Saturday 19 March 2011

Apam Snow white

Assalamualaikum
Akhirnya akak dapat bersiaran jugak dalam keadaan yang seadanya..
ambik gambar guna handphone cokia jek..hehe..jadi lah kan jangan kan tidak daripada sunyi takde entri...
Buat apam ni petang tadi..dah lama tengok kat rumah hana tapi terlupa nak masuk list resepi ni
tetiba teringat madihah rajin buat apam snow white.siap dgn mcm2 kaler lagi,terus akak kopipes je dari rumah madihah..tengok kat rumah mas duniaku pun buat jugak hari ni..



Apam Snow White
by anymz my kitchen
source:madiHah


Bahan-bahan

* 3 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung gandum
* 2 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan 6 sudu besar)
* 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
* 2 cawan nasi
* 3 cawan air
* 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan. (MaDiHaA guna whisker lebih mudah).
4. Perapkan adunan selama sejam. (MaDiHaA perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut) Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .

NOTA dari kak.bdaria:

* Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula [MaDiHaA kurangkan 3 sudu besar untuk sukatan setengah adunan]) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
* Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
* Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

8 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,wah akak pong wat apam gak yer,sy pong baru buat jer klmarin,lawo apam akak 3warna lagi,ngee..

fara dean said...

assalammualaikum kak..
comeii apam tu..terasa kelembutannya..nak 2 biji ye..haha

fara dean said...

alhamdulillah..dh lama kami teringin nak p kak..n bila smua dpt cuti brulah decide tarikhnya..bebelumnya guna agent lain..tp kali ni
sy p dgn tabung haji..sbb mak ayah dh biasa dgn agent ni..naik Mas..kami satu family je..mmg berbaloi n berpatutan..smua diuruskan termasuk visa..cuma bwa duit utk shopping je..hihi

kasihredha said...

cantiknya...warna warni
sodap tu kak oii

HaSue said...

comel jer apam akak nih..nak seketui bleh tak kak?jawab boleh jer..sng cerita..muehehe

Gambar guna hp pun tetap menggoda jek..

HomeKreation said...

Apaaaaam.... geyam2!!

Cik Azz said...

Hari tu ada tengok resepi ni kat web my resepi...

Ada orang panggil apam ni apam beras... atau apam nasi.. kann...

Mas said...

kak anim..sedappkan apam ni...
mas pun suka...