Tuesday 17 January 2012

1st Contest in Anymz-My Kitchen

Assalamualaikum semua


Semua gambar yang tertera ialah ehsan dari google..

MAHU KAN INI SEBAGAI HADIAH DARI ANYMZ MY-KTCHEN?
SILA BACA DULU...


Selamat Memulakan hari yang baru di minggu yang baru.Apa khabar kawan2 semua dan pengunjung2 baru my kitchen.
Terimakaseh pada sahabat2 baru akak yang sudi follow dan mengikuti perkembangan mykitchen.
Okay jangan kita berlengah lagi ...
Akak teringin sangat nak buat GA di blog akak ni..Tak tahu macam mana nak mula dan akak terpaksa rujuk pada blog teman2 yang pernah menganjurkan GA ni..Akak nak buat yang simple2 je.Saja nak meriuh rendahkan suasana di awal2 tahun sebagai kenangan akak bila tiba hujung tahun nanti...
Akhirnya akak buat keputusan buat contest ajelah..eh tak sama ke contest dgn GA...argghhh gasak je lah.


Ainul anak akak telah di pelawa oleh mak saudaranya iaitu adik akak untuk ke Bandung..Akan tetapi tambang dan segala perbelanjaannya di sana di tanggung sepenuhnya oleh ibubapa Ainul.Tambang pergi dan balik ke Bandung ialah RM400...Bila hajat adik ini di suarakan pada si ayah semasa meminta keizinan beliau,ayah pula bersuara...Mana Ainul nak..kita ke Langkawi dengan RM400 menjadi milik Ainul atau Ainul ke Bandung bersama2 keluarga mak saudara...Jadi soalannya di sini ialah..

APAKAH KEPUTUSAN AINUL?
LANGKAWI?
ATAU
BANDUNG?
Syarat2nya mudah saja 

1) penyertaan terbuka kepada kesemua blogger & bukan blogger.
2.) setiap individu hanya berpeluang meneka SEKALI sahaja... 
3) Hanya terbuka kepada mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak sahaja. Sekiranya anda tinggal diluar kawasan yang dinyatakan, anda juga boleh cuba meneka dan sekiranya tekaan anda tepat dan berjaya sebagai pemenang, hadiah akan dihantar ke alamat keluarga @ ibu bapa di Malaysia.
4. Hanya seorang peserta sahaja yang layak memenangi hadiah yang ditawarkan...
5.Sila tinggalkan jawapan anda di kotak komen di bawah juga bersama2 email anda.mana yang sudah menjadi friend akak di FB tak perlu lah tinggal kan email address.
tak komen tak ada hadiah ya.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN;
bermula dari hari ini Isnin 16 Januari 2012
berakhir
Jumaat 20 Januari 2012,Jam 12 malam

Semua keputusan akan akak umumkan pada hari Rabu bersamaan 23 Januari 2012
Pemenang akan di tentukan oleh Ainul  kerana hanya beliau sahaja yang tahu jawapannya..


p/s
syarat2 pinjam ayat noorsha..maceh sha.

95 comments:

Mas said...

LANGKAWI

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nak jawab jugala.. saya teka BANDUNG.

INA said...

BANDUNG

Ummi said...

AINUL MESTI NAK KE BANDUNG JOIN DENGAN MAK SEDARA DIA..SEBAB KALAU KE LANGKAWI TU DIA LEH PERGI LAIN KALI LA KAN AJAK MAK DIA LAK...HEHEHE

izahdaut said...

hahahhaa. tak aci la kalau ainul tak decide lagi. ainull.. handpone number ada? fb add ada? kikiki.. jap nak call umah ainul jap. kak anim jgn jawab. eh ainul gi skul lak ek.. petang sket la call..lalalala...

bandung?

langkawi?

bandung?

langkawi?



bandung!!!!! AINUL KALO KO TAK GI BANDUNG RUGI LA.... MCM LA OMAK KO TAK BAGI DUIT. DADDY AINUL MESTI BAGI DUIT JUGAK. DAH LA DADDY SPONSOR TIKET, PSTU MESTI DADDY TAK SAMPAI HATI..MESTI BAGI DUIT JUGAK. MUMMY AINUL TU BARU DAPAT PROJEK BESAR, MESTI MUMMY BAGI DUIT JUGAK.khaannn

alamk huruf besor lak.

kak anim..tak kiraa nak jugak!!! nak pan tu. kak anim kena la tambah syarat, nyatakan sekali sebab2 ainul memilih ke bandung ke kan? bandungkan ainul kan. ala. ainul... kopi ainul buat ari tu best sangat tau. *kenyit mata kat ainul. hahahha

E-na Zarina said...

Pilih BANDUNG la dik Ainul...oversea tuuuuu...langkawi bole pegi lain kali, dlm malaysia je kan..;))

p/s: lama x jenguk blog sendiri, blog kekwn lagi la x berjenguk..tp bila tgk hadiah yg lumayan tu rasa nak join, hehe...antara wishlist 2012 E-na tu k.anim...Ya Allah murahkanlah rezekiku, amin.

hazila said...

