Wednesday, 8 June 2011

Jus Roselle dan tahniah Hasue

Assalamualaikum semua

Sudah lama nak post entri tentang jus ini sebenarnya.
Selama ini akak minum jus roselle yang sudah di proses yang datang dari pelbagai jenama yang di beli atau di hadiahkan oleh saudara mara,adik beradik atau dari rakan taulan..Biasanya jus yang sudah di proses ada perisa sedikit lah..
Akak terima roselle yang sudah di keringkan ini dari seorang rakan siber yang duduk nuuuun jauh setelah dia mengetahui akak mengidap penyakit darah tinggi.Tima kaceh cayangku....

Setelah akak dapat memastikan akan keberkesanannya baru lah akak post entri tentang jus ini..
Kalau bagi rakan taulan di sini nak tau akak mengambil ubatan dari dos yang tinggi ada yg 80 mg,ada yg 10 mg,ada yang 20 mg..kalau tidak di bantu dengan supplement akak rasa kulit,rambut dan kuku akak mesti tidak cantik.
Sekarang ni pun tak adalah cantik mana sangat pun tetapi kalau tidak di bantu dgn supplement serious akak cakap,kulit akak nampak lebih tua dari usia sebenar.
Jus ni anak akak suka minum bila dia batuk.
Bagi pihak akak pulak,akak akan minum bila terasa kepala mula berdenyut2.susah nak dapatkan bunga roselle ni di sini..ada nampak di pasar tani tapi ikut musim.bukannya selalu ada,tu yang berjimat2 je akak guna..hehe..



Boleh pilih.
nak minum yang sejuk atau yang suam
Hari ini akak minum yang berais..cuaca panas terik hari ini

masam.tapi sesuai untuk pesakit darah tinggi



Tak lupa ucapan tahniah dari akak buat HASURIAH TAHIR sempena meraikan follower nya yang sudah mencecah ribu riban.

Nasi Dagang


Assalamualaikum

Terlebih dahulu akak nak ucapkan,terima kaseh pada Naz.Lain kali bawak saiz besar punya ya.hehehe..dah bagi betis nak peha pulak kan?...

Nasi dagang memang menjadi kesukaan akak sekeluarga.kat sini memang kita tak akan jumpa beras nasi dagang versi cenggini.kalau di pantai timur akak di fahamkan hanya di Kelantan aje ada jual kan?..kat Terengganu tak ada ya Nor?..
Nasi dagang ni akak buat tengahari semalam..sedang elok je buat akak anak beranak..
Ikan tu akak rebus malam sebelumnya.memang menjadi kebiasaan akak kalau buat nasi dagang,ikan tu akak lebih suka rebus sehari lebih awal.lebih perisa gitu.Nasi Dagang pula akak tanak seperti biasa kita buat nasi lemak hingga separuh masak kemudian akak salin dan kukus.Bila sudah separuh masak seperti biasa kita tabur hirisan bawang kecil,halia dan halba.Yang ini jiran akak yang berasal dari Kelantan yang ajar.Biasa la kita semua nak kerja mudah aje kan?...


Gulai Ikan Tongkol
by
anymz mykitchen
source:Nor@SecubitGaram

Bahan:

1 ekor ikan aya@tongkol
3kpg asam keping
sedikit garam
air secukupnya
Bersihkan ikan aya dan potong.
Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
Air hendaklah melebihi paras ikan.
Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan2 kuah:
4 sudu besar cili mesin
7 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1in halia *
1in lengkuas *
1in kunyit hidup * ( * diblend )
3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai
(akak guna rempah kari daging+rempah kari ikan)
nasi dagang
2/3 cawan santan fresh/pekat
4 cawan air
air asam jawa
sedikit belacan ~ optional
nisan/gula melaka
garam
sedikit gula
7 - 9 bj cili padi
minyak

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)



Tuesday, 7 June 2011

Strawberry Yogurt Muffin

Assalamualaikum semua

Harap2 kawan2 yang sedang sok sek sok sek..nak selsema tu,makan ubatlah cepat2 .Harap2 jugak Nor@SecubitGaram dah kembali sehat dan dapat beraksi semula di dapur.Begitu juga pada semua kawan2 main masak2.jaga diri jaga kesihatan ya.maklum kalau kita sakit,satu rumah terkena tempiasnya.
Pagi2 semalam akak dah nampak muffin ni di rumah CT Delima.Tertarik betul akak tengok kaler muffin tu siap dgn stroberi sekali..pada akak muffin stroberi ni memang sedap dan sedikit moist..lebih enak kalau ada stroberi segar .akan lebih terasa kestroberian nya..(sila jgn ikut ayat ini ya)......kalau nak tengok yg lebih cantik jangan lupa ke rumah CT ya.


