Saturday, 13 November 2010

Pucuk Ubi masak tempoyak/sambal daun kayu

masa anak2 kecik2 dulu suka tanya,kenapa masak lauk daun2 ni..masa tu memang tak laku lauk2 cenggini
skang ni lauk ni dah jadi feveret anak2.boleh makan dgn roti.paling sedap di makan dgn cucur kodok ikan bilis..makan pulak time hujan lebat kat luar tu..ni lauk semalam..hari ni sibuk sikit jadi akak baru belajar2 guna auto post ni..maceh ya Ben..kalau tak kerana Ben , tak tau lah camne cara nak guna auto post bagai ni..lauk ni dah selalu akak post.takpelah akak bagi jugak resepi nya ya..buat cara yg paling mudah.janji ada tempoyak..(what????tempoyak lagi?)

bahan2

kalau beli di pasar
1 ikat pucuk ubi
3 ikat daun kunyit
1 ikat pucuk labu
1 ikat daun kaduk
1 ikat daun mangun(org ns tau ni,daun ni berbau busuk)
1 ikat serai
semua bahan di atas di hiris2 halus.boleh juga guna daun2 lain jika suka
4 papan petai-di kopek ambil isi
2 genggam ikan bilis
5 ulas bawang kecil-di hiris
tempoyak-akak guna 3 senduk nasi
cili api secukup pedas-di kisar
perah santan dari 2biji kelapa
garam secukup rasa
gula secukup rasa-akak tak masuk sbb masa buat tempoyak akak dah masukan gula



cara

semua bahan2 yang di hiris,di bersihkan dan masukan ke dalam periuk
masukan jugak ikan bilis,petai,bawang merah,cili api,tempoyak,garam,gula dan santan
jerang atas api hingga mendidih
api jgn terlalu besar.
renihkan hingga pucuk ubi betul2 masak.
sedia untuk di hidangkan



Friday, 12 November 2010

chicken pie with pastry puff

Salam semua,skang ni abg2,adik2 dan anak2 lelaki semua sedang ke masjid...solat Jumaat
Rumah adik2 kat Jepon,kat Siam,kat Ampang tak lupa adik mas(sowi akak tak tau mas dok mana)semua sedang sibuk dgn kek karamel.akak juga yg masih leka mengepie...hehehe...
al maklom anak2 sdg cuti semester,kita layan dulu lah tekak anak2 kan..
kali ni akak buat base dia guna pastry puff brand kawan.Tadi pegi rumah ZARIN rasa teruja pulak..hari tu cam jakun akak ni,beli pastry byk2 macam nak menjual.muahahaha......
Result dia memang sedap guna pastry puff ni tapi agak melecehkan sedikit sbb nak uli2 dulu.
kalau sesiapa nak cara simple.boleh lah ke rumah zarin ya.


akak guna acuan cupcake.cuba lah


bahan2

500gm daging kisar
1 ulas bawang putih-di cincang
1 labu bawang besar-di potong dadu
1 1/2 cawan mix vege
8 biji cendawan dalam tin-di belah 4
3 biji buah tomato masak
2 batang daun celery-di racik halus
1 1/2 sb lada hitam-di tumbuk
1 kiub stok daging
sedikit garam-kali ni akak tak letak.sbb bekas kecik so kaya dgn rasa cheese
1 bungkus mozarella cheese
1 tin campbell mushroom sup

cara

panaskan minyak tapi akak guna 2 sb besar mentega
tumis bawang besar dan bawang putih
masukan daging kisar dan cendawan.kacau rata hingga daging masak
masukan tomato dan semua bahan lain kecuali cheese
dan gaul rata hingga masak


dasar kulit dia akak guna readymade pastry brand kawan.jgn lupa sapu acuan dgn mentega dulu.
ambil pastry sebanyak mana yang di perlukan sesuai dgn bentuk acuan.kepal dan uli dgn roller.ukur di acuan dan padatkan kulit pastry hingga sekata.cucuk2 dgn garfu dan masukan inti dan taburkan cheese di atasnya.



tu meleleh2 isinya tu..terasa2 lagi cheese nya.


posisi yang berbeza


ini laling punya.japgi ada tetamu so simpan dlm fridge dulu tutup dgn aluminium foil
bila tetamu dah sampai ,panaskan aje dlm microwave.


