Wednesday, 13 October 2010

kuih bingka@bakar jagung

Hari ni mood nak membingka pulak datang tetapi dalam masa yang sama aku terperangkap dgn keje2 mendobi yg sebegitu banyak.sambil masak,sambil buat kuih,sambil cuci kain ..
semua sambil2 konon nak jadi super woman..alahai dah tua hakak ni,takde makna nya aku leh buat semua tu serentak,sebab sambil2 tu aku dok melayan telepon..
habis sudah hangus sebelah atasnya kuih bingka ku ini..amponn ya hana..oopss..resepi aku ambik kat rumah hana..
memang sedap,. sebab mr suami aku tu,tak berapa suka makan bingka tapi yang ini............. ...."ermm..sedap kuih ni.first time buat kan"..hadoi abang jgn ckp kuat2.malu aku wei,dah tua baru nak belajo buat bingka..wakakaka...


aku potong ambik bhg yg molek utk tontonan you all

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 2 sudu butter - cairkan (yg nih hana tambah)
  • 1 tin jagung manis ala krim
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit bijan jika suka

Cara-cara




  1. Blend semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan
  2. Masukkan jagung dan "blender" sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam


dengan rasa rendah diri nya ku pamerkan juga bingka hangus ku ini..huhu..tapi serious ai cakap tau..memang sedap gilos bak kata anak2 aku..ni aku tunjuk kabur2 je kehangusan nya itu..

Tuesday, 12 October 2010

roti oat bermadu

Roti Oat Madu

Jom cuba satu resipi roti sihat dari "Alex Goh"...Roti dia lembut, kulit dia garing dan wangi.....

Bahan Doh Span :-)
320 g tepung roti
2 camca teh instant yeast
180 ml air + 2 camca besar air
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*optional)

Bahan Lain :-)
80 g Quaker Oat
60 ml air
6 g garam
25 ml madu
25 g gula perang (brown sugar)
30 g mentega

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan bahan2 untuk doh span, gaul rata sehingga menjadi doh, bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan perap 3 jam.
  2. Masukkan oat, air, garam, madu dan gula perang ke dalam doh span tadi, uli hingga sebati dan rata. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar (kurang lebih 200 g setiap bahagian) bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ambil satu bahagian doh, leperkan sedikit dan gulung seperti swissroll hingga kemas. Alih ke dalam tin berukuran ( 5 x 3 x 3 ) inci. Buat hingga siap (mat gunakan 4 tin).
  4. Tutup tin dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaannya dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. Keluarkan dari tin selepas roti masak dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan doh span ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biar hingga siap dan biarkan 2 jam lagi dalam BM. Kemudian tambah bahan2 lain dan set balik BM pada setting untuk doh dan tekan "on". Selepas habis proses menguli (kurang lebih 30 minit, mengikut BM masing2), keluarkan doh dan buat seperti keadah no. 3, kalau tak de tin macam mat punya tu, boleh juga dibulat2kan seperti "bun"...

Masak lemak ikan berebung

Alahai..rezeki aku murah betul minggu ni,hari tu dapat ikan jenahak fresh dari laut,kali ni dapat ikan senangin..itu lah gunanya kalau kita rajin berkenalan dgn org2 kat Pasar tu kan..mulut kena ramah,bicara kena manis baru semua orang sayang..betui dak?..hihihi..
Ni aku dapat ikan senangin,bukan pree la..kena bayar gak,cuma harga dia boleh sikit lebih kurang lah kan..
Di sebabkan aku tak dpt buat masak lemak masa MIL aku ada kat rumah tempoh hari,maka hari ni aku lepas dendam le..apa lagi dapat pulak rebung muda..pasni siap lah aku menggaru2 lagi sebab miang rebung sudah mali..hahaha..erk?? ada ke org miang makan rebung?

bahan2

1 ekor sedang ikan senangin
1 bungkus rebung
3 sudu besar cili api kisar
1 sudu besar kunyit hidup kisar
3 cawan santan cair(perah dari 2 biji kelapa)
1 cawan santan pekat(pati)
daun limau purut-optional
garam secukup rasa
asam keping jika perlu

cara

bersihkan ikan-ketepikan
rebung di keluarkan dari bungkusan dan toskan airnya
jerang santan cair bersama cili api kisar dan kunyit hidup
masukan garam dan jerang hingga mendidih
masukan rebung dan ikan.
jika kurang asam masukan asam keping
dah mendidih elok selama lebih kurang 10 min masukan santan pekat
masukan daun limau purut jika suka
didihkan hingga terbit minyak
rasakan garam dan sedia untuk di hidangkan





kali ni aku tak letak serai sebab aku masukan daun limau..tengok rebung tu...ermmm..muda2 lagi..sedap di ratah2