Strawberry Yogurt Muffin
by
anymz mykitchen
Source:CT Delima

bahan2

85 gm mentega
85 gm gula halus
2 biji telur gred A
175 gm tepung gandum*
10 gm baking powder*-(* di ayak)-akak dan ct guna 1 sudu teh
10 gm yogurt strawberry-akak guna strawberry,ct guna yang biasa.
1 sudu teh strawberry emulco-ct tambah.akak tak buat.takde stok
3 biji strawberry segar-akak tak guna-takde stok



cara2

1.Panaskan oven pada suhu 180C,alas acuan muffin dgn paper cup atau guna muffin cup.ketepikan
2.Putar mentega bersama gula hingga putih,masukan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.Kemudian masukkan strawberry emulco,putar rata.Perlahankan speed masukkan tepung berselang seli dengan yogurt hingga habis.
3.Masukkan potongan strawberry dan gaul rata dengan spatula.Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh.-Akak letak antara 1/2-3/4 penuh
4.Bakar 15 min atau hingga masak (bergantung pada oven masing2)
5.Sejukkan atas jaringan sebelum di hidangkan.
6.Boleh guna apa perisa yogurt mengikut kegemaran.

Suka Dan duka

Assalamualaikum semua

Suka bila adik2 balik duduk berkumpul dan anak2 buah berlari berkeliaran sekeliling rumah.
Yang lelaki main bola,main skuter.Yang perempuan main masak2,petik daun2 sekeliling rumah yang sudah semak samun.

macam hari raya.main bunga api.,lebihan raya tu hari.entah mana diorang jumpa tak tau lah.
nasib baik takde kejadian yang tidak di ingini berlaku.akak takot.. bunga api tu sudah tamat tempoh

mereka saudara sepupu yang sangat rapat.

TAPI

Kejadian duka tetapi tetap terjadi,tak boleh terlebih excited sebenarnya

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^


apa tu kak nim?
apa tu?.

hah!jangan tak tau. Itu lah apam yogurt yang sepatutnya menjadi mekar sejambak atau kembang setaman,namun gara2 si pembuatnya terlupa letak tepung, terjadilah apam tu yogurt karamel.siapa punya kerja tu ya??...


Monday, 6 June 2011

Rezeki lagi......??

Assalamualaikum

Akak dapat rezeki lagi..kalau bukan duit pun tapi kalau benda tu dapat menyenangkan kita boleh juga di panggil rezeki jugak kan?
Ingat kan?? entri sebelum ni akak ada bagi tau yang adik nak balik tidur baring di rumah akak,dia bawak balik kesemua kenam2 anak2nya bersama dua org pembantu + pembantu yang tak bertuan balik ke rumah akak.Agak sibuk jugak lah keadaan akak hujung minggu tu hari.Penat yang melelahkan tapi gembira bukan kepalang.Bukan selalu dapat gader2 dgn adik yang sorang ni.walau dia tinggal yag paling hampir dgn akak tapi dek kesibukan dia sebagai seorang ahli perniagaan kami jarang2 dapat gader adik beradik bersama anak2nya.
Bila akak kata dia bawak balik pembantu yg tidak bertuan,maknanya sekali lagi akak dapat pembantu rumah free.
Huh!pembantu yang ini pulak memang Islam,rajin solat dan rajin mengaji tetapi banyak cekadak.Takmo masak dan takmo jaga baby.Akak namakan pembantu ni sebagai minah lah ya.majikan lamanya telah menghantar minah ke rumah adik akak untuk di brainwash.Dan adik akak pulak tak larat nak buat apa terus di hantar ke rumah dan lepaskan tanggungjawap itu ke bahu akak pula..
Adeh!...kita ni bukannya pandai nak brainwash orang tapi akak faham maksud adik..Dia tau akan kebiasaan akak yang berkemas dan menghias rumah sebelum masuk bulan ramadhan...dan hari ini bermulalah episod baru minah tinggal di rumah akak sehingga di beritahu kelak bila dia akan bertuankan tuan yang baru...
Dan hari ini akak kena buat kerahan tenaga dan mengajar dia erti kehidupan yang sebenarnya.Merantau jauh2 dari negeri sendiri sepatutnya dia sedar akan amanah dan tanggungjawap yang di serahkan..sukar untuk mencari rezeki sesukar kedua ibubapanya melepas seorang gadis merantau nun jauh ke negeri orang.Sepatutnya dia mengharagi kesemua itu..

