Showing posts with label chinese food. Show all posts
Showing posts with label chinese food. Show all posts

Sunday, 4 March 2012

Sup Kepah

 Assalamualaikum semua

Waaaah...dah lama tak update mykitchen masa cuti hujung minggu..Hari ni ada banyak masa time..(anak2 sila jangan guna ayat ini naaaa)
Pagi tadi saja ronda2 berdua dgn Ainul mencari ikang segar di Kuala Sg Baru...Ramai betul orang hari ni..nasib baik orang2 kat situ dah kenal muka sweet akak nih..dapat jugalah akak menyelit dan mempercepatkan proses pembayaran dan penyiangan ikan2 akak tu..hehe..apa punya ayat daaaaaa
Okay hari ni,kali ni dah confirm dah nama seafood yang akak post ni namanya ialah kepah..Ialah selalu bila post lala org kata kepah..sedangkan akak sendiri tak tau macam mana rupa bentuk kepah yang sebenarnya sbb setau akak lala kecik je....Tadi tokey pasar paksa akak beli kepah..
Kepah ni kulit dia tebal tapi isinya sama macam lala jugak..Tanya orang masak apa sedap..
'haiyak!semua selap lah..sweet cour,cup(sup) pun selap lah..'..ermmmm...memandangkan tak pernah try test lala ke kepah ke masak sup hari ni akak memberanikan diri le buat menu ni di tengahari Ahad ni...
Sedap memang sedap tapi akak dan family lebih suka makan lala..Entah apa yang membezakan rasanya aku pun tak tau lah...hehe

Sup Kepah
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 kg kepah-cuci bersih ketepikan
1/2 labu bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
halia-hiris
1 batang serai-di titik
10 ekor ikan bilis-di tumbuk lumat-kalau malas kiub pati ikan bilis pun boleh
Air secukupnya
garam secukup rasa
minyak


Cara

Panaskan periuk
Masukkan minyak
Tumis bahan hiris hingga wangi
Masukkan air,serai dan ikan bilis
Biarkan hingga mendidih
Rasakan garam
masukkan kepah
Kacau hingga masak
Bila nak hidang jangan lupa taburkan dgn daun bawang daun sup dan sedikit cili hiris.

Tuesday, 16 August 2011

Daging Goreng Ala Cina

Assalamualaikum

Entah kenapa mood nak makan chinese food tiba2 menusuk ke anak tekak..
Ini semua di sebabkan mood berkemas tiba2 datang.Akak menyusun majalah2 lama lalu terpandangkan buku Chinese food dari chef Nazira Noran.Belek punya belek punya belek sehingga hampir2 terbatal puasa..Takleh jadi terus tulis bahan2 yang perlu di beli.Alamak daging takde..Alah beli je daging frozen tu..adeh tak pernah beli daging frozen tapi sesekali apa salahnya mencuba kan?..Kena lah rebus dulu hingga empuk.takut lambat empuk pulak nanti.

Perlu akak tekankan di sini bagi sesiapa yang suka makan chinese food,resepi ni memang di akui terbaik di tekak kami seisi rumah.fullmark lah.Azfar anak sulong akak tu hirup2 kuahnya..
Memang sedaaaaaap sangat..terima Kaseh chef kerana sudi bukukan hidangan Cina ni dan izinkan akak share di sini pulak ya..

Daging Goreng Ala Cina
by
anymz mykitchen
Resepi:Chef Nazira Noran

Bahan-bahan

300 gm daging batang pinang
(di potong nipis dan di perap dgn sedikit garam)
1/2 biji cili capsicum hijau
1/2 biji cili capsicum merah
1/2 biji cili capsicum kuning
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
kesemua bahan di atas di potong memanjang
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos hoisin-ini akak tambah
1 sudu makan kicap manis
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula
sedikit daun ketumbar
sedikit daun bawang
1/2 cawan air
1 sudu makan minyak bijan
minyak masak



Cara

Perapkan daging sekurang2nya 10 min.
Panaskan sedikit minyak dan goreng separuh masak daging yang di perap.
Masukkan halia dan bawang putih,tumis hingga wangi dan gaulkan daging tadi hinggas ebati.
Masukkan sos tiram,sos hoisin,kicap manis dan goreng lagi.
Masukkan air dan biarkan mendidih bagi melembutkan daging.
Masukkan serbuk lada putih ,sedikit gula dan goreng hingga daging empuk.
Akhir sekali masukkan cili capsicum.daun ketumbar dan daun bawang.
Hidangkan panas2..



