Tuesday 11 October 2011

Masak lemak Udang dan Peria/Kambas

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang buat semua tetamu2 my kitchen.Orang dok siap2 kan diri nak minum petang akak baru nak post entri makan tenghari.Kira orait lah tu kan.

Seperti kebanyakan teman2 yang tau,.. hari ni akak ke sebuah tempat di negeri Melaka.Kuala Sg Baru nama tempat tu.
Hah!kat situ lah selalunya akak dok borong ikan2 segar.Biasanya berderet mokcik2 dan pokcik2 meniaga ikan segar di belakang rumah diorang.Kenapa akak sebut belakang rumah? Sebab depan rumah diorang laut.mana ada laluan jalanraya ya tak?
Dah tentu diorang kena buka meja belakang rumah dan mokcik2 tolong laki masing2 meniaga ikan.Dan akak adalah salah seorang pelanggan diorang.Kira pelanggan tetap lah juga.Setiap kali en somi cuti mesti beliau ajak ke sana..Ikan2 dia memang fresh.Harga?mahal lah sikit tapi berbaloi2 kalau di bandingkan harga di pasar besar tu sama aje tapi ikan dia confirm dok lam ais berminggu2 kan?..

Hari ni tak masak ikang lah ,akak masak udang dengan sejenis sayuran yang di panggil kambas.Kalau org lain mungkin panggil peria.Hiris halus2 kambas ni terasa2 je manis udang tu sekali.

Sampaikan en somi menegur kenapa kambas ni manis?..

Cewah saja nak eksyen dengan korang lah ni kan,betapa segarnya udang yang akak dapat sehinggakan manis udang tu meresap masuk ke dalam kambas atau peria....hahahahaha



Masak Lemak Udang dan Peria/Kambas
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz


bahan2

1/2 kilo udang di buang semua kulit-bersihkan. belah belakang dan cuci bersih
santan dari 2 biji kelapa atau santan segar 1/2 kg
1 senduk cili api yg siap di kisar-tak suka pedas???-kurangkan-
1 batang serai di titik
1 batang kambas-di buang biji di hiris halus dan rendam dgn air garam
3 keping asam gelugor
garam secukup rasa.

cara

masukn cili api,asam gelugor,garam,serai dan santan ke dalam periuk.
toskan kambas yang di rendam tadi-ketepikan
kalau gunakan santan segar tambah 2 atau 3 cawan air.
kacau hingga mendidih.
masukn udang dan peria.
rasakan garam
masak hingga peria empuk
sedia untuk di hidangkan


akak masukkan sekali udang dan peria atau kambas sebab akak masak dlm jumlah yang sedikit maka sebab itu lah rasa kuah masak lemak akak ni terasa2 manis udang.
sebab dah sebati rasa kambas dan udang tu sekali.
Tak paham?
Buat2 lah faham ya

Selamat Mencuba




11 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam kaka nim lauk keusakan kita dan keluarga ni satur kambas suka masak grg dgn telur dan masak lomak gini..ada dua biji tu kambas ingat esok leh lah buat...

Zalieda Zaliedana said...

KAK NIMM,ai pong msk msk lomak udang rini,tapi ngan pucuk paku..Tapi teringin nak merasa msk lomak yg akak wat jugalah..Bestnyer dapatbeli udang n ikang yg fresh gitu kan..

izahdaut said...

masak lemak ni sejenis apa ye? sejenis kek ke? udang tu sejenis basikal ke? hahahhaa.... lapoorr... .saja nguji diri kalau tak puasa tapi tak makan boleh tak? muahahahaa. pecaya sila plzzz

Mas said...

kak animmmmm....sambil hulur mangkuk kosong.....he3
manis yerk udang tu....

Mas said...

dari rumah akak ke kuala sg baru tu berapa jam yerk sampai...he3


ayat menyebok..

tun_telani said...

kambas? hihi.. xpenah dgr lagi nama samaran peria nih.. hihi.. tun xreti la masak peria.. selalu kalau mkn terkena yg pahit je. jd fobia dah nk rasa. hihi

Nazrah said...

Kak...campur peria x pahit ker?

Deliah's Deli said...

salam kak :) sedap dan fresh :) thanks for the info.

Acik Erna said...

anim..teringin pulak aka nak poi..kek mano tu nim..

kasihredha said...

sodap botol masak lomak udang ni kak...tapi sei tak pandai masak peria kak...selalu gagal...huhu

Nur said...

Kak Anim,
kenapa peria tu kena rendam dengan air garam? Yati tak pernah masak peria. Tapi makan kalau orang masak. Hehhe..