Tugas pertama akak suruh dia lap tingkap dan cermin.kerja mudah je.
TAPI
.......................................................



Pagi2 dia dah buat muka palat depan akak..nyampah betul aku ngadap muka masam sebaik masuk dapur..macam lah kita hingin sangat dia tinggal dengan kita.



kalau dia baby cenggini ada jugaklah boleh di ampunkan..
eeeeeeeeeeee...gerrrrrrrram
Suruh adik ambik balik dan hantar dia balik ke negerinya.

Sunday, 5 June 2011

Bun Inti Coklat




Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua..
Ada lagi yang gantung piyuk ke hari ini?
Akak buat roti ni semalam.sebaik aje cupcake tu habis terus akak gunakan BM yang baru utk godek2 roti bun ni.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari kjee,Tun dan seorang blogger yang bagi komen di shoutbox yg berasal dari Teluk Intan,akak sudah boleh menggunakan oven Bm ni dengan mudahnya.terima kaseh semua..ini lah untungnya dunia blogging..walau kita tidak pernah bersua,walau jauh di mata tapi kita semua dekat di hati kan?
Hasil dari dok skodeng2 di rumah Mas yang sedang rajin meroti tu terus akak ambil resepi bun inti coklat yang Mas ambil dari rumah Nor.
Tapi akak guna inti kacang.beli yang ready made tu aje.nak lagi mudah kan.cenggitu le adanya.hehe

Bun Inti Coklat
by
anymz mykitchen





Bun Inti Coklat
Bahan :
  • 380gm tepung high protein ( tepung roti )
  • 3 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A
  • 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
  • 100g m water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter - Mas guna marjerin
  • 30 gm shortening

Inti :
  • chocolate filling secukupnya

Resepi Water Roux :
  • 25 g tepung gandum
  • 125 ml air

Cara membuat water roux :
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Kaedah 1 - jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
  9. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  10. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan :
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.




Saturday, 4 June 2011

Super Moist Chocolate Cake


Assalamualaikum semua

Malam2 minggu ni mesti takde orang kat rumah kan?..ke sedang dok lepak2 depan TV..
Akak buat cupcake ni petang tadi.
Alhamdulillah..hari ini akak dan suami berkesempatan pergi ke kenduri orang kawin,menziarahi sahabat yang sakit di serang stroke dan juga menziarah kawan2 lama arwah mak akak..panjang2 tali silaturrahim..dapat jugak gulai ayam kampung tadi .Terima kaseh yo pada kak Timah dan anak2..best.
Sekembalinya akak ke rumah adik pulak talipon nak datang dan bermalam di rumah akak.
Adik ni ada enam org anak yang berusia dari 7-16 thn.Akak decide buat cupcake ni lepas intai di rumah mas itu hari..seronok melayan anak2 sedara.
Masa diorang sampai,kek ni baru je di keluarkan dari oven.percaya atau tidak..sekelip mata je habis.
Alhamdulillah....
Meh kita tengok resepi yang akak kopipes dari rumah Mas.Mas pulak ambil dari rumah Hasue.
Hasue godek2 dan ubahsuai dari rumah AlongRoz.isshh,,panjangnya kek ni merantau...


Super Moist Chocolate Cupcake
by
anymz mykitchen
source1:AlongRoz
source2 :Hasue
source3:Mas Duniaku


Bahan-bahan:
  • * 100g Serbuk Koko*
  • * 180g Gula pasir*
  • * 1 tin Susu sejat*
  • * 200g Minyak Masak Sayuran*
  • * 250g Susu Pekat*
  • * 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • * 150g Tepung Gandum
  • * 1 st Soda Bikarbonat
  • * 1st Baking Powder
*Papercups/kertas cawan secukupnya

Cara membuatnya :
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda * dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk. Setelah sebati,tapis adunan kek untuk mendapatkan tekstur kek yang halus dan benar2 sebati.
  3. Masukkan adunan separas 2/3 ke cawan kertas. Memandangkan adunan agak cair,adalah mudah untuk menuang adunan menggunakan jug ke dalam papercup. Bakar selama 20 minit bergantung pada jenis oven dan saiz papercup.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn buttercream atau hiasan pilihan..enak juga dihidangkan begitu sahaja.. Selamat mencuba!

