Showing posts with label bingka. Show all posts
Showing posts with label bingka. Show all posts

Friday, 30 March 2012

Bingka Biskut Crackers

Assalamualaikum semua

Di suatu hari yang damai...tiba2 keinginan untuk membakar rasa membuak2..aarrrgghh,,,baik ku bakar bingka aje lah dulu memandangkan semua orang dok kempen2 bingka sekut kraker ni ..maka  tanpa melengahkan masa,lengan baju kurung ku sinsingkan hingga ke siku lalu mula lah aku menyukat satu demi satu bahan2nya berpandu pada resepi yg sudah ku lakarkan di buku conteng tak pakai ainul anak bongsu aku yang selalu perasan comel tu...
Dengan bangganya semua bahan2 aku kisar..dan sudah terbayang2 di depan mata aku untuk menayangkan bingka sekut ni terlebih dahulu di mykitchen dan sudah pasti rasa riak mula menerjah diri ini apabila aku membayangkan yang aku sudah mendahului si Ijah untuk memaparkan bingka sekut yang sudah di tayangkan amalnya oleh Puan Yatie,En CMG,Che Ct dan Puan Mas.
Selesai semua bab terus ku sumbat bingka yg belum masak ini ke dalam oben ku...Dengan bangganya aku pun mengeset waktu..1 jam dr sekarang..TETAPI Tiba2.....

OOOOOmak kau.......Aku silap..aku silap...cam mana ni?.....semua bahan sudah ku sukat dengan betul yang tercicir TELUR 3 biji sedang elok tergolek2 atas sinki....huhuhu....nak buat macamana lagi?...Biarkan je lah
Sekian terimakaseh...
Itulah cerita akak di petang Jumaat ni...
Moral ceritanya..Lain kali masuk dapur jangan berangan.....nanges guling2....
Rasa dia?...ermmmm...tak ada apa2 perbezaan puuuuuunnnnnnnnnnnnnnn (ayat penyedap hati)
Resepi akak ambil dr mek Hana yg dok dlm pantang...dah habis pantang kot
Letak satu je gambar sebab marah kat diri sendiri..Takmo tengok dah gambar yg lain....


Bingka Biskut Crackers
by
anymz mykitchen
Sumber:Hana




Bahan-bahan
  • 140g biskut cracker @ setengah peket
  • 85g tepung gandum
  • 210g gula - kemanisan ikut citarasa masing2
  • 3 biji telur
  • 710ml santan @ susu cair - hana letak 11/2 tin susu cair dan air sedikit
  • 1 sudu besar butter@marjerin@minyak sapi - hana guna butter
  • 1sk pandan paste atau pewarna kuning
  • garam secubit
  • bijan sangai - jika suka
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dengan minyak.
  • Blend semua bahan kecuali bijan sehingga semua hancur.
  • Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  • Bakar selama 1jam sehingga keperangan.
  • Sejukkan dan potong.

Wednesday, 1 February 2012

Bingka Susu

Assalamualaikum semua

Salam Pagi Rabu buat semua tetamu di my kitchen..Ada yang buat wordless wednesday bila tibanya hari Rabu ni kan?..Wallawey akak tak boleh lah.dah biasa mulut macam bertih goreng jadi otak pun mengarahkan tangan bertindak dgn cara yg sama jugak..sebab tu kena berhati2 bila menulis kan?..kita tulis apa yang kita fikirkan..ermmm...camne tu?..

Akak pernah buat bingka susu ni dulu..masa tu akak suka sangat skodeng dapur yatie..banyak naw kueh talam bingka bagai kan..
Beberapa hari lepas akak tengok mas bangkitkan semula aura bingka susu ni...sudah tentu mek yung tu sedang mengidam bingka..bagus mek yung..dua tiga hari lagi kita tengok pulak penyakit kek dam berjangkit dr satu rumah ke satu rumah....hehe
Semalam tengok kat dapur tgkt 17,rumah mek ampang tu pulak..ada lagi tak tu mek?..ooo..mek ampang sedang main lori..jangan kacau..jangan kacau....

Akak memang suka dah dgn resepi ni..sedappppppp...

 Bingka Susu
by
anymz mykitchen


Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6
1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.


keraknya kat bawah tu..
sudah di telangkupkan..
tak nampak le jadinya..