Salam Kak Anymz,

Since saya dah ada loyang ni jadi saya skipped, bagi peluang pada kengkawan lain. Next GA Insyaallah saya join.

..Nur Insyirah.. said...

Aslkum kak anim..

Diana di sini..Nak join sekali laa contest ni..Jawapannya mestilah LANGKAWI..Kalau LANGKAWI boleh pergi bersama2x keluarga sekali..Pergi BANDUNG hanya ainul seorrang sahaja..BANDUNG ainul boleh pergi lain kali jgk melawat maksaudara bersama2x ahli keluarga lain..

noorsafone said...

Salam Anim...K.Noor rasa Ainul nk pergi LANGKAWI.

khairiah khaizu said...

LANGKAWI

tun_telani said...

muahahahhaa~ xleh bla baca jawapan kak izah.. kalau pemenang ikut sapa jawab dulu, mesti either kak mas or kak madihaa. kalau lucky draw harapan tipis jugak nk menang, hehe.. mmg bukan jenis yg lucky..
tp tun memeriahkan suasana jugak lah..
hmm.....
hmmmm......
.
.
.
xtau laa..

50-50..

langkawi kot. gi jalan2 ngan famili sendiri lagi best =)

KakAsma said...

Kak Nim,
kita suka tengok hadiah tu..cantik dan sesuai kalau kita yang dapat,sebab nak beli tak mampu..mahal tau kak..jadi sebabgai syarat tu..kita pun agak ainul gi

BANDUNG>>>
pssttt ainul gi bandung laa yer,nnti akak dapat hadiah tu..nak bagi senang tak yah pos..hehehe leh datang amek..
boleh tak kak nim gini...

ZarinAziz said...

Salam Kak Anim...saya rasa Ainul akan pilih Langkawi...sebab dapat bercuti bersama keluarga (kenangan terindah gitew!!) dan lagi RM400 menjadi milik Ainul yang abadi...

Bandung tu lenkali boleh pergi dengan mak dan ayah Ainul...

imanzikry_ina@yahoo.com.my

Wanieyra said...

Salam Kak Anim...

Bestnya ada contest & hadiahnya menarik pulak tu.

Bandung? Langkawi?

Kalau gi Bandung...
Tambang RM400.00 ditanggung oleh ayah & Ibunya tapi gi dengan mak saudaranya walau dapat gi melancong kat oversea. Seronok mmg seronok tp duit poketnya macamana? yang tu siapa nak sponser???? Ainul kena fikir juga tu, betul tak?

Kalau gi Langkawi....
Rm400.00 jadi milik Ainul dan dapat gi bercuti bersama keluarga lagi. Mesti seronokkan dapat bercuti dgn family walaupun cuma bercuti kat Malaysia.

So keputusannya? Ainul mesti pilih Langkawi kerana ke Bandung Ainul boleh gi bersama family lain kali sebab kak anim pun mesti nak ke bandung juga nanti, betul tak kak??? hehehehe..

Ainul pilih Langkawi tau!!!!

Hanim said...

assalamualaikum.... nak jawab gak ni, mana tau kot2 ada rezeki.... gi langkawi la ngan famili, duit rm400 leh simpan. lain kali leh gi bandung lg....family first hehehe. smddesa@yahoo.com

Unknown said...

salamm... kalau lah sy yg diberi peluang utk memilih bandung atau langkawi...sy officially akn pilih ke bandung... Hope Ainulpon akn pilih utk ke bandung...ingt Ainul peluang hanya sekali hehehe...Ainul g lah pujuk2 ayahanda dan bonda tu...mane tau mereka pon sbnrnya nk ke bandung... bandung mcm2 ade..bleh shopping mcm2...kt langkawi tu biasa2 jew...okey Ainul...BANDUNG tau!!!

::Azura Rahman:: said...

Salam.. nk join gak.. *ahaks* ^_^

Of Course la ke LANGKAWI... sebabbbbbbbbb..

Dapat duit RM400 tu.. Kalau g Bandung RM400 termasuk semua.. takat window shopping aje ler.. x syiokk..

Walaupon Langkawi destinasi dalam Mesia tp ttp best tau.. selain byk tmpt shopping ada tmpt lain leh g mcm underwater world.. best giler..

So Ainul, sila pilih Langkawi ye..*wink*

email :zura1827@yahoo.com

Chah said...

BANDUNG, SEBAB:

1. Dengan tambang semurah RM400 memang kategori ok sangat nak pergi ke bandung sbb bandung merupakan antara destinasi hot air asia, sebab tu tetiba je MAS pun buat route ke sana juga tahun lepas. Jadi ainul fikirkanlah...

2. Bila dah jadi destinasi hot tu, ofkoslah kan sebab ada benda-benda yang hot kat sana. Di sini makcik Ainul yang sorang lagi ni (haha..dan2 jadi makcik) akan berikan tips yang berguna serta sokongan moral agar Ainul tidak tersasar semasa membuat pilihan.

