Thursday, 11 August 2011

Sambal Telur

Assalamualaikum semua

Entri akak petang ni khas untuk si bujang dan dara yang kepingin nak masak sendiri tapi hilang idea nak masak apa.Juga buat anak2 akak yang sudah mula hidup bersendirian di luar sana.InsyaAllah lepas ni akak cuba ketengahkan menu yg simple buat kalian semua untuk mencuba waktu berbuka nanti.
Kadang2 jemu juga dgn lauk pauk yang ada di bazar ramadhan tu kan?Harganya toksah nak cakaplah.Nak buat macam mana harga barang2 basah pun bukannya murah.
Harap2 takde lagi bunyi2an..'mak mcm mana nak masak ini atau kak macam mana nak masak itu.'
Kalau boleh tu cuba lah masak walau pun hanya menu yg ringkas.Contohnya seperti masakan hari ni


Sambal Telur
by
anymz mykitchen
Sumber:majalah saji 2005

Bahan-bahan

3 biji telur
1 labu bawang besar (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
1 cawan cili kering kisar
1 keping asam gelugur
Garam dan Gula


Cara

Panaskan minyak dan tumis kedua-dua jenis bawang hingga kuning
Kemudian masukkan sedikit garam dan gula
Tuangkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.Masukkan juga asam gelugur
Setelah sambal sudah masak,pecahkan telur ke dalamnya
Biarkan telur masak sendiri di atas api yang kecil.


Sambal telur jenis ini berbeza cara memasaknya
Telur mata kerbau yang di pecahkan terus dalam sambal boleh juga di hancurkan sedikit ataupun di biar begitu saja.

Cucur Isi Ketam

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Sejahtera.Dah sarapan..? (apa punya soklan daaaaaa)
Meh kita tengok satu lagi resepi cucur.Kali ni cucur kita di tambah dengan isi ketam yang panjang2 tu bersama dengan jejari kentang.Juga di sertakan sekali dengan cili benggala.Jangan risau tak pedas langsung.Rasa dia bagaimana????
Hah! Kena lah buat sendiri......wakakaka


Cucur Isi Ketam
by
anymz mykitchen
Sumber:majalah Rasa

Bahan-bahan

50 gm isi ketam-di potong dadu
10 gm jejari kentang-di potong kecil-akak guna kentang biasa
360 gm tepung gandum
1 labu bawang besar*
1/2 biji cili benggala hijau*
2 biji telur
2 sudu makan ikan bilis*
2 sb mix vege-ini akak tambah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Cara

Bahan bertanda * di kisar hingga lumat/hancur
Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan campurkan dengan tepung gandum serta garam.
Gaul hingga adunan menjadi rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan air secukupnya.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik
Setelah itu masukkan isi ketam dan jejari kentang.Sebatikan.
Akhir sekali sudukan adunan ke dalam minyak banyak yang telah panas.Goreng hingga berwarna kekuningan.Angkat dan toskan.

Akak guna fry pan jadi tidak perlu guna minyak yg banyak.


manisnya isi ketam itu

Wednesday, 10 August 2011

Kuih Lopes

Assalamualaikum semua

Dan selamat sejahtera buat teman2 yang berkunjung ke mykitchen.
Alhamdulillah kita masih lagi sihat dan dapat meneruskan ibadah puasa ini dengan sempurnanya.semoga hari2 yang mendatang kita di kurniakan kesihatan yang baik agar ibadah ini dapat kita jalankan sehingga ke penghujungnya..InsyaAllah semoga kita dapat khatam kan 30 juzuk al Quran menjelang akhirnya nanti ya.
Tergoda di rumah mas@Duniaku yang menayangkan kuih lopes ini semalam,akak pun apa lagi terus ke freezer .Tengok ada satu bungkus lagi beras pulut yang belum di buka.Malas nak fikir panjang,terus akak rendam je 2 cawan beras pulut tu utk tujuan melopes..
Tak boleh buat banyak2 takut anak2 tak gemar.Memang sah....diorang cuma makan seorang sekeping je.Dah agak dah..macam tu lah anak2 ni kalau tiba bab kuihmuih melayu ni.memang agak memilih sedikit terutamanya yang manis2.kalau bulan posa ni,diorang ambik kuihmuih yang berasa sedikit pedas.macam karipap ke,popia ke,itu pun tak berapa nak laju diorang makan..Kalau nak beli pulak asyik buat dosa je nanti..sana sini sinun serba kekurangan..takde manis,rasa basi ... eh pokoknya macam2 lah..
Okay takmo bebel banyak2 meh jamu mata dan resepi..


Kuih Lopes
by
anymz mykitchen
Resepi : Tulipmyresepi
Sumber : MasDuniaku


sambil makan en somi bersuara.lopes.JLO.jennifer lopez.mmm..
apa daaaaa abang niiiii.

Bahan :
  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan - dikisar
  • 1 st air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yang di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah untuk wangikan air gula.


  • Cara membuatnya :
    1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewarna hijau dan air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
    2. Alas bekas 4segi @ bulat dengan plastik @ daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dengan plastik @ daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yang anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
    Nota :
    • Air gula merah akan bertambah pekat apabila sejuk
    • Untuk air kapur tu rasanya tetap sama jika tak diletak. Air kapur untuk menampakkan lagi seri beras pulut tu. Kalau tak nak pakai pun tak pe. Selamat mencuba...

Tuesday, 9 August 2011

Pau Gebu IzahDaut dan Story di Pasar

Assalamualaikum semua

Mula-mula akak hidangkan donut versi separa hangus ni dulu.Dah suruh guna api kecik tapi degil sapu suruh guna api besar..sambil goreng mulut pok pek pok pek....sedar2 gelap je donut ku ini.Tak kisah lah nak post jugak entri ni supaya lepas ni akan timbul rasa insaf dan buat kenang2an di kemudian hari..kenangan di bulan ramadhan.
Yang pasti buat semua,resepi donut Rima ni memang yang terbaik la setakat ini.memang lembut sangat2 dan gebu..Kelembutannya ala2 Big Apple..entah mungkin sebab akak uli guna BM kot..mmmmm....ada kemungkinan juga di situ..
Berbalik pada tajuk kisah di pasar.
Baru2 ini akak ke pasar.Memandangkan Ainul tidak berpuasa akak pun ajak lah si anak dara itu menemani maknya ini untuk menjadi tukang angkut barang.Anak dara pun takpe ,sambil itu dengan tujuan untuk mengenalkan dia dgn nama2 sayur dan ikan..(alasan).
Setelah selesai membeli akak pun mengarahkan Ainul mengangkat barang2 yang ringan ke kereta,manakala akak berhenti beli ayam.
Ainul menunggu dalam kereta.Nak dok dalam ekon dan nak dengar lagu katanya.Okay fine.
Maknya ini setelah selesai membeli terus berjalan menuju ke kereta dgn membawa barangan yang boleh tahan jugak berat.Sampai aje di kereta maknya ini terus mengetuk2 cermin kereta suruh Ainul buka pintu.
Issshhh nape Ainul tak bukak ni.Akak pun tinjau ke dalam...
Aduuuuuuuuuuuuuuuh...sudah salah kereta maaaaaaaa
Akak toleh ke belakang terus terpandang si Ainul ketawa berdekah2.Rupa2nya setiap langkah akak bila keluar dari pasar dan menuju ke kereta yg salah sudah di perhatikan dengan teliti oleh si anak dara bongsu akak tu.Akak pun apa lagi ambil barang2 dan melangkah ke belakang di mana kereta akak di letakkan dan masuk ke dalam sambil pok pek lagi dgn anak dara tu.
'Mak,Ainul rasa2 kan mak kena nyorok dalam toilet ni'....
Orang pandang tu mak.malunyaaaaaaaaaaaaaa
"Eleh mak tak malu puuuuuuuun"
Ya ka tak malu??
Jom tengok resepi dari rumah IzahDaut ni
Tak malu kan zaaaaaah..masak hangus ni pun tak malu gak kan??
siap postkan jugak entri ni...

Donut Rima
by
anymz mykitchen
sumber:Rima
copy from: IzahDaut

*Resepi telah disunting ke separuh adunan

DONUT
250g tepung roti
6g instant yeast
50g gula
2 biji kuning telur
100 ml air

50g magerine / butter
1 sudu kecil garam

cara:

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm

*Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

* goreng gunakan api paling kecil.

