Sunday 24 July 2011

Roti Kismis Yogurt

Assalamualaikum semua

Hari ni masak lauk simple2 je..En Suami pergi makan kenduri di rumah kak Erna.Dan akak sudah pasti sangat2 mesti ada lauk di bekalkan untuk akak nanti..kekeke.
Akak tak dapat pergi sebab ada tetamu di rumah.Kalau dua2 pergi siapa mau layan kan?..Bila sudah layan sudah tentu mau masak2 kan..Di sebabkan tetamu datang tanpa di rancang akak pun masak2 je apa yang ada dalam peti ais tu..Minggu ni kena habiskan semua stok sebab bila dah masuk bulan ramadhan,ada barang2 yang tidak sesuai untuk di masak masa bulan puasa ini nanti.Contohnya tepung roti.
Akak dalam mission untuk menghabiskan tepung roti yang tinggal 1 kg tu..Sape mau angkat keyboard..hehehe
Hari tu dah angkut resepi roti kismis ni dari rumah Izah Daut.Izah dan Mas tak letak kismis tapi memandangkan akak nak jadi orang pandai (kena byk mkn kismis),maka akak pun letak lah kismis dalam agak2 segenggem juga..(pasni boleh lah ajar add maths kat wazir)..hehe
Wey..sodap lah roti ni..Betul cakap mek Ampang tu..memang gebu kalau tidak masa kan di puji dan di puja oleh en Daut..(kalo tak, tahan lah tinga ko kena perli dek en Daut ko tu kan jah)..:D
Meh kita tengok resepi yang asalnya di ambil dari majalah Sedap dan di war2kan oleh Ummi juga di sebarkan oleh IzahDaut...


ROTI KISMIS YOGURT
by
anymz mykitchen
Resepi asal:Majalah Sedap
Sumber:Ummi
Sumber:IzahDaut




Bahan-bahannya(anggaran 17 ketul)
*izah dapat 16 ketul-akak dapat 14 ketul sebab uli debab2

300gm tepung gandum protein tinggi (tepung roti)

100gm tepung gandum protein sederhana (tepung gandum biasa)
20gm susu tepung
75gm gula pasir
8 gm yis segera

1 biji telur, pukul ringan
50gm yogurt
150ml air sejuk
75gm marjerin
1 sudu teh garam

50gm kismis, potong dua, celur dan toskan (akak just rendamkan sebentar dalam air panas dan toskan.Lap sikit dgn kitchen towel)
*izah tak letak kismis-akak letak

Bahan sapuan:

2 sudu makan susu sejat (sy guna susu pekat)



Cara membuatnya:

Campurkan tepung roti, tepung gandum, susu tepung, gula pasir dan yis segera. Kacau rata.
Masukkan telur, yogurt dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Masukkan majerin dan garam. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. (*akak just masukkan dalam Bread Machine dan tunggu hingga proses ulian siap)
Kempiskan adunan. Masukkan kismis. Uli sehingga merata
Susun adunan, setiap adunan seberat 50gm. Bentukkan bulat-bulat dan biarkan selama 10 minit.
Canai adunan memanjang dan gulung.
Letakkan didalam cawan kertas yang memanjang. Biarkan selama 70 minit sehingga kembang.
Sapukan susu sejat.
Bakar selama 12 minit dengan suhu ketuhar 190C sehingga masak.

Nota: Ulian mmg sedikit lembik, tp still boleh uli...so taburkan sedikit tepung atas papan canai dan uli manja-manja sikit semasa membulatkan doh tu eh..hehee

*doh izah sedang elok tak lembik. Mungkin sudah dikurangkan sedikit air. Elok untuk dibentuk.-doh akak pun sedang elok je..

9 comments:

ibundo said...

Ni buek n3 laju2 ni nak koja ramadhan ko haha..
lamo tul kpah tak menguli ruti. Bilo lah agak e sompek kan..

Deliah's Deli said...

ada kismis mmg suka sgt! :)

izahdaut said...

adehhhh.. ayat dalam kurungan tu.. tak tahan den.. hahahahhaa..mcm tau tau je kak nim neh.

best kan. tu la dah 2 kali gak buat roti ni. walau tak banyak penggunaan yogurt tu, tapi melembutkan roti ni. sedap je menggigit. saya pun suke ada kismis tu kak. tapi malas banyak keje kalau bebudak ni makan. kalau makan kismis gitu je suke sangat, tapi kalau letak dlm kek ke dlm roti ke.. mule laa

Ida,Japan said...

slm k'anim...ida baru n3 puding karamel tanpa telur tu, resepi korek kt sini..mekasih byk2 ye kak, sedapppp...then nak mintak roti seketui..he.he

Mas said...

ni salah satu roti yang terbaikkkk...
sedappkan kak.....he..he...
gebussss betoi nengok roti akak tu....

Mamasya said...

Gebus roti K.Anim...roti home made ni keluar dr oven..wangi je.sypun ada stok yg kena habis sebelum posa..tak tahu sempat ke tidak..

anymz said...

to kakpah

bukan nak koja ramadhan kak.ni versi turbo.dah lamo tak buek kojo ni..syok pulak asyik post entri yo dr semalam..kiro qada' yg lopeh2 punyo lah ni..:D


to dell

best kan ada kismis.lagi byk kutil kat roti tu lagi sedap kan del.


to izahdaut

bukan budak kecik je zah.dulu2 akak pun camtu jugak..selalu buang kismis yg ada dlm roti..kalau makan kismis je boleh.tak apa pulak..pelik kan?
sama gak cam petai.kalau buat sambal akak tak makan.kalau makan mcm tu aje dgn nasi tak apa pulak..:D


to ida ,japan.

nah roti seketui..sambil belek2 skodeng dapur ida ni..wowwww..nampak sedap betul puding ida tu..nak bagi sape tu...

anymz said...

to mas

ya lah mas,tak sia2 buat..memang sedap..gebu sampai ke malam ni..


to mamasya

cepat buat.kena habiskan tu.tak rugi buat roti homemade ni kan?bila bakar bau wangi tu yang tak tahan tu.tapi anak akak wazir cerewet tang bau yis.dia tak suka.kalau roti ni dia suka sgt2.:)

Sheery Dream Cakes said...

cantik n gebu roti tu yer akak.... rajin akak meroti... tergoda tgk tau.. bila ler kerajinan meroti tu sampai kat diana nie.. huhuuu