3. Apalah sangat Langkawi jika nak dibandingkan dengan Bandung. Tambahan pula baru lepas musim tengkujuh, pantainya banyak selut. Habis tu takka Ainul nak berkhemah kat Hj Ismail group ngan idaman suri tu je, bkn barang2 Ainul yang dapat, nanti asyik kena kerah dek mak je yang asik2 suruh tolong bawakkan pinggan mangkuk yang dia borong sampai tak hengat dunia tu. dahlah tu ainul mesti nak lari dari kebiasaan kena pot pet pot pet ngan mak kalau tak tlg bawak barang2 dia kan kalau gi langkawi. pening tau tak kalau mak ainul asyik berleter.
Usahkan 400, 4 henggetpun Ainul tak sempat nak belanja sbb kebanyakkan masanya kena ikut mak soping moping je. Jika ke bandung, ngan mak sedara, jauh dri hiruk pikuk suara mak yg suka bebel tu.kekeke

4. Ainul bisa ke factory outlet yang banyakkkkk sgt di bandung tu. belum cerita ke pasar baru lagi, kampung daun yang makanannya pergh mabeles, tengkuban perahu...arghhh.. di factory outlet tu macam-macam brand baju ada, benda2 tu tak ada kat Langkawi sayang..., yg ada kat langkawi tu cekelat dan pinggan mangkuk. takkan Ainul tergamak biarkan diri Ainul kena diabetes sebab banyak sangat makan cekelat. Jika ke Bandung, Ainul akan dihidangkan dengan Es kelapa markisa yang sungguh nyaman, sambil mengunyah pisang salei, tak masuk lagi brownies segala jadah yang sedap2 tu...tu baru sikit dik..ingat..kt langkawi mana ada benda2 tu...

sekian hujah saya, ingat ainul makcik sayang kamoo. dengar cakap makcik ni, mana ada mak sedara yang nak biarkan anak sedara dia buat keputusan yang salah...BANDUNG tau! muahahahaahahah...

K.Nor said...

tak main la bodek2 cam mek ampang tu.. straight to the point udah.. BANDUNG!! kan ainul kan... hehe

izahdaut said...

kak nor... tak geng!!!
tak tahan nengok DATIN CHAH berhujan, dan dan skrg ai nak gi bandung jugak. hahhaa

izahdaut said...

hujah!!! hujan lak..saja suke menempel kat blog kak nim. mana tau banyak bagi komen dia yg menangl haha.. dah dah.. nak balik.. tak mo jenguk blog kak nim sampai ari rabu. huh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

langkawi kot ngeeee

kasihredha said...

ainulll...bandung ye ainul...
ainullll pergi bandung ye...

kAK anymz
Ainul nak gi bandung le kak anymz...cer tanya ainul,sure dia cakap nak gi bandung.

Ainul tolong gi bandung agar acik dpt hadiah ye...huhu

yesss ainul ke Bandung

Kak Rose said...

kak rose nak gak pan yg cantik tu...

Langkawi la... sbb g ngan famili n dapat rm400 tu... leh simpan, nnti2 boleh buat tambang ga bandung lak!

mysweeticing said...

Sha pun nak try gak la...

Ainul pilih LANGKAWI...

cikpuanhady said...

ke langkawi..hihi..

notrebelle@gmail.com

Nadz Nazharzan said...

Mak oiii.. Banyaknya jawapan yg panjang lebor.. Sib baik syarat suruh nyatakan pilihan Ainul jer. Kalau suruh bagi sebab sekali, mau ada yg buat karangan ni..hihihihi..

Naz teka Ainul nak gi BANDUNG..

Amboi dak Izah tuuu... sampai 3 komen dah tu..

Unknown said...

Assalam Ainul.....

Mask contest ni pasal..suka sungguh hadiah yg d tawarkan...Insyaallah moga menjadi kenyataan...

1) LANGKAWI

biasalah tempat tu kan.! Tpi kalau P dgn family tempat yg kita pernah pergi akan menjadi luar biasa kerana ada bersama Family...Sepanjang perjalanan hati pasti berbunga....Ha CAYA lah!!!

mujagirl92 said...

bandung sebab dengar kata dye sangat amat best!! :D

Nida said...

As-salam...

Ingin mencuba dan meneka... untung-untung ada rezeki keluarga.. ameeeennn

Ke Bandung.. sebabnya:

1. Bukan senang nak ke luar negara, lagilah di sponsor segalanya.


2. Langkawi tu bila-bila masa boleh pergi, lagipun dalam negara.. bas pun banyak nak ke sana. kalau ke Bandung tu hanya satu pengangkutan je yang ke sana iaitu kapal terbang.

email: fuf323@gmail.com

TQVM :)

Zalieda Zaliedana said...

kAK iZAH,APE NIH BODEK2,Ainul xmakan bodek la,taik baik terpedaya ngan bodek2 tau ainul,hehe..Erm ainul g bandung jerla eks,lagi best tau,kalo langkawi skng nih ombak kuat tuh,g luar mesia baru best kan ainul..Jawapan sy,nana n syifa Bandung...Hehe..