Monday, 11 October 2010

Laksa Utara

Hah!..mesti you all terperanjat nengok aku tuko langsir dan cat lagi kan..muahaha..lepas raya ni byk tul duit aku..hehe..kali ni rasanya tak mau tuko2 lagi dah..kira cam dah puas hati dah ni..ampon ya..nyusahkan you all nak keluar masuk tadi..
ni aku buat laksa..ikan ni dah dok lama sangat dlm esbok tu...kesian lak aku nengok
sila lah ambil sorang sepinggan,tak boleh byk2,aku buat cukup2 je ni..leklok makan tu ya



bahan2

1 bungkus laksa-di rendam dan di rebus hingga kembang.angkat dan toskan
1 kg ikan kembung/ikan sardin atau selayang
3 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
4 ulas bawang merah-di tumbuk
2 ulas bawang putih-di tumbuk
sedikit belacan-di tumbuk
3 sudu besar cili kisar
8 keping asam keping
garam secukup rasa

untuk hiasan

telur rebus
1 batang timun-di hiris
2 biji cili merah/cili api
bawang besar - di hiris
limau kasturi/limau nipis
daun salad jika suka
tauge jika suka



cara

ikan di bersihkan dan di rebus sehingga masak
dah masak,toskan ikan dan ketepikan air rebusan ikan.
ikan di ambil isinya dan di kisar.masukan isi ikan ke dalam air rebusan .tulang2 ikan juga di kisar dan airnya di satukan dgn air rebusan tadi
tumis bahan2 yang di tumbuk dan masukan cili kisar
tumis hingga naik bau
masukan air rebusan ikan dan segala isinya
masukan bunga kantan yang di hiris dan daun kesum yang di hiris halus
masukan asam keping dan garam
masak hingga mendidih
sedia untuk di hidangkan

cheesy yummy bread

Terlebih dahulu aku nak ucap takziah dan al fatihah pada kaum keluarga yang kehilangan orang2 tersayang dalam kemalangan maut yang berlaku tidak berapa jauh dari tempat tinggal aku senja semalam...kemlangan paling ngeri yang pernah terjadi di tempat tersebut....



Okay,semalam sambil2 aku berjalan2 ke rumah2 dan dapur2 kawan2 aku jumpa resepi simple ni di blog nanirostam..alaaa..mak hanis zalikha tu..sape tak kenal kan..aku buat mengikut apa yg ada dalam esbok aku je..nanti2 you all semua buatlah ikut resepi ya..yang ini pun anak2 kata sedap mak..rasa dia mcm garlic bread..cuba lah..memang yummy



cara nani

1. panaskan oven

2. atur roti wholegrain gardenia (gebu sket)

3. parutkan di atas roti tuh...keju mozarella (walau harga tak brape rela tapi sekali sekala jerr)

4. tabur bawang putih cincang

5. tabur bawang merah cincang

6. tabur buah tomato cincang(stok dlm esbok aku sudah habis..tu yg takde lipstik roti aku tuu)

7. last sekali tabur oregano atau rosemary atau mixed herbs.(yg mana-mana available la ya....)
aku buh lada sulah..

8. masukkan dalam oven dan tunggu sampai kekuningan.




ni breakfast untuk mr hubby..scrambled egg,baked beans dan roti bakar with carrot jus..nampak berat kan..iya..sebab hari ni mr hubby travel..out station..dari seremban ke jelebu terus ke muar.


Sunday, 10 October 2010

sup ikan dan ikan pekasam

huk..aloh...mak mentua aku ada kat rumah ni..wey..peningnya kepala hakak nak masak apa..MIL sakit kaki,sakit tulang almaklom..umur2 cenggitu biasa lah semua sakit2 kan..
aku dapat ikan jenahak fresh semalam..baru naik dari laut,ingat hati nak buat masak lemak cili api,tapi memandangkan MIL kena kurangkan makan2 santan ni,aku decide buat sup je


bahan2


1 ekor ikan jenahak sederhana besar
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah*
sedikit halia*
ketiga2 bahan * di hiris halus
1 sudu besar rempah sup
1 sudu besar lada hitam(aku suka bebanyak)
rempah 4 sekawan
air
garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis
sedikit daun bawang dan daun sup
jika suka tambah jintan2 tapi saya tak buat sebab tak suka dgn rasa rempah sgt.

cara

tumis rempah 4 sekawan dan bahan2 yang di hiris sehingga naik bau
masukan rempah sup,lada hitam dan air
masukan garam dan kiub
biarkan mendidih
masukan ikan.masak hingga mendidih
rasa kan garam.tutup api
hidangkan dan tabur daun bawang dan sup dan bawang goreng


hah ini feveret MIL aku dan sentiasa ada stok ni dlm esbok aku..ikan pekasam..perghhh..