Monday, 8 August 2011

Cucur Tauhu

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi pada semua yang berkunjung ke sini.
Berbuka lauk apa semalam ya?
Entri hari ni sebenarnya akak buat dua hari lepas.Memang sedap cucur tauhu dari kak chef hanieliza ni tapi sumber resepi akak ambik dari rumah yatie..memang sedap lah..makan beria2 pulak selepas solat terawih minum dgn kopi o panas..bila bangun sahur amat kekenyangan rasanya..hehe


Cucur Tauhu
by
anymz mykitchen
sumber:Yatie

Bahan-Bahan
  • 3 keping tauhu
  • 200 gm udang (dibuang kulit)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (di cincang)
  • 2 tangkai cili merah (di buang biji dan cincang)
  • 2 pokok daun bawang/ daun sup (dipotong pendek)
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 cwn tepung naik sendiri* (*diayak)
  • 2 cwn air- tuang sikit2
  • garam secukup rasa
  • 2 cwn minyak masak utk mengoreng cucur
  • Sos cili (sebagai pencecah)



Cara Membuat

  1. Tauhu dan udang dipotong kecil.
  2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak dan sos cili ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali.
  4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidangkan bersama sos kegemaran.
** Tepung naik sendiri boleh di gantikan dngn tepung gandum yg di campurkan dngn 1 sudu kecil baking powder.
** Semasa mengoreng cucur, celupkan sedikit hujung sudu dngn minyak gorengan dan sudukan adunan cucur, pastu gorenglah spt biasa...ulang lagi sehingga muat dlm kuali. Jangan terlalu penuh ya dlm kuali tu

Sunday, 7 August 2011

Asyik-asyik masak ni.Jemu ke?

Assalamualaikum semua

Selamat berhari minggu buat semua pengunjung2 mykitchen ya.Maaf, semalam tiada entri baru.
Ada kebizian yang melampau.Sila jamu mata akak berbuka dengan lauk apa semalam..Biasa la bila di landa kebizian kita pun mula la masak yang simple2 je kan..Rembat je apa yang ada depan mata..Okay bagi sesiapa yang tidak ada idea tu boleh buat masak lomak telur itik ni ya..Ada yang tidak berselera makan masak lomak bulan posa ni ya..Nak buat macam mana kan selera kita masing2 bukan boleh kira masa saat2 begini.Mengejar masa lagi akak waktu ni.
Malam ni akak di undang ke rumah tetamu dari Jepun tu pulak......mmmm..apa lah yang akan di hidangkan oleh cik Anie kita tu ya...


Masak Lemak telur Itik
by
anymz mykitchen



bahan-bahan

10 biji telur itik
cili api blend 1senduk.
santan segar 1/2 kg atau santan dari 2 biji kelapa
Jika menggunakan santan segar tambah dengan 2 cawan air
sebelum campurkan dengan 2 cawan air asingkan dulu santan 1/2 cawan sebagai pati
garam secukup rasa

utk manis
tumbuk sedikit ikan bilis dan 3 ulas bwg merah
perencahnya boleh letak belimbing buloh,daun kunyit,kulit buah rambai,bacang dll.

cara

sediakan periuk
masukkan santan dan air dgn bahan tumbuk dan juga garam
kacau hingga mendidih
masukn belimbing yg sudah dititik2 sedikit
kacau hingga masak kuah
pecahkan telur perlahan2 dlm mangkuk berasingan(ini utk mengelakkan ada telur yg busuk)
jgn sampai kuningnya pecah jika mahu telur itu kelihatan bulat
dah masukn telur ke dalam periuk berisi santan
jgn di kacau.ini utk memastikan kuning telur berada dlm keadaan baik.
kecilkan api dan biar mendidih perlahan.
masukkan pati
kacau perlahan2 dan bila kuning telur sudah masak besarkan api,kacau sebentar,tutup api dan sedia untuk di hidangkan.


mana gambar yg elok yang di atas ke yang ini?

cincaluk berulam petai sebagai ulam.
bagi yang tak berpuasa tu boleh lah makan.kalau tidak jgn cuba2 nak makan petai masa bulan posa.tak tahan air wuduk.nak solat terawih pun tak selesa.


