Sunday 23 September 2012

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan...Doakan Kami...


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Apa khabar kepada semua pengunjung2 my kitchen..
Akak harap semuanya berada dalam keadaan sehat dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu hendaknya...
InsyaAllah apabila post ini berada di alam maya,akak sudah pun bertolak ke Kelana Jaya untuk melaporkan diri dan bergerak ke Madinah seterusnya ke Mekah bagi tujuan menjalani rukun Islam yang kelima..
Alhamdulillah akak dan suami bersama2 dua orang sepupu akak terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada musim 1433H thn ini..
Dan apabila post ini ke udara maka terjawaplah sudah apa penyebabnya yang membuatkan 'my kitchen' agak sunyi pada tahun ini..

Di sini juga akak ingin meminta ampun dan maaf kepada semua pengunjung2 'my kitchen' tak kiralah samada bagi follower atau pun silent reader,minta maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki andai ada salah dan silap akak selama akak berblogging di my kitchen.
InsyaAllah taala akak akan cuba dan cuba membalas komen rakan2 yg telah meninggalkan jejak di sini.Bila??? Hanya Allah jua yang lebih mengetahuinya....^__^



Doakan kami ^_____^



22 comments:

leen said...

alhamdulilah..tercapai juga hasrat akak n en mus ke tanah suci..semoga selamat pergi dan kembali kak anyzm n en mus ye..kirim salam kat en mus sekali...

Cheq Sue said...

Semoga kak anim & suami memperoleh haji mabrur dan dipermudahkan segala urusan di sana... *_*

♥MAMASYAZA♥ said...

alhamdullillah kak, bertuah kerana dipilih menjadi tetamu Allah. semoga dipermudahkan apa saja urusan disana ok. selamat pegi n selamat balik ye kak

ibundo said...

Selamat pergi dan kembali nim dan suami. Semuga mendapat segala ketenangan dan kekuatan di sana untuk melakukan ibadah. Insyaallah mendapat haji mabrur...

HomeKreation said...

Aslmkm KakAnim. Alhamdulillah, KakAnim pun akan pergi ke tanah suci tahun ni. Along doakan KakAnim & suami selamat pergi & balik dgn haji mabrur. Maafkan Along juga jika ada tersalah di mana2. Semuga KakAnim sihat & segala nya lancar di perjalanan & di sana nanti...Amin!

khairiah khaizu said...

Salam Anym....Alhamdulillah kerana telah diterima untuk menyahut seruan haji....semoga Anym dan keluarga selamat sampai ke Makkah dan di permudahkan ketika menunaikan haji dengan selamatnya......Aminnnnn

Rohah said...

Alhamdulillah...mabruk ya ukhti..semoga dipermudahkan urusannya..Doakan kami juga agar dapat ke sana suatu hari nanti insyaAllah..

kasihredha said...

salam kak
semoga akak mdapat haji yg mabrur...amin

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Kak Anymz
alhamdulillah...dah sampai seruan Haji semoga dipermudahkan segalanya
doakan jg utk org2 disini ye kak

Azlita Aziz said...

Assalamualaikum tetamu Allah..

Alhamdulillah kerana kak Anim, suami dan sepupu telah terpilih menjadi tetamu pilihanNya..

Rasa sebak pula bila mengenang kembali saat pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Anbia dan Baitullah

Bilalah dapat diulang kembali saat-saat itu..

Walaupun kak Anim telah pun berangkat, tika dan saat ini, namun ita ingin juga mencuri sedikit ruang untuk mengucapkan selamat jalan dan selamat menjadi tetamu Allah kepada kak Anim dan suami juga kepada rakan-rakan bloger lain yang ita hormati.. yg turut menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Semoga perginya membawa seribu kerberkatan, di permudahkan segala urusan, dapat melakukan ibadah dengan tenang dan sabar juga sentiasa diberikan kesihatan yang baik agar ibadah yang di lakukan dapat di sempurnakan dengan sebaik-baiknya..
Insyaallah..

Chah said...

Syukur Ya Allah...tahniah kak Anim...semoga sihat mental dan fizikal untuk mengerjakan ibadat dengan tenang. InsyaAllah mendapat haji mabrur...

Mamasya said...

Slmt menunaikan haji buat k.Anymz.moga dipermudahkan segala urusan dan sihat sejahtera sepjg di sana dan mendapat haji yg mabrur.

izahdaut said...

saya mendoakannya... winduuu kak anim..muahhhsss

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Anim :D
Selamat Pergi dan Kembali, semoga selamat didalam menunaikan rukun haji dan mendapat haji yg mabrur..Insya Allah...Amin...




EmbunRosaliza said...

Assalam kak nim, mungkin tika n saat ini kak nim dah menjejakan kaki di madinah. Saya mendokan semoga kak nim, suami dan sepupu2 di lindungi allah sentiasa dan di permudahkan segala urusan serta mendapat haji yg mabrur...muahhh misss u kak nim

nOOrsha said...

Salam knim..selamat menyambut panggiln Illahi..tahniah krn dpt jd tetamuNya dtahun ini..moga dikurniakn kesihatan yg baik,dpermudgkn sgl urusan n dpt hj mabrur..insyaalah

Anl Hans said...

selamat pergi dan balik mak :)

Yatie said...

Syukur Alhamdulillah kerana K.Nim dan suami serta kawan2 yg terpilih menjadi tetamu Allah pd tahun ini...moga di permudahkan segala urusan dan di berikan kesihatan yg baik sepanjang di sana...Yatie sentiasa mendoakan kesejahteraan akak di sana, moga mendapat haji yg mabrur..Aamiin..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam K.Anim.Alhamdulilah,dah sampai giliran akak & HB menjadi tetamu Allah.
Semoga sihat tubuh badan & dipermudahkn menunaikn ibadah kak anim & HB.Aminnn

zila norazila said...

salam syg kak anim,
rasanya masih tidak terlewat..dipanjatkan doa semoga kak nor selamat pergi dan kembali,dapat menunaikan ibadah dengan tenang..aminnn smoga mendapat haji yg mabrur..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alhamdulillah.. tumpang seronok dpt berita ni.. semoga kak Anymz dipermudahkan segalanya semasa mengerjakan haji di tanah suci bersama2 suami & dua sepupu... semoga mendapat haji yg mabrur... amin..

hana said...

mak ajiiiiiiiiiiii... i miss u tooooooo!! nak laga2 pipi amik berkat jauh sgt.. mmuahh mmuahh sini ajer lah! hihihi... bila nak update citer aji? copat copatt... hehehe