Thursday, 11 November 2010

Udang Bertempoyak

Assalamualaikum semua..
Lambat sikit hakak masuk n3 hari ni..my laling cuti pulak.bila dia dah cuti kita pun tetiba rasa ada banyak sangat keje nak buat pulak.dari sarapan hingga lah ke dinner malam ni.menu nya asek bertukar...takpe lah sekali sekala.kan.
Tuuu nampak udang cinonit aje kan?..tu udang laut tu,manis rasanya.masa beli nampak besar.dah buang semua kulit tinggal ciput je.

lauk tengahari tadi..masak tempoyak udang

bahan2
1/2 kg udang
2 kuntum bunga kantan-di belah 2
2 tangkai daun kesum-hari ni tak letak.takde stok
3 ulas bawang merah -di hiris
1 batang serai
sedikit garam
sedikit gula jika perlu-takot tempoyak masam.tapi akak tak letak sbb tempoyak buatan sendiri.
tempoyak secukup rasa-akak letak 2 senduk nasi.. biar agak pekat dan kuat bau tempoyak.
20 ulas cili padi-di tumbuk halus
sedikit kunyit hidup-di tumbuk
1 liter air

cara

masukan air,garam,cili api,kunyit,serai dan tempoyak ke dalam periuk..
didihkan.
rasakan garam
masukan udang
dah mendidih
tutup api dan sedia untuk di hidang


ini rendang ayam telur.farah baru balik cuti semester.hari tu masa masak rendang dia takde,ni akak merendang balik..tak banyak, masak sekor je.

Wednesday, 10 November 2010

Birthday abg ngah dan crispy potato wedges

t-shirt ni saya print sendiri tau

Salam malam semua..sebelum masuk tido akak keluarkan lah cerita tentang anak yang di atas ni..sepatutnya story dia ni akak masukan kat blog lagi satu tapi memandangkan ada cerita masak2 bersamanya kita ikut ajelah kisahnya ya..
almaklum ,hari ni birthday dia.anak kedua akak.dia tak mau satu apa pun.kek tak mau.apa pun tak mau..dah 23 lah mak..tak payah lah beli apa2 katanya..tapi dah terbiasa.tak sedap pulak kalau tak buat sesuatu .akak selongkar esbok ada ayam satu ekor.lalu akak decide goreng kepci ajelah..teringat pulak resepi wedges dari rumah chik mimi..tarrraaaaaa..ini lah hasilnya..semua handmade tau..termasuk coleslaw tu...


mekaseh chik mimi.akak CnP aje ni.resepi chik mimi ambik dari rumah noorsha

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut~chik mi guna tepung goreng ayam
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.


resepi coleslaw next time lah akak bagi ya..itu pun kalau ada permintaan.

Tuesday, 9 November 2010

Sausage Puff Pastry

salam semua..
pejam celik ,pejam celik hari dah malam.akak buat ni untuk minum petang tadi..tergoda dgn pastry puff kat rumah Ummi,kuantan dan CMG,...pastry di beli di mydin melaka masa aku bawak adik dan anak2 jenjalan kat melaka tu hari....
resepi ni ada kat rumah CMG jugak,entah kenapa mlm ni tak dpt bukak pulak rumah si mat yang ada pastry ni..leceh tul..maaf ya mat ya..apa2 pun kira halal lah yo..
pastry puff ummi dok elok kemas je..aku punya agak terkangkang sikit..tak sopan gitu..tapi takpe janji sodap..inti yang macam ni anak2 suka lah.
Ummi,kita mintak izin copypaste je ya..dah malam2 penyakit M pun dtg..hehe(alasan aku le tu)



BAHAN-BAHAN:

INTINYA :

6 batang sosej
1 biji bawang besar, di mayang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili sos
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
2 sudu besar majerin utk menumis
Secubit garam
Secubit gula
Bijan secukupnya - ni aku lupa nak letak
* 12 keping puff pastry jenama "kawan"

CARA-CARA:

1. Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
3. Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan ketepikan.
6. Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
7. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.