Wednesday, 21 December 2011

Bingka Suji

Assalamualaikum semua

Setelah bercuti beberapa hari,hanya kini akak berkesempatan utk mengupdate entri terbaru..
Minggu ni memang minggu yang akan menyibukkan diri akak..Dengan majlis pertunangan anak buah en suami dan beberapa majlis walimatul urus yang perlu akak hadiri...hadoiyai...tak dapat akak bayangkan bagaimana keadaan akak.
Sebab tu tempahan rendang dan sheperd pie dari seorang kenalan tidak dapat akak terima untuk minggu ni..InsyaAllah tahun depan ya shah...akak dah tulis kat white board..Don't worry.thn depan tinggal berapa hari je lagi...Juga beberapa tempahan RVC utk chinese new year dari seorang kenalan en suami..takpe2 itu thn depan punya cerita lah kan?..kikiki
Bingka Suji ni dah jadi fav akak sekeluarga sekarang ni..Memang sedap dan berlemak.Tepung suji atau semolina ni sudah lama ada dlm simpanan akak..simpan dalam esbok utk tahan lama..Pernah tengok di dapur zana dan jun jugak..sekadar menyebut beberapa nama..Yang lain2 puas akak nak cari link tapi ialah orang lain semua dah lama buat kan hanya sekarang ni aje bingka ni berkesempatan menjengah ke my kitchen..
Akak tak letak esen pandan atau daun pandan atau pewarna hijau.Akak biarkan aje bingka ni dengan kaler aslinya..Cuba lah memang sedap dan terbaik dari ladang bingka ni..


Bingka Suji
by
anymz mykitchen
Sumber:Nieza

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A

110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)




Cara Membuatnya:
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...



akak tak tunggu lama..bila dah ireng di bahagian bawah terus akak tutup api..
Bingka ni akak potong waktu ia masih panas lagi..

Wednesday, 26 October 2011

Bingka Roti Kukus Pandan

Assalamualaikum semua

Hari ni akak tinggalkan cerita pendek aje ya.Maklum hari ni cuti umum.Bukanlah bermakna akak pun turut bercuti.oh Tidak!!...cuti akak masa dekat hujung tahun nanti.InsyaAllah nanti akak bg tau nak kemana ya..

Akak buat bingka roti ni semalam.Tengok dah ramai jugak yang buat ni.Akak terpesona dengan bingka roti ni lepas Ummi,Kuantan tunjukkan hasilnya sedikit masa hari tu.ALhamdulillah memang sedap bingka ala2 puding nih.Anak2 dan en somi pun suka.Cuma sedikit terkilan kerana warna bingka akak tak mengancam.Takpe lain kali boleh buat lagi.Tak rugi sebab sekejap je laris bingka roti ni di rumah akak ni tau..




BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Bahan:-
8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul


Akak buat dalam acuan love pemberian seorang adik manis yang berkunjung ke rumah akak beberapa bulan yang lepas.Kira baru di rasmikan lah ni.TerimaKaseh adik manis ya..bak kata nor@SGN67( u know who u are)...


Cara-Cara:-

Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega).
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.


Saturday, 7 May 2011

Bingka Nestum Pandan Crunchy

Assalamualaikum semua
Hah!..tu dia..sesi membalas dendam nih.geram pulak tengok rumah kawan2 laju je post entri..akak pulak macam kura2..jalan slow2 haisshh..terasa lembap pulak..
Akak buat bingka ni petang tadi..sudah lama resepi ni dok terperap dlm draft..geram je akak tengok nestum kat atas bingka dalam dapur hasue tu.alhamdulillah petang tadi dapat jugak akak membalas dendam dan dan akhirnya dapat gak merasa bingka yang lemak manis nih..cuma kaler bingka akak agak pucat.. kaler ijo..stok dah habis..tapi akak guna daun pandan original..memang wangi dan sedap..terima kaseh hasue..resepinya akak tepek kat sini pulak ya..

Bingka Nestum Pandan Crunchy
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan ( loyang 8x8 inci )

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan santan
* 1/2 cawan susu sejat
* 2 biji telur gred A
* 1/3 cawan gula pasir
* 1/3 cawan susu pekat manis/krimer manis
* 1/2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu kecil garam halus
* 1 sudu besar butter - dcairkn
* 1/2 sudu teh pes pandan
* 1/2 sudu teh esen vanila(optional)
* 3/4 cawan nestum original

*Nestum secukupnya untuk ditabur di atas adunan




Cara-cara


1. Panaskn oven 180'C. Blend / kisar semua bahan
3. Sediakn loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn datas api yg kecil...
4. Masukkn/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum di atasnya
5. Bakar 45-50 minit @ sehingga masak (bergantung suhu oven)
6. Selamat mencuba & menikmati hasilnye.

