Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Friday, 12 August 2011

Egg With Sweet Sour Sauce

Assalamualaikum semua

Buat apa tu?
Gempak tak tajuk tu?!!....
Hantam sajalah..Tak dapek den nak pikir lai dah..
Jangan marah ya..Kan akak dah bagi tau semalam,akak telah memulakan dari semalam menu2 khas utk org2 bujang dan dara yang sudah kehabisan idea utk memasak.TerimaKasih dan sama2 akak ucapkan pd yang berterimakasih semalam..(ntah apa2 je ayat ni )
Itu lah tujuan yang sebenarnya.Hajat di hati ingin memudahkan teman2 semua lebih2 lagi yang berkerjaya.Balik ke rumah sinsing lengan baju mulalah menyibukkan diri menyediakan juadah berbuka..
Hari ni akak bagi satu lagi resepi telur yang selalu akak buat masa anak2 masih kecil.Masa tu keadaan akak memang tak boleh nak cakaplah.Walaupun tak bekerja tapi kesibukannya tetap sama.Bukan mudah menguruskan 6 orang anak yang jarak usia selang dua tahun.Sekitar 5.00 pagi sudah bangun menguruskan anak2 yang bersekolah dan menghantar mereka dgn jarak rumah 10km.Bayangkan sehari akak perlu berulangalik sebanyak enam kali termasuk menghantar mereka ke kelas kafa dan tuition..Apa2 pun itu lah kenangan terindah dalam diari hidup dalam membesarkan anak2 yang mana manisnya sudah mula akak kecapi kini.Syukur alhamdulillah.
Ceritanya bila sibuk2 tu inilah salah satu menu sempoi yang paling anak2 suka dari dulu hingga kini.Meh tengok resepi


Egg with sweet sour sauce
Resepi
from
anymz mykitchen

Bahan-bahan

3 biji telur di goreng mata kerbau-ketepikan
1 labu bawang besar-hiris bulat
1 ulas bawang putih
3 biji lada merah-1 biji di tumbuk dan dua lagi di hirs-jika tahan pedas boleh guna cili padi
3 sudu besar mix vege
4 sudu besar sos cili Thai
1/4 cawan air
1 sudu teh gula
garam secukup rasa


Cara

Guna kuali yang sama menggoreng telur
Panaskan minyak lebihan telur tadi dalam anggaran 3 sudu besar.
Tumis bawang putih dan bawang besar
Bila sudah naik bau masukkan lada merah yang sudah ditumbuk halus
Masukkan sos cili Thai dan air-dulu2 akak guna sos tomato dan sos cili
Masukkan gula dan garam
Akhir sekali masukkan mix vege
Didihkan sebentar
Curahkan kuah sos ke atas telur mata kerbau yang telah sedia dalam pinggan
Hidangkan


Boleh juga letak sos tiram jika suka
Cubalah sesekali bertukar selera.Pasti menjadi kesukaan anak2.

Thursday, 11 August 2011

Sambal Telur

Assalamualaikum semua

Entri akak petang ni khas untuk si bujang dan dara yang kepingin nak masak sendiri tapi hilang idea nak masak apa.Juga buat anak2 akak yang sudah mula hidup bersendirian di luar sana.InsyaAllah lepas ni akak cuba ketengahkan menu yg simple buat kalian semua untuk mencuba waktu berbuka nanti.
Kadang2 jemu juga dgn lauk pauk yang ada di bazar ramadhan tu kan?Harganya toksah nak cakaplah.Nak buat macam mana harga barang2 basah pun bukannya murah.
Harap2 takde lagi bunyi2an..'mak mcm mana nak masak ini atau kak macam mana nak masak itu.'
Kalau boleh tu cuba lah masak walau pun hanya menu yg ringkas.Contohnya seperti masakan hari ni


Sambal Telur
by
anymz mykitchen
Sumber:majalah saji 2005

Bahan-bahan

3 biji telur
1 labu bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
1 cawan cili kering kisar
1 keping asam gelugur
Garam dan Gula


Cara

Panaskan minyak dan tumis kedua-dua jenis bawang hingga kuning
Kemudian masukkan sedikit garam dan gula
Tuangkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.Masukkan juga asam gelugur
Setelah sambal sudah masak,pecahkan telur ke dalamnya
Biarkan telur masak sendiri di atas api yang kecil.


Sambal telur jenis ini berbeza cara memasaknya
Telur mata kerbau yang di pecahkan terus dalam sambal boleh juga di hancurkan sedikit ataupun di biar begitu saja.