Banana Chocolate Cake

salam semua..
Waah!best pulak jalan2 kat rumah Rima hari ni..ada pulak resepi baru..kebetulan ada lagi pisang dalam esbok.aku simpan elok2..ainul suka sgt makan banana crumble..kali ni try buat cake dari rumah RIMA..meh layan resepi yang dah aku melayu kan..senang buat kek ni.rasa pun sedap..



bahan2

200gm mentega tanpa garam
200gm gula-akak letak gula melaka(gula melaka dikikis dan di timbang)
6 biji kuning telur
2 biji putih telur-di kocak dgn whisk hingga agak pekat
200gm tepung
2sb susu tepung-akak guna susu pekat manis
100gm coklat masakan-di cincang
1 cawan pisang yang sudah di lenyek
1/4 st garam
1/4sb double action baking powder-akak letak 1/2 st baking powder yg biasa
2 titis esen pisang
kismis,coklat chip,ceri atau cheese untuk tabur buat topping=akak guna kismis dan coklat chip je.


cara

Panaskan oven 175C.
gris acuan
pukul butter dan gula hingga ringan
masukan kuning telur satu persatu
pukul lagi hingga sebati
masukan tepung,serbuk penaik dan susu tepung.
kaup balikkan mengguna senduk
masukan putih telur
masukan coklat masakan dan pisang
akhir sekali masukan esen pisang
masukan dalam bekas dan tabur kismis dan coklat cip
bakar selama 35 min atau sehingga masak

memang sedap kek ni..thanks Rima.
di nasihatkan guna double action baking powder.akak guna baking powder biasa sebab takde stok dlm rumah.rasanya moist dan lemak dan memang sedap lah.

Gelagat Si Comel Aleesya

Hari ni saja akak masukan entri my story ke dalam blog my kitchen ni,saja nak share story anak buah yang dobot ni dgn kawan2 kat sini pulak..
Cuti perayaan sempena Deepavali tahun ini agak panjang sebab jatuh pada hari Jumaat.memandangkan kakchik adik aku yang dok Taiping tu tak dapat balik masa hari raya Haji (sebab aku yang akan beraya ke tempatnya),kakchik pun ambik kesempatan untuk balik bercuti ke rumah aku kebetulan suami kakchik ada majlis penganugerahan di Putrajaya.

meh layan gambar2 si kecik aleesya yang menjadi buah hati kami masa diorang balik tu hari..maaf gambar sedikit blurr sebab gambar ni kami curi2 ambik masa aleesya pun curi2 masuk tangan dlm bekas kueh nak makan maruku raya..hehe



mula2 dia ingat nak main2 je bekas2 kuih tu..(bekas pun byk yg dah kosong sbb kuih raya posa pun da habis)


sekali dia tinjau tengok ada maruku di dalamnya


cuba masukan tangan.tengok dapat tak?


susah jugak nak ambil.maklum tangan dia dobot betul.
maruku pulak dah tinggal ciput je


isshh..payah tul.cuba lagi


akhirnya dapat jugak


dah dapat susun balik bekas2 tu leesya



nampak tangan yang blurr tu? tu tangan org tua tolong susun balik bekas2 tu ke tempat asalnya


sekian kisah si aleesya yasmin yang sedang dalam proses pembesaran dan begitu loyar buruk

Monday, 8 November 2010

Sheperd Pie (resepi atas permintaan)

Minta maaf pada silent2 reader sekelian,hari tu akak post sheperd pie without recipe ..sebenarnya akak mintak korang gi view blog ummi kuantan dan Rima singapore..tapi tak pelah hari ini atas permintaan, akak keluarkan resepinya yang akak cedok dari kedua2 rumah rima dan ummi..
hari tu akak ada banyak gambar2 sheperd pie ni tapi anak2 dah delete dari simpanan sebab dah banyak sgt gambar dlm file masakan akak.


