Tuesday, 15 November 2011

Murtabak Pratha

Assalamualaikum

Dan Selamat Tengahari buat semua..Masak apa tu?..Dah makan tengahari?..
Hari ni akak keluarkan menu dinner akak malam tadi.Murtabak pratha yang mana resepinya sudah agak lama terperap dalam list akak tu hah..Baru malam tadi akak berkesempatan membuatnya..Bila dah makan tiba2 rasa kenyang dan menggemukkan..Adehhhhh..terus puasa hari ni..Haippp jangan ingat akak puasa sebab nak kurus ya.Salah nawaitu kalau macam tu tapi selain dari akak berpuasa ganti kita di galakkan berpuasa demi kesihatan kita ya..Bila dah berpuasa tu sudah semestinya  pemakanan kita terjaga..insyaAllah...
Meh kita tengok resepinya yang akak ambik dari mekyung1 Mas@Duniaku..Entah bila lah nak sembuhnya mekyung tu..mmg sedang melayan perasaan betul gamaknya tu ya..mekyung dua pun tak muncul2 jugak..Ada mekyung 3 ke kat sini?Angkat tangan..nanti akak bagi hadiah...wakakaka...







Kira kalau musim hujan begini memang sesuai sangat lah menu ni.
memang sangat2 mengenyangkan..Akak goreng sedikit garing.Suka macam tu.
Sedap




Murtabak Pratha
by
anymz mykitchen
Copy Resepi : Sitimariam@myresepi
Bahan :
  • 2 keping Roti Paratha
  • Daging@isi ayam - potong kecil-kecil@cincang
  • 2 biji Ubi Kentang - potong dadu
  • 3 @ 4 sudu makan Rempah kari
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • Garam,Gula
  • Air
  • 2 biji telur - 1 biji untuk 1 biji roti paratha
Kuah bawang merah :
Bahan :
  • 1/2 biji bawang besar ( saiz kecil)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos cili maggi
  • beberapa titik pewarna merah ( sirap)
  • sedikit gula dan garam
Untuk buat kuah bawang merah, hiris nipis bawang besar, kemudian campur dengan sos cili, cuka, sirap, gula dan garam, simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti ais beberapa jam.

Cara membuatnya :
  1. Masukkan daging ke dalam kuali,keringkan airnya dahulu, kemudian masukkan minyak diikuti dengan bawang putih.
  2. Masukkan air,rempah dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  3. Masukkan bawang besar,garam dan gula.Masak sehingga kering.
  4. Nipiskan roti paratha (saya guna penggelek-sapu sedikit minyak di tempat yg kita nak canai tu dan juga dekat penggelek supaya ia tidak melekat)
  5. Perlahan-lahan angkat dan letakkan di atas pan yang disapu dengan sedikit minyak..(Boleh bukak api sebelum kita letakkan roti tu.Pastikan api perlahan)
  6. Letakkan 3-4 sudu makan inti dengan 1 biji telur (pukul sikit telur tu)- sebiji telur untuk sebiji roti...
  7. Letakkan inti di atas roti kemudian lipat. Letak sedikit minyak.Masak dengan api yang perlahan.
Saya lebihkan garam dan gula dalam inti sebab murtabak ni makan macam tu je...kalau nak makan dengan pencicahnya tak perlula nak lebihkan garam dan gula...lagi satu kalau tak lebihkan garam dan gula, lepas letak telur rasa tu akan berkurangan.

Monday, 14 November 2011

Puding kasih Bertaut

Assalamualaikum

Akhirnya puding ini sampai juga ke rumah akak..Itu pun sebab mau di hadiahkan pada jiran yang akan mengadakan kenduri kawin cucunya .Kalau tidak jenuh akak sorang nak menghabiskan puding yang sedap ni..Di rumah akak ni puding yang laris hanya lah puding2 yang berkaitan dgn susu atau fruit cocktail..kalau selain dari itu diorang sanggup pandang aje..Biasa la anak2 lelaki tekak diorang tak sama kan?..
takmo bebel panjang2 kita terus ke resepi ya.TerimaKaseh Naz sudi share resepi .Sesuai sangat di buat hantaran puding ni.Dan terimaKaseh pada Nor sebab akak ambik resepi ni dari dapur secubitgaram...:)

Puding ni pasti akan di buat lagi..Sesuai sangat untuk di jadikan sebagai buahtangan..sedap dan cantik...secantik empunya resepi..:)))

InsyaAllah akak akan menyusuli rumah teman2 yang telah berkunjung ke sini dalam sedikit masa lagi..