Asam Pedas

Assalamualaikum semua
Buat apa tuuuuuuuuuuuu
Rumah blogger masak2 sunyi sepi le jawapnya bila tiba hujung minggu ni kan?
Ada yg balik kampung ya.berhati2 di jalanraya.okay.kalau tak balik kampung tu dok diam2 kat rumah.nonton TV takpun tidur le.rehatkan badan dan minda.
Adeh!panjang lebar pulak mukadimah hari ini.
Asam pedas memang kesukaan akak..tak jemu kan?..bagi lah pada akak sebarang asam pedas dari negeri mana pun, pada akak rasanya tetap asam pedas...hehe
meh tengok resepi asam pedas yang akak masak semalam.
Hari ni tak masak.dah gantung piyuk belanga.pi makan free kat rumah org kenduri..


Asam Pedas
by
anymz my kitchen

bahan2

1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar
15 tangkai cili kering-di kisar
1 labu bawang besar-di kisar
3 ulas bawang putih-di kisar
2 batang serai-di kisar
sedikit belacan-jika suka-di kisar
3 batang daun kesum-ambil daunnya
2 batang bunga kantan-di belah dua
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa
1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
1 st serbuk kunyit
minyak untuk menumis

cara

Panaskan minyak di dalam periuk
Tumis bahan2 kisar hingga naik bau
Setelah terbit minyak,masukkan serbuk kunyit,garam dan kiub ikan bilis
Masukkan air asam jawa
Masukkan juga ikan dan daun kesum
Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan
Jerang hingga terung masak
Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api
Sedia untuk di hidangkan.


Friday, 3 June 2011

Sambal Belacan

Assalamualaikum

Adeh..jangan banyak songeh..apa lah kak anim ni?..banyak2 menu sambal belacan pun nak post gak ke?...kehkehkeh...gelak org kaya ni...saja post sambal belacan buat rujukan anak2 menantu di masa depan..mana tau tetiba diorang tak tau pulak macam mana nak buat sambal belacan kan?..resepi dia yang paling simple..semudah ABC..tumbuk sambal ,sambil lolap mato pun jadik,lelap mata takot cili masuk dlm mata la..haha



sambal belacan
by
anymz mykitchen

bahan2

5 tangkai cili hidup
10 tangkai cili padi kampung-kalau tak suka pedas jangan letak
sedikit gula-opt-akak tak letak
belacan secukupnya-di bakar atau di goreng tanpa minyak.
2 biji limau kasturi-di perah dan ambil airnya

cara

tumbuk semua bahan bersama kecuali limau.-boleh juga kisar dgn menggunakan pengisar kering
sudah elok sebati,keluarkan dan gaul bersama air perahan limau kasturi
Akak tak letak garam sebab belacan sudah masin



hari ni kita makan ulam2an berangin ya.
tak boleh di amalkan selalu.


dah lama betul tak buat pucuk ubi sebagai ulam


Puding Roti Karamel

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah berjumpa kita kembali pada hari Jumaat yang mulia ini..Puding ni dah lama ada di rumah kawan2..Yang terkini di rumah Nor@secubit Garam..Akak kopipes je dari rumah Nor.Resepi asal dari rumah Rosaliza.dah merata berjalan puding ni.Akak ingatkan akak dah pernah post puding roti ni sebelum ini...rupa2nya..kihkihkih...kes terlupa daaaa..dok cari dalam resepi dessert tak jumpa rupa2nya masa akak buat kelmarin duluuuuu2 sudah habis ngap masuk mulot dan tidak di post di sini..takpelah kali ini akak simpan resepinya di sini buat rujukan di masa2 akan datang..
Senang bangat buat puding ni..To adik akak yang dok Taiping tu,ko try buek ni bagi parents in law ko..Guarantee diorang sayang three four kek kau..hehehe