kuetiau untuk sarapan

meh kita sarapan dengan kuetiau pulak...pernah di postkan dulu tapi hari ni kita ikut resepi yang ini pulak..resepi campak2 namanya..hehe..buat anak2 yang dok jauh kalo nak buat tu terus je tgk kat sini..takyah kol mak lagi..alahai...anak..berapa kali cakap pun asek lupa jer...




bahan2

1 bungkus kuetiau
2 ulas bawang merah-di tumbuk
3 ulas bawang putih-di tumbuk
1 sudu udang kering-di tumbuk
1 mangkuk isi udang/isi ayam/sotong
1 mangkuk kecil fishball
1 mangkuk kecil fishcake
1 senduk besar cili kisar-kalau nak pedas tambah lagi
1 kiub ikan bilis
1 ikat sawi
sedikit tauge
sedikit daun kucai jika suka
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis

cara

tumis bawang tumbuk bersama cili kisar
dah naik bau,masukan udang kering
masukan kiub
masukan bahan2 isi ayam/udang bersama fishcake dan fishball
dah masak,masukan semua sos dan kicap kemudian masukan sayur
kacau sebentar dan masukan kuetiau
kacau hingga masak
saya tak masukan garam sebab sos tiram dan kiub sudah cukup masin bagi saya
jika perlu tambah kan garam ya
sedia untuk di hidangkan


Friday, 8 October 2010

udang goreng

mmm..pejam celik dah petang..esok dah sabtu,semakin cepat masa berjalan kan..
petang2 cenggini sedap buat cekodok..aku dalam proses untuk melupuskan bahan2 terbuang dlm esbok tu..
esok nak ke pasar,,huuihh..lama dah aku tak ke market tau..asek ke supermarket je..esok MIL aku nak dtg..hah kena lah masak lebih2 sikit
isshh..melalut lak aku dah..di pendekkan cerita aku jumpa udang dan terung ni hah terus aku goreng cenggitu je dgn celup2 sikit dlm tepung..makan time hujan2 ni sodap tul


bahan2

1/2 kg udang hidup/segar
1 biji terung besar
3 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung gandum
2 butir telur
1 dudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit minyal utk menggoreng

cara

udang di buang kulit hanya tinggalkan ekor.belah belakang dan cuci bersih
terung di potong serong.cuci bersih toskan airnya
gaul kedua2 tepung dan serbuk lada hitam
pecahkan telur dan kocak bersama sedikit garam
ambil udang,celup ke dalam telur yang di kocak dan gaul dgn tepung
goreng hingga masak
sedia untuk di hidangkan
makan waktu panas dgn sos
makan dgn nasi pun boleh tapi udang cara ini ratah begitu je sodap..


rumah dah cat baru

hah..cantik tak?cantik tak?...cantik kan?..kan?..

minta maaflah pada kengkawan yang call tadi,begitu juga pada Lady sebab tak dapat nak comment sebab tadi rumah under renovation..orang repair rumah sebelum raya aku repair lepas rayo..oklah tu kan..naik jemu pulak aku nengok rumah lama yang gelap gelita tu,tiap kali kena pasang pelita...dahlah kamera aku asek malap jer,lauk pauk,kuih muih aku semua nampak gelap jerk..

Cat yang ini kira ok lah kan?
so enjoy your weekend ya esp to Lady of Leisure..cam nak gi bercuti je nmpaknya tu..ehem..ehem..nak gi honeymoon lagi ke tu?

Daging sos Hitam Berampai

Resepi aku petik dari rumah UMMI kuantan..tapi maaf bebanyak ya ummi,kita tuko dgn daging sebab ayam belum gi cekau lagi..hari ni jumaat,ayam2 semua cuti..wakakaka
bila kita guna daging,kenalah rebus daging tu lama sikit hingga empuk ya..jgn lupa tu,kalo tidak hadoi terpelanting plak gigi2 palsu mak mentuo..
ermmm..memang sedap..simple je..anak2 suka..bertambah diorang makan..dah jemu aku dgn sambal2..
hitam,lekat berkilat tul ropa daging tu kan..kicap pekat tu memang power tul laaa..



Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam - potong ikut suka
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 2 inci halia - dipotong nipis
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 sudu besar kicap pekat ABC (Heinz) - kicap ni mmg hitam pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
  • sedikit air
  • 5 urat kacang panjang - patah2kan 2 inci pjg.-saya guna kacang buncis
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang-saya tak guna dah habis dlm stok
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 tangkai cili hijau/merah - dipotong serong
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-Cara:-




  1. Ayam dibersih, ditos dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ayam masak (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan +- 3 sudu besar minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kesemua sos, serbuk lada hitam dan sedikit air, gaul rata sekejap.
  4. Masukkan ayam, garam dan gula secukup rasa dan masak biar ayam bersalut mesra.
  5. Akhir sekali masukkan semua sayuran, cili dan tomato. Kacau sekejap jgn layu sangat.
  6. Angkat dan hidangkan.

mini murtabak simple

salam pagi jumaat semua,..
hari ni dah last syawal maka esok bermula lah 1 zulkaedah..kejap je rasanya kan..harap2 korang semua dah dapat menghabiskan posa sunat syawal ya..jgn terlajak ke hari sabtu ni pulak..hehe
Pagi tadi aku buat sarapan mini murtabak yang paling simple yang aku pelajari dari nurulhuda.resepi di ajar oleh arwah mak beliau..simple sangat dan sudah semestinya sedap..boleh buat sebagai minum ptg atau sebagai sarapan.


sepatutnya kecik2 empat segi..ni kira ok lah ni..sarapan last choice..kelam kabut aku buat pepagi tadi. seb baik kulit popia tu, aku terlupa nak masukan ice box..tu yg lembut tuh


bahan2

kulit popia
3 biji telur
2 labu bawang besar(holland)-di hiris bulat halus2
sedikit daun bawang-di hiris halus
1 ulas cili hidup-di hiris halus-kecil2
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam secukup rasa
minyak

cara
panaskan 1 sudu besar minyak
tumis bawang besar sehingga naik bau
masukan telur dan di kocak2
masukan cili dan daun bawang
taburkan sedikit garam jika suka
masukan lada hitam





sediakan kulit popia di dlm pinggan
ambil 2 sudu besar inti telur letak ke atas kulit popia dan lipat jadikan 4 persegi seperti murtabak
lekatkan dgn 2 sudu besar tpg gandum yg di bancuh dgn sedikit air sebagai gam
dah siap kesemuanya goreng hingga berwarna keperang2an atau sehingga kulit popia masak
sedia untuk di hidangkan.
boleh juga di makan dgn sos


aku sebenarnya peminat kopi..tak kira lah kopi o atau kopi susu..yg dlm teko tu teh mr suami..
dah habis dah..

Thursday, 7 October 2010

Bingka Roti berlauk

salam petang khamis semua,semalam jumpa bingka kat rumah ummi,kuantan yang sambut besday nya hari ni.aku pun mencuba..ha'ah..memang sedap gilos..tapi sayang seribu kali sayang bingka aku turn up to be coklat in colour..cewah sesekali ckp omputih haku..agak2nya byk sgt makan cekelat lately ni,tu yang turun kaler cekelat tuh..haha..taklah aku sebenarnya ada roti koko..aku cuba try test je dulu resepi ni tapi mmg betul2 sedap..jgn riso..resepi ada kat umah UMMI,di mana ummi CnP pulak dari rumah mat gebu..
lenkali aku nak wat roti putih biar nampak gebu dan menyelerakan kan..kan..

akak CnP je resepi ni ya ummi..mekaceh..mekaceh





BINGKA ROTI BERLAUK (utk separuh adunan, ummi guna loyang 7x7x3 in)

BAHAN BINGKA ROTI :-
10 - 12 keping roti putih (mat guna 12 keping)
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa

BAHAN LAUK :-
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa

BAHAN HIASAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-


  1. UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
  2. UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!

Wednesday, 6 October 2010

Moist Orange Mocha Brownies

Salam semua..aku dari dulu memang suka coklat yang berperisa orange nih,bila tgk rumah maz buat brownies yang ada rasa oren apa lagi aku tak berlengah2 terus mencuba apatah lagi bahan2 semua senang.semua ada dalam stok..mekaseh ya maz sebab sama2 share resepi yang di ambil dari sifu hanieliza..kalau ada rasa kekurangan dalam resepi ni,korang bolehlah tengok DI SINI ya



Sumber Resipi : Kak Liza FP @ Chef Hanieliza
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cawan butter cair -
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air panas - maz bancuh dengan 1/2 sudu kecil nescafe
  • 2 sudu besar sunquick orange - ni maz tambah sendiri-aku juga tambah sendiri

Bahan B (kacau rata) - maz guna wisk-sama jugak

  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 biji telur gred B


Bahan C [ayakkan]

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit. -
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.



ni pic menggunakan flash utk lebih jelas tgk topping dan texture cake tu

Chocolate Topping

  • 250 gm coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil susu cair

Cara-cara untuk topping

1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

Tuesday, 5 October 2010

Puding Limau

Hari tu aku jalan2 ke rumah waheedeana aku jumpa resepi nih..tapi itu lah baru tiga hari umur aku bertambah sudah aku lupa nama resepi nih..minta mahap lah pd tuan punya resepi yer..