Gambar terpaksa di edit bagi terang,Cuaca tak berapa nak menyebelahi akak hari ni.Gelap saja dari pagi tadi..




Puding Kasih Bertaut
by
anymz mykitchen





Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)

Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.


Bahan-bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise
2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Saturday, 12 November 2011

Bubur jagung

Assalamualaikum semua

Dan selamat Petang buat semua.
Hari ni di rumah akak hanya tinggal wazir dan ayahnya saja.Ainul sudah ke taiping ke rumah adik akak yang tinggal di sana bagi menghabiskan cuti semesternya sehingga hujung bulan ni.Ya Ainul ambik cuti awal seminggu.
Dapatlah wazir fokus dalam peperiksaan SPM yang bakal didudukinya pada hari Isnin ini.Kalau Ainul ada di rumah ada saja gangguan yang di buatnya untuk wazir hilang fokus.kekeke
InsyaAllah semoga wazir tabah menghadapi dan berjaya menjawap soalan2 peperiksaan dengan mudah.Semoga Allah swt permudahkan urusan anak2 yang bakal menduduki SPM yang akan bermula pada hari Isnin ini.amiiiin

Okay ,...akak buat bubur jagung ni petang tadi.Dah lama tak buat dan dah lama tak makan benda2 manis macam ni.Sedap tak terkata.Meh kawan2 ambik sorang semangkuk.Dah nak habis dah ni..:D


Bubur Jagung
by
anymz mykitchen

Bahan-bahan

5 tongkol jagung-di kikis isinya dan ketepikan
2 sb sagu mata ikan-cuci dan ketepikan
1 turus gula melaka
1 mangkuk santan pekat
2 cawan air
secubit garam
1 helai daun pandan-di simpul

Cara

Didihkan air bersama gula melaka dan daun pandan hingga gula hancur dengan api yang sederhana
Masukkan isi jagung,santan dan secubit garam
Jerang hinga mendidih dan jagung masak.
Masukkan sagu mata ikan
kacau sebentar dan tutup api.
Sedia untuk di hidangkan

*Akak tak masuk gula pasir sebab bagi akak gula melaka tu sudah sedang elok manisnya dan sesuai dengan tekak akak sekeluarga.





Friday, 11 November 2011

Kuih Keria

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang buat pengunjung2 my kitchen..Ermm..ramai rakan2 blogger yang di landa badai kemalasan lantaran semangat yang hilang entah ke mana.Ada juga yang masih meneruskan berblogging seperti biasa.Ada yang telah patah semangat rasa macam nak join kawan2 yang melandingkan diri lantaran ketidakupayaan tenaga dan yang seumpama dengannya.Ikutkan hati akak macam tu juga lah TAPI akak punya tanggungjawap yang agak besar di sini.Nampak macam remeh je.
Pada awal mulanya akak jangka untuk meninggalkan resepi2 di sini buat anak2 sahaja.Tidak pernah terfikir di fikiran yang resepi2 akak di sini bukan saja di tonton oleh anak2 malah oleh saudara mara akak juga.Bila ini berlaku masing2 mula lah meminta itu dan ini,seperti resepi2 peninggalan arwah mak akak dan sebagainya.Seboleh mungkin akak cuba tunaikan.Maklum bukan sedikit modal yang perlu kita keluarkan bila kita wujudkan blog masak2 ni.Semuanya perlu kita ambil kira.,masa,tenaga,layanan terhadap anak dan suami dan yang penting sekali modal.Lantaran bila ada yang berkata orang yang membuka blog masak2 ni bukan nak menunjuk2 ke?...
Terasa begitu kerdil diri ini di sisi Allah swt apabila kita di uji dgn kata2 yang sedemikian rupa.Tapi prinsip dan pegangan akak hanya satu Allah lebih mengetahui.Mereka ada mulut suka hati depa lah nak kata apa pun.What goes around comes around.Hari ni kita buat orang esok lusa orang buat kita balik.Mudah kan?..Itu saja prinsip akak dan akak memang sentiasa hidup dalam keadaan yang ceria dan seboleh mungkin jauhi sifat riak,mementingkan diri dan berlagak pandai.Kalau tak tau kata tak tau.Jangan cilok cilik sini sinun bagai.Eh!!!!! melalut2 dah ni..
Okay2 berbalik pada resepi akak hari ini,akak ambik resepi dari buku kak chef hanieliza menerusi buku kuih muih minum petang.Saya minta izin untuk letak di sini ya kak liza buat rujukan saya dan keluarga di masa hadapan.



