Saturday 30 July 2011

Talam Keladi

Assalamualaikum semua

Dan selamat petang buat semua pengunjung2 mykitchen.
Alhamdulillah pertama kali akak dapat bertentang mata dengan Anie Nagoya dari blog Love.Oh Lupa nak bagi tau,minggu ini rumah akak di kunjungi oleh seorang lagi blogger dari bumi Nippon.Kebetulan anie ada kerja di Mesia..sekolah di Jepun sedang bercuti jadi dapatlah anie sekeluarga pulang ke Malaysia.

Seronok berborak dgn anie yang lincah dan becok cam akak..Mula2 risau gak takot tak dpt menyesuaikan diri.maklum lah anie dan akak jarang bertegur sapa baik di blog maupun di fb tapi bila tiba2 anie inbox kata nak jumpa,alhamdulillah kecil tapak tangan nyiru akak tadahkan dan anie juga berjanji jika dgn izin Allah swt raya nanti beliau akan bertandang bersama dgn ibubapa dan keluarganya sekali..Syukur ke hadrat mu illahi semakin bertambah saudara2 baru semenjak berblogging ni..Jika ada rakan taulan di sini yang ingin dtg masa hari raya nanti,silalah ya...

Talam keladi ni akak buat pagi tadi.
Masa sedang sibuk menalam akak mendapat perkhabaran berita yang tidak enak dari adik ipar akak..Tiba2 keluarganya di timpa berita yang menyedihkan.Nyaris2 akak batalkan pertemuan dgn anie.mujur en somi memahami..Di suruhnya akak sambut tetamu dan hanya en somi saja yang melawat adik ipar..
Akak pun terus menalam bila en somi berkata begitu.
Bila setengah jam dah berlalu akak buka penutup pengukus tengok bahagian atas talam tak masak2 rupa2nya akak terlupa letak tepung beras..aduuuuuuuuuuh..terpaksa keluarkan sedikit masukkan ke dalam blender dan masukan tepung lepas tu tuang semula ke atas bahagian keladi.Akibatnya lihatlah tu..capuk2 bahagian atas tu kan..Apa2 pun tengok anie makan berselera sungguh..
TerimaKasih Yatie..Resepi ni akak ambik dari sana..memang sedap talam keladi dari dapur yatie ni.


Talam Keladi
by
anymz mykitchen


Bahan-Bahan.

Lapisan Bawah
300 gm keladi(potong dadu,rebus dan toskan)
600 ml santan cair
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam

Lapisan Atas
1 cwn gula pasir
1 cwn tepung beras
3 cwn santan pekat
1/2 sudu kecil garam
pewarna purple dan esen keladi

Cara-Cara
  1. Keladi di potong dadu dan di rebus-toskan baru di timbang dlm 300 gm.
  2. Dlm bekas campurkan santan cair bersama tepung beras, tpng ubi dan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak bergentel. Masukkan keladi tadi dan gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan letak sedikit minyak dlm loyang yg di alas dngn plastik.
  5. Kukus adunan tadi selama 20 minit.
  6. Sementara itu, dlm bekas lain campurkan gula tepung beras, santan, garam pewarna purple dan esen keladi. Gaul sebati.
  7. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa di kacau.
  8. Setelah itu tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yg di cakar2 sedikit dngn garpu.(Sekiranya ada sedikit air di atas permukaan tadi, lapkan dahulu menggunakan tisu dapur)
  9. Kukus selama 20 minit guna api sederhana. Setelah siap, sejukkan dahulu dan potong menggunakan pisau plastik supaya cantik potongannya

  1. .
hah ambik nampak tak capuk2 putih tu?

Tips
> buka penutup kukus setiap 10 minit dan lapkan air yg ada di penutup kukus dan sambung balik mengukus kuih atau bungkus penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis atas kuih
.

11 comments:

ibundo said...

wah.. menalam ekau yo.
Nim.. asek jumpo yang jauh yo. Yang dokek ni bilo nak jumpo hahaha...

Yatie said...

Slmt menyambut ramadhan al mubarak K.Nim...talam keladi ni sedapkan..ada satu lagi resepi yg mmng best gak..yatie buat baru2 ni kat list talam keladi 2...

ijayuji said...

Salam kak anim! alaaaaaaaaa nak jumpa akak jauh lah pulak kan kan kita suke talam! sedapnyerrr! Selamat meyambut ramadhan buat akak sekeluarga, berita apa tu kak? harap2 dipermudahkan segala urusan insyaAllah!

Mas said...

Slmt menyambut ramadhan al mubarak kak anim.....
bestnya tengok talam tu....

Cendana Kasih said...

Slamat BErpuasa akak..sedapnyer talam keladi, cuma saya tak berpeluang nk buat kat rumah sbb bang Jebat tak makan keladi...huhuhu....takpe, esok ada pasr ramadhan, sure banyak jual talam keladi kan...

anie,Nagoya said...

Sekom kkanim.

terima kasih terima kunjungan kita.sempat kkanim tayang kuih talam tu.sedap sggh.nnt nak cuba.kat jepun byk keladi.n terima kasih dgn tapaw sekali.dekat ni leh selalu bertandang.malah kita tak akan malu bawa periuk kosong sekali.

seronok berborak gan akak n abg encem akak tu.jmpa nnt kita bawa brg keje lak.nak pomot brg keje lak.



selamat menyambut ramadhan al mubarak kak anim n sekeluarga.....

anie,Nagoya said...

To Ijayuji;

tak jauh le yang oi.ko blek lalu highway ke jb tu ko turun kat "simpang empat".dari situ tak jauh.kalo kkanie ada.leh bermlm kat umah kkanie.dari umah kkanie ke umah kkanim cuma 15mnt je.jgn le ko jelez.hihihi...kalo den ada kek mesia la.den leh tlg.

kan kkanim?

Nazrah said...

Salam kak..
selamat berpuasa..awatnya sampai lupa letak tepung..pasti kelam kabut nye hal...yg penting sedap kan kuih talam tu...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
salam ramadan buat akak sekeluarga.. andai kata ada yang terkasar bahasa... terlanjur kata.. mohon d maafkan yer akak..

wah jauhnya tetamu tu akak... n kuih tu dah lama sgt diana nak makan.. tp x jumpa2 gak kat kedai.. ehhehee.. nak buat sndiri M datang.. huhuuu

Amie said...

talam keladi memang sedap! minggu lepas dapat makan semasa kenduri di kampung suami, tapi belum pernah buatlah...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Anim.Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak tuk K.anim skluarga.