Puding ni elok di hidangkan pd majlis jamuan makan2 sebab cantik nau.tak sampai plak hati aku nak makan..rasanya??...kalau you all suka manis boleh tambah gula lagi ya.. pada aku ,..simpan dlm ice box sedap di makan ketika cuaca panas...ermm..cuba lah




Bahan-bahan: ( 2 orang )
2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam



Cara-cara:
1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal

Monday, 4 October 2010

Sup Daging berempah kurma



Pagi2 aku dah keluarkan ikan dan ayam dari freezer,tetiba mak temah kol bg tau jap lagi anaknya nak hantar daging mentah ke rumah aku..kihkih rejeki jgn di tolakkan..
semalam mak temah buat kenduri sembelih kerbau..memandangkan daging ni masih baru aku cadang nak buat sup je lah..daging tu aku hiris comel2 supaya gigi tua ni tak terselit dgn daging2 tu nanti..
aku ciplak resepi dr rumah hana..senang je nak masak ni..saja aku ciplak sebab malas aku nak menyalin resepi bagai.cuma aku tambah le sana sini sinun sikit.
kesian ikan ayam.aku simpan balik dlm freezer.esok lusa aku jemput le kamu berdua dari freezer tu ya..






Bahan-bahan
  • 500g daging potong kiub(aku hiris2 jer)
  • 4 biji bwg merah - mayang
  • 2 ulas bawang putih - mayang
  • 1/2 biji halia - hiris/ketuk
  • rempah tumis ( bunga lawang, kayu manis n adik beradiknyer )
  • 1 sudu rempah kurma - campur air skit wat pes
  • 1 kiub ayam - optional..tp biasanya hana letak
  • 1 biji carrot - optional
  • 1 biji kentang - optional
  • batang saderi
  • aku tambah 2 ulas cili merah dan bbrp ulas cili padi(dititik)
  • garam
  • perasa - jika suka-tapi akak tak guna
  • hiasan - daun sup,bwg goreng dan vs sambal kicap!(hakak tak buat kicap sbb sup akak ni dah ala2 pedas)
Cara-cara
  • rebus daging dan halia hingga separa empuk. klu ade sup bunjut leh masukkn juga.
  • masukkan kentang, carrot, btg saderi dan rebus lagi hingga semuanya empuk.
  • kuali lain.. panaskan minyak. tumis bawang2 dan juga rempah tumis hingga naik bau.
  • masukkan pes rempah kurma dan kiub ayam. gaul rata. matikan api.
  • masukkan ke dalam sup dan gaul rata. didihkan. jgn lama sgt nnti carrot n kentang hancur.
  • tutup api. hiaskan ngan daun sup n bwg goreng serta lawannya ngan sambal kicap! ;)

sambutan harijadi

Alhamdulillah,berjumpa kita lagik ya..Pagi2 ni takde resepi ya akak2,adik2 semua..ni saja nak ulang tayang gambo kek buat tatapan u all..esp utk hana yg dok nuun jauh di jepong tuh..kilang dah lama tutup lah dik oii..takpat nak beroperasi lagi dah .. hakak mu dah tuo..kihkih..


Ini kek yang sudah separuh habis di makan aku..yang di belanja oleh mr suami pd malam besday..kek strawberry marshmallow..perghh..sodappp..(pastu nyesal rasa berat timbang naik 3 kg kejap2 tuh)


Ini pulak kek yang di raikan oleh makcik aku yang dok Gombak..aku gi open hse umah beliau,bila dia dpt tau bday aku jatuh pd hari tersebut,terus dia mengarahkan kek itu untuk di raikan bersama2 tetamu..kek Red Velvet buatan 2nd kazen aku Aishah(seorg graphic designer yg berminat dlm bidang baking)..nak try buat nnt nih..

Thanks semua dan kepada yg menghantar ucapan2 ulangtahun baik menerusi sms ataupun dalam ruangan facebook,terima kasih daun keladi dan semoga Allah swt memberkati kalian semua.

Puding jagung

Assalamualaikum semua,
akak kembali bersiaran dgn resepi yang amat2 simple.sebagai menu nak berbuka ptg nanti.tak rasa lagi ni,suh ainul je rasa..mmg ada akak derhaka sikit2 akan resepi yang akak sudah terlupa dari mana akak ambik..padan lah dgn muka hakak ni,simpan lama sgt dlm store draft tu sampai dah tak tau mana punca resepi ni.kalau sesiapa tau, tolong bg tau ya..minta ampon,minta maaf banyak2 kepada yang empunya resepi.rasa bersalah pun ado nih..
Rupanya tak berapa terang.elok letak pewarna kuning..huhu
sekian entri pengenalan setelah sekian hari membisu......


Bahan2nya:-

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis-(akak letak 11/2 cawan)
3/4 cawan gula
3 cawan air-(akak letak 2 cawan)
1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara:-

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.


Friday, 1 October 2010

Gulai Sotong Padang

Dah nak berhujung minggu kita ni kan..cepat betul masa berlalu..pejam celik pejam celik dah masuk okt.
Hai!kawan2 semua ni nak bagi tau..esok 2hb okt my bday tau...haku dah masak sedap2 sampai tuuuuuu..nampak sotong tu,sampai terkaluor isi dlm perut tuh..haissh sedap tul wey..tetiba mr hubby ajak dinner di luar..hakak pun apa lagi,kemas2 lauk simpan dlm freezer terus bersiap...hehe..takpe2 lauk pauk ni aku makan esok malam.pagi2 sok aku dah keluar.ada org nak belanja lagik..so akak takde lah esok ya..tata..

sebelum tu respi ni akak ambik dari rumah mat gebu..halal ya mat akak CnP je nih..malas nak menyalin bagai.maklum nak sambut bday..dah melepasi angka 45 dah..dah nak menuju ke 50 dah..kahkah,,korang kiralah sendiri..agak2 berapa umur hakak ni ya..



mahap ya..daun limau tu dah kecut..dah lemau dok dlm ice box..kesian

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kilogram sotong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
4 helai daun limau purut
2 helai daun salam (boleh ganti dengan "bay laef")
1 helai daun kunyit (mat guna bunga kunyit)
750 mililiter santan (mat guna 600 ml)
1 batang serai, dititik
3 keping nipis hirisan lengkuas
1 keping asam gelugor (ni mat tambah sediri)
akak tambah ubi kentang sebagai kengkawan sotong
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah keriting (mat guna 3 biji cili merah + 5 biji cili padi)
1 camca teh ketumbar biji
1/4 camca teh jintan manis
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga wangi. Tuang santan, kacau dan biar mendidih perlahan. Tambah serai, daun salam, daun limau purut, lengkuas dan daun kunyit. Biar mendidih.
  2. Masukkan sotong dan perasankan dengan garam dan secubit gula. Masukkan asam gelugor. Biar hingga sotong masak dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman..



Ayam Goreng Percik Berkuah

Alhamdulillah..kenyang.anak2 pun senang hati..
Yang masih bersekolah tinggal dua orang jerk dlm rumah ni..diorang pun dah beso panjang tapi bebudak, al maklum kalo masak ayam,tak kira menu apa pun tetap sodap kan..resepi ni aku ambik dari my resepi.lupa plak nak ambik nama penyumbangnya..ampon kan akak ya..mekaceh kerana menyumbang resepi yang sedap nih..anak2 suka
meh layan resepinya dulu


  • Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
  • Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ****
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • asam keping (4-5 keping)
  • gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan
*psst..ayam percik aku nampak cam rendang plak kan.?hihihi.........

Thursday, 30 September 2010

Nasi Impit Goreng Lagi....

Selain dari kek sarang lebah dan puding karamel tu,aku buat kan jugak la untuk kengkawan anak2 yg datang bertandang tu nasi impit ni hah..post ni pernah aku keluarkan dulu..harap you all semua tak jemu ya..kali ni aku buat pedas sikit..saja aku lebih2 kan cili tu...


bahan2

10 bungkus mini nasi impit yg telah siap di rebus
300 gm udang basah yg saiz sedang-di buang semua kulit
1 mangkuk kecil isi ayam
seikat sayur sawi
semangkuk sedang kobis yang telah siap di racik halus
1 mangkuk kecil udang kering-di rendam*
1 mangkuk sedang cili kisar
6 ulas bwg merah*
3 ulas bwg putih*
Yang bertanda * di tumbuk bersama
4 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa



cara2

tumis cili kisar sebentar
masukan bwg merah,bwg putih dan udang kering yg telah di tumbuk
bila sudah naik bau masukan udang basah dan isi ayam
masukan garam
masukan sayuran sawi dan kobis
kacau2 sebentar
masukan nasi impit
kacau
masukan kicap manis
di gaul2 sebentar
dan tutup api.
tak boleh masak lama sangat takut nasi impit jadi lembik
sedia untuk di hidangkan..