Puding Roti Karamel
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

Thursday, 2 June 2011

Crazy Chocolate Cake

Assalamualaikum semua
Ramai yang berpuasa hari ini ya.alhamdulillah..syukur..insyaAllah esok akan bermula lah 1 rejab untuk tahun ini..semakin pantas masa berjalan kan?
Akak buat kek ni petang tadi selepas confirm dgn Izah yang kek ni tidak menggunakan telur..senang sangat nak buat kek ni.semudah ABC..crazy chocolate cake..mmmm...love you like crazy lah zah...anak2 suka sangat..kita yang tua2 ni makan senja nanti lah nampaknya..kalau tengok pada teksturnya tu memang moist betul.terliur..cuma ainul komplen kenapa mak letak oren..haha..ainul memang tak suka cekelat perisa oren..wah!ada can dapat habiskan kek ni sorang2..memang dasar mak kedekut lah ni kan?...akak suka kalau ada cekelat atau kek perisa oren..
Maaf kalau gambar tidak memuaskan...sedang kumpul duit ni nak beli toy baru ..sebab camera tak masuk dalam wish list pada en suami tu hari..so kena lah korek tabung sendiri..huhu..camera tu makin uzur selepas balik dari PD..majuk agaknya takpat mandi laut..
Okeylah meh tengok resepi yang akak kopipes betul2 dari dapur IzahDaut..


CRAZY CHOCOLATE CAKE
by
anymz mykitchen



Bahan-bahan ( 18cmX18cm )

1 cawan / 120 gram tepung gandum
1 cawan / 180gram gula halus
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil vanilla
1 cawan air sejuk
1 sudu besar oren sunquick *saya tambah

Cara-cara

Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.
Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.
*Saya masukkan semua bahan cecair kecuali cuka. Gaul sebati. Last sekali baru masukkan cuka. Gaul sebati.
Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.
Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni. Kek ni sesuai diimakan begitu sahaja tanpa frosting, sebab dah cukup rasa manisnya. Terpulang dengan selera masing-masing

Wednesday, 1 June 2011

Ayam untuk bbq

Assalamualaikum

Saja akak post entri perapan ni sebagai rujukan buat anak2 bila2 masa diorang nak buat bbq sendiri suatu hari nanti..Resepi ni ada macam2 versi.ada yang suka guna bawang,serai atau halia.ada juga yang guna western style tapi bagi akak cukup untuk yang simple macam ni..tak renyah dan mudah je..Akak marinade semua bahan2 ni pada jam 8 malam sehari sebelum bbq.
Memang lembut dan cepat masak bila kita perap lama2 kan?.alhamdulillah sedap dan makan dgn sos cili Thai dan juga sos bbq yang akak ambik resepinya di sini.terima kaseh pada kak norlie kerana sudi share resepi sos bbq yang sedap ni..



Chicken for bbq
by
anymz my kitchen

bahan2

Ayam- jika ayam bersaiz besar di potong 10-12-bersih dan ketepikan

akak cuma letak nama2 sos..jumlahnya nanti bergantung pada bilangan ayam yang you all gunakan ya

sos bbq perisa tradisional/pedas-akak guna tradisional
soa tiram
sos cili life
sos tomatao life
serbuk lada hitam
kicap manis
akak letak jugak sos lada hitam

Resepi untuk sos BBQ lihat DI SINI

Toy Baru


Assalamualaikum semua

Semalam akak dah janji kan nak tunjuk toy baru akak dan akak amat memerlukan bimbingan dari kawan2 semua untuk mengetahui bagaimana BM jenis ini beroperasi..

akak tak pernah gunakan breadmaker sebelum ini tapi akak sudah biasa melihatnya..Yang akak punya ni tidak ada setting doh..cuma tertulis start/stop je dan gambar roti/ayam.

Alhamdulillah,akak ke rumah adik yang tinggal di Seremban dua hari lepas.Kat rumah dia tu akak dok kecoh2 sikit, tentang hajat akak yang nak beli breadmaker kenwood..

Tetiba si adik bersuara..eh!kita adolah oven BM ni..

eh!yo ko?tak ponah nampak ko guna pun?..

memanglah tak guno kalau boli roti tu bukan ko lai sonang..

wah!..sonang boto hidup ko yo dik..dah lah guna dua org pembantu..akak tak suarakan ayat tu.takut pulak tiba2 adik menukar fikiran..

Terus je akak angkut oven ni masuk dalam kereta sebelum dia berubah fikiran dan seterusnya bila sampai aje rumah terus akak godek2 resepi dan decide buat roti resepi CMG dulu..dgn hajat hati kejap lagi nak keluarkan nak cuba buat bun jugak ala2 roti naik gitu tapi kesudahannya..akak tunggu punya tunggu,oven tu dok senyap sunyi je..tapi bila akak ke dapur semula beberapa minit kemudian tiba2 akak tengok lampu oven menyala dan mengeluarkan bau yang sungguh harum.macam bau kedai roti sebelah klinik Dr Chuah kat Tampin tu je..