Friday, 5 August 2011

Pecal Jawa

Assalamualaikum semua

Apa khabar hari ni ya.Ada yang batuk2 ke tu?..
Akak buat pecal ni semalam.Salah satu menu masa anak2 buah en somi dtg berbuka..
Kuah pecal tu akak dapat kuah pecal segera.
Sebenarnya kuah pecal segera tu akak sudah terlupa nak snap gambar..dan sebenarnya jugak sudah dua kali akak dapat kuah pecal segera ni.sekali dari kakak saudara akak yang cantik manis awet muda tu Acik Erna dan juga yang satu lagi akak dapat dari mek yung yang akan meletup tak berapa hari je lagi tu..Semoga kedua2 wanita cantik manis ini sentiasa di rahmati Allah swt dan berada di bawah naungannya..insyaAllah amiiiin.

'wah!kak nim mentang2 org bg ko brg pree kemain panjang lagi doa ko ya"..wakakaka....issh! tak baik ngata akak gitu tau..dosa.

Walau apa pun akak letak gak resepi di sini buat rujukan anak2 di masa akan datang.resepi akak ambik dari rumah hana yang sudah jadi cikgu sekarang ni..




Bahan-bahan

Untuk Sambal Pecal@Pecel
  • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4-6 biji cekur (size kecil)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
  • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
  • Air panas secukupnya



Ulam2an@Sayur2an


  • Kacang panjang - potong dan celur - xde
  • Sengkuang - potong - xde
  • Tauhu goreng - hiris nipis
  • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
  • Timun - hiris2





Cara-cara
  • Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
  • Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.


sedap
kedua2 kuah pecal memang mabeles

Ayam Goreng Cajun Berserai

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Sejahtera buat semua teman2,rakan taulan dan saudara mara yang berkunjung ke mykitchen.Alhamdulillah kita di beri kesihatan yang baik untuk terus beramal dan mengerjakan ibadah ini dengan sempurnya.insyaAllah..
Semalam akak menjemput anak2 saudara en somi untuk berbuka di rumah akak.Bila dah jemput anak2 remaja ni menu dia takde yang lain lah kan..sudah semestinya ada ayam..Di sebabkan akak tak pernah lagi mencuba ayam goreng bercajun ni maka projek menerai resepi baru pun bermula lah semalam.Sudah banyak rumah berlabuhnya ayam goreng versi cajun ni cuma semalam baru ia menyinggah ke telapak akak..
Terima Kasih buat Hasue yang mempopularkan ayam goreng ni dan juga Nor@SecubitGaram yang mempopularkan rempah yang bernama cajun..
Buat teman2 di luar sana cubalah resepi ayam goreng versi cajun ni..sedap..


Ayam Goreng Cajun Berserai
by
anymz mykitchen


Bahan2:
2-3 ketul peha ayam-Buang lemak dan kulitnya.Potong saiz hidangan,cuci dan toskan
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3cm halia*-bahan2 bertanda * ditumbuk/kisar halus
4 batang serai-boleh letak lebih(biarkan pjg lebih krg 4 inci dari pangkal,tumbuk hampir lumat keseluruhannya dan tambah sedikit air)
1 tbsp serbuk kunyit-boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
1 tbsp serbuk ketumbar
1 tbsp rempah cajun
1 tsp serbuk jintan putih
Garam dan perasa(jika suka)
Serbuk cili(jika suka pedas)
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2:
Gaulkan ayam dengan semua bahan2(termasuk serai dan jusnya sekali) dan perap seketika (atau semalaman dalam peti ais.)
Panaskan minyak terlebih dahulu dan goreng sehingga keemasan


* Akak goreng seekor ayam...jadi bahan2nya semua akak tambah.