Sunday, 13 February 2011

Udang Goreng Oat Berkari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat jugak akak bersiaran hari ni..maklum selalu hujung2 minggu begini..sibuknya tak boleh nak cakaplah,..padahal rakyat di rumah ni sudah mula berkurangan lepas diorang cuti panjang sempena CNY tu hari.
Lauk ni akak masak tengahari tadi untuk ainul dan wazir.Diorang tak kesah pun kalau takde lauk berkuah maka maknya ini pun ambil kesempatan je lah kan.masak cincai2 je..akak jumpa resepi ni dulu2 di majalah saji..tapi banyak yang akak derhaka kan sebab resepi asal akak tgk agak leceh..setelah di olah begini lah rupanya..


Udang Goreng Oat Berkari

bahan2

10 ekor udang size sederhana-di potong sedikit hujung kepala dan ekornya.bersihkan.ketepikan

bahanA
1 biji putih telur-di pukul
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit tepung ubi

bahan B
2 sudu besar oat
3 keping biskut cream cracker
3 tangkai daun kari
semua bahan ini di kisar menggunakan mesin pengisar kering
2 ulas cili hidup-di kisar dgn mesin pengisar kering
2 ulas bawang putih-di sagat


sedikit minyak

cara

Gaul udang bersama putih telur dan lada sulah.biar sebentar.kemudian gaul udang bersama tepung ubi dan goreng sehingga masak.angkat
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit.
Tumis cili hidup dan bersama bawang putih hingga naik bau.masukan bahan2 A dan masukan udang dan kacau rata hingga berwarna keperang2an..(spt dlm gambar)
sudah masak sedia untuk di hidangkan


makan dgn serdak tu pun dah sedap.




Monday, 3 January 2011

sayur-sayuran goreng tepung tempura

Ekceli ini entri terdesak..jangan kan tidak..saja nak bagi semangat tahun baru ni...akak masih lagi agak keletihan sebab sebaik balik dr JB,aktiviti akak berjalan tak berhenti2..aiiyoo lotih den..
Disebabkan akak teringin sangat nak meratah sayur macam2 tu je, akak pun goreng le terung,bendir dan kambas ni dgn tepung tempura...huuiihh..banyak den makan..tu dalam pinggan tu semua habis akak sapu licin..takde cicah2 sos pun..ratah2 cenggitu je sambil2 nonton 'tiramisu'...nak bagi resepi ke??..akak letak je lah ya..untuk anak2 di masa depan jangan tak tau pulak kan?..

bahan2

3 buah terung panjang-di potong menyerong
1/2 potong kambas atau peria panjang-di potong bulat nipis
4 batang kacang bendir=di kerat dua
semua bahan di atas di cuci bersih
tepung tempura

cara

panaskan minyak yang banyak kerana kita goreng secara deep fry
sediakan tepung seperti arahan di kampit tepung tu
celup sayur2 ke dalam adunan tepung dan goreng hingga berwarna keperang2an
taraaa...dah siap..dan terus ngaap..
mudah kan??

cuba kalau kambas tu kita buat sayur goreng,mau ke anak2 ni makan?

sebelum makan akak lap dulu dgn tissue..banyak sgt minyak
kombang tokak den..

sekian edisi sayur2 goreng bertempura dari akak yang sedang buhsan tahap cipan..

Friday, 26 November 2010

sayur bak choy dan tauhu jepun/telur

salam semua,
ini menu makan tengahari tadi .
menu sehat dari hakak..hehehe..
memandangkan dua hari akak cuti main masak2 sebab gi umah org kawin,maka tadi akak buat sayur bak choy dgn tahu jepung ni je..buat lauk ringkas2 dan simple.anak2 suka lah sebab ada ayam sebagai sampingan.akak ratah je sayur tu..

bahan2

1 ikat sayur bak choy(ada 5 tangkai)
2 batang tahu jepun-di kerat 1/2 inci dan di goreng
1/2 cawan isi ayam/udang
2 ulas cili merah-di hiris
4 ulas bawang putih-di cincang
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
1 sb tepung jagung
1/2 cawan air
1 sb sos tiram
1 kiub ikan bilis
1 butir telur
sedikit air
minyak utk memasak


cara

panaskan minyak
tumis bawang putih dan bawang besar
masukan isi ayam/udang
masukan sedikit air
masukan sos tiram dan kiub
masukan tepung jagung yg sudah di bancuh dgn 1/2 cwn air
masukan telur,biarkan bbrp saat baru kacau
dah mendidih masukan tahu jepun yg sudah di goreng
akhir sekali nasukan sayur
tutup api dan sedia untuk di hidangkan


ayam ni akak masak chicken teriyaki dgn sos kicap pedas jer..
sesekali ubah selera tak makan lemak2..