Sunday, 7 August 2011

Asyik-asyik masak ni.Jemu ke?

Assalamualaikum semua

Selamat berhari minggu buat semua pengunjung2 mykitchen ya.Maaf, semalam tiada entri baru.
Ada kebizian yang melampau.Sila jamu mata akak berbuka dengan lauk apa semalam..Biasa la bila di landa kebizian kita pun mula la masak yang simple2 je kan..Rembat je apa yang ada depan mata..Okay bagi sesiapa yang tidak ada idea tu boleh buat masak lomak telur itik ni ya..Ada yang tidak berselera makan masak lomak bulan posa ni ya..Nak buat macam mana kan selera kita masing2 bukan boleh kira masa saat2 begini.Mengejar masa lagi akak waktu ni.
Malam ni akak di undang ke rumah tetamu dari Jepun tu pulak......mmmm..apa lah yang akan di hidangkan oleh cik Anie kita tu ya...


Masak Lemak telur Itik
by
anymz mykitchen



bahan-bahan

10 biji telur itik
cili api blend 1senduk.
santan segar 1/2 kg atau santan dari 2 biji kelapa
Jika menggunakan santan segar tambah dengan 2 cawan air
sebelum campurkan dengan 2 cawan air asingkan dulu santan 1/2 cawan sebagai pati
garam secukup rasa

utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.

cara

sediakan periuk
masukkan santan dan air dgn bahan tumbuk dan juga garam
kacau hingga mendidih
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 dlm mangkuk berasingan(ini utk mengelakkan ada telur yg busuk)
jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
dah masukn telur ke dalam periuk berisi santan
jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.
kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
masukkan pati
kacau perlahan2 dan bila kuning telur sudah masak besarkan api,kacau sebentar,tutup api dan sedia untuk di hidangkan.


mana gambar yg elok yang di atas ke yang ini?

cincaluk berulam petai sebagai ulam.
bagi yang tak berpuasa tu boleh lah makan.kalau tidak jgn cuba2 nak makan petai masa bulan posa.tak tahan air wuduk.nak solat terawih pun tak selesa.


Wednesday, 3 August 2011

Telur Kukus Sri Rampai

Assalamualaikum semua

Ini salah satu menu berbuka petang tadi..tergoda tengok telur sri rampai ni kat rumah Nor tu hari baru kini berkesempatan nak mencuba.sebelum2 ni ada jumpa di majalah tapi tak pernah nak ambik tau.Bila Nor post kan menu ni di dapur dia terkejut akak..senang rupa2nya.kenapa sebelum ni,akak rasa payah amat2 nak buat telur sri rampai ni ah??
Nor,maaf ya.akak kopipes semua sekali..dengan tulisan2 nor sekali akak copy.dah mengantuk ni.Esok2 baru akak BW ke rumah teman2 ya..
TerimaKasih ya Nor dan tidak lupa jugak buat chef Asma.

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
by
anymz mykitchen

Bahan:
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
1/2 cawan daging ayam yg dicincang-akak tak letak




Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit. k.nor lebihkan masa mengukus kepada 10 min sbb ada tambahan isi ayam dlm tu
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

Tuesday, 2 August 2011

Telur Sosej

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah sudah dua hari kita berpuasa dan syukur juga kepadaNYA sepanjang dua hari ni akak dapat lalui dgn tenang dan bertenaga mungkin sebab berkat berpuasa rejab dan sya'aban tempoh hari.
Di tempat akak ni sudah dua hari cuaca panas terik..Akak tak berapa lalu nak makan masa bersahur.Memang sejak amalkan puasa masa rejab dan syaaban tu hari akak tidak mengambil nasi waktu sahur.Akak cuma makan sekeping roti dan minum air nescafe.
Menu hari ni boleh juga di cuba bagi sesiapa yang tidak mahu makan nasi waktu sahur.Boleh di makan dengan roti atau di ratah begitu saja.
Sebenarnya resepi akak ambik dari dapur kakPah yang sudah tersilap teknik nak masak telur dadar tapi di sebabkan kuali melekat terus kakpah buat telur sosej ni.Akak pun sebenarnya main cuba2 je terus anak2 terpikat dengan telur sosej nih.
Maaf ya belum sempat nak BW ke rumah kawan2..InsyaAllah esok akak akan menyusul ke rumah teman2..Entri hari ni pun secara auto post..

Telur Sosej
by
anymz mykitchen


Bahan

5 biji telur
1/4 cawan susu segargaram secukup rasa
lada hitam secukup rasa

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan pukul sebentar.
Inti:
5 batang sosej ayam atau daging. Potong nipis.
1/2 capsicum hijau potong dadu
1/2 capsicum merah potong dadu
1 biji bawang merah didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu
1 batang celery dihiris
3 sudu kacang peas
minyak zaitun untuk menumis (minyak lain pun boleh)

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila naik bau masukkan sosej. Kacau sebentar dan masukkan bahan lain kecuali tomato. Bila hampir masak masukkan tomato dan padamkan api. Ketepikan.
Panaskan minyak atau sedikit butter. Bila panas, masukkan telur. Masukkan pula bahan inti. Kacau perlahan-lahan sehingga telur kering dan agak garing. Siap.



makan dengan roti .
Sedap


Monday, 25 July 2011

Telur Rebus Berkuah Kismis

Assalamualaikum

Dan Selamat sejahtera buat semua pengunjung2 mykitchen.
Apa khabar semua agaknya ya..Dah habis berpuasa ganti ?Tinggal seminggu je lagi kita semua umat Islam akan menyambut bulan ramadhan..
Akak masak telur Rebus ni semalam masa tetamu ada di rumah.kan akak kata akak masak apa yang ada dalam peti ais tu aje..hehehe..
Eh!sedaplah telur rebus resepi DJ ni.ada rasa ala2 kuah pajeri..Rasanya menu ni pun sesuai untuk bersahur..kalau sesiapa boleh makan ikan masin tu,hah!sesuai sangat lah lauk ni di makan dengan ikan masin..isshh...sedap ni tau..Akak ingatkan anak2 bujang ni tak suka sekali Amir kata eh!ada kismis..sedap lah mak..tak tau lah maksud Amir tu kismis tu yang sedap atau lauk maknya yang sedap.muhahaha...Nak view yang lebih cantik sila lah ke Dapurku Sayang tu ya

Apa-apa pun terima kasih DJ atas resepi yang enak nih...khabarnya main campak2 je.


Telur Rebus Berkuah Kismis
by
anymz mykitchen

bahan-bahan :
  • 5 biji telur rebus (dibelah dua)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1/2 sudu makan rempah beriani (rempah kurma pun ok)
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit hirisan daun ketumbar/daun sup
  • 2 sudu makan kismis (prune atau buah kurma pun boleh)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • sedikit air dan susu cair
  • sedikit minyak sapi/minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa



Cara-cara :
  1. Bancuhkan rempah beriani bersama serbuk cili dengan sedikit air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi/minyak masak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis kayu manis, bawang merah, bawang putih dan bawang besar hingga terbit bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah beriani tadi dan diikuti puri tomato. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, air dan susu cair(optional) secukupnya. Apabila sudah mendidih, masukkan kismis, daun ketumbar/daun sup, garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Setelah masak, siramkan kuah ke atas telur rebus tadi. Hidangkan.

Friday, 17 June 2011

Telor Masak Taucu

Assalamualaikum semua

Hari ini tayang menu simple je lah ya.Akak ke pasar sekitar kawasan tempat tinggal je tadi..tujuan nak beli ayam..suka tau beli ayam fresh yang baru di sembelih..sekali tengok kedai ayam tutup..tokeh makan angin ke Sarawak..wey,!bg Zali ke sarawak tak bagi tau yo..ese nak kirim pes laksa hj manan...huhu
Pastu akak ke tempat apek jual ikan yang hidup segan mati tak mau tu..Pun tutup jugak..apek ni ada kedai runcit di kawasan itu ..rupa2nya dia tutup kedai ikan sebab ikan mahal katanya..sapa mau beli maaaa,...ya tak ya jugak semalam dia jual sotong sampai 18 henggit sekilo.ikan tenggiri toksah cerita lah..adeh!..hari ni hari Jumaat..tadi cadang nak buat ayam mayonis nor,ganu tu..udahnya anak2 hari ni kita makan ayam jugak ya..Telor Ayam..janji ada nama ayam kan?..

Hari tu pegi rumah kjee terliur tengok telor masak taucu kjee ni..Terus akak kopipes je resepi kjee dari situ..terimakaseh kjee....memang anak2 suka..something new kata diorang..
Layan dulu menu ni ya.akak nak pikir2 jap nak buat kueh apa ptg nanti..kejap2 lagi kalau sempat insyaAllah akak jalan2 ke rumah teman2 ya...kihkihkih..