bahan2

500gm daging kisar
1 ulas bawang putih-di cincang
1 labu bawang besar-di potong dadu
1 1/2 cawan mix vege
8 biji cendawan dalam tin-di belah 4
3 biji buah tomato masak
2 batang daun celery-di racik halus
1 1/2 sb lada hitam-di tumbuk
1 kiub stok daging
sedikit garam-jika perlu.akak letak sikiit sangat sebab cheese dan kiub dah masin
1 bungkus mozarella cheese
1 tin campbell mushroom sup

cara

panaskan minyak tapi akak guna 2 sb besar mentega
tumis bawang besar dan bawang putih
masukan daging kisar dan cendawan.kacau rata hingga daging masak
masukan tomato dan semua bahan lain kecuali cheese
dan gaul rata hingga masak


bahan2 kentang atau mash potato

1 kg kentang-akak buang kulit,cuci bersih kemudian kukus hingga kentang lembut
1/2 cawan susu segar
2 sb mentega garam
serbuk lada sulah
kentang dilecek dan di gaul bersama susu dan lada sulah
ketepikan

cara nak buat Pie

sedia kan bekas kaca atau acuan pie
ambil mash potato dan ratakan dalam acuan
masukan inti daging
tutup dgn mash potato semula dan
akhir sekali taburkan mozarella cheese di atas permukaan
bakar di dalam oven yang sudah di panaskan 200 c selama 30 minit

Sup Ayam Kampung

Salam semua,dah makan tengahari?
Hari ni akak masak sup ayam kampung..lebih ayam kampung yang buat rendang tu hari..simpan pun tak banyak.,konon2 nak buat sup untuk adik yang keguguran baru2 ni tapi bila diorang da dok berkumpul,menu pun jadi pelbagai, langsung terlupa ayam ni yang dok diam elok2 dlm esbok.
memandangkan hari ni kehidupan dah jadi normal semula,dgn cuaca yang suam2 kuku ,aku pun teruskan je niat nak buat sup ni..
mula2 ingat nak buat sup biasa2 je tapi bila gi skodeng rumah CMG terus hati jadi tergoda...


Sumber dari CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 1kg)
4 biji kentang1 pokok daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya, anggaran 2.5 liter1/2 inci lengkuas, dititik
Garam secukup rasa
1 kiub pati ayam "Maggi" (jika suka)

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 keping hirisan nipis kunyit hidup-ni akak tak letak
1 1/4 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca besar lada hitam biji




BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMBUATNYA

Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap satu, cuci dan rendam. Ketepikan.
  1. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak masak, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, gunakan api kecil. Tambah ayam, gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya. Masukkan bawang goreng dan juga daun sup, kacau. Masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecil kan api, Masukkan kiub pati ayam (jika guna) kacau dan biar masak hingga 3/4 ayam empuk. Masukkan kentang, masak hingga kentang dan ayam empuk.
  3. Rasa dan jika kurang garam tambah. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama ketupat, mee hoon atau mee kuning...
ni akak buat sambal mangga..perghh..sedap tul nih

bahan2 sambal

3 ulas cili hidup
5 ulas cili api
sedikit belacan di bakar
mangga masak
sedikit gula jika suka
sedikit garam jika perlu

semua bahan di tumbuk bersama

Sunday, 7 November 2010

Lasagna


salam semua,memang betul kata chik mimi,akak bizi tahap cipan..dah tak terbendung dah sakit2 tapak kaki segala..terkejar2 ke sana ke sini..
Dengan kebizian adik ipar menerima menantu,dengan kepulangan adik2 untuk menghabiskan cuti perayaan ini,aku rasa macam nak pecah lutut dah ni..
Hari ini Amir nak balik ke asrama,ainul mintak buatkan lasagna(permintaan yg sudah berminggu2 aku tidak tunaikan),maka ini lah hasilnya..
Hasil dari skodeng rumah cik mat..mekaseh ya mat..minta izin copy ya..tapi ada la aku derhaka sikit2..benda tu takde stok lam rumah..guna apa yang ada je
meh kita layan resepi dulu,nak buat agak rumit tapi takpe la tgk anak2 makan sampai habis,puas hati kan?...
macam mana nak susun??..pi tengok rumah cik mat ya....