Kek Sarang Lebah



salam hari khamis kepada semua sahabat2 di sini yo..alhamdulillah nasib baik le semalam mood rajin datang bertandang.tiba2 aku menerima tetamu yang tidak di duga..mula2 kengkawan sekolah anak2,.. sebaik saja selesai solat asar,sahabat surau datang berkunjung..waduh,aku memang plan nak buat kek ni sebab dah lama beno aku tak buat,tapi kali ni aku menggunakan resepi asal dari CMG siapa lagi kalau bukan mat gebu tu..hehe tapi hakak ni minta ampon ya mat,ateh kek tu terhitam sikit..bukan sikit aku nengok,dah nak hitam legam dah.ni sebab aku pi set suhu ke 190C..seb baik kek aku tak pahit..kihkih..




BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum*
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga cair dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.
  3. Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...

Wednesday, 29 September 2010

Puding Karamel

Alhmdulillah akhirnya mood rajin ku telah kembali.tetapi tak tau lah sampai bila boleh bertahan nih...hehe..
hari ni sebagai pencuci mulut utk berbuka(puasa ganti di bln syawal) aku buat le puding karamel yg paling simple..mintak ampon banyak2 pada tuan punya resepi sebab lagi sekali aku dah terlupa kat dapur siapa aku gi skodeng resepi nih..hehe..






Resepinya :
5 biji telur ayam
1 tin susu pekat manis
Air ikut sukatan 1 tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
1 sudu makan tepung jagung5 sudu besar gula pasir

Cara membuatnya
  • Pecahkan kesemua telur dalam mangkuk
  • Masukkan susu, air, esen vanila dan tepung jagung dan guna mixer gaulkan hingga sebati
  • Ambil 1 loyang dan letakkan 5 sudu besar dan panaskan di atas api sederhana
  • Kacau2 selalu dan tunggu hingga gula hancur dan keperangan
  • Tuangkan 5 sudu besar air dan cepat2 kacau gula itu dan tutup api
  • Biarkan je kalau gula tu berketul2, tak kisahnya
  • Tuangkan perlahan2 adunan susu tadi ke atas gula karamel
  • Panaskan pengukus dan kukuslah puding selama 30 minit
  • Masukkan ke dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.



Tuesday, 28 September 2010

cendawan goreng

Petang semalam ada pasar mlm kat tempat aku ni..maka aku beli le cendawan goreng yang tak berupa cendawan..banyak tepung ngko..kesian anak2 aku nih,,makan tepung goreng je sudahnya,,aku usha2 resepi kat semua tmpt,semua suh guna tepung tempura..mana lah aku nak raba tepung tu ptg2 cenggini sudahnya ku reka le sendiri yang mana anak2 aku kata sudah melepasi tahap piawaian sirim..muaahahhhaaa...



bahan2

100gm cendawan tiram
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 butir telur
sedikit garam

cara

cendawan di siat2..terpulang mau halus atau tidak-aku buat sedang2..
kocak2 telur bersama sedikit garam
tepung jagung dan tepung gandum di gaul bersama
cendawan yang telah di siat di celup ke dalam telur yang sudah di kocak
kemudian masukan pula ke dalam tepung
goreng hingga ke perang2 an atau hingga masak..
makan bersama sos..lebih perisa jika sos yang di buat sendiri

sedap di makan ketika menonton..tak cukup,aku beli 300 gm.jerk lain kali kena beli sekilo..baru puas kot..kihkih

Monday, 27 September 2010

Sambal Tumis Lebur

Di sebabkan aku dah buat kesilapan yang tidak di sengajakan maka terpaksa lah aku menge post n3 ni dulu bagi menghapuskan n3 yang ada gambar puding cikgu hana dari ng jepun tu..kesian hana dia yg penat2 buat puding aku sedap2 je post gambar puding bistarinya tu..ampon ya ..lain kali akan lebih berhati2

okay sebenarnya sambal ni atas permintaan anak saudara aku yg sdg belajar tapi rajin pulak nak memasak ..dia kata sambal aku sedap tapi buat main campak2 je..





Ini nama dia sambal tumis lebur

Di nama kan sambal tumis lebur sebab mengikut cara org2 tua dulu2..kat tempat aku masa kenduri kendara sambal cenggini lah diorang masak.makan dgn pulut kuning.

bahan2

ikan bilis yang sudah di buang kepala sebanyak rm2
bawang besar di hiris bujur
20 tangkai cili kering *
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
semua bahan2 * dikisar bersama
sedikit gula
sedikit garam

cara

panaskan minyak
tumis cili dan terus masukan ikan bilis dan bawang besar
tambah gula dan garam
rasakan dan biarkan ia mendidih di atas api hingga kering atau sehingga cili masak..

amat mudah kan..tapi percaya lah rasanya sungguh enak sekali.