Mieza said...

Salam kak anymz..ingin mencuba sebab suka sngt dgn acuan kek dam tu..dah lama mencari.kalau dapat di sini alhamdulillah...

Jawapan: Bandung sebab tambangnya yang murah dan pergi bersama auntienya..mesti sedikit sebanyak dibelanja oleh auntie...pergi ke bandung bukan selalu tetapi langkawi boleh pergi dgn family bila cuti sekolah..mungkin ainun dah pernah ke langkawi tapi rasanya ainun belum eprnah ke bandung..kata pepatah 'visit the place you have never been once in a year..and u'll see and learn a lot of lesson"..mieza juga teringin nak ke bandung tapi ntah bila berkesempatan...semoga vacation ainun selamat..(tak kisahlah kalau ainun pilil langkawi sekalipun)..dan pengalaman yang baru diperolehi nanti merupakan pengajaran yang sangat bermakna...selamat bercuti ainun!

email- asliza.yusoff@live.com.my

Akak Kembang said...

Salam Akak..

Alin teka Ainul akan ke Bandung sebab Anul dah pernah gi Langkawi (serkap jarang)...hehehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alamakk!
Kak Anymz dah padam ke syarat2 pemenang bertindih menjawap dengan betul akan dipilih siapa yang jawap dulu... mcm ni tipislah peluang nak menang... tak aci tak aci main padam2..... hahahaha... puh kiri puh kanan... adalah rezeki kali ni.. kekeke..

Nor said...

salam kak anymz. saya nak try jugak...
Saya yakin Ainul akan ke LANGKAWI bersama keluarga. Sebab:
1. Keluarga lebih utama
2. Apa makna ke Bandung kalau tak bersama keluarga, betul tak Ainul?
3. Bersama keluarga lebih syok kan Ainul?
4. sebab ke Langkawi lagi syok la Ainul
5. Boleh pergi Bandung lain tahun
6. Kalau dah rezeki ke Langkawi atau Bandung, mana-mana pun takpe. hihi..
7.itu je ;-)

Nor said...

opss..lupa nak tinggalkan emel:

norasiah99@gmail.com

anie,Nagoya said...

huhuhu...rezeki kita ke?tergerak ati nak bkk blog.

bleh wat solan tambahan tak?hehehe...

kita wat keputusan Ainul le.leh Ainul?

jawapannya adalah....BANDUNG

Liza said...

akakkk...liza nak join jugak....langkawi yer ainul....hihiihi

Eima Ari said...

Salam akak & Ainul..

nak try gak neh..

Ngah imagine kalo eima ditempat Ainul dan seusia Ainul mungkin eima akan pilih Langkawi..walau macammana best pun pegi Bandung tapi bersama family adalah yg TERBAEEEEEKKKKK...kan Ainul kan...gimme 5...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

hahaha... Kak Anymz.. tu ler kak.. sy baca syarat2 tu cepat2 jawab dgn komen yg pendek jer takut org lain jwb bandung dulu.. mula2 nak jwb langkawi tp mas dah jawap.. jd sy gamble je ler.. hehehe.. apa2pun.. sy redho dgn keputusan.. asalkan ia dibuat dengan adil seadilnya.. hehe..

Itadzmi said...

bandung

OmarMaznah7 said...

Jawapan : Bandung

email : m_aznah@yahoo.com

Anna Qawina said...

hmm..terbuka lagi ke peluang ni? haha..macam tak best je jawapan Izah tuh..

Jawapan Ainul : Langkawi..

Habiskan masa bercuti dgn family selagi family masih ada..takat Bandung tu omak bapak Ainul tak heran jugak kan, ketik skali je leh beli tiket..g ramai2 sefamily..tp disebabkan ayahnya nak g Langkawi makan Ainul pun ikutla g Langkawi..duit RM400 tu leh simpan, kat sana nanti nak beli apa2pun pau je omak ayahnye..hehe..sekian..

Fuuhh..harap2 jawapan semua kat atas tu terpadam otometik..biar saya je menang..ngahahaa..

Anna Qawina said...

*haih..makan = maka..eksaired nih..hahaa

HaSue said...

Assalamualaikum Kak Animmmmm...

Hohoho....dengan susah payah ai refresh nih haa...semata2 nak join GA kak nim..hahak.. :D

Masuk2 jek dah berderet org jawap!
Mcm kata Tun,kalo ikut sapa jawab dulu antara dua yg atas tu laa kan kak nim kan,..ke kak nim nak bg saya menang tanpa bertanding? izahdaut tu sapa tuuu?jawapan tak senunuh!siap bodek2 bagaiii...x kuasa taw!tu leh kira ke jawapan dia tu kak nim?kita disqualify kan ajelah ye.