Friday, 15 April 2011

Bingka Susu

Assalamualikum semua
Sehat semua?..
Akak buat kuih bingka ni petang tadi..masa membakar , rasa tak sabar2 pulak. harum betul bau susu..dah masak tak sabar pulak nak tunggu sejuk.sebab dah sejuk baru boleh potong.sedap yatie.terima kaseh kongsi resepi yang yatie ambik dari kak Fida.
Hari ni akak baik..takde cerita panjang terus ke resepi...kekeke

Bingka Susu
by
anymz my kitchen

BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 50 gm gula pasir (opt)-akak letak sebab akak suka manis.
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 gm mentega / majerin
  • 50 gm tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam



Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.




Monday, 21 February 2011

Bingka Roti Kelapa

Assalamualikum buat semua pengunjung anymz-mykitchen...cewaah..
Dah makan tengahari?..Hari ni akak masak lauk goreng2 je untuk anak2..sat gi ada pasar mlm,so masak utk anak2 yg bersekolah je lah..
Hari ni akak buat bingka roti kelapa..resepi akak ambil dari majalah saji tahun 2008..memang sedap bingka ni..rasa lemak susu cair dan rasa kelapa di dalamnya,memang susah untuk di gambarkan akan kesedapannya..cuma akak tersilap masukkan ke dalam loyang yang agak lebar sebab tu bingka ni tak tinggi...
Buat kawan2 dan adik2 penggemar kueh bingka cuba lah memang tak merugikan..



Bingka Roti Kelapa
source:majalah saji



bahan2

6 keping roti
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan kelapa kering
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila


cara

Satukan gula,telur,susu cair dan roti.Kisar sebati.
Tuangkan dalam mangkuk
Gaulkan dengan kelapa kering dan esen vanila
Tuangkan dalam adunan dan bakar pada suhu 190 selama 45 min.

Wednesday, 13 October 2010

kuih bingka@bakar jagung

Hari ni mood nak membingka pulak datang tetapi dalam masa yang sama aku terperangkap dgn keje2 mendobi yg sebegitu banyak.sambil masak,sambil buat kuih,sambil cuci kain ..
semua sambil2 konon nak jadi super woman..alahai dah tua hakak ni,takde makna nya aku leh buat semua tu serentak,sebab sambil2 tu aku dok melayan telepon..
habis sudah hangus sebelah atasnya kuih bingka ku ini..amponn ya hana..oopss..resepi aku ambik kat rumah hana..
memang sedap,. sebab mr suami aku tu,tak berapa suka makan bingka tapi yang ini............. ...."ermm..sedap kuih ni.first time buat kan"..hadoi abang jgn ckp kuat2.malu aku wei,dah tua baru nak belajo buat bingka..wakakaka...


aku potong ambik bhg yg molek utk tontonan you all

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu butter - cairkan (yg nih hana tambah)
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka

Cara-cara




  1. Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam


dengan rasa rendah diri nya ku pamerkan juga bingka hangus ku ini..huhu..tapi serious ai cakap tau..memang sedap gilos bak kata anak2 aku..ni aku tunjuk kabur2 je kehangusan nya itu..

Thursday, 7 October 2010

Bingka Roti berlauk

salam petang khamis semua,semalam jumpa bingka kat rumah ummi,kuantan yang sambut besday nya hari ni.aku pun mencuba..ha'ah..memang sedap gilos..tapi sayang seribu kali sayang bingka aku turn up to be coklat in colour..cewah sesekali ckp omputih haku..agak2nya byk sgt makan cekelat lately ni,tu yang turun kaler cekelat tuh..haha..taklah aku sebenarnya ada roti koko..aku cuba try test je dulu resepi ni tapi mmg betul2 sedap..jgn riso..resepi ada kat umah UMMI,di mana ummi CnP pulak dari rumah mat gebu..
lenkali aku nak wat roti putih biar nampak gebu dan menyelerakan kan..kan..

akak CnP je resepi ni ya ummi..mekaceh..mekaceh





BINGKA ROTI BERLAUK (utk separuh adunan, ummi guna loyang 7x7x3 in)

BAHAN BINGKA ROTI :-
10 - 12 keping roti putih (mat guna 12 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-


  1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
  2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!