Sunday 7 August 2011

Asyik-asyik masak ni.Jemu ke?

Assalamualaikum semua

Selamat berhari minggu buat semua pengunjung2 mykitchen ya.Maaf, semalam tiada entri baru.
Ada kebizian yang melampau.Sila jamu mata akak berbuka dengan lauk apa semalam..Biasa la bila di landa kebizian kita pun mula la masak yang simple2 je kan..Rembat je apa yang ada depan mata..Okay bagi sesiapa yang tidak ada idea tu boleh buat masak lomak telur itik ni ya..Ada yang tidak berselera makan masak lomak bulan posa ni ya..Nak buat macam mana kan selera kita masing2 bukan boleh kira masa saat2 begini.Mengejar masa lagi akak waktu ni.
Malam ni akak di undang ke rumah tetamu dari Jepun tu pulak......mmmm..apa lah yang akan di hidangkan oleh cik Anie kita tu ya...


Masak Lemak telur Itik
by
anymz mykitchen



bahan-bahan

10 biji telur itik
cili api blend 1senduk.
santan segar 1/2 kg atau santan dari 2 biji kelapa
Jika menggunakan santan segar tambah dengan 2 cawan air
sebelum campurkan dengan 2 cawan air asingkan dulu santan 1/2 cawan sebagai pati
garam secukup rasa

utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.

cara

sediakan periuk
masukkan santan dan air dgn bahan tumbuk dan juga garam
kacau hingga mendidih
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 dlm mangkuk berasingan(ini utk mengelakkan ada telur yg busuk)
jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
dah masukn telur ke dalam periuk berisi santan
jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.
kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
masukkan pati
kacau perlahan2 dan bila kuning telur sudah masak besarkan api,kacau sebentar,tutup api dan sedia untuk di hidangkan.


mana gambar yg elok yang di atas ke yang ini?

cincaluk berulam petai sebagai ulam.
bagi yang tak berpuasa tu boleh lah makan.kalau tidak jgn cuba2 nak makan petai masa bulan posa.tak tahan air wuduk.nak solat terawih pun tak selesa.


16 comments:

Cheq Sue said...

kat sini susah nak dapat telur itik...belimbing buluh pun xde... kalau ganti dengan telur ayam x masyuk kan kak...

anymz said...

salam cheq sue.akak pernah buat dgn telur ayam..boleh juga tapi kejadiannya tak lah cantik sgt macam kita guna telur itik.lg pun telur ayam tu kecik.kalau nak cuba apa salahnya.guna dgn 5 biji telur dulu dan pastikan jgn terpecahkan kuning telur tu masa nak masukkan ke dlm periuk.:)
gantikan belimbing dgn mangga pun takpe.

izahdaut said...

Kalau ditengok dari enpon ni, gambo bawah lagi lawo. Kak anim.. Saya sukeeeeeeee samgat gulai telur itik ni. Sangat2 suke.. Slalu tmbah daun limaau purut sikit. Alaa sedapnyee. Suke kuah dia maniss je. Cicah ngan jemput2 sedappp

kaklong said...

gulai tolo itik?
eh,kaklong pun dah lamo tak ngulai kak..nk buek gak laaa...hahahaha!

tun_telani said...

masak lemak lagi! tp xpe, tun sukaaaa makan! ^^ xkira la lemak cili api ke, msk lemak xde cili api ke, semua tun makan =)

Ida,Japan said...

sodap2....air tgn org nogori kalau msk lomak cili api ni mmg terangkat bila mkn...cincaluk haaa....lama tak mkn kak nim,pos la sini he..he

fynn said...

x jemu..x jemu...hehehe...pic no 2 nmpk lagi lawa..

kak anim,,saya pn terasa nk masak gulai lemak cili api hari neh...

ijayuji said...

Salam kak nim!!! lmbt sampai sbb kita hari ni org paling pemalas sekali hihihi... kita kan teringin nak makan cencaluk! menyesal betulll tak cuba masa duk kat mesia dulu2 tgk org makan cencaluk tak lalu TAPI bila dah duk jauh ni budu pun kita nak cuba makan! tp yg paling terasa nak makan cencalukkk sbb udang sedappnyerrr!!!!! tp telo itik kita tak makan tp telo masin kita makan pulak! kikiki....

Azmie & Vivie said...

Salam,kak anymz =0).
Salam kenal dari saya..selalu singgah sini..tapi rasa nyer blm pernah tinggal jap jari kat ruang komen =0).
saya suka masak lomak...tak kisah apa jenis bhn yg digunakan..sama ada ayam, ikan, telor, udang, siput sedut,pisang muda semua saya suka...=0).
masa blm kawen dulu, weekends rajin balik rumah kakak ipar..kakak ipar saya org nogori..

Mas said...

mas tak jemu ngan menu ni kak anim..
sedappnya tengokk.....
mengeliurkan betoii...

Kak Rose said...

tolo itik boli dah tp x tau bilo nak buek... mano nak cari belimbing buluh ni?... dah menjejeh air liur kak rose....

Acik Erna said...

anim..kalau kito omak2 ni jemu masak..tak tau la apo nak jadi..

Yatie said...

Assalamualaikum K.Nim,
tngk gulai telur itik akak ni menyelerakan betul...tapi yatie tak pernah jumpa lagi belimbing buluh sejak balik msia ni..kesiankan...

Ayu said...

Assalam ka anim,
uish kita suka pulak lauk macam gini tak pernah jelak punnn..saayngnya kat sini tak ada jual telur itik..kalau nak masak kena gunakan telur asin pun sedap jugak..
kak anim ni kalau dapt makan bertambah2 nasi kita tau..dengan ada gorengan ikan ke ayam fuh..kecur dah ni kakkkkkk

Cik Azz said...

Kalau guna telur ayam biasa, selalunya dia bersepai, tak jadi bulat...

Kalau telur itik takde, boleh ganti dgn telur ayam kampung.. Sedap gak...

Tp sy suka gulai telur itik dgn hirisan daun kunyit.. Tak berapa suka cmpo dgn belimbing...

anymz said...

to izahdaut
gulai lemak cili padi ni dah semakin berubah2 bila ramai org dah pandai makan.kak ipar akak pun suka tambah daun limau purut..sesekali suka gak dgn gaya gitu..ubah selera kan?tapi kan yg pasti kalau kena dengan tangan org tua2 masakan ori n.s ni mmg terangkat..entah mana yg spesel x tak tau lah.tgk gaya masaknya sama aje.


to kaklong
akak pun dah lamo gak tak buek ni kaklong.bulan poso ni baru terkonang2.hehe


to tun
suka semua makanan lah tu tun..bestnya kalau gitu.tak memilih.


to Ida,Japan
alolo..dah lama tak makan cincaluk ya ida.tapi tak boleh amalkan selalu cincaluk ni ida.masin.:)


to mak Qis
wah nak masak apa tu makqis?..


to ijayuji
nanti bila dah balik mesia jgn lupa cuba semua benda2 tu ya ika..cincaluk,tempoyak dan tak lupa jugak budu.dah merata2 org jual budu skang ni.bukan takat kat pantai timur je.kat pasar2 di ns ni pun dah melambak2 cuma fresh dgn tidak je lah kan?
nanti ika boleh cuba gak masak gulai telur asin.akak pernah post resepi ni suatu masa dulu.