Ni nak jawab dengan berhemah nih,
Sebab Ainul budak yg baik,cantik dan dididik sebaik2nya oleh ibu bapanya...maka beliau memilih LANGKAWI jer sebab dia kesian gak nanti ibubapa dia yg baru balik coti2 dari China kena plak kuar bajet lebih untuk belanja lg ke Bandung kann...kalo ke langkawi tu bleh beli byk benda dah..kalo ke bandung tu baru utk tambang tuh... pastu kan, ibunya telah memujuk ainul supaya pergi sama2 ke bandung lain kali bersama trip keluarga..baru best untuk kenangan laa kan..padahal mak dia jeles kot kalo ainul dpt ke bandung lebih dulu..keskeskes.ehh??..ampunnn kak nimm..ahak :P
Aaa...Pastu mak ainul pun ngomel kenapa adiknya yakni mak sedara ainul x sponser tambg skali kalo nak ajak gi coti2(ni rekaan semata2 jer ni.saja nak nyakat kak nim)hihih...

Tp kalo pilihan ainul bandung,dia tetap anak kak nim yg baik dan cukup didikan gak..saje je xnak bg jawapan sama ngan mek ampang atas nun..ahaha

Oklah,dah jelas tak jawapan saya kak nim? ni kira dah menang ke camner nih?hahaha

Julia said...

Bandung sebab saya baru je balik dari sana, hope Ainul pilih Bandung ya! Kat sana best macam - macam ada, nak shoping, traveling, semuanya muurah!

Mas said...

muahahaha....
suka aku ngan komen hasue ni....
mesti izahdaut panass baca nanti...
sabooo jah....

Unknown said...

saya pun nk join gak...nak try memujuk ainul ni... ainul, seronok tau berjalan jalan dengan keluarga sendiri ni tau sebb dah tentu semua keluarga kita akan support semua.. kalau g bandung nanti ainul x pandai membeli barang sana sebb pertukaran duitnya.. kalau trlajak belanja nanti ainul x ckup bajet kan susah... banyak x bestnya ikut makcik ni.. lebih baik ikut family sendiri.. nnt tahun depan ainul pujuklah family ainul g makan angin g bandung lak.. x gitu kak anim....

HaSue said...

Mas,gimme pai mas!!kita sama plh langkawi yer mas..skali ngan jwpn Anna Q..noorsha mana x kuar2 lg nih?aku baru baca jawapan org atas2 ni ha..
Antara x bleh blah jwpn 'makcik' CHAH tu...ahaha...ada plak mak ainul potpet suh bw barang time cuti2 n pantai selut bagaii..haha..ainul kan bdk baikkkkkk..dia suka je bawakan brg2 mak dia..nantii kalo gi bandung mesti ainul rasa tak best sebab mak dia x ikut skali ..abis,mak ainul pun dah kata leh pergi lenkali ngan family kannn...hahah..

Paling syahdu ayat ZarinAziz: '..dan lagi RM400 menjadi milik Ainul yang abadi...'

Jadi,mesti langkawi la jawapannya kan kak nimmmm...??hahaha..

saja nyemak komen memandangkan izah x jenguk sini smpai rabu kann..kekeke..
eh?bukan sapa lg byk komen da menang ke kak nim?
Kak nor tu join ke tu?cam xnak jer..haha

HaSue said...

kak nim,kak nor pesan kalo dia menang..dia minta tolong sy gantikan tmpt dia...muekeke

kak nim nak alamat pos ke nak bg by hand jer nih? *sambil wat muka tak bersalah

Cheq Sue said...

hamboihhhh...baru sat je tinggai dah berderet peserta neh... bermacam2 komen pown ada. awat kak nim ajak ainul pi langkawi, kalau mai CH ni leh belanja makan stimboat....

mmmmm tapi rasanya ainul nak pi langkawi kot dengan family dia... xpelah x dapat pi obesi pun, lain2 kali kak nim dapat bonus leh pi jugak kan... :)

lagi syok dapat jalan2 makan angin dengan famili ni... lagi pun sahutlah seruan kerajaan untuk melancong dalam negara.

banyak tempat untuk dilawati, banyak untuk diterokai...

he he he.... :)

tun_telani said...

muahahhahahaaha~~~ gelak guling2 baca jawapan kak chah... nyaris2 tun pun nak ubah jawapan dr langkawi ke bandung. tp sbb kak sue dh bagi hujah2 kukuh tu.. agak2 ainul yg tgh gouyah2 pendirian tu, dh x goyah dah kan.. hihi..

ainul gi langkawi ye... 400 inggit banyak tuuuu.. lagipun betul gak kata makcik anna tu, (hehe.. makcik ke?? panggil sila panggil tun aunty. muda sket ;p) kalau gi langkawi bila barang2 still buleh suruh ayah yg bayarkan.. 400 inggit tu simpan siap2 utk bekalan masa hadapan.. kalau gi shopping ngan mak sedara mesti segan kalau nk letak brg2 atas kaunter cashier n tinggal utk mak sedara bayar. betul x? betul x?? kalau ayah sendiri, buleh letak byk2 barang atas kaunter cashier pastu wat xtau smp laa brg2 dh dibayar. hahahha.. bagus x tektik aunty nih?? ;p

ps: kak nim, kalau jawab byk2 kali agak2 lagi byk chances ke nk menang? kui kui... tu kak sue tu dh 3 kali kuar nama dia tuu..

dZana said...

nk cuba jugak la k anim.. mana tau ada rezeki kan.. saya rasa ainul akan pilih ke Langkawi.. percutian yang menyeronokan ialah bersama keluarga biarpun hanya dalam negara..