Sumber dari Cik Mat Gebu




Bahan Utama :-)
Kepingan Lasagne secukupnya (mat guna jenis kecil, 10 keping)
White sauce (resipi dibawah)
Inti daging (resipi dibawah)
Parutan keju mozarella secukupnya
parutan keju cheddar secukupnya
Bahan Inti :-)
450 g daging kisar
2 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*ditumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
2 helai bay leaf-akak tak guna1 camca teh serbuk lada hitam
1 tin tomato "plum" diramas-ni saya takde dalam stok
1 camca besar rempah kari daging
2 camca besar tomato puri
1 tin cendawan butang, tos, cuci dan hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk White Sauce :-)
600 ml susu segar
3 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam




  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk, tomato puri dan cili kisar hingga wangi, masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaul rata. Masukkan daging cincang dan masak hingga daging berubah warna. Tuang tomato plum yang telah diramas tadi bersama lada hitam. Masak hingga mendidih. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  2. UNTUK WHITE SAUCE :- Panaskan susu bersama tepung, kacau dengan whisk hingga sebati. Masukkan secubit garam dan juga lada hitam, masak sambil terus mengacau hingga bancuhan pekat. Gunakan api perlahan. Angkat dan sejukkan.
  3. PENYEDIAAN LASAGNA :- Panaskan air hingga mendidih, campur 1 camca teh minyak makan dan celur kepingan lasagna sehingga lembut, angkat dan letak atas dulang yang disapu sedikit minyak masak. Buat hingga siap. (susun seperti dalam gambar).
  4. Sapukan bekas lasagne dengan sedikit mentega, alas dasarnya dengan sekeping lasagne (mat guna 2 keping sebab kecil), sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju cheddar dan alas dengan kepingan lasagna, kemudian sapu dengan white sauce, lapis lagi dengan kepingan lasagne dan ratakan lagi inti daging. Buat hingga siap dan lapisan terakhir diakhiri dengan baki inti daging dan tabur dengan keju mozarella.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. Boleh dihidang panas atau pun suam..

Thursday, 4 November 2010

Rendang Ayam Kampung(Rembau)


Baru masak ni..wazir cekau ayam ni..2 ekor.mak tabik lah wazir.terror kamu...
Ayam ni ayam kampung.Aku sebenarnya dolu2 berangan nak bela ayam kampung..upah orang suh buat reban..malangnya ayam tak mau tido reban..tension tul aku..tiap2 hari aku kena cuci simen...naik haus dah marmar tu.pastu aku upah org pulak tangkap ayam tu memalam..tinggalkan dua ekor je..rajin nya pulak ayam ni bertelur..akhirnya setiap kali bertelur,aku ambik telur dia..biar ayam tu pulak tension dgn aku..kihkih..mr suami pun sikit lebih kurang aku je..bukan takot cuma segan je nak tangkap2 ayam tu,sehingga lah semalam wazir memberanikan diri..dapat lah 2 ekor.memandangkan hari ni adik yg dok Taiping balik bercuti ke rumah, aku pun merendanglah.cara arwah mak..hakak kan org Rembau,org Rembau kalau merendang,mesti sampai hitam cenggini tapi bukan hangus ya puan2..meh layan resepi


bahan2

2 ekor ayam kampung atau ayam telur
6 biji kelapa atau kalau kita guna santan segar,kita perlukan
1 kg-11/2 santan segar(bergantung pada besar ayam)
12 ulas bawang merah-di hiris
5 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris dan di racik halus
5 batang serai-di hiris dan di racik halus
kalau suka boleh letak sedikit lengkuas tapi akak tak letak
3 sudu besar cili api yang telah di kisar
4 sudu besar dili kering yang telah di kisar
1 paket kecil rempah rendang/rempah kari daging
2 sudu besar serbuk kunyit atau
2 sudu besar kunyit hidup yang di kisar halus
garam secukup rasa

cara.