Jadi soklan akak kat sini,sape tau macam mana nak guna BM oven jenis ini..
Akak tengah bengang betul ni..tadi masa naz datang,akak tanya gak dia kalau2 dia tau..aduh jawapan naz sama macam nieza jugak..tekan setting doh..payahnya tulisan doh pun tak ada kat situ..


Tuesday, 31 May 2011

English Cottage Bread


Assalamualaikum semua
Minta maaf lah hari ni agak lambat akak bersiaran..sibuk sangat hari ni,maklum cuti2 sekolah ni banyak sangat aktiviti yang tidak di rancang..kejap ke KL sekejap ke Melaka.entah apa2 yang di sibukkan tak tau..menyibuk2 kan diri sebenarnya ada laaaa..hehe
Ni akak buat roti ni sebaik aje akak terima oven breadmaker hadiah dari adik semalam..nanti2 akak update post tentang oven tu ya dan jugak nak mintak tolong korang akak ajar guna oven jenis ni.breadmaker yang uli2 terus dia bako..tak dan akak nak ketul2kan jadi bun..seb baik mula2 akak buat ni akak guna english bread dari cik mat gebu kita ni..memang gebu arrrr roti ni.sedap cicah dgn air milo atau kopi..meh dok sini kita sembang2..meh..


English Cottage Bread
by
anymz mykitchen
Source:CMG


BAHAN-BAHANNYA :
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
30 gram gula halus
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 3/4 camca teh instant yeast
30 gram telur (kacau 1 biji telur, dan timbang)
130 ml air sejuk (dari peti ais)
30 gram mentega
Sedikit mentega, untuk disapu*
Sedikit gula untuk ditabur*

CARA MEMBUATNYA :
  1. Satukan bahan diatas kecuali yang bertanda (*) dan mentega. Gaul hingga semua sebati dan menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat adunan yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan bungkus bekas tadi dengan plastik, perap 1 jam atau hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, kecuali bahan bertanda (*). Pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.
  2. Gris acuan berukuran 8 inci x 5 inci x 5 inci dengan mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Kemudian gulung doh tadi seperti swiss roll, kemaskan dan masukkan ke dalam acuan tadi. Biar kan selama 45 minit hingga naik.
  3. Dengan menggunakan pisau tajam, toreh memanjang permukaan roti tadi. Sapu sedikit mentega dan tabur dengan gula. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau kuning keemasan bergantung pada oven masing2.
  4. Bila roti masak, keluar dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya...

Sunday, 29 May 2011

BBq at Port Dickson

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah..Akak dah balik..hehe..
Seronok betul menghabiskan hari minggu di pantai Port Dickson..
Tempat yang akak pilih untuk berkhemah dan berkelah ni tempat yang sungguh cantik sekali pemandangannya..kalau ada sesiapa yang ingin membawa keluarga berkelah dan berkhemah di Port Dickson,akak syorkan pergilah ke Pantai Politeknik di PD..

Kami panggil pantai ni dengan nama pantai Poli sebab utamanya ialah pantai ini terletak di hadapan Politeknik Port Dickson..kedudukan nya betul2 di belakang Hotel KAYNS.tapi sayang sekali akak tak ambik gambar banyak sebab leka bersembang dan bergelak ketawa di sini..
Anak2 cuma sempat snap gambar masa mula2 sampai dan masa sedang mengipas ayam..selebihnya bila dah masuk dalam laut semua sudah terlupa untuk snap2 gambar tapi percaya lah tempat ni memang strategik sekali..cuma akak nasihatkan kalau mau ke pantai Poli ni jgn lupa bawa air kosong banyak2 sebab tempat ni tak ada toilet..kalau sesiapa mau berkelah ke sini dan tak tau tempat boleh lah email akak ya..


Akak yang mula2 sampai.so akak cop port sini.kat pokok besar ni..redup yang amat.


bersihkan pantai dia.sebab kedudukannya betul2 di belakang hotel jadi pantai ni agak terpelihara.memang bersih


Tengok tu.akak tak tipu..putihkan ?



tengah usha2 siapa nak naik pencil boat ni dulu.


lagi satu pic untuk membuktikan kat you all yang akak bercakap benar

sambil anak2 mandi manda..ayah bakar ayam dulu.

Ayam yang sudah hampir siap dan boleh di makan..
Resepi perapan untuk bbq nanti akak bagi ya.
Sekian Terima Kaseh
Selamat Bercuti semua..