HaSue said...

Tun,ni akak bg yg ke empat nih..walaupun lappy akak terpaksa berkedudukan senget baru ada coverage nak jugak ngomen..kakaka...
amboii tun,siap kongsi tektik tuuu tmbun brg bg abah byr tuu..bagus tun,bagus!!mest ainul x terpikio gtu..
aaa,nanti kalo tun menang checkerboard tu kta bg dua ek..alang2 bg akak sorg jela..tun xyah..tun kan muda lg..ahak :P

Kak nim,kalo ainul pilih bandung suruh dia baca komentar ktorg tau..pasti dia ubah fikiran..haha
*sabo jela org yg teka bandung ek:D

dah kak nim,rasanya dah byk sy komen nih..team langkawi mng!!!
(mesti kak nim nyesal ajak aku join GA beliau..huehue)

Farah Najwa bt Azib said...

Salam, nak try jugak la :) Rasanya Ainul akan pilih Bandung kot sebab, tak selalu kan dapat peluang nak pergi melancong ke luar Malaysia ni. Lagipun, Langkawi tu boleh pergi lain kali, cuti sekolah pun boleh pergi dgn family.

HomeKreation said...

Aslmkm KakAnim cayang.
Spt biasa kita selalu terlewat, baru balik dari opis baru nampak jemputan kakAnim pelawa kita join. Dok pening2 lalat (tak sihat) tapi join juga lah utk memeriahkan suasana ni & utk kenangan KakAnim.

Kalau Along jadi Ainul, Along timbang2 gini:
1. Dari segi kos pada bapa Ainul, lebih-kurang sama jer. RM400+++
2. Dari segi galakan moral, bapa Ainul spt menggalakkan Ainul pergi Langkawi sbb tu lah dia kasi insentif cash RM400. Sebagai anak yg taat, kena timbangkan juga pendapat bapa tu.
3. Tapi kalau di timbang dari segi peluang, Along pilih Bandung sebab dapat peluang utk meluaskan pandangan ke negara orang. Juga peluang yg baik utk bermesra dgn sedara-mara sambil berdiri-kari tanpa keluarga sendiri. Kalau nanti bila keluarga Ainul pergi Langkawi, takkan Ainul di tinggalkan, pasti ibu-bapa Ainul ajak juga kan... Jadi pilih Bandung dua-dua tempat pun ada peluang cuma beda nya RM400 cash. Ainul pilih Langkawi hanya jika Ainul teringin nak beli sesuatu yg di citakan tapi belum dapat dan timbangkan antara benda tu atau makan angin ke Bandung.

Jadi nasihat Along & tekaan Along, Anul akan pilih Bandung dengan syarat bapa Ainul izinkan.

Kak Nik Ja said...

weee...mokwo nak join gak...
mokwo pilih ainul akan pergi ke langkawi...tapi ainul kena lah buat deal dgn mak...cakap ngan mak kalau ainul gi langkawi, mak dan abah wajib bagi pergi ke bandung...hihi..baru lah ainul tak rugi ye tak?? mak mesti wokay punyalah..hihi

aQenn Ramli said...

Saya rasa ainul patut ke langkawi bersama keluarga. Krana apabila sudah besar peluang bercuti bersama keluarga susah kerana komitment masing2. Dengan sedara mara bnyk cara lain boleh merapatkan hubungan ataupun bole pergi dua2 tempat dengan syarat pada masa yang berlainan dan kos ke bandung ditanggung oleh ainul sendiri.'family first' bak kata orang :) roslinaibrahim16@yahoo.com

Unknown said...

wahhh meriahnya GA kak anim ni....walaupun saya jauh nk singgah juga sini utk meriah suasana...hehe

jawapan saya Ainul memilih ke Langkawi bercuti bersama family maybe thn depan boleh dirancang utk ke bandung pula..:)

Anna Qawina said...

Penat nk gelak baca komen..kak anim sila tambah hadiah kak, naya kalo saya sorang yg menang,
mau meraung hasue ngan Izah..ngeheheee...

Tuuunnn!! Makcik? Hakak la..muda belia lg neh..cubit karang..