Kuih Keria
by
anymz mykitchen
Resepi: kak Chef Hanieliza

Bahan2

500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula-akak guna 3/4 cawan gula
1/2 cawan air

Cara

Keledek di buang kulit dan di potong kecil
Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
rebus hingga lembut.
Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat.
Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyak.Masak bahan salutan gula  hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih.
Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan


Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalamualaikum

Terkekek akak gelak sorang2 menengokkan komen kawan2 tentang kerajinan akak mengupdate blog.Biasa lah hari ni hari rajin .esok lusa tak tau lah kan.Ini semua atas sesuatu sebab jugak.kena rushing masuk kan resepi2.Esok lusa bila dah terlebih bizi masa akak pulak untuk mendiamkan diri kan?..hehe
Hari ni akak masukkan resepi ayam goreng berempah versi DJ.Sedap tau ayam goreng berempah ni.macam2 rempah ada.rempah beriani pun ada tau..bagi yang rajin dan teringin mengubah selera tu boleh lah cuba ya.DJ akak minta izin letak resepi di sini pulak ya.



Ayam Goreng Berempah Beriani
by
anymz mykitchen
Sumber:InaKL


bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Thursday, 10 November 2011

Masak Lemak Cendawan Kukur

Assalamualaikum semua

Dan Selamat pagi buat pengunjung2 my kitchen.
Hari ini Khamis bersamaan 10.11.11.tarikh keramat buat bangah anak bujang kedua akak.Berumur 24 tahun pada hari ini.InsyaAllah kejap2 lagi rancang lah menu2 kesukaannya.Tahun ni bangah sempat merayakan harijadinya dengan keluarga.Tahun depan tak tau lah pulak kan?.Takpe itu cerita kejap2 lagi.

Pagi ni akak tayangkan menu yang akak masak tengahari semalam.masak lemak cendawan kukur.Pernah lihat cendawan ini di mana2?..
Buat pernduduk2 di nismilan ni masakan begini mmg tidak asing lagi buat mereka.cendawan ni susah nak dapat.Hanya muncul bermusim je.Ia biasanya tumbuh di pokok2 getah yang telah kering.hati2 ya.Tak semua cendawan yang tumbuh di pokok getah kering ni boleh di makan.Kadang2 takut beracun.Akak memang tak pandai nak memilih.Biasanya akak beli cndawan ni di pasar2 tani pada peniaga2 yang akak kenal saja.Cendawan begini sangat sesuai di masak masa musim cuaca panas.Biasa la semua orang tau cendawan ni jenis makanan sejuk.kalau di masak masa hujan takut kembung pulak kan?..Tapi bagi akak,masak dan makan aje.takde masalah.insyaAllah....


Masak lemak cendawan kukur
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 piring kecil cendawan kukur -di rendam hingga kembang
(biasa yang di jual di pasar tani tu dlm piring kecil berharga RM2)
ikan bilis secukupnya-di rendam dan cuci bersih
2 sb cili padi kisar
sedikit kunyit serbuk atau kunyit hidup(di tumbuk)
2 ulas bawang merah- di hiris
1 bantang serai-di titik
1 keping asam gelugur
santan dari 1 biji kelapa.-kalau beli santan segar beli RM3.
Garam secukupnya

Cara

Cuci bersih cendawan
Masukkan cendawan ke dalam periuk bersama cili padi,bawang kecil,serai,ikan bilis  dan sedikit air.seeloknya air di curah separas lebih sedikit dari cendawan.
Rebus cendawan hingga empuk atau dalam anggaran 20 minit.
Masukkan santan dan asam gelugur beserta garam secukupnya.
Kacau hingga mendidih.
Dah mendidih biarkan anggaran 10 min hingga gulai elok masaknya
Tutup api dan sedia untuk di hidangkan.