bersihkan ayam.toskan
masukan ayam dan bahan2 yang telah di hiris ke dalam kuali
masukan jugak rempah,cili api dan cili kering.
kecutkan ayam dengan sedikit air kelapa atau air biasa lebih kurang setengah jam
sambil2 tu ayam di kacau rata
masukan santan dan garam
kacau rata hingga santan mengeluarkan minyak
rasakan garam
kecilkan api dan rendang lah ayam hingga minyak santan berbuih bagi menandakan yang minyak santan telah betul2 kering dan garing
dah siap dan sedia untuk di hidangkan



rendang ayam dah kering macam ni baru di angkat




ini sambal tempoyak dan jering pun nak enterprem.mahap ya


Wednesday, 3 November 2010

kek zebra ku yang tidak berapa nak menjadi zebra

Selain dari perasaan kecewa yan melampau hari ini,aku jugak di landa demam kemalasan yang amat2 tinggi..dengar di negeri Perlis hujan,sampai banjir2,.. di bumi N.sembilan especially kat tempat aku nih,panasnya berdentang dentung..jemur kain sekejap je dah kering..syukur..apa2 pun yang Allah bagi akan kedaan cuaca kita ni aku tetap bersyukur.

walaupun aku malu tapi aku tetap nak postkan jugak entri kek zebra ku yang tidak menjadi zebranya di sebabkan acuan nya yang tidak sesuai dan jugak sambil aku menyukat warna putih dan cekelat tu sambil tu aku membebel2 kat ainul..
peringatan ya,jgn marah2 anak sambil buat kek kalo tidak cenggini lah jadinya..apa2 pun ummi thnx for the recipe ya..tak puas hati...nanti nak buat lagi..hah!ummi tu pantun dua kerat tuh..




begini lah rupanya kek zebra ku..walaupun ropanya cenggini,moist beb..sedap tuu
(aku la yg perasan)


ini pulak ikan sepat masin.pemberian adik ku..stok dah nak habis dah ni..ko balik Taiping bawak lagi yo.


lunch ku hari ini.ada ikan tenggiri masak kari,ayam goreng dan sedikit sayur..banyaaak kan?
bila hati gundah gulana maka aku pun makan dgn banyaknya..

Tuesday, 2 November 2010

Ikan kerisi Berlado


Ekceli kan,sebenarnya kan(sama je la maksudnya tuu),..hari ini kan,hakak masak cincai2 je..
almaklum bila dah keluar berdua2an langsung tak hengat nak memasak...ainul ada camping di sekolah..hari rabu baru balik,hakak pun berjoli sakan dgn mr laling jalan2 cari makan..dah petang balik rumah baru teringat,siang tadi balik sekolah ,wazir makan lauk frozen je,..jadi untuk makan mlm kena masak jugak.
cadangan awal,ikan kerisi ni nak goreng cenggitu je sbb kecik2 tapi dah tak berkuah,kena la buat sambal sikit kan?ada gak pedas2 gitu




bahan2

5 ekor ikan kerisi
10 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji buah keras
garam
serbuk kunyit
gula
semua bahan di atas di kisar kecuali ikan



cara

Ikan di bersihkan,di lumur garam dan kunyit dan di goreng garing
susun atas pinggan
ambil sedikit lebihan minyak goreng ikan tadi.
tumis bahan kisar hingga wangi dan garing
masukan garam dan 1 st gula.
dah masak curahkan atas ikan.
senang kan.
ini masak campak2 namanya..



goreng sayur lettuce(maaf tak tau pulak apa nama melayu nya sayur ni)



Ini akak punya. konon2 nak berdiet tapi haprak sungguh,makin aku nak diet,makin ligat aku makan nasi..huhu






Monday, 1 November 2010

Sayur Bak Choy



Hah..lagi sekali kita ke negeri Cina ya..
Ini untuk kakak2 yang nak masak sayur esok,tapi tak tau nak masak sayur apa..hehe
aku masak ni sekali dgn telur goreng tu..sekali harung buat chinese food..

