Sunday 18 April 2010

mari makan soto

soto ayam







buat soto ayam jgn lupa buat bergedelnya








Dari dok dalam hospital itu hari saya dok teragak makan soto..nak beli tak muai plak jadi lebih baik saya buat sendiri je.bangun pagi tadi apa2 hal pun saya rebus ketupat mini ni dulu

ketupat mini

saya suka guna ketupat segera jenis mini ni sebab rasanya ala2 nasi impit la jugak.malas nak menghimpit jadi beli je ketupat segera ni hah.

bahan2

ayam 1/2 ekor
bwg merah 4 ulas,
bwg putih 3 ulas
halia sebesar ibu jari
semua bahan ni di blend ketepikan.
perencah soto cap hj sernan dari muar
kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,tak letak pun takpe sbb rempah kt atas ni dah ada
2 kiub ayam
bahan hiasan
tauge
daun bwg,daun sop
kacang goreng
bawang goreng
bihun goreng-ambil bihun sekeping dr paket terus goreng dlm minyak yg byk
bergedel
cili api berkicap

mula2 rebus ayam.
dlm bekas yg lain tumis bahan2 yg di blender tadi
angkat ayam,sejukkan dan siat halus utk hiasan nnt
curahkan bahan2 yg di tumis ke dalam periuk kuah ayam bersama rempah soto,kiub ayam dan garam


bergedel
bahan2 bergedel

sedikit daging cincang
kentang sekilo-buat lebih pun takpe leh makan mcm tu jer
sedikit daun bawg,daun sup
telur-2 biji
tepung gandum
rebus kentang dan daging cincang berasingan
lumatkan keduanya dan gaul dgn daun2.
gaul bersama kuning telur dan sedikit garam
kepalkan dan bentuk ikut suka
gaul bersama sedikit tepung dan celup dlm putih telur yg telah di pukul-goreng


rempah soto hj sernan dari muar

ada bermacam2 jenis rempah soto yg di jual di luar sana tapi saya biasa guna rempah ni ha..hubby beli kat muar .setiap kali bertugas di sana,pasti hubby beli rempah ni..pokoknya di rumah saya tak pernah putus bekalan rempah ni..di lain n3 saya akan cerita rempah2 yg di datangkan khas dari muar.seperti rempah mi bandung,mi jawa dan tak lupa kopi cap 434..


sila lah jamu selera dan jemput minum dgn air laici ni ya



air laici

dari sudut berbeza

No comments: