Tuesday 5 February 2013

Ayam Goreng Bersos

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah,..akhirnya akak berkesempatan menyiarkan resepi ayam goreng yang akak buat masa kenduri utk ke tanah suci thn lepas..Ramai yang bertanya kan resepi.Bukannya susah sangat pun dan alhamdulillah akak sudah mula mengedarkan sos2 tempahan dr kawan2 yang bertanyakan sos ini.Siapa yang maukkkk Angkat tangan..hehe..InsyaAllah...boleh aje di edarkan..Kalau sekitar Sban,Mka atau Kuala Lumpur.Kalau dah dok jauh tu jgn le order dua tiga botol ya..Tak berbaloi la mak nak nganto,huhu..
Sesiapa yang berminat boleh Email akak atau boleh aje inbox di FB ..
Bagi yang pernah rasa sos ini mmg tidak mengecewakan..Betui tak mek?......



 Ayam Goreng Bersos
by
anymz mykitchen

Bahan A

1 ekor ayam-di belah empat
Garam
Kunyit
Minyak

Daun Salad-di kerat kasar
Timun-hiris mancis
Sengkuang-hiris mancis

Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan kunyit
Goreng ayam hingga garing
Angkat dan toskan minyak
Ayam di kerat kecil2 dan gaulkan bersama salad,timun dan sengkuang
Hidangkan di atas pinggan besar dan curahkan sos ke atasnya,
Jika ada kacang tumbuk lagi menimbulkan selera-akak takde stok kacang dlm rumah
Cubalah 
Pasti tidak mengecewakan




bahan sos

cili kering-rm1/rm2
bwg putih-5 ulas
bwg kecil-3 ulas
1/2 botol tomato sos kimball
gula
garam
3 cawan air
air panas








cara nak buat kuah/sos


cili kering di gunting.keluarkan biji,bersihkan dan di rebus
kemudian di kisar bersama kedua2 bwg bersama air panas.
keluarkan.
dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan sedikit air panas.
campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol
lebihkan garam dulu,kemudian rasanya hendaklah ada manis,masam,dan masin
tidak perlu di masak sebab kita sudah menggunakan air panas semasa memprosesnya.



4 comments:

ibundo said...

salam nim. osah lamo e tak menyibuk kek sini. Camano nak buekan. Diri sondiri pun sibuk manjang. Apo koba kau puan hajah. Mosti banyak cito maso kek mokah haritu kan?
Wah.. skang ni bisnes sos pulak ko. Akak ghaso tak bobaloi kau nak nganta kek bangi ni hahaha.. akak kopi yo lah resipi kau. Free.. haha.
have a nice day bebeh..

izahdaut said...

Kaknim.. brapa rmm sebotol.nak... nak..nak.. letak kobis skali ek.. sedap sedap.leh buat sos tuk nasi ayam trus kot kan..

Mas said...

mas biasa makan kat kenduri ayam gini...
ni dah ada resepi...
boleh eden try...
tq kak... :)

INA said...

Salam Kak Anim...masa kecik2 dulu..kalau ada kenduri selalu ada lauk gini..skrg. susah nak jumpa..minta izin ambil resepi nie ye..