Friday 29 October 2010

Epok-Epok Sayur



Buat ni untuk minum petang tadi,hari ni express masuk entri sebab esok lusa entah sempat ke tidak akak bukak lappy.almaklum dah mula sibuk dgn undangan majlis2 perkahwinan.sedap epok2 ni..pebret akak nih.posa lah kejap makan daging.minggu ni minggu sayur utk akak..ketam,udang dan yg sewaktu dengannya,jadi musuh ketat kejap.selagi penyakit allergic ni tak hilang.,selagi itulah kena berpantang..
berdondang sayanglah anak2,bahagian ketam maknya tadi sudah diorang agih2kan..huhuhu...
Resepi akak ambil dari majalah Rasa,keluaran ogos 2007.korang semua mesti pandai buat,saja bg idea untuk korang buat masak2.kan tak lama lagi cuti sekolah.meh layan resepi.


bahan2

600gm tepung gandum
100gm marjerin
1 biji telur - di pukul
500 ml air
1 st garam
minyak masak untuk menggoreng secukupnya

bahan2 inti

200 gm taugeh
1 biji timun-di hiris
1 bii sengkuang-di hiris
1 batang lobak merah-di hiris
garam jika suka

bahan2 kuah

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh bijan
1 sudu makan cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa


cara

1-untuk bahan intinya,taugeh,timun,sengkuang dan lobak merah di gaul di dalam sebuah bekas.ketepikan
2-untuk membuat kulit,masukan tepung gandum,marjerin,telur,garam dan air dalam sebuah bekas
3-uli hingga menjadi doh.bahagikan kpd beberapa adunan dan bentukkan menjadi bebola kecil.kemudian canaikan nipis setebal 1 cm.
4-masukan inti di tengahnya dan klim di tepi seperti membuat karipap.lakukan sehingga habis.
5-panaskan minyak yang banyak di dalam kuali,goreng hingga berwarna kekuning-kuningan.angkat dan toskan.
6-sedia di hidangkan bersama sos cili.





4 comments:

anie,Nagoya said...

yes!!!!...kita dulu yg dpt epok2 ni...sape lambat jgn salahkan kita..hihihi..penh sekali buat epok2 ni...kita main bedal je...tapi pakai kulit popia sbb ms tu tak tahu buat kulit epok2...suami kata sedap..(^_^)

ijayuji said...

wwoooiiii org atas! kalau guna kulit popiah dah jd popiah lerr! wakakakakaka... kak animmmm! tumpang num petangggg kat siniiiiii :D nak byk2 jugak nak frozenkan :D

anymz said...

anie:kalau guna kulit popia,namanya popia cik anie oi,hehe,tapi cuba buat cam kulit karipap ni pulak sedap.tapi kulit kasi garing baru best makan..krupp..krupp..:D


ijayuji:takmo gadoh2..nah ambik epok2 sorang satu,pi main jauh2..ni bawak yg siap frozen sekali utk ika,ada dua bekas tu.cukup??..:D

D'ZB USRATI said...

Klu kita buat frozen, sayuran utk inti apa yg sesuai ya?