K.Nor said...

sue!!! bila pulak akak kata nak bg sue kalau akak menang nih!! haip!! piat kang.. ngengada betul! hihihii.... ehhh.. dah 2x lak ngomen.. ermmmm... sian mak ainul... tukang komen lebih banyak dr jawapan hehe

quinnie said...

kak anym..saya nak join jugak....hehehe....menarik betul hadiahnya...nanti saya add fb saya kat fb akak ye....baru terhegeh2 nak friend fb...hahhahah...

saya nak jawab straight to the point cam kaknor gak..hehehe..ainul pilih gi BANDUNG..kot..:)

Chah said...

aduhhh..budak yg profile picture kepala senget dalam kete tu bape banyak penyertaaan daaa...tk aci! foul! err...rasanya selepas penyertaan dari Bila Chah Ke Dapur tu kak Anim ada tweet2 ai kata dia dah pilih da pemenang, sebab dia da mintak alamat rumah ai untuk pos itu mould...kehkehkeh...

izahdaut said...

ehh ada team langkawi lak. tulun la. kalau tubuh team bagai mcm la satu team boleh menang. jgn nanti masuk surat kabar kata ada geng langkawi bergaduh lak nanti gara2 pan lidah terbelit nak disebut tu.

ainul.. look at my eyes... BANDUNG DEH!!

izahdaut said...

datin chah.. sila ketepi... senggol sikit datin chah a.k.a mCchah. tapi betul tu.. budak kepala senget tu mmg foul. keluarkan dia kak anim!!

AbbotCottage said...

Assalamualaikum.

Selalunya anak-anak ni bila mention luar dari Malaysia, dia kan over excited. Tapi memandangkan ayahnya menawarkan RM400.00 jika ke Langkawi, mungkin Ainul dah start berbelah bagi hatinya.

So, saya rasa Insya'allah Ainul nak ke Langkawi, sebab, dapat gi jenjalan campo tawaran ayah RM400.00. Walaupun masih lagi dalam Malaysia, tapi dengan imbuhan duit tawaran, campo sekali dapat jenjalan dengan Mak dan Ayah, yang mana sedia maklum kalau jenjalan dengan Mak dan Ayah, apa yang Ainul nak, Insya'allah boleh dapat dan tak malu2 untuk mintak apa2, lagipun jalan-jalan dengan keluarga sendiri adik beradik tak sama jenjalan dengan mak sedara, Insya'allah LANGKAWI adalah pilihan Ainul.

nOOrsha said...

ramainye yang pilih Bandung.. Langkawi ade chance memang x? hehe...

ainol, since akak (akak?hahaha) da gi langkawi kan, ala dik langkawi tadak ape pun (marah org langkawi ni..hehe).. kat langkawi banyak syurga pinggan mangkuk je.. klo omak ainul tu sesuai la kot.. takkan ainol nak wat collection pinggan mangkuk kan... zaman mude remaje dik, enjoy gi obesi laaagii best.. gi bandung je ainol. akak ko ni lg x penah gi bandung....nnti blhla cite ape yg best kat sane.... hehe.. nak kirim jugak kerepek kulit lembu dari bandung..haHA.. best gi bandung, leh dapat tukar matawang asing.. boleh pegi money changer, kalo x xkan suke2 je kite nak gi money changer kan kan kan.. pastu kan kat sane leh cube masakan best2 org bandung... ala kat mesia bila2 ley pegi dik.. hikhikhik...

leen said...

Salam Kak Anim...

Saya pilih Langkawi...jangan kehabisan stok sudahle kak..ramai yang meneka nie...
Kenal saya tak? Mesti akak kenal..he..he..

orkid233@yahoo.com.my

izahdaut said...

DEAR AINUL.. SILA RIJEK 'KAK' NOORSHA TU. PANGGIL PUN TAK BETUL TU..JAP AINUL JAP AINOL.. SILE RIJEK DIA KAK NIM.KARANG ADA YANG BUAT GROUP RIJEK GA KAK ANIM KAT FB. HAHAHA

umi's cup cake said...

Kak Anim,
umi rasa ainul akan memilih langkawi kerana boleh pergi bersama keluarga tersayang serta dapat extra duit poket...saat bersama keluarga lebih indah dan di langkawi lebih banyak barang yang murah2..dan umi percaya suatu hari nanti kak anim dan suami akan bawa ainul pergi ke bandung juga..sedikit lewat tapi pergi juga

email umi : sitikhairiah@gmail.com
blog umi : umiscupcake.blogspot.com

Gee® said...

Nak jugak menyibuk kat sini... pilih Bandung la Ainul... sekali sekala makan angin negara orang apa salahnya kan... balik nanti jangan lupa belikan ole2 untuk mama dan papanya...hehehe

tun_telani said...

hahahahhaa.. mmg xleh blaa aa 'keterperasaan' muda KAK noorsha itew.. ala ainul, setakat money changer.. meh sini ainul, aunty bagi duit bandung sekeping..nk duit syiling 4-5 keping wat koleksi pun boleh.. hehehe..
ps: tu wakpe mek ampang tu cam gler kuasa je, siap tulisan besar lagi tuu..

izahdaut said...

eh dah hari rabu ke?
haha TUN.. statement ko tak agak2 tau..

Ummu Aqil said...

