Sunday 5 June 2011

Bun Inti Coklat




Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua..
Ada lagi yang gantung piyuk ke hari ini?
Akak buat roti ni semalam.sebaik aje cupcake tu habis terus akak gunakan BM yang baru utk godek2 roti bun ni.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar dari kjee,Tun dan seorang blogger yang bagi komen di shoutbox yg berasal dari Teluk Intan,akak sudah boleh menggunakan oven Bm ni dengan mudahnya.terima kaseh semua..ini lah untungnya dunia blogging..walau kita tidak pernah bersua,walau jauh di mata tapi kita semua dekat di hati kan?
Hasil dari dok skodeng2 di rumah Mas yang sedang rajin meroti tu terus akak ambil resepi bun inti coklat yang Mas ambil dari rumah Nor.
Tapi akak guna inti kacang.beli yang ready made tu aje.nak lagi mudah kan.cenggitu le adanya.hehe

Bun Inti Coklat
by
anymz mykitchen





Bun Inti Coklat
Bahan :
  • 380gm tepung high protein ( tepung roti )
  • 3 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A
  • 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
  • 100g m water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter - Mas guna marjerin
  • 30 gm shortening

Inti :
  • chocolate filling secukupnya

Resepi Water Roux :
  • 25 g tepung gandum
  • 125 ml air

Cara membuat water roux :
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Kaedah 1 - jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
  9. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  10. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan :
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.




11 comments:

Kak Rose said...

Anim, jelezzzz betul tengok orang wat roti ni.. bila la bm kak rose ni nak mai?....
tepung roti dah nak expired tp x terbuat2. he he he

K.Nor said...

k.nim cayang, meh la bun 2 ketul.. tak sihat sungguh ni.. dah demam balik.. selsema tak baik lg.. rasa2 cam kena asma la pulak.. ketat semacam jer dada.. hu hu

Deliah's Deli said...

kak..wah dah menjadi bun ceklat dlm bm baru.nmpak lembut n sedap,tmbah2 ada inti kacang tu,mmg sy suka sgt! :)

anymz said...

to kakRose
nanti datanglah BM tu kakRose.insyaAllah..tapi sementara nak tunggu BM tu,exercise le tangan tu dulu..hehe


to Nor
alolo..ciannya Nor.demam lagi ek?..
Tu badan tu nak kena rehat jugak Nor..gi baring,rehat2kan badan..body tu dah letih tu kerja tak berenti2.dgn wedding bagai kan?..:(

Mas said...

wahhhhh...kak anim..
makin ligat meroti.....
sukanya bertambah ramai geng2 meroti..
perhhh..cantik gebu roti tu....
tahniahhh kak..

ijayuji said...

ha ar lah kak, kalau roti kita suke roti inti kacang merah intinyer kalau pau kita suke inti kelapa hihihi...sedapnyerrrr! minggu lepas nak memrojek roti tp budak2 tak sihat terbantut jerrrr minggu depanlah nampaknyer kena rajin2 lebih sikit kalau rajin sikit jer dia tak jadi hihihi... puding dah habelah kak kita bwkkan puding lain ya :D

Nazrah said...

tengok roti ni..rumah kita pun dah lama tak meroti..BM pun dah lama rehat...sedap nyer

ibundo said...

nampak lombut yo ghuti tu nim.
sodap makan mo kupi paneh2.

anymz said...

to Mas
itu lah pasal mas,ini dah kena badi meroti ni mas..hehe


to ijayuji
anak2 lebih suka inti kacang lagi ika.kalau yang lain2 tak berapa nak laku.lagipun stok inti kacang merah ni sentiasa ada aje dlm simpanan akak.hehe


to nazrah
eh!gi hidupkan balik BM tu naz..nanti dia majuk.hehe


to kakpah
memang lombut kakpah..lain sikit kok uli mo tangan..meh makan dgn kupi@teh tarik kakpah..sodap nih.

Anna Qawina said...

kak anim : ni guna BM baru dapat tu ke? hehe...

Wanieyra said...

Salam...
Bila le kita nak start meroti ni...