Saturday, 8 October 2011

Kuih Kukus Bawang Goreng

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran di hujung minggu ni kan..Biasanya kalau hujung2 minggu ni akak jarang2 update my kitchen.
Mula2 tengok kuih kukus bawang yang akak ambik resepinya dari rumah IzahDaut,rasa sudah mula terpesona..bukan kek pesona ryo adik hasue tu ya..
Asal mulanya akak ingatkan Izah buat kuih kasidah yang dah laaaaaama sangat akak tak makan.tak silap kuih kasidah guna minyak sapi tapi bila tengok resepi Izah ni nampak simple dan yang pasti ada bawang goreng.Mesti sedap..wallllla memang sedap sebagai tambahan makanan utk kosek2 bila lapar..En Suami dan anak2 tak berapa nak layan kuih cenggini maklum mungkin diorang tak berapa pekenan tang bawang goreng tu kan..tapi pada akak okay aje.mujur Izah bagi resepi utk 1 adunan yang kecil.
Akhirnya berjaya gak akak habiskan.sorang2 ya..ulang lagi..sorang2 je akak makan.laju je masuk dalam mulut...Mekaseh Zah.yang pasti akak akan buat lagi.


KUIH KUKUS BAWANG GORENG
by
anymz mykitchen
sumber:IzahDaut

Bahan2

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

caranya:

Panaskan kukusan.
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.


*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang palingg kecil.

Cucur Kelapa

Assalamualaikum semua

Tak tau nak buat apa sebagai sarapan atau minum petang ya..
Apa kata kita buat cucur kelapa pulak.Takde kelapa?..takpe2 boleh aje guna kelapa yang di parut kat kedai tu tapi rasa dia tak ngam langsung lah ya..
Apa2 pun cucur kelapa ni akak buat setelah akak dok betapa lama kat rumah CMG pagi semalam..tak tahan jiwa tgk cucur kelapa kat rumah mat tu tau.macam terasa2 je kat anak tekak nih.
Kebetulan budak yang mesin rumput kat rumah akak ni semalam pandai panjat pokok kelapa dan kebetulan juga kelapa muda sedang berbuah lebat,akak pun apa lagi minta tolong lah dengan mamat tu..Nyesal pulak suruh dia ambik 3 biji je..
Kalau ambik lebih boleh buat inti kueh koci atau sewaktu dengannya kan?..takpe pertengahan bulan ni dia dtg lagi.nak suh ambik 5 biji.nak buat inti kueh koci lah..kekeke...sape mau angkat kaki....hahaha




Cucur Kelapa
by
anymz mykitchen
Sumber:CMG

Bahan2

350 gm kelapa parut putih,guna kelapa kulit basah
400 gm tepung gandum
1 camca teh baking powder
Garam secukup rasa (kasi lemak2 sudah memadai)
1 1/2-2 cawan air (yang ini agak2 lah yea)
Sambal tumis atau sos kegemaran sebagai pencicah



cucur kelapa memang best makan dgn sambal tumis



Cara

Satukan bahan2 di atas kecuali air dan sambal/pencicah.Kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.Rehatkan sekejap.
Panaskan minyak untuk menggoreng,sudukan 3/4 camca besar ke dalam minyak panas.Buat 10-12 biji bergantung pada saiz kuali anda guna.Goreng hingga kuning keemasan menggunakan api sederhana.Angkat,toskan dan letak atas beberapa helai paper towel.Buat hingga siap.
Hidangkan bersama sambal atau sos kegemaran samada untuk sarapan atau minum petang.


Friday, 7 October 2011

Sup Tulang+Sup Ekor=Tukor

Assalamualaikum semua

Dan selamat Pagi buat teman2 tersayang sekelian...
Waktu akak ke Pasar Tani semalam akak plan nak beli daging sebenarnya sebab teringin sangat nak buat rendang limpa + daging.Sekali akak terpandang ekor..terus teringatkan along dan bangah yang suka sangat2 makan sup ekor..memang besar ekor yang akak dapat sekali ni..haiipppppp jangan nak kembang2 tekak bila dengar ekor tu ya sebab suatu ketika dulu akak pun macam korang jugak siap buat muka geli2 lagi...eeeeeee...ekor..camne nak makan tuuuuuu tapi bila dah terkena kat batang hidung sendiri (makan kat rumah sape ntah),terus akak jatuh cinta..kita kena pandai sebenarnya..kena dengan gaya masak dan ramuan2nya..
Alhamdulillah resepi akak ni memang menjadi kesukaan anak2 dan tetamu2 yang datang berkunjung..Tak gitu IjahDaut???..

Akak bagi resepi ni mengikut sukatan tulang yang akak beli semalam ya..
Walau korang rasa banyak tapi kat rumah ni memang selalu layan tulang lembu..Dun wori lah ya,akak tak makan pun cuma akak cubit sedikit je utk merasa.


Sup Tulang
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz

Bahan2

2 1/2 kg tulang/ekor
2 batang serai-di titik
8 ulas bawangg kecil-hiris*
5 ulas bawang putih-hiris*
sedikit halia-hiris mancis*
daun limau purut secukupnya kurang lebih 5 helai
daun sup secukupnya
daun ketumbar secukupnya
2 kiub pati ikan bilis
2 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
cili padi hiris ikut suka banyak mana
1 biji limau nipis-ambil jusnya
Rempah penumis 4 sekawan RM1.-bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih
Air secukupnya


Cara

Bersihkan tulang sebaik2nya dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya hingga paras menutupi daging/tulang
Masukkan serai
Masukkan 2 helai daun limau purut
Masukkan 3 tangkai daun ketumbar-patah2kan dulu
Masukkan 3 helai daun sup-patah2kan dulu
Jerang tulang sehingga empuk
Tambah air jika nampak air berkurangan dan daging masih belum empuk
Masukkan garam dan kiub
Didalam kuali yang lain tumis bahan2 yang dihiris dan rempah 4 sekawan hingga bewarna keperang2an dengan menggunakan minyak yang sedikit.
Curahkan bawang2 dan halia yang di tumis ke dalam periuk berisi sup tulang dengan minyak2nya sekali.Kalau daging banyak lemak tak perlu curah minyak memadai hanya ambil bawang goreng saja.
Masukkan lada hitam yang di tumbuk kasar
Biar mendidih hingga daging tulang atau ekor empuk
Rasakan garam
Bila hendak di hidangkan jangan lupa perah limau nipis dan taburkan cili padi hiris.

Cuba lah.pasti tidak menyesal.InsyaAllah.....


Perahan jus limau nipis boleh menghilangkan rasa muak atau jemu

Pavlova 'Aussie'

Assalamualaikum semua

Selamat Pagi semua dan selamat berJumaat pada pengunjung2 lelaki mykitchen.
Pavlova ni sebenarnya telah menjadi salah satu menu yang sudah agak lama tersimpan dalam peti draft harta karun akak tu..lama betul sehingga akak dah terlupa dah ,sehinggalah baru2 ini apabila akak di masukkan ke hospital akak di hadiahkan majalah saji buat mengisi masa akak semasa duduk2 di katil hospital tu kan,akak pun terjumpa lah resepi pavlova dari Chef Kamarul yang kini berada di Aussie nun..Beliau, kalau tak silap akak kini menyambung pengajian bahagian kulinari di peringkat PHD di sana.Kalau akak silap harap betulkan ya.Beliau juga ada blog tapi akak tak tau nama blog nya.
Pavlova ni sebenarnya di reka bentuk oleh anak dara sulung akak Farahhanis.
Akak cuma menyediakan bahan2 nya aje.Selebihnya Farah yang bukak mixer dan cari aluminium foil yg hilang entah di mana.Farah juga yg pecahkan dan asingkan putih dan kuning telur hingga termasuk sedikit kuning telur ke dalam putih..adeh..nampak sangat minah tu dah lama tak dok ceruk dapur.
Akhirnya siap jugak pavlova yang pada mulanya akak begitu takut sekali nak buat sebab utama akak tak pernah makan jadi tak tau bagaimana rasa yg sebenar.kedua:akak takut pavlova ni jadi hangus..macam2 ketakutan yang ada tapi akhirnya yessssssss..vely nice one ini pavlova dan amat di sarankan pada pencinta benda2 manis..muhahaha...
Pada akak okay aje.Kalau tak manis tak sesuai sebab ini guna putih telur okay..
Okay2 takmo bebel meh tengok resepi..
OOppsss lupa nak bagi tau..bila di hidangkan menda alah ni di atas meja anak2 pun berkerumun dan semua pegang sudu sorang satu.Sekejapan je menda ni hilang di depan mata..Sehinggakan en suami berkata..buat lagi laaaaaaaaaaa..
Haisssshhhhh.....

Chef Kamarul,Izinkan akak kongsi resepinya di sini buat tatapan anak2 dan cucu2 , andai kata mereka pula nak membuatnya suatu hari nanti.Minta halal ya..


Pavlova 'Aussie'
by
anymz mykitchen
Resepi:Chef kamarul dari majalah Saji


Bahan2

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
2 sb tepung jagung
1 sudu kecil cuka putih
1 cawan krim putar(double)-pukul kembang
5 biji buah markisa-akak takde stok guna buanh anggur je
10 biji buah strawberi

Cara

Panaskan ketuhar pada suhu 150C dan pukul telur sehingga kembang
Masukkan gula perlahan-lahan,pukul sehingga telur kembang dan tidak jatuh apabila di angkat.
Masukkan tepung jagung.Pukul pastikan sebati perlahan-lahan.Kemudian tuangkan cuka dan gaul hingga sebati.
Tuangkan di atas papan pembakar yang di lapik kertas (lakar bulatan 18 cm atau mengikut kesesuaian lebar papan pembakar anda).
Bakar dalam ketuhar selama 1 jam 20 min.-akak bakar 40 min
Selepas itu tutup suis ketuhar dan biarkan pavlova sejuk di dalam ketuhar selama 20 min lagi.
Keluarkan dan tuangkan krim yang telah di pukul,tuangkan jus buah markisa.
Hiaskan dengan buah strawberi mengikut kreativiti anda.

Rasa manis pavlova di sesuai kan dengan rasa masam2 manis anggur/kiwi/strawberi
Memang menjadi favorite anak2 buat masa ni.





Thursday, 6 October 2011

Laksa Utara

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang.Agak lewat akak menghadirkan diri di my kitchen hari ini.Banyak sangat kerja yang harus di selesaikan dan badan pun tidak berapa nak baik hari ini.Entahkan nak demam akak pun tak tau lah..Macam ni lah rupanya kalau penyakit sudah mula ada dalam badan.Sabar aje lah kan?
Sebenarnya tak rancang pun nak buat laksa hari ni.Akak upah orang untuk membersihkan kebun terus mamat tu terjumpa bunga kantan yang sedang berbunga lebat dalam kebun akak yang tersangat lah semaknya itu..tak caya??tanya si ct payung Zaliedana,IzahDaut dan Naz COSK yang pernah bertandang ke rumah akak..
wey,skang ni kebun kat rumah akak dah clear sangat2 dah.sampaikan kalau akak nak ke porch tu kena pakai tudung jugak lah sebab jiran2 tetangga dah boleh tengok muka akak yang kiut miut ni kan..wakakaka
Adeh..lari citer pulak..
Berbalik pada citer bunga kantan ni tadi,..si mamat yang bernama Sudin ni pun bawak lah balik beberapa kuntum bunga kantan..kira punya kira ada gak dalam 8 batang.cantik2 pulak tu.
Hari ni ada pasar tani kat pekan akak pun apa lagi terus lah memborong ikan kembung.dalam kepala memang dah terfikir kan laksa kedah yang sudah lama jugak akak tak buat.
Last sekali akak buat masa IzahDaut dtg bertandang ke rumah akak hari tu (berapa lama tu ya)..Kalau nak tau laksa ni rasa dia macam mana?Tanya mek Ijah tu ya.......