Wednesday, 9 November 2011

Fluffy Pancake

Assalamualaikum semua

Bertemu kita di petang2 hari ni denga menu sarapan pagi tadi.Akak dalam proses mencuba pan yang baru akak perolehi dari sahabat kita yang tinggal nun jauh di Penang MIMI.Memang menjadi kesukaan akak lah lepas ni non stick pan ni.sesuai sangat2 untuk buat roti jala dan pancake.Tidak perlu guna minyak langsung.Kalau nak tahu penerangan dan dari mana boleh di dapati pan ini dengan lebih lanjut boleh lah ke rumah Nor@SecubitGaram ya.
Akak suka sangat dan berterimakaseh pada Nor atas resepi yang mudah.Kalau Nor nak tau pancake ni anak dara akak dan wazir yang buat..seronok diorang dapat guna kuali yang tak guna minyak dan sudah tentu di sertai dgn resepi yang hebat jugak kan?.
Untuk sementara waktu akak rasa akak akan stick dgn resepi ni bila2 akak teragak nak buat pancake.Nanti boleh cuba resepi yang letak butterscotch tu pulak.:))


FLUFFY PANCAKE
by
anymz mykitchen
source: Allrecipes

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

Carrot Walnut Cake

Assalamualaikum semua

Kembali kita bersiaran pada hari Rabu 9.11.11..Cewah siap letak haribulan bagai..Dunia blog masak2 sunyi sepi sebentar lantaran ada beberapa orang teman iaitu cik bedah dan cik senah bukan nama sebenar sedang uwek..uwekk..keisan depa2 tu semua terkena penyakit buatan orang ..Susah nak sembuh tu..Kena ambik masa  sedikit..Okaylah kita straight to the point je lah ya.

Akak buat carrot kek versi kakpah ni masa raya korban tu hari.Saja nak tukar selera pula dengan resepi pilihan dari dapur kakpah.Alhamdulillah resepi2 dari dapur kakpah memang tidak pernah mengecewakan..
Kak....sey minta izin kopipes kek sini pulak yo..Caaaak..!nampak akak tersonyum simpul tu..


Carrot Walnut Cake
by
anymz mykitchen


Bahan A
250 gm butter
300 gm castor sugar

Bahan B
1 tsp esen vanila
5 biji telur gred B

Bahan C
340 gm tepung super fine
1 tsp baking powder
1/2 tsp cinnamon powder

Bahan D
150 gm kacang walnut , dipanggang sekejap dan di cincang kasar
150 gm pineapple cubes - di dadu kecil
350 gm carrot diparut dan diperah airnya
100 gm chocolate chips

Untuk cream
250 gm cream cheese
100 gm butter
80 gm gula icing

Cara:
Pukul A sehingga creamy. Perlahan-lahan masukkan B. Fold in C dan masukkan D. Gaul rata.
Masukkan adunan ke dalam dulang empat segi bersaiz 9 inci atau 10 inci kali 7 inci. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suku 175 deg C selama satu jam. Bila masak, sejukkan.

Untuk cream.
Pukul semua bahan sehingga kembang dan ringan. Sapukan di atas kek apabila kek sudah sejuk

.

Tuesday, 8 November 2011

Mutton Masala

Assalamualaikum semua

Okay..sudah2 lah kita nengok kek lapis yang tak berapa nak menjadi lapisannya tu ya..Akak tak kisah dan tak malu tepek kek lapis yang tak menjadi tu.Itu sebagai kenang2an akak sefamili.Jangan lah kita tepekkan yang indah2 je kat sini kan?..Letak juga kejadian2 yang tak berapa nak menjadi.
Mana tau suatu hari nanti ini juga boleh dijadikan  sebagai panduan dan rujukan buat ahli keluarga lain yang ingin belajar buat kek yang serupa.Bila tak menjadi mereka juga boleh belajar kenapa dan bagaimana.TerimaKaseh pada Along@HomeKreation yang tak jemu2 mengajar.

Okay hari ni akak letak resepi mutton masala yang akak ambik resepinya dari rumah Nor@SecubitGaram.Nor pulak ambil dari rumah Love.Lagi sekali ribuan terimakseh akak ucapkan buat kedua2 teman yang sudi berkongsi resepi  yang sedap ini.

Akak pernah jumpa resepi yang sama dari majalah Jelita beberapa tahun yang lalu tapi resepi dari majalah merujuk pada sotong berempah.

Suatu ketika dulu akak memang pengumpul resepi2 dari majalah yang tegar.Sejak dari zaman 70 an lagi.Masa tu mana ada internet.Sekarang ni semuanya senang kan?Nak masak apa kalau tak tau google aje..semuanya siap di hujung jari.Tinggal lagi antara rajin dengan tidak aje.
Sebab tu majalah di rumah akak ni kalau di himpunkan akak dah boleh buka satu arkib majalah namun akak tak membazir begitu saja.Sebahagian majalah akak hadiahkan pada klinik2 atau badan2 yang memerlukan dan sudah tentu resepi2 di majalah telah akak koyak dan simpan dalan satu kabinet khas di bilik tidur akak...hihihi
Nor dan Love akak minta izin untuk letak resepinya di sini pula ya.



MUTTON MASALA
by
anymz mykitchen
resipi : Love2cook

Bahan-bahannya :-

1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan
1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)

Bahan dikisar bersama :-

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai -----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari
Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sk biji jintan putih
1/2 sk biji jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)
1 sk serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam dan aji secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-

Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi.
Kacau bersama ubi kentang.
Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya.
Kacau sebati.
Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala.
Gaul sebati dan biarkan seketika.
Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul.
Padamkan api. Mutton masala sedia dihidang.

*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air... Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...


Monday, 7 November 2011

Kek Lapis EverGreen

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah akak dapat bersiaran seperti biasa.Ada sedikit masalah untuk update blog sebenarnya.Tapi tak apa lah semua itu sudah dapat di selesaikan bila Ainul campurtangan.Maklum,kadang2 benda2 berkaitan teknologi ni,anak2 yang lebih advance pengetahuan mereka mengenainya.Ya lah zaman kita dulu cuma ada kertas,pen atau pencil je kan?..semua guna manual.
Akak buat kek lapis yang tak berapa nak menjadi lapisannya ni hari Jumaat lepas.Akak simpan dalam freezer.Bila adik2 dan anak2 semua duduk berkumpul akak pun keluarkan.InsyaAllah akan buat lagi kek lapis ni sampai pandai sehingga menjadi lapisannya.Memang di syorkan pada teman2 semua agar mencuba kek lapis nih..Sedap sangat2.TerimaKaseh pada DJ@Dapurku Sayang dan juga Hasue yang telah giat mempromosikan..Thnx to them both.
Ada sedikit rasa terkilan  di sini sebab masa sedang buat akak tengok pewarna hijau akak sudah habis..Jadi lah namanya kek lapis light green.Boleh tak di panggil sedemikian rupa DJ?..
Hasue,..akak copypaste semuanya sekali dengan tips sebagai rujukan akak di masa akan datang ya..maceh okayyyyyy..



KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)
by
anymz mykitchen



Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A
450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla


Cara -cara :

Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.



Note:
Untuk separuh adunan yang HaSue buat:

5 biji telur gred A
225 g mentega berkualiti tinggi
90 g tepung hongkong/gandum
60 g serbuk horlicks
60 g gula halus (sudah dikurangkan)
3 sudu mkn pandan paste-lebih krg
1/2 sudu mkn ovallette
8 sudu mkn susu pekat manis
1/2 tin kecil serikaya
50 g serbuk santan
1/2 sudu kecil esen vanilla

Lembap dan sedap..gabungan perisa horlicks dan pandan..


Tips:Untuk hasil kek lapis sarawak yang terbaik..adalah penting untuk menggunakan bahan2 berkualiti seperti mentega tulen-brand seperti anchor,westgold,SCS..kalau nak guna buttercup tu,guna yang pure butter..bukan yang lepa susu yer..ni untuk hasil terbaik la..
kalau untuk hasil so-so jer tu..boleh je guna mana2.hee..

Satu lagi kena guna tepung hongkong untuk tekstur kek yang halus..kalau guna tepung gandum bukan tak boleh dik,tapi teksturnya tak sehalus guna tepung hongkong..itulah bezanya..


Thursday, 3 November 2011

Kuih Bom Keledek

Assalamualaikum semua

Aduhai..aduhai..semua sudah jadi tunggang terbalik deh..Dah nak petang letak menu tengahari.Dah nak malam letak menu minum petang..
Jadi lah kan?..

Hampir jam 3 petang tadi Ainul merengek2 suruh hantar dia ke klinik gigi.Nak cuci gigi katanya...
Orang nak raya sibuk nak gosok baju.
Tak payah beli baju baru bagai.Guna je baju2 masa raya posa tu hari.Dia pulak sibuk nak pi mencuci gigi.Sebelum melangkah keluar ayah yang balik awal dari opis kena lah di hidangkan makanan dan minuman petang kan.Jadi boleh lah mokcik2 yang keluar balik lambat ya tak?...

Kan dah kata..memang sah2 balik lambat tadi tapi takpe pokcik yang tinggal di rumah habis ngap lima ketul kuih bom nih..Sedap sangat ler gamaknya tu kan?...
Memang sedap hasil resepi kak Hanieliza ni.Akak godek resepi dari buku kecik kak Hanieliza yang bertajuk kuih-muih minum petang..
Kak saya minta izin letak resepi di sini buat rujukan di masa akan datang ya kak ya..

CT Payung oiiiiiii..inti da banyak lagi ke tuuuuu..Meh ler buat kuih bom ni pulak..Kita pakat2 bom rumah kawan2 yang sedang uwek..uweek tu kannnnn?hahaha


Kuih Bom Keledek
by
anymz mykichen
Resepi:Kak Hanieliza

Bahan2

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1 cawan bijan
1 sudu kecil garam
Minyak bagi menggoreng

Bahan Inti

1 cawan kelapa parut muda
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air

(Kacau bahan2 inti dengan api sederhana hingga pekat dan masak).-ketepikan


Cara

1.Keledek di buang kulit dan di potong kecil.Rebus dengan air dan garam hingga lembut.Kemudian toskan.
2.Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung.
3.Masukkan semua bahan inti ke dalam kuali dan masak hingga kering.
4.Leperkan adunan keledek dan masukkan satu sudu kecil inti.
5.Uli menjadi bebola kecil dan golekkan di atas bijan.
6.Goreng dengan api sederhana hinggawarna bijan menjadi kuning keemasan.
7.Angkat dan hidangkan.

Chicken Scallop Goreng Sos Thai

Assalamualaikum semua

Apa khabar buat semua pengunjung2 my kitchen ya..Sehat ke tu?..Ada orang tu dah dua tiga hari tak nampak..Sedang uweek..uweek ke tu?..Jangan marah naaaaaa...satgi muka anak hang kot2 ada iras muka ayu akak nih..hehehe
Hari ni akak agak sibuk waktu pagi2 tadi.Sebab tu lah lambat sikit keluar entri hari ni.Dah nak petang baru masuk menu tengahari kan?..Bila dah sibuk tu terus akak teringat menu simple kakpah ni.Memang sedap lah wey jika di masak begini..Apa lagi kat luar tu hujan kan,Perut lapar sokmo.Tak dan dah menumis yang renyah2 ni.Lebih baik di masak gaya gini je.Mudah dan cepat.Betul kata kakpah tak sampai setengah jam dah terhidang depan mata.En Suami yang tiba2 muncul tadi pun senang hati.Dapat makan terus.




Chicken scallop goreng sos Thai
by
anymz mykitchen

Bahan:

1 bungkus chicken scallop brand SAUDI
1/4 cawan sos cili thai
2 sb sos tiram
1 biji bawang besar dipotong separa bulat
2 ulas bawang merah dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji capsicum hijau di dadu kasar-hari ni takde stok akak guna capsicum kuning
1/2 biji capsicum merah didadu kasar


Cara:

Goreng scallop ayam sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan scallop yang telah digoreng tadi.
Letak sos tiram dan sos cili thai.
Masukkan capsicum dan bawang besar.
Gaul rata.
Bubuh sedikit air sekiranya kuah kering.
Setelah capsicum masak (biarkan rangup), padam kan api.
Tidak perlu ditambah garam.


Edit sikit bagi terang scallop tu..

Tuesday, 1 November 2011

Sambal Ikan Sardin

Assalamualaikum semua

Apa khabar buat pengunjung2 mykitchen.
Buat apa tu???
Hari ni akak tunjuk menu yang boleh juga di buat sabagai sarapan pagi dan boleh juga di buat sebagai menu makan tengahari terutama sekali bila ada tetamu yang datang secara mengejut dan tiba2 kita rasa blank tak tau apa yang hendak di hidangkan maka menu inilah yang selalunya menjadi pilihan.Di sertakan dengan telur dadar atau goreng ikan masin.kan menyelerakan menu begitu.Betul tak??

Akak tau menu ini mungkin di anggap biasa2 aje bagi pakar2 memasak yang sedia ada tapi akak tujukan lah cerita ni pada anak2 buah yang baru mendirikan rumahtangga ,terutamanya yang baru nak mengenal kuali periuk dan sudip tu kan?
Hidangan begini boleh di makan dengan roti atau roti telur sebagai sarapan.Memang sedap dan menjadi hidangan kesukaan en suami dulu..
Meh tengok resepi....



Sambal Ikan Sardin
Resepi
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 tin besar ikan sardin -apa2 brand janji halal
1 cawan cili kering kisar
1 labu bawang besar-hiris bulat
10 tangkai cili padi-hiris kasar
1 biji limau kasturi-di perah dan ambil airnya-ketepikan
1 biji tomato segar yg besar-jika suka-potong baji ke enam bahagian
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara

Sardin di buka tin nya dan ambil isi ikan dan sedikit kuah.akak ambil kuahnya dlm 2 sudu besar je-ketepikan
Panaskan minyak
Tumis cili kisar hingga pecah minyak
Masukkan Ikan sardin dan sedikit kuahnya
Masukkan garam,bawang besar dan cili padi
Kacau hingga sebati
Masukkan tomato
Kacau lagi
Bila sudah masak, masukkan perahan air limau kasturi
Angkat dan sedia untuk di hidangkan


Sesekali bila kita putus barang2 basah dlm freezer tu bolehlah makan begini.
Tapi tidak boleh di amalkan selalu.Bagi pengidap penyakit hepatitis B dan gout sardin adalah hidangan yang tidak di benarkan sama sekali...

Biskut Florentine....Maaf takde resepi

Assalamualaikum semua

Salammmmmm...buat teman2 yang berkunjung.
Hari ni 1.11.11..waaaah!cantik betul nombor tu kan?..

Adeh!boring dah ni..Saja akak postkan gambar biskut florentine ini yang sepatutnya akak postkan gambarnya masa bulan ramadhan tu hari..
Barang2 untuk biskut ni semua dah ada tetapi bila abang akak meninggal tu hari semua kerja2 membaking akak hentikan serta merta sebagai menghormati pemergian allahyarham abang akak tu kan..
Hari ni akak keluarkan lah gambar nya aje ya..Resepi?..Resepinya nggak ada dong..Semua bahan2 nak buat biskut florentine ni di jual ready made di kedai bakery kat tempat akak ni.
Memang laris betul jualannya..

Bila dah habis bulan ramadhan tu hari akak ke kedai tu semula sebab nak beli lagi sebagai hadiah buat teman2 tapi tokey kedai kata..'mana ada lagi maaaa'..adeh..terlopong jap akak..
Seeloknya biskut ni di tambah dgn mix fruit di atasnya sebagai topping selain dari badam keping tu..Baru lah cantik..Dengarnya kuih ni memang laku betul masa raya tu hari..Tokey kedai kata kat akak..'lu tak payah susah2 bikin itu tat.banyak susah ma..buat ini biskut lagi senang ma.'.hahaha



Biskut ni manis.
Ireng sikit daaaa ......