Assalamualaikum semua
Alhamdulillah akak dapat bersiaran di awal pagi..Ada beberapa perkara yang perlu di bereskan sebelum akak bercuti sebentar pada hujung tahun ni..InsyaAllah nanti2 akak umumkan ya..Visa pun sudah di perolehi..Cuma masa dan izin Allah swt aje lagi yang akak pohonkan..Kali ni en suami tidak ikut sebab kesibukan tugas dan menemankan Ainul di rumah..
Akak buat moist brownies ni dengan secara tidak sengaja sebenarnya..Itu yang kaler nya tidak hitam seperti yang sepatutnya..Nak tengok yg hitam menawan sila ke rumah Yatie ya..
Akak terpaksa lapis bronis ni utk meninggikan rupa bronis ni..Dah tersilap masuk acuan..memandangkan akak saja2 nak buat bronis malas pulak nak tukar2 ke acuan yg lebih kecil..malas nak cuci pinggan mangkuk..
Tengok betapa banyaknya perkataan malas di situ..hehe
Apa2 pun akak simpan resepi ni sebagai salah satu koleksi brownies akak kerana brownies sememangnya my fav kek...
Moist Brownies
by
anymz mykitchen
Sumber:Yatie
Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang (brown sugar)
Bahan B (kacau rata)
2 biji telur gred B
Bahan C (ayak)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
Cara
Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 min
Kacau bahan A supaya sebati
Masukkan bahan B dan kacau rata
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati
Lapikkan kertas dalam loyang 10 x10 inci
Bakar selama 45-50 min
Sejukkan kek dan salutkan dengan krim coklat
Bahan Topping Coklat
250 gm cooking coklat
1 sb butter
1 sk susu cair
Cara
Panaskan coklat dalam periuk secara double boiler
Bila coklat telah cair tutp api dan campurkan butter.Kacau sebati
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan
kebetulan kawan2 ada yang menyinggah semalam..Akak pun hidangkan..Rezeki diorang..
Sedap lah kak..kata mereka..