bahan2

1 ikat sayur bak choy
1 mangkuk kecil cendawan tiram
3 ulas bawang putih
1/4 labu bawang besar
kedua2 bawang di atas di cincang ya adik2
1 kiub ikan bilis
1 sudu makan tepung jagung di campur dgn 1 cawan air
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
1/2 cawan air

cara

panaskan minyak,kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi
kemudian masukan 1/2 cawan air.
biar mendidih,
masukan kiub dan sos tiram
masukan air yang telah di bancuh dgn tepung jagung
bila sudah mendidih masukan telur.jgn kocak dulu.biarkan 20 saat.
kocak telur
masukan sayur bak choy dan cendawan tiram dan tutup api.kacau rata.
sedia untuk di hidangkan.
makan panas2..

Nampak tak??..hah akak tak letak ayam ke,udang ke sebagai perencah.
Ini utk bg tau adik yg baru belajar masak tu,kalau takde perencah pun,kita masih lagi boleh goreng sayur yg sedap..
Lagi satu akak tak letak garam sebab kiub dan sos tiram tu dah masin ya.


Rojak



Selamat tengahari semua..dah makan?..
Ni akak bagi lagi satu resepi rojak yang simple.....
semuanya bermula bila hari ni akak dok berkemas esbok,jadi akak terjumpa timun dan sengkuang lebih buat epok2 tu hari.
sebelum tu akak minta maaf bebanyak sebab gambar kurang sesuai.ini adalah di sebabkan kamera DSLR akak di pinjam oleh seseorang..takpe lah ya.sesekali buat amal ..hehe





bahan2

1 biji timun-hiris bentuk mancis
1 biji sengkuang-hiris bentuk mancis
4 keping tauhu-goreng dan potong kecil
1 tangkai cili merah - di hiris
1 mangkuk taugeh-celur/siram dgn air panas.hari ni akak tak letak sebab takde stok dlm esbok

gaul semua bahan di atas dan ketepikan

bahan2 untuk kuah

20 tangkai cili kering di rendam dan di kisar dgn 5 ulas bwg merah dan 5 ulas bawang putih
3 sudu besar tomato sos
1/2 kilo kacang tanah-goreng dan tumbuk
1 sb udang kering-sangai dan tumbuk
gula
garam

cara

cili yang sudah di kisar halus,gaulkan bersama kacang tanah,udang kering,tomato sos,garam dan gula.
rasa kan kuahnya,bila sudah sebati rasa masam,masin dan manis bolehlah di gaul bersama sayur2an..
untuk sos ni,jika suka boleh lah menggunakan sos cili terus..kalau dah guna sos cili tak perlu lagi guna sos tomato..dan tambahkan sedikit air panas.

mudahkan?..sedia untuk di hidangkan





Telur Goreng Cina




telur goreng cina


Hari tu kita gi singapore makan tauhu goreng kan,hari ni kita gi ng Cina pulak makan telur goreng..giving you all some idea jugak lah ni untuk masak campak2 hari ni.mudah sangat..lelap mata pun leh buat,jgn termasuk jari tu dlm kuali sudah le ya..

resepi simple ni ambik dari buku chef Nazira Nora

bahan2

3 biji telur ayam(di campur sedikit garam)
1/2 batang lobak merah-di potong mancis
2 tangkai daun bawang=di potong bentuk mancis juga)
2 tangkai daun kucai-(di potong mancis)
1 biji cili merah-di hiris nipis
2 ulas bawang putih-di hiris nipis
1 st serbuk lada putih
1 st minyak bijan

cara

panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi
masukan lobak merah,cili merah dan daun bawang,gaul dan masak sekata
masukan telur dan kacau telur dgn campuran bahan tadi
taburkan garam jika suka dan lada putih
masukan daun kucai yang sudah di potong dan gaul sekali lagi
sedia untuk di hidangkan..

taraaaa..mudahkan!

