Sunday 8 May 2011

Muffin Yogurt Sitrus

Assalamualaikum semua

Sebaik akak menerima hadiah buku 500 kek cawan ni tempoh hari terus akak selak dan selak sehingga lah akak terjumpa resepi yang cukup menarik perhatian akak ini..apa taknya.,..pengarang mengatakan 'muffin ini pasti mengecurkan air liur dgn asid yogurt yang di imbangi dgn kemanisan minyak2 sitrus'...akak tak lengah terus mencari bahan2..sebab...akak kan kalau ada kek yang ada oren2'limau bagai ni memang menjadi feveret betul..sedap betul rasanya..nampak pulak ada limau nipis..perghh kecur liur di buatnya..
Alhamdulillah...anak2 makan tak berhenti2..boleh buat lagi ni..

Sempena hari ibu akak nak ucap kan

SELAMAT HARI IBU
buat semua pembaca2 mykitchen yang bergelar ibu,mak,mama,ummi,mommy
semoga kita semua terus menerus menjadi ibu yang solehah baik di dunia maupun di akhirat
muffin ni sesuai sangat untuk di jadikan sajian sempena menyambut hari ibu hari ini..


muffin yogurt sitrus
by
anymz mykitchen
source:500 kek cawan Fergal connolly


bahan2

200g(8 oz)tepung serbaguna
175g(6 oz)gula halus
1 sb parutan kulit lemon
1 sb parutan kulit oren
1 sb parutan kulit limau nipis
1 sb serbuk penaik
secubit garam
225 ml (8 0z) bendalir yogurt rendah lemak biasa
115 ml(4 oz)bendalir minyak bunga matahari
1 biji telur-di pukul sedikit


cara

Panaskan oven 200

Di dalam mangkuk sederhana,campurkan tepung,gula,parutan kulit lemon,kulit limau nipis dan parutan kulit oren,serbuk penaik dan garam.
Di dalam mangkuk besar,pukul yogurt,minyak dan telur hingga sebati.
Masukan campuran tepung dan kacau hingga hampir sebati.Jangan terlebih kacau.
Sudukan adunan ke dalam acuan.
Bakar selama 20 min
Keluarkan acuan dari oven dan sejukkan selama 5 min.
Keluarkan muffin dan hidangkan panas.

6 comments:

Mas said...

amboiii....dah start memapin yerk kak....
sedappnya tengok mapin tu...

kasihredha said...

owhhh akak dah terima ye buku tu...Alhamdulillah.
Bau muffin...bau muffin...
selamat menikmati kak dan selamat hari ibu :)

Nur said...

Selamat Hari Ibu pada kak Anim! :)
Bestnya, makan muffin ni. Mesti semerbak bau satu rumah bila kita bake muffin. :)

Lee said...

Hi Anymz, here's wishing you a very happy mother's day.
You stay young and keep a song in your heart.
Lee.

Zalieda Zaliedana said...

Kak nim,selak buku xpa,jgn selak yg len,ngee..Pstt msti wangi jer kek nih kan..Da campuran lemon limau..

Nazrah said...

Banyak nya campuran Oren, limau , lemon..mesti harum bau oren