Assalamualaikum semua
Ni sedang takde koja cari koja lah namanya ni..saja tau si Hasuriah Tahir bagi akak homework.Orang nak berhujung minggu pun tak sonang sebab dok terkonang2 dgn homework yang tak siap ni..Pergi kenduri tadi pun dok ternampak2 award yang mengatakan blogger cantik (muhahaha..tak perasan tak sah ni wei)
Eh!dah elok masuk simpan award ni dalam draft tiba2 tengok Mas yang ada dunia sendiri gi tag akak pulak..
harrrrramaaak..!..takpe laie sonang kojo den..buat 2 in 1..kuikui
okay2..nak tau 7 perkara yang korang tak tau tentang akak ya...jap..jap..nak pikir..sebab ada gak tembelang akan pecah jugak hari ni...camne ya...sebab tengok rumah kawan2 panjang2 cerita diorang..akak buat rengkas2 dan pendek2 je lah ya..
7 Perkara yang korang tak tahu yer..meh tengok.
- Akak tak pandai bawak basikal...Bila dah tak pandai bawak basikal konpem akak tak pandai bawak motor.Jadi cita2 akak sebelum mencecah umur 50 ingin bawak motor sendiri....
- Pernah mengambil kelas jahitan semasa mengandungkan anak kedua.Tapi berhenti bila kandungan dah 7 bulan.sebab kaki bengkak..Gi kelas pakai kasut.Balik kelas kaki ayam..
- Pernah tidur dalam bathtub bilik air bila en somi terkunci pintu bilik....sebab masa tu syok betul bersembang dgn adik2 hingga jam 3 pagi.Bila naik masuk bilik tengok pintu dah terkunci.ketuk2 org kat dalam tu tak sedor langsung..takot nak tidur hall ruang tamu..Tak payah cerita lah ya macam mana rupa hall tu.Bila tanya balik en somi kenapa kunci? dia leh jawap..eh bukan ke awak dah tido?...haisshh,,,sapelah yg tido dgn dia mlm tu ya...huhu
- Pernah terlanggar batang paip masa main kejar2 masa darjah 2..kesan di muka bertanda hingga sekarang.
- Selain memasak akak suka melukis dan menulis.Nak emo dgn en somi pun akak tulis..sebab rasa susah nak guna mulut..
- Teringin nak panjat gunung
- Teringin nak belajar berenang.. sebab akak takut air.pernah lemas masa darjah 5.fobia. tu yang nak lawan balik air tu..
Jadi 5 orang lagi yang aku nak tau 7 perkara pasal mereka yang aku belum tahu lagi adalah;
Jangan lupa buat koja ni jugak ya..saja nak seronok2 antara teman main masak-masak