Telor Masak Taucu
by
anymz mykitchen
Source:KJEE

BAHAN2NYA:

5 biji telor (digoreng mata kerbau)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih dimayang
cili padi (ikut suka banyak mana nak letak. Ditoreh sikit atau ketuk)
2 sudu besar taucu
sedikit ikan bilis (sejemput jer)
Cili merah (optional)
1 asam keping
1 inci halia (dihiris)






CARA:

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Masukkan kira2 satu cawan air, taucu dan cili padi/api, halia serta cili merah dan juga ikan bilis. Didihkan. Jangan bubuh garam. Bubuh sedikit gula dan asam keping. Biarkan didih kemudian masukkan telor. Bila sudah siap masak dan hendak padam api, rasa dulu cukup ke tidak masinnya. kalau perlu bubuh sedikit sahaja garam.


Sunday, 12 December 2010

Sambal Telur Lagi

Assalamualaikum,jumpa kita lagi hari ni ya..
Alhamdulillah,akak telah selamat sampai di rumah petang tadi..rasa2nya..lepas ni plan dok di rumah aje dulu kot..kain baju pun banyak sangat nak di cuci dan di lipat..
fuuuhh!!!..banyaknya keje..
Sambal telur ni entri ulangan,merupakan feveret my laling..pernah post entri ni suatu masa dulu..akak masak sambal ni sebelum keluar rumah hari jumaat tu hari..
seperti biasa..cara memasak akak,kadang2 tak sama ya.kita tengok kali ini akak masak macam mana pulak..


sambal telur

bahan2

4 biji telur-di rebus.di buang kulit.ketepikan
15 tangkai cili kering*
6 ulas bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
1/2 labu bawang besar-di hiris bulat2 sebagai hiasan
2 sudu makan udang kering*
2 sudu makan air asam jawa
sedikit gula
garam secukup rasa
minyak untuk memasak
kisar bahan2 yang bertanda *




cara

panaskan minyak.
goreng telur hingga bewarna agak keperang2an.
hati2 takut terpercik minyak.
angkat telur dan ketepikan
gunakan minyak yang sama,tumis cili kering yang telah di kisar hingga terbit minyak
masukan garam,gula dan air asam jawa.
dah cukup sebati rasa masin,masam dan manis,masukan telur yang telah di goreng tadi.jgn lupa hiaskan dgn bawang besar yang telah di hiris bulat.
kacau dan gaul bersama.
sedia untuk di hidangkan..


Monday, 3 May 2010

sambal telur

Tak ada idea nak masak apa ptg ni ek.?jgn risau.tp pikir dulu kat rumah ada telur tak?tu je kena ada.balik jgn salin baju dulu,terus rebus telur dulu.tak kisahlah nak rebus brape biji.tapi menu saya hari ini utk 4 biji telur jek.





bahan2

4 biji telur
cili kering sengenggam
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 sb udang kering
semua bahan di atas di kisar.tak halus pun tak apa.nak cepat kan
minyak
garam
gula

cara2
mula2 kupas le kulit telur tu
panaskan myk
goreng telur tu dgn api perlahan.bila dah nampak kaler coklat sikit kat telur tu,angkat le
kemudian dgn myk yg sedia ada,(jgn la byk sgt myk,melampau tu) tumis lah bahan2 yg telah di kisar
bila dah naik bau masuk bwg besar utk hiasan,tomato pun boleh juga.
rasakan garam dan gulanya.
dah pun siap utk di hidangkan.


cepatan panggil hubby utk mangan dong.sementara nasinya masih panas nih.

Sunday, 1 November 2009

masak lemak Telur Itik dgn Belimbing buloh

mmm...yummy2 hari ni rasa agak malas sikit.semlm gi market beli telur itik.dua tiga hari asek masak cincai2 jer so hari ni decide masak lauk hubby..alhamdulilah buka fridge dah ada cili api blend so apa lagi lebur aje lah kan??

10 biji telur itik
cili api blend 11/2 senduk.
santan rm3 atau santan dari 2 biji kelapa
Jika menggunakan santan segar tambah dengan 2 cawan air

utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.

cara

didihkan santan dan air dgn bahan tumbuk
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
pecahkan dlm bekas berasingan utk mengelakkan jika ada telur yg busuk.
dah masukn telur,jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.

kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
kacau perlahan2 dan bila kuning telur sudah masak baru tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

ps gulai ni biar pedas utk hilang rasa hanyir telur..