BANDUNG.

sh.shada@yahoo.com

ilahjy said...

salam kak anim
boleh ker orang baru baik sakit nak join ? kang berjangkit kat kawan2 pula virus ilah ni..huhuu ffuuuhhh punya la byk komen bersama jawaban.. tak larat ilah membaca..takat mampu jer baca.. kelakar pun ada..serius pun ada...
meh sini org sakit nak teka.

ilah rasa ainul tak pergi mana2 pun. dia amek keputusan...
amek jer duit free 400rm tu dia simpan... hbis ceta..tak de la gaduh pening2 fikir... kan ainul.??hehehe ni org tak berapas sihat jawab maka jwban nya mmg tak berapa la betui hehe. lebih baik ainul g shoping beli baju ker kasut ker dll...tak gitu ainul....

saja ilah nak lapangkan dada ni baru pulih sikit dr demam dn sakit...

jgn ada yg mareee ye...hikhik

Kak Nik Ja said...

kak anymzzzzzzzz.(lolap den 10 min)...ni kena tambah hadiah lagik nih..kang ade orang buat WWF..guling2 lawan tarik tocang!!

Salida said...

pg Bandung la Ainul...best..blh shopping kat Rumah Mode...

Mas said...

LANGKAWI..........
LANGKAWI...........
LANGKAWI..........
LANGKAWI...........
LANGKAWI..........
LANGKAWI...........
LANGKAWI..........
LANGKAWI...........

Ainul.....pilih langkawi yerk...
jangan terpedaya ngan makcik izahdaut tu....

sue..give me 5....
sambil laga2 bontot......

ishhhhh....kak anim..
lambatnya hari rabu...

Gallery MamaMimi said...

Salam kenal kak...

Boleh join?...Saya pilih gi LANGKAWI


gallerymamamimi@gmail.com

Anonymous said...

saya rasse p langkawi kot...sbb kat langkawi ade mee bandung...hahaha

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak anim...
ala diana lambat sampai ler... hehehhe... wah dah banyak jawapan tu.. :).. apa2 pun nak jawab gak ler.. pasti ainul pilih langkawi kan akak.. hehhee

QeensChocolove said...

ainul pilih langkawi...

ibundo said...

wuih.. ada contest lah. Nak join gak. Ainul nak gi langkawi.

Kazman / Sue said...

kami teka langkawi.....

AbbotCottage said...

Aku paling tak tahan ayat nOOrsha, "akak" yaaa "akak" ??? muaaaaaaaaaaaaaaaaahahahaha..!!!

notyatiblog said...

saya nak teka....ainul nak pegi Bandung...

Ayu said...

kalau kita jadi ainul.,
kita ambik kedua2nya sekali..pergi bandung dan juga pergi langkawi..!!!
dengar cakap auntie ni ya ainul..

Ayam said...

Langkawi kot..sbb bersama keluarga.

Lieza said...

Assalammualaikum k.Anymz...nak jawab juga la...kalau lieza diberi pilihan mcm ainul....lieza akak memilih LANGKAWI...kerna bersama keluarga sendiri adalah saat2 paling menyeronokkan..dgn RM400 menjadi milik sendiri..boleh shopping macam2 kat LANGKAWI..jd..lieza rasa Ainul akan ke LANGKAWI..

Anonymous said...

saya nak teka juga boleh, Bandung, sebab Bandung jauh sikit =)

Norasikin said...

Salam, nak teka jugak la. Mcm syok je. Kalau ainul sebijak saya mesti dia pilih langkawi sbb tak de yg lebih syok selain jalan dgn family. Boleh mintak mcm2 lagi. Ajak la ayah pegi langkawi naik kapal terbang. Duit rm400 tu suruh ayah simpan dulu. Lain kali boleh ajak mak sedara pegi bandung pulak. duit dah ada. tak de hal punya. bebudak bukan tau pun bandung ngan langkawi tu kat mana.... yg penting, mak ayah mesti tak rela pegi langkawi tanpa ainul. boleh berendam air mata mak ayah kalau ainul tak ikut.

fiezahkecik said...

langkawi kot.kihkihkih

kha said...

sib baik sempat lagi.ainul pilih BANDUNG..nape mek sue punyer komen byk sgt tu?klu dia terpilih sebgai pemenang di kira X aci..hahaha

Kamilah Che Mat said...

salam..nasib baik sempat lagi nak join....rasa rasa la Ainul pilih pegi BANDUNG!!!

Sebabnyer peluang ni bukan selalu kan? kalau nak p Langkawi bila2 masa pun boleh,kan? kan? kan?

Heee,,,apepun,pilih la mane2.. selamat Bercuti!!!

meelah83@gmail.com

Chah said...

haluuuuuuu....er..er..penganjur, sebelum penganjur terlanjur buat-buat pegi China lagi sekali sebab bohsan dengan pangai2 finalist2 ngokngek di atas, baik saya ingatkan puan penganjur dengan anak puan aka anak sedara saya yang tomei tomei tu..bukan apa nk ingatkan aje...dh nak rabu balik da ni....hihihihi... * harus aku kena masuk pusingan penyingkiran lawan ngan chef kepala senget tu ker, dak pencinta mapin tu ke, atopun chep nor dessert aka jeli jelo jeles ai tu...*mampuihh gue!*