Thursday 8 December 2011

Soft pretzel

Assalamualaikum

Akak buat pretzels ni petang semalam atas permintaan seorang teman fb.

Maria !!..akak harap maria puashati ya.Akak tak tau rasa pretzel yang maria pernah makan tu.Tapi yang ini memang gareng di luar tapi lembut di dalam.Semoga sesuai dengan tekak maria sekeluarga..
Maria merupakan seorang kenalan baru akak sewaktu berkunjung ke Bandung dua tahun lepas.Blog beliau amat berguna bagi kawan2 yang suka melancong.Banyak info di situ.,Sila lah berkunjung ke sana jika ada masa..
Pretzel yang dalam gambar ni agak debab sedikit.Bentuknya tak berapa nak menjadi.Ada yang menjadi tapi wazir tak shoot pulak yang itu.Geram je tengok budak bertuah tu.Sejak dah habis SPM ni,memang dia lepas gian betul mengadap lappy ni.Asyik main game je.Bila akak suruh shoot dia macam kelamkabut je takut terlepas game yang dia main..issh..isshh..





Soft Pretzels
by
anymz mykitchen
Resepi:cikwan



Bahan-bahan
  • 3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour
  • 1 suduteh garam halus
  • 1 sudubesar gula halus
  • 1 1/2 suduteh yis kering
  • 1 sudubesar butter cair
  • 1/2 cawan susu segar (suam)
  • 1 cawan air suam - hana ltk sket2 jerk tk semua
  • sebiji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)
Cara-cara

  • Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula kemudian taburkan yis dan gaul rata.
  • Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
  • Tambah tepong sedikit2 jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
  • Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
  • Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
    Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali). Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar.
  • Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
  • Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.
  • Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya.

18 comments:

Ummi said...

Assalam Anim cayang...mintak sini 3 ketuii, wat bekfes...waaaah cop dulu laaa...rasa gak nam memintal...ntah la bila...hehehhehe, nmpak sedap komainn tuh...!

ibundo said...

nim, bak senia duo tigo kotul..

CT Delima said...

As'salam Kak Anim

wah akak berdesup2 masak yek, tak sempat2 ct nak komen ni kak. nampak menjadi pretzels tu. ct ni jenis yang suka makan gak pretzels ni kalau dok jalan kat Midvalley tu kompom mesti beli 2 ketul kenyang..hehehe

Anak kak anim tu samalah dengan anak2 bujang ct ni kak. dia orang tu berhenti main game masa nak solat dengan makan jer, kadang2 geram juga ct sebab tak ada ruang ct nak tengok blog dan FB kalau masing2 dah kongker 2 laptop tu..hahaha. Bila dah kena leter baru lah masing2 berhenti.

lupa lah nak cakap...lain kali buat lebih2 eh kak, ct nak sikit eh..hihi

tun_telani said...

Ooo.. yg ni lembut ye kak dalam.. tun pernah makan, buat setakat luar je keras, dlm pun kejung jugak.. hehe.. sejak tu x makan dh pretzel.
kak anim, sama laa ngan adik2 tun.. yg lepas upsr ngadap laptop main game, yg lepas pmr ngadap citer korea.. haha

quinnie said...

rajinnya kak anim..saya kalau buat ni tak tau la rupa bentuk yg jadik tu cam mana rupanya...hehhehe...

Cendana Kasih said...

salam akak.... inilah makanan yang saya suka... dah teringin balik...saya kalo ke Amamanda mesti beli 10 ketui..pastu balik rumah simpan dalam fridge...time nk makan, panaskan dalam oven...

Ni stok pretzel dah abis... mmg cadang nk pegi beli, dan bila nampak akak punyer ni, bolehlah try test buat dulu...hehehe...TQ

EmbunRosaliza said...

Assalam Kak, sedapnya tgk pretzels tu, best ni kalo garing kat luar lembut kat dalam, kunyah2 gitu pun best, pas tu pekena teh O lak mmg mabless

Gee® said...

Waaa...sedap nampak pretzel kak nim tu... tak pernah buat lagi... nak try lah

K.Nor said...

masa gi KLCC baru2 ni, lalu la tempat booth jual pretzel ni masa nak ke bilik solat. harum semerbak jer baunya.. ingat nak beli gak, tp tengok pjgnyer que manusia yg nak beli.. kensel terus! kalau tau k.nim nak buat, nor drive ke N9 hehe

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak nim..
Amboiii.. Pretzel dah dapat tempahan yer..

Kak Nim, Naz tgh jaga anak teruna lepas berkhatan skrg.. Kena tunggu dia sembuh baru boleh balik kg.. Harap2 cepatlah sembuh luka berkhatan tu..

rahel said...

Salam Kak Anymz...rajin sungguh baking2 ek..tapi suka tengok dan yang ni memang kita belum pernah buat..

Yana Shaiful said...

Salam Kak Anim..cantik jer pretzel tuu..dh lama yana berazam nk bt tp xbuat lg hihii..

Unknown said...

rajinnya kak anim...tak pernah buat sendiri lagi pretzel ni tapi tgk kat sini byk dijual takut lak nk beli takut ada benda tak halal.

Ruggedmom com said...

tq kakkkk, lap u lah!

Ni tengah melembutkan butter harap2 malam ni blh buat

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pretzel ni kalau yg jual tu mmg sedap yg amat! kalau lalu je depan kedai dorang tu.. mmg harum jer baunyer.. adeeiii yg tak tahan tu harga boleh tahan mahal! makannya tak puas & tak kenyang.. almaklum nak beli byk ongkosnya pun kena byk.. hihihi... lebih baik buat sendiri kan kak..

nOOrsha said...

salam kak.. ya amponn gebus montok sungguh pretzel ni... tetibe teringin nak makan pretzel.. hehe..x pnh merasa pretzel ni sebenonye.. diowang mkn ngan sos karamel ek cam aunty anns punye tu ek... dengo2 je la...bolehla cube nnty.. tp nk mkn ngan coklat.. hehe

inahar ali said...

woww..kakanim..pn doc pun nk cop 3 ketui..lama dh x merasa..selalu beli kt aunty anne je kt klcc..dh berkurun x pi sana..adoyai!

Farah Hanis said...

untunglaaaa..