Thursday, 4 August 2011

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum

Dan selamat pagi buat pengunjung2 mykitchen.pejam celik dah 4 ahri kita berpuasa kan?Sekejap je dah nak mencecah 1 minggu.Betapa cepatnya masa berlalu.
Akak buat kek gula hangus ni petang semalam..Aduuuh.tekak ni tiba2 nak makan kek gula hangus ni..sarangnya tak berapa nak menjadi tapi tak kisahlah kan?janji hajat di hati tertunai sudah.
Resepi akak ambik dari rumah Izah.Nak cuba versi yummie ni pulak.Rasa dia mmm..memang sedap..mudah saja nak membuatnya
.Akak pernah simpan resepi kek gula hangus .sejak dr thn 85 lagi memang itu aje lah resepi yg akak amalkan.Tapi malangnya sejak akak berpindah balik ke negeri sembilan semua buku2 resepi yang sudah menjadi antik itu hilang dari pandangan.mungkin tersalah letak tapi sudah puas mencari tak jumpa2.sedih memang sedih..Di dalam buku iu banyak resepi2 pesanan ibunda almarhum mak akak telah akak bukukan..
Okaylah jika ada sesiapa teringin nak mencuba versi yummie ni,cubalah..mudah amat.cuma guna whisk aje tak payah lah nak keluarkan mixer tu..Guna mixer tu utk buat sekut raya nanti ya..wakakaka


Kek Gula Hangus
by
anymz mykitchen
Sumber:IzahDaut


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

Untuk gula hangus:

210 g gula
240 g air
80 g butter

Untuk kek:

6 biji telur
160 g susu pekat
180 g tepung gandum *
2 1/2 sudu kecil baking soda *
* Bahan2 ini diayak bersama

Cara-cara

Gula hangus: Masak gula di dalam sebiji periuk sehingga berwarna keperangan. Kemudian, tambah air dan kacau sehingga gula larut dalam air semula.
Tambah butter, tutup api dan biar butter cair dlm gula hangus tu. Ketepikan.
Pukul telur sedikit dengan hand whisk. Tambahkan susu pekat dan kacau hingga sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking soda tadi ke dalam bancuhan telur dan kacau sehingga sebati.
Tambahkan gula hangus ke dalam adunan dan gaul sebati.
Sapukan sedikit butter ke dalam loyang pembakar dan alas dgn kertas baking. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biar selama 5-10 minit supaya baking soda dpt bertindak balas.
Bakar adunan di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 deg C. Siap, dan hidangkan.


memang kenyal betul nih

Wednesday, 3 August 2011

Telur Kukus Sri Rampai

Assalamualaikum semua

Ini salah satu menu berbuka petang tadi..tergoda tengok telur sri rampai ni kat rumah Nor tu hari baru kini berkesempatan nak mencuba.sebelum2 ni ada jumpa di majalah tapi tak pernah nak ambik tau.Bila Nor post kan menu ni di dapur dia terkejut akak..senang rupa2nya.kenapa sebelum ni,akak rasa payah amat2 nak buat telur sri rampai ni ah??
Nor,maaf ya.akak kopipes semua sekali..dengan tulisan2 nor sekali akak copy.dah mengantuk ni.Esok2 baru akak BW ke rumah teman2 ya..
TerimaKasih ya Nor dan tidak lupa jugak buat chef Asma.

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
by
anymz mykitchen

Bahan:
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
1/2 cawan daging ayam yg dicincang-akak tak letak




Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit. k.nor lebihkan masa mengukus kepada 10 min sbb ada tambahan isi ayam dlm tu
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

Masak Lemak Ikan Merah

Assalamualaikum semua

Dah siap menu untuk berbuka hari ni?Tak ada idea?Bosan kan asyik2 kena masak benda yang sama..Begitu juga lah dengan akak ni.Selalu masak yang simple aje tapi semalam anak dara akak cuti kesian pulak nengoknya..tu yang akak buat masak lemak tu.Lagipun dah lama rasanya akak tak bermain dengan santan dan cili padi nih..Bagi sesiapa yang teringin nak makan masakan kampung boleh lah cuba buat gulai masak lemak ni petang nanti ya..
Pernah juga akak post lauk masak lemak versi ikan tenggiri di SINI