Sunday, 31 October 2010

Shepherd Pie

Apabila hari rajin sedunia berlaku maka ini la yang terjadi..entah mimpi apa ya..muhahahaaaa..

sebenarnya,wazir minta pie ni dah lama..lama sgt2..kesian anak aku tu,mak masak ikut tekak mak pak je..entah kenapa bila makan ni aku rasa gumok satu macam..
resepi aku ambik dari rumah UMMI kuantan dan RIMA..minta halal kan resepinya ya..
nanti bila2 you all nak buat,sila lah view yang aku dah link tu ya sebab aku guna kedua2 resepi dari rumah diorang ni..pandai2lah camne nak cairkan ke,keraskan ke...wazir nak yang nampak cair..
rasanya??...perggggghhhh..memang sedap..sgt sedap..mr laling suka sangat2..
maceh ya ummi
maceh ya rima..


dah makan ni tengahari tadi,aku tak ambik lunch.


cair kesukaan wazir..lembut kentang tu yang enak sekali


lembut2 pun masih boleh di potong


Saturday, 30 October 2010

Sicilian Orange Cake

Buat ni malam tadi..nak tinggalkan untuk anak2 buat kunyahan mereka.jap gi mak pak diorang nak berdua2an gi tgk pengantin..hahaha
.semua orang rasanya dah buat ni..kalau tak silap,asal usulnya dari rumah RIMA,tapi akak ambik dari rumah Hana.
copypaste je..org rajin .cenggitu lah kan...ada jugak yang akak derhaka kan sikit2 sebab utk elak manis..bila nak sedap tu kena lah ubah2 sikit kan..jemput lah makan ya..ni,kopi ada,teh o limau panas pun ada..sedap kek ni rupanya.anak2 suka..betul cakap mat gebu,cara buatnya tak lari dari cara oren moist tu..




Bahan-bahan
  • 250g butter - suhu bilik
  • 250g gula pasir - hana buh 210g je..tuh pong dh manis-akak guna 200gm je.
  • 4 biji telur size M
  • 11/2 sk parutan kulit oren
  • 250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
  • 85ml jus oren
Bahan untuk aising125g gula aising
  • 5 sk jus oren
  • 125 gm gula icing-akak guna 50gm je..



Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.



Friday, 29 October 2010

Epok-Epok Sayur



Buat ni untuk minum petang tadi,hari ni express masuk entri sebab esok lusa entah sempat ke tidak akak bukak lappy.almaklum dah mula sibuk dgn undangan majlis2 perkahwinan.sedap epok2 ni..pebret akak nih.posa lah kejap makan daging.minggu ni minggu sayur utk akak..ketam,udang dan yg sewaktu dengannya,jadi musuh ketat kejap.selagi penyakit allergic ni tak hilang.,selagi itulah kena berpantang..
berdondang sayanglah anak2,bahagian ketam maknya tadi sudah diorang agih2kan..huhuhu...
Resepi akak ambil dari majalah Rasa,keluaran ogos 2007.korang semua mesti pandai buat,saja bg idea untuk korang buat masak2.kan tak lama lagi cuti sekolah.meh layan resepi.


bahan2

600gm tepung gandum
100gm marjerin
1 biji telur - di pukul
500 ml air
1 st garam
minyak masak untuk menggoreng secukupnya

bahan2 inti

200 gm taugeh
1 biji timun-di hiris
1 bii sengkuang-di hiris
1 batang lobak merah-di hiris
garam jika suka

bahan2 kuah

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh bijan
1 sudu makan cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa


cara

1-untuk bahan intinya,taugeh,timun,sengkuang dan lobak merah di gaul di dalam sebuah bekas.ketepikan
2-untuk membuat kulit,masukan tepung gandum,marjerin,telur,garam dan air dalam sebuah bekas
3-uli hingga menjadi doh.bahagikan kpd beberapa adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.kemudian canaikan nipis setebal 1 cm.
4-masukan inti di tengahnya dan klim di tepi seperti membuat karipap.lakukan sehingga habis.
5-panaskan minyak yang banyak di dalam kuali,goreng hingga berwarna kekuning-kuningan.angkat dan toskan.
6-sedia di hidangkan bersama sos cili.