Assalamualaikum semua
Terlebih dahulu akak nak minta maaf pada pengunjung2 my kitchen di atas kelembapan akak meng'update' masakan2 terkini di sini..nak kata sibuk sangat tu tidaklah tapi sekarang ni masa lapang tu banyak terisi dgn perkara2 yang di tuntut...menuntut ilmu tak kira usia kan?..apatah lagi di usia begini......:)
Dah lama berhajat nak buat sambal jering selepas akak di perkenalkan oleh mak sedara akak semasa berkunjung ke Gungzhou thn lepas.Ya mak sedara tu siap bawak bekal siap2..bukan setakat sambal jering ni aje,banyak lagi makanan lain yang di bawanya..Kesudahannya balik aje dari China tu hari terus berat badan ni takmo turun dah..Apa taknya cuaca sejuk di China masa tu..Kerja lain takde Asyik mengunyah je mulut ni..
Anak2 pun dah macam jatuh cinta dgn menu ni..siap Ainul kata..'ainul ingatkan ubi kentang tapi kenapa rasa dia lain macam?' mcam sedap pulak katanya..hehe
Serious !! en suami yang tak makan jering tu pun tertipu..Bila jering tua ni di rebus rasa dia sudah jadi lemak2 gitu..tak caya?..cubalah nanti...cam rasa biji cempedak pun ya jugak...
Sambal Jering
by
anymz myitchen
Bahan2
1 piring kecil jering tua (kat pasar tani jual rm2)
8 tangkai cili merah*
15 tangkai cili padi-tak makan pedas kurangkan ya*
1/2 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1/2 kiub pati ikan bilis
1 piring kecil ikan bilis-anggaran segenggam-cuci bersih ketepikan
Minyak
Garam
1 sk Gula
Cara
Jering di rebus hingga empuk
Dah empuk,angkat dan rendam dengan air biasa sebentar
Toskan jering tadi-ketepikan
Panaskan minyak
Goreng ikan bilis hingga garing
Angkat dan ketepikan
Dengan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi tingalkan anggaran semangkuk kecil
Tumis bahan2 bertanda * yang telah di kisar kasar hingga terbit minyak
Masukkan garam,kiub ikan bilis dan gula
Masukkan ikan bilis goreng dan jering
kacau hingga sebati
Angkat dan boleh lah di hidangkan.
Dah lama tak makan
memang terangkat bila di hidangkan menu begini sekali sekala
sedapppppppp
10 comments:
xpe la kak nim...utamakan yang penting dulu.. moga2 kita semua diberkati olehNya sentiasa
saya pernah sekali makan sambal jering (yang tak direbus)..memang rasa pelik dan xleh telan. tapi yang versi jering rebus dulu x pernah lagi... mesti sedap kan..
nim akak dah lamo tau sambal jering ni..maso dok kuala selangor dulu.kawan tu ajar..buek ngan joring tuo yang dah ditanam tu..memang sodap nim..bau pun dah hilang..
ish ni first time tgk sambal jering.nmpak sedap tp rasa mesti cam jering kan..hehe
Kak Anym...sedap nampaknya sambal jering ni,tapi belum pernah cuba mkn jering...adoii..ketinggalan kete lagi ni..
Assalamualaikum akak..
wah x perna lg makan sambal jering... makan jering pun jarang sekali.. kali terakhir diana makan jering lebih 10 thn rasanya.. huhuu.. kekdg sukar nak cari jering ... ada jual tp jarang nampak. tgk sambal jering yg akak buat nie nampak menyelerakan... pasti sedap..
jerin semai feberet saya.. meman sedap buat sambal gini. kalau kat kampung buat 2 kuali baru cukup. satu lagi jering semaini sedap masak sambal tempoyak. cube la kak nim. pasti jatuh cinta. kalau tak buat tumis lemak. tumiskan bawang cilipadi kunyit,ikan bilis, masuk jering last masuk santan. peghhh.. sedap!!
Amboi kak Nim.. Sambal joring yo.. Tapi Naz tak suka sgt jering.. Tapi alau kak Nim masakkan, Naz makan jer.heheheh
sambal jering ni dah jadi feberet kami sekeluarga (kecuali bdk kecik 2 org tu la).. sy diperkenalkan oleh keluarga hubby (org raub) sejak lepas kawin & sampai skrg mmg jadi lauk feberet.. selalunya di buat sambal dengan cili padi.. boleh juga buat versi campur tempoyak mcm izah dok sebut tu... takyah lauk lain pun takper.. dlm blog sy rasanya dah pernah masukkan resepinya.. hehehe.. mmg best!
Amboiiii Anim...kaw kaw punya masak jering sudah kuar...kalau makan lauk ala kampung camni...mmg x hengat dunia, nak2 beradap ramai2 di kampung...pergghh!
baru lepas makan sambal jering tadi... hahaha. buat sendiri je.
Post a Comment