Wednesday 5 October 2011

Kek Pandan Lapis Kastad

Assalamualaikum semua

Dan selamat Petang.
Alhamdulillah akhirnya impian akak untuk menyudahkan projek kek pandan ni berjaya juga..Asal mulanya kek pandan ni masuk dalam list kek untuk di bakar semasa bulan raya tu hari tetapi memandangkan banyak sangat perkara yang berlaku akhirnya semua barangan baking akak simpan dalam freezer.sayang,.. takut membazir.

Memandangkan kek lobak merah dah lama di habiskan dan en somi pula sudah mula bertanya 'takde apa2 nak makan ke' akak pun sekali lagi memunggah dan teringat tentang kek ni..

Kena paksa kan diri ni utk bergerak tak boleh di manjakan sangat nanti peluh tak keluar lagi haru kan?

Resepi akak ambik dari rumah Yat.Cuma akak tak puas hati tang kastadnya tu lah.Sepatutnya kastad tu kena sedikit cair kejadiannya tapi akak syok pulak mengacau kastad sehingga lah kastad tu menjadi sedikit beku.lain kali kena buat lagi ni sebab en somi cukup puas hati dengan rasa kek ni..Sedap katanya dan tambah sedap kalau kastad ni cair..
hah!!yo lah bang,lenkali kita buat sama2 boleh???





Kek Pandan Lapis Kastad
by
anymz mykitchen




bahan-bahan kek :

100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor-akak tambah jadi 80 gm
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.



Untuk bahan kastard :
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
250 ml santan atau susu cair
50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
kelapa parut kering secukupnya (tarak...aku letak sugar crystal jer..)

Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.



Mana2 yang nampak senget2 tu abaikan je lah ya..

20 comments:

zarin said...

ehehe mesti romantik gitu kalau buat kek ni together gether ngan encik suami kan! hikhik

nampak pun dah sedap sangat kek ni...ish bila la saya nak rajin balik nih?

Unknown said...

amboi sedapnya tgk kek ni kak anim..kalau yg bubuh inti kastard ni memang suka bangat kak...tapi malas pulak nk buatnya...hehe

K.zai said...

anim..baru kite intai2 nk wat kek ni kt dapur dayang...dh tersedia kt sini...gebu nya..yumyumm

Cendana Kasih said...

bestnyer kek ni...saya salin respi dulu lah...nanti kalo saya dh free, insyaalah akan cuba kek ni...TQ

tun_telani said...

wahh.. sedapnyer ^^ penah tgk kek camni dalam majalah sedap kalau x silap tunn.. pastu kawan buat, mmg sedap n lembutt je..

mamazieza said...

sedaaaappppppppp.......

Yat Maria said...

Akak

tak kesah..senget ke bengit ke..pokoknya shedaaapppp..kita buat 2nd round pun budak2, mak, pak budak pun laju gak..

anymz said...

to zarin
takde maknanya lomatik2 ni zarin.buat semak dapur je jadinya..hehe
tapi serious sedap kek ni..

anymz said...

to nieza
akak kan pada mulanya mcm tu jugak nieza.rasa bercinta nak buat..sekali dah buat rupa2nya senang je..akan buat lagi kek ni sbb tak puas hati tang kastad nya yg terlebih masak.

anymz said...

to kzai
cubalah buat kzai..mudah dan sedap sangat..tak rugi mencuba.cuma hati2 bila masak kastadnya tu ya..guna api slow spt yg DJ sarankan.:)))

anymz said...

to cendana kaseh
cuba lah nanti ya noorma.:))

Mas said...

kak anim..
cantiknya kek..
mas gak tak buat2 lagi kek tu..
sedappnya tengok..
nmpk lembut gebu jerk tau..

Rima said...

KAnim
Nampak sedap sehh.. my mom memang fav kek pandan yg berkaya cam ni

izahdaut said...

Kek ni budak2 suke sangat sangat. Mcm puding je tang kastad tukan. Cam nk buat gak la.. Nak buat yeyy nak buat yeyy.. Hehe. Kobar kobar den

Kak Sam said...

suka makan tapi malas nak buat. cama mana tu kak

quinnie said...

kakanim..nampak sedap tang kastard nye tu...tak dek serbuk agar2 la pulaksss...

ibundo said...

mintak sekotul..

Ruggedmom com said...

suke suke... kalau main sukat dgn cawan lagi suke.

Kak, silalah tgk gmbr aceh tu sampai habis ye, sakit jiwa nak upload gmbr. Sy sendiri pun berhajat nak mengulang ke sana. Kalau ramai yg nak pergi blh gak bt trip ke sana

Ida,Japan said...

nak sepotong2....sedap ni, akak dh sihat ke??

Ummi said...

Anim cantiknya kek lapis kastad nih...nampak pun sedap la sangat...huhuu, pjgnya list nih...xtau nak try yg mana satu daaahh...hahaha