Masak Lemak Ikan Merah
by
anymz mykitchen


Bahan2

1 ekor ikan tenggiri/merah size sederhana-di bersihkan,di cuci dgn garam dan asam jawa dan kerat ikut suka dan di lumur dgn sedikit garan dan serbuk kunyit.-ketepikan
25 ulas cili padi-ikut suka,jika tak suka pedas boleh kurangkan
sedikit kunyit hidup-tumbuk bersama cili padi
2 keping asam gelugur atau asam keping
rm 4(santan da naik harga) santan segar-anggaran 2 biji kelapa.-ketepikan 1 cawan
3 cawan air
3 sb air
5 biji peria-belah dan rendam dalam air bergaram
garam secukup rasa
2 ulas limau kasturi- di ambil airnya


cara

jerang kuali atas dapur
masukan ikan,cili padi dan asam keping dan kacau rata.masukan 3 sudu besar air.kacau
masukan santan dan air.kalau kurang kuning boleh tambah sedikit serbuk kunyit.
masukan garam.kacau selalu dan hati2 jgn pecah santan/minyak
dah mendidih masukan peria dan rasakan garam..kalau kurang garam,boleh tambah.
kacau selalu supaya tidak pecah minyak
dah mendidih masukan 1 cawan santan yang sudah di ketepikan.kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga keluar sedikit minyak.
Akhir sekali masukan air limau kasturi.tutup api dan sedia untuk di hidangkan..


kuah masak lemak boleh cicah dengan cucur bilis

Tuesday, 2 August 2011

Telur Sosej

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah sudah dua hari kita berpuasa dan syukur juga kepadaNYA sepanjang dua hari ni akak dapat lalui dgn tenang dan bertenaga mungkin sebab berkat berpuasa rejab dan sya'aban tempoh hari.
Di tempat akak ni sudah dua hari cuaca panas terik..Akak tak berapa lalu nak makan masa bersahur.Memang sejak amalkan puasa masa rejab dan syaaban tu hari akak tidak mengambil nasi waktu sahur.Akak cuma makan sekeping roti dan minum air nescafe.
Menu hari ni boleh juga di cuba bagi sesiapa yang tidak mahu makan nasi waktu sahur.Boleh di makan dengan roti atau di ratah begitu saja.
Sebenarnya resepi akak ambik dari dapur kakPah yang sudah tersilap teknik nak masak telur dadar tapi di sebabkan kuali melekat terus kakpah buat telur sosej ni.Akak pun sebenarnya main cuba2 je terus anak2 terpikat dengan telur sosej nih.
Maaf ya belum sempat nak BW ke rumah kawan2..InsyaAllah esok akak akan menyusul ke rumah teman2..Entri hari ni pun secara auto post..

Telur Sosej
by
anymz mykitchen


Bahan

5 biji telur
1/4 cawan susu segargaram secukup rasa
lada hitam secukup rasa

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk dan pukul sebentar.
Inti:
5 batang sosej ayam atau daging. Potong nipis.
1/2 capsicum hijau potong dadu
1/2 capsicum merah potong dadu
1 biji bawang merah didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 biji tomato didadu
1 batang celery dihiris
3 sudu kacang peas
minyak zaitun untuk menumis (minyak lain pun boleh)

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Bila naik bau masukkan sosej. Kacau sebentar dan masukkan bahan lain kecuali tomato. Bila hampir masak masukkan tomato dan padamkan api. Ketepikan.
Panaskan minyak atau sedikit butter. Bila panas, masukkan telur. Masukkan pula bahan inti. Kacau perlahan-lahan sehingga telur kering dan agak garing. Siap.



makan dengan roti .
Sedap


Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan



Assalamualaikum semua

Rasanya belum terlewat lagi untuk akak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa..
Isi lah,perbanyakkanlah dan pertingkatkanlah ibadah kita di bulan yang mulia ini.Beramallah seolah2 ini adalah ramadhan kita yang terakhir.Rebutlah peluang dan mohonlah agar kita di pertemukan dengan malam lailatulqadar..Bertarawikh lah yang hanya di dapati di bulan ramadhan ini dan bertadaruslah agar jiwa kita tenang dengannya..
Maaf jua akak pinta andai ada tersilap kata terkasar bahasa sepanjang kita berkenalan dan bersua di muka buku dan juga di sini..

Terima Kasih buat semua teman2 yang sudi mengirim kad salam ramadhan..
Buat semua,... kad2 mu semua sudah ku gantung...
Andai ada kad yang akak tertinggal maaf jua akak pohon



TerimaKasih Noorsha







dari Naz


dari Hasue