file ada gambar hokkaido cc terus akak tergerak nak update lagi blog usang yg sudah sgt berdebu dan byk sawang ni..hihi

Ramai yang dah buatkan?.Akak je yang masih terkial2 nak menerai semua jenis masakan dan kek yang sudah byk ketinggalan..
Hokkaido chiffon cc ni mmg sedap.Gebu lagi teksturnya..tambahan lagi dgn rasa lemak inti kastad..wallah mmg ohsem rasanya.
Resepi dah lama akak simpan hasil skodeng dr dapur Ita dan Mas..TerimaKaseh pd empunya resepi dan jutaan terimakaseh kerana sudi berkongsi dgn kami semua .



Hokkaido Chiffon Cupcake
by
anymz mykitchen


Bahan 
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji putih telur1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Cara
Panaskan oven pada suhu 170 
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besarAtau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang kerasAtau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder.
 Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.



CREAM CUSTARD
by Honey

1 sudu besar tepung 
1 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar gula 
200ml (1 cup) susu segar 
1 biji telur (L size) 
1 sudu besar mentega 
1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.



Sunday 22 September 2013

Snow CheeseCake

 Assalamualaikum semua

Apa khabar pengunjung2 mykitchen dan sahabat2 baru akak di sini.
Alhamdulillah setelah sekian lama hampir 7 bulan rasanya, baru kini akak kembali bersiaran.Bukannya tidak ada masa malah kini akak punya banyaaak sgt masa terluang tapi tu lah kalau dulu masa terluang itu di isi dgn sembang2 dan mengeratkan silaturrahim dgn rakan2 di fb dan blog kini kekangan masa itu di isi dgn mempelajari benda2 baru dan kajian tentang resepi2 terkini..
InsyaAllah dalam masa terdekat akan akak kongsikan resepi2 terkini ya..Doakan akak sehat je..

Baiklah...akak tengok dlm fb ramai betul kawan2 yg sudah mengambil order kek yg sgt mabeles ni..bukan mabeles sangat mabeles kata anak2..Nyesal pun ada bila mula lambat..Alhamdulillah kita kongsikan di mykitchen pulak ya.
Sumber akak dpt dari mek IjahDaut..Dan yang paling seronok akak menggunakan tpg superfine di mana tekstur kejadian kek ini sgt2 istimewa jadinya..Very soft.Gebu ckp melayunya dan saranan akak WAJIB korang mencuba..tak susah malah sangat senang membuatnya.
Akak menggunakan sebyk 3 biji loyang 8" dgn membuat timbangan dlm 270gm seloyang..dan akak jadikan 3 lapisan atau 3 tgkt kek ni..hasilnya Wow!!! sgt sedappppp tauuu.

Cubalah..tak rugi


Snow CheeseCake
by
 anymz mykitchen
Resepi:Sherry @myR
Sumber;IzahDaut


Bahan
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna tepung superfine
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla


  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.


  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
       Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.



Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
*izah potong kek  menggunakan benang
*akak guna 3 biji loyang 8".timbang dulu lebih kurang 270 gm satu loyang
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.



Tak boleh tahan dengan kek yang mewah dengan cheese ni.
Bila makan satu nak satu dan nak satu
Makan dengan perasaan sambil lelap mata gitu..



Tuesday 26 February 2013

Roti Goreng Rangup

Assalamualaikum semua

Sudah menjadi kebiasaan pulak mengapdet sebelah malam.
Rumah dan dapur akak masih lagi under renovation..Sebelah siang akak kena banyak mengemas dan memasak.Selepas waktu maghrib baru lah akak ada waktu untuk diri sendiri.

Akak simpan resepi roti goreng rangup ni sudah agak lama...Salin di buku conteng2 je masa tu..Jumpa di dapur Mas Duniaku...Bila akak selongkar laci dan terjumpa semula resepi ni terus akak buat sebagai hidangan minum petang kami...Mekaseh Sue (empunya resepi)..Mek Mukah yang sedang berehat panjang.Bila akak ke dapur nya maaak oooi..last apdet 2 bulan sudah..Sue wakeupppppppp..



Roti Goreng Rangup
by
anymz mykitchen
Sumber:Mas@Duniaku



Bahan :
  • 8 keping roti
  • Serikaya - Secukupnya
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara :
  1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
  5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.


Kalau ada si kecil boleh potong kecil2 lebih menarik gitu kata sue