Monday, 1 November 2010

Sayur Bak Choy



Hah..lagi sekali kita ke negeri Cina ya..
Ini untuk kakak2 yang nak masak sayur esok,tapi tak tau nak masak sayur apa..hehe
aku masak ni sekali dgn telur goreng tu..sekali harung buat chinese food..

bahan2

1 ikat sayur bak choy
1 mangkuk kecil cendawan tiram
3 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar
kedua2 bawang di atas di cincang ya adik2
1 kiub ikan bilis
1 sudu makan tepung jagung di campur dgn 1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
1/2 cawan air

cara

panaskan minyak,kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi
kemudian masukan 1/2 cawan air.
biar mendidih,
masukan kiub dan sos tiram
masukan air yang telah di bancuh dgn tepung jagung
bila sudah mendidih masukan telur.jgn kocak dulu.biarkan 20 saat.
kocak telur
masukan sayur bak choy dan cendawan tiram dan tutup api.kacau rata.
sedia untuk di hidangkan.
makan panas2..

Nampak tak??..hah akak tak letak ayam ke,udang ke sebagai perencah.
Ini utk bg tau adik yg baru belajar masak tu,kalau takde perencah pun,kita masih lagi boleh goreng sayur yg sedap..
Lagi satu akak tak letak garam sebab kiub dan sos tiram tu dah masin ya.


Telur Goreng Cina




telur goreng cina


Hari tu kita gi singapore makan tauhu goreng kan,hari ni kita gi ng Cina pulak makan telur goreng..giving you all some idea jugak lah ni untuk masak campak2 hari ni.mudah sangat..lelap mata pun leh buat,jgn termasuk jari tu dlm kuali sudah le ya..

resepi simple ni ambik dari buku chef Nazira Nora

bahan2

3 biji telur ayam(di campur sedikit garam)
1/2 batang lobak merah-di potong mancis
2 tangkai daun bawang=di potong bentuk mancis juga)
2 tangkai daun kucai-(di potong mancis)
1 biji cili merah-di hiris nipis
2 ulas bawang putih-di hiris nipis
1 st serbuk lada putih
1 st minyak bijan

cara

panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi
masukan lobak merah,cili merah dan daun bawang,gaul dan masak sekata
masukan telur dan kacau telur dgn campuran bahan tadi
taburkan garam jika suka dan lada putih
masukan daun kucai yang sudah di potong dan gaul sekali lagi
sedia untuk di hidangkan..

taraaaa..mudahkan!

Thursday, 13 May 2010

bihun kantonis

ini hubby punya


hari tu saya dah janji nak bg resepi bihun kantonis.bihun ni baru je kami selesaikan. ngap terus dlm perut.


bahan2 yg di perlukan

1 paket bihun
4 ketul daging ayam tanpa tulang- di hiris halus
15 ekor udang- buang kepala dan ekor,belah belakang
2 keping fishcake -di potong
1 ikat sawi muda- kerat 4
6 atau 7 helai sawi panjang- di kerat2
5 ulas bawang putih- di cincang halus
3 sb sos tiram
kiub ayam
1 liter air
2 sb tepung jagung di bancuh dgn 1 cawan air
2 butir telur-di kocak2
1 sudu besar lada sulah/lada hitam


cara

keluarkan bihun.masuk dlm mangkuk besar dan di gunting dua.ketepikan.jgn kena air
panaskan 5 sb minyak
tumis bawang putih
masukn daging ayam
masukkan 1 liter air/1 kole
masukn udang
masukn sos tiram
masukn kiub ayam
masukn air tpg jagung
masukn sayur
masukn telur yg telah di kocak2.
masukn lada sulah/lada hitam

(spt biasa saya tak letak garam kalau dah letak sos tiram dan kiub)

dah mendidih kecilkan api.
dalam kuali lain
panaskan minyak yg banyak kerana bihun akan di goreng cara deep fry.
ambil bihun keluarkan sekeping demi sekeping.kemudian di gunting dua,terus di goreng sampai jadi kerinting,mcm kita goreng utk makan dgn soto tu.

angkat bihun letak dlm pinggan dan terus curahkan kuah tadi keatasnya.hidang dgn lada api potong atau jeruk cili hijau..


ini saya punya