Nasi Impit dan kuah kacang

salam hari isnin semua..adeh lama tul aku tak mengupdate di sini..org maleh..asek ke open house sana sini jek..kahkah...
hari sabtu lepas aku ke Klang,meneruskan ziarah hari raya ke sana..ada 4 orang anak tak mau ikut..penat kata mereka..kena la ku siap kan dulu sarapan merangkap makanan tengahari diorang.memandangkan mr suami dah menghabiskan posa sunat syawal nya maka aku yg ala2 isteri mithali ni,buat nasi impit dan kuah kacang kak ummi,kuantan tu..ermmm sedap.jgn byk cerita la..meh layan gambar ya..



Nasi Impit kuah kacang resepi dari kak ummi,kuantan



KUAH KACANG NASI IMPIT

Bahan:-
  • 300 gm kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar
  • 20 tangkai cili kering - dikisar
  • 12 ulas bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 3 cm lengkuas - dikisar
  • 4 batang serai - diambil bhg putihnya dan dikisar
  • 2 - 3 sudu besar udang kering - direndam, tos dan dikisar/tumbuk halus
  • 3 batang serai lagi - diketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/3 cawan jus asam jawa pekat
  • 2/3 cawan gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 7 cawan air atau secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis (+ - 1/3 cawan)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam caserol/periuk, tumiskan serai yg diketuk, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, perlahankan api dan masak hingga cili terbit minyak sambil dikacau.
  3. Masukkan kacang tanah dan sebahagian air dan masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
  4. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam
  5. Tambah lagi air selebihnya dan masak lagi dengan api sederhana sahaja sehingga kuah kacang benar2 naik minyak dan renehkan biar pekat dan warna kemerahan jugak atau terpulang jika suka kuah cair sedikit.
  6. Seimbangkan rasa mengikut tekak masing2 biar pedas2 manis sikit dan tutup api. Hidangkan bersama nasi impit.



Ini la menu yang ku tinggalkan buat santapan anak2..nasi impit dan nasi lemak

Tuesday, 21 September 2010

hidangan berbuka kami di ramadhan yang lalu

waduuuuuh!dah hampir 3 minggu dapur aku ni senyap je...selalu tu aku jenguk2 buat air kopi 434 je..masak bukan tak masak tapi masak rebus2 je..
hehe..hari ni pun post n3 yang tertunggak yang sepatutnya di siarkan masa ramadhan tempoh hari,tetapi entah dimana silapnya semua2 tu aku tak buat..hari ni mak minah post pic2 ni untuk tatapan je lah ya..tak ada resepi..lain kali kita post resepi..


puyuh goreng..


ada lala goreng sweet sour,sotong goreng kunyit dan ikan siakap masak 3 rasa..sorry lah gambar ambik guna hp..mana nak muat letak gambar ikan tu...




lala goreng sweet sour





minta maap lah semua ya,terlupa pulak aku nak snap pic tomyam..memaaang sedap tomyam disini
semua makanan ni di siapkan oleh sebuah restoran di tepi traffic light berdekatan tol senawang seremban..singgah lah kat situ bila ke seremban..memang marvelous...mungkin sebab aku ni tak makan serbuk perasa,sebab tu lidah ni sensitif dan cerewet sedikit..hanya kedai ni saja yang sesuai dengan tekak aku kat seremban

okay.. resepi simple aje kan..tak payah letak kot
ni aku nak pegi mintak royalti kat restoran tu sebab aku dah promote kedai diorang kat blog suci aku nih...haha..kalau dapat nanti aku belanja la you all...muahaaahaha

Monday, 6 September 2010

mohon maaf dari semua


Ini mungkin merupakan entri aku yang terakhir untuk bulan ramadhan ini.
Di kesempatan ini aku ingin sangat memohon ampun dan maaf andai ada aku terkasar bahasa
terlanjur bicara yang bisa membuat teman2 blogger dan silent reader aku berkecil hati dengan aku..
maaf dah agak lama aku tidak mengupdate blog my kitchen aku nih..

Aku merupakan kakak yang sulong yang sudah kehilangan kedua ibu bapa,justeru aku ni menjadi tempat untuk adik2 perempuan aku mencurahkan kasih sayang dan tempat mengadu susah dan senang..
Bermula hari esok aku dan anak2 akan menjadi sangat2 sibuk menjalankan misi masing2.
adik2 akan pulang berhari raya ke rumah aku mulai hari rabu ini..

kita jumpa lagi selepas hari raya idul fitri nanti ya..insyaAllah..semoga Allah swt mengurniakan kita kesihatan tuboh badan yang baik untuk kita menjalin mengeratkan lagi silaturrahim di bulan syawal akan menjelma tidak lama lagi

Sekali lagi

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN