Sunday 4 March 2012

Sup Kepah

 Assalamualaikum semua

Waaaah...dah lama tak update mykitchen masa cuti hujung minggu..Hari ni ada banyak masa time..(anak2 sila jangan guna ayat ini naaaa)
Pagi tadi saja ronda2 berdua dgn Ainul mencari ikang segar di Kuala Sg Baru...Ramai betul orang hari ni..nasib baik orang2 kat situ dah kenal muka sweet akak nih..dapat jugalah akak menyelit dan mempercepatkan proses pembayaran dan penyiangan ikan2 akak tu..hehe..apa punya ayat daaaaaa
Okay hari ni,kali ni dah confirm dah nama seafood yang akak post ni namanya ialah kepah..Ialah selalu bila post lala org kata kepah..sedangkan akak sendiri tak tau macam mana rupa bentuk kepah yang sebenarnya sbb setau akak lala kecik je....Tadi tokey pasar paksa akak beli kepah..
Kepah ni kulit dia tebal tapi isinya sama macam lala jugak..Tanya orang masak apa sedap..
'haiyak!semua selap lah..sweet cour,cup(sup) pun selap lah..'..ermmmm...memandangkan tak pernah try test lala ke kepah ke masak sup hari ni akak memberanikan diri le buat menu ni di tengahari Ahad ni...
Sedap memang sedap tapi akak dan family lebih suka makan lala..Entah apa yang membezakan rasanya aku pun tak tau lah...hehe

Sup Kepah
by
anymz mykitchen

Bahan2

1 kg kepah-cuci bersih ketepikan
1/2 labu bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
halia-hiris
1 batang serai-di titik
10 ekor ikan bilis-di tumbuk lumat-kalau malas kiub pati ikan bilis pun boleh
Air secukupnya
garam secukup rasa
minyak


Cara

Panaskan periuk
Masukkan minyak
Tumis bahan hiris hingga wangi
Masukkan air,serai dan ikan bilis
Biarkan hingga mendidih
Rasakan garam
masukkan kepah
Kacau hingga masak
Bila nak hidang jangan lupa taburkan dgn daun bawang daun sup dan sedikit cili hiris.

6 comments:

..di lesung pecah.. said...

salam kenal kak..waniey dtg sggah dapur akak ni...saya memang suka sgt kepah ni...lama dah x msk kepah ni...aduyaiiii

Mas said...

kak animmmm...
kuala sg baru tu jauh tak dari rumah akak..
agak2 klu mcm mas dok senawang...
dekat tak klu nak gi sana...
jeless i tau nengok kak anim selalu beli lauk2 segar kat sana....
boleh la mas join akak sekali nnti..he3


kepahhh tu.....
segarnya tengokkk..
cantikk isinya...
compom maniss tu....

Zalia said...

Bestnyaaa...

ummiaisyah said...

tak penah mkn kepah sy ni kak..lala tu ada la... manis cam lala ke?

SufatihaNur said...

kepah wat masak cili mmg superb...mesti wat sup pun sedap terangkat...puuuhhhhh teringin

SumZ said...

Great blog.. love your food photography :)