Laksa Utara
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz


Lihatlah Dunia...Ehhhh!!..lihatlah tengoklah betapa pekatnya kuah laksa ni.


bahan2 laksa

1 paket laksa kering
beberapa titik minyak
Air secukupnya

Cara

Masukkan laksa kering ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya dan beberapa titik minyak
Rebus hingga laksa empuk.

*Tujuan letak minyak supaya laksa tidak melekat bila sudah masak

Bahan2 kuah

1 1/2 kg ikan kembung-bersih dan ketepikan
15 keping asam keping
2 tangkai bunga kantan-di hiris
1 ikat daun kesum-di hiris
10 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar-bersaiz kecil*
2 ulas bawang putih*
Air secukupnya
Minyak
Garam secukupnya

bahan2 bertanda * di kisar

Cara

Ikan yang sudah di bersihkan dimasukkan ke dalam periuk
Masukkan air sehingga menenggelamkan ikan tersebut
Rebus ikan hingga masak.
Setelah ikan masak,angkat ikan dan ketepikan
Air rebusan ikan jangan di buang.
Keluarkan isi ikan dari tulangnya.
Isi ikan di kisar bersama2 air rebusan tadi.
Masukkan lebihan tulang ikan ke dalam mesin pengisar.
Masukkan juga air sehingga menenggelamkan tulang ikan tersebut lalu di kisar lumat.
Masukkan air tulang ikan ke dalam periuk bersama2 isi ikan yang sudah di kisar juga bersama lebihan air rebusan ikan tadi.ketepikan
Dalam periuk yang lain,tumis bahan2 kisar yang bertanda * di atas hingga naik bau.
Masukkan air ikan dan bahan2 yang di hiris juga bersama asam keping dan garam
Masak hingga mendidih
Rasa laksa ini hendaklah sedikit masam sekali dengan rasa masin nya. (ada konpius kat sini kan??)




Kuah yang pekat pasti meninggalkan kesan di tekak dan membuatkan kita rasa nak lagi dan lagi dan lagi..


Bahan2 Hiasan

Limau kasturi
Telur
Bawang besar
Cili padi/cili hidup
Timun


Wednesday, 5 October 2011

Kek Pandan Lapis Kastad

Assalamualaikum semua

Dan selamat Petang.
Alhamdulillah akhirnya impian akak untuk menyudahkan projek kek pandan ni berjaya juga..Asal mulanya kek pandan ni masuk dalam list kek untuk di bakar semasa bulan raya tu hari tetapi memandangkan banyak sangat perkara yang berlaku akhirnya semua barangan baking akak simpan dalam freezer.sayang,.. takut membazir.

Memandangkan kek lobak merah dah lama di habiskan dan en somi pula sudah mula bertanya 'takde apa2 nak makan ke' akak pun sekali lagi memunggah dan teringat tentang kek ni..

Kena paksa kan diri ni utk bergerak tak boleh di manjakan sangat nanti peluh tak keluar lagi haru kan?

Resepi akak ambik dari rumah Yat.Cuma akak tak puas hati tang kastadnya tu lah.Sepatutnya kastad tu kena sedikit cair kejadiannya tapi akak syok pulak mengacau kastad sehingga lah kastad tu menjadi sedikit beku.lain kali kena buat lagi ni sebab en somi cukup puas hati dengan rasa kek ni..Sedap katanya dan tambah sedap kalau kastad ni cair..
hah!!yo lah bang,lenkali kita buat sama2 boleh???





Kek Pandan Lapis Kastad
by
anymz mykitchen




bahan-bahan kek :

100 g tepung gandum*
1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
1 sudu besar ovalette
50-60 g gula kastor-akak tambah jadi 80 gm
60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka.
Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.



Untuk bahan kastard :
2 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
250 ml santan atau susu cair
50 g gula pasir (boleh tambah jika perlu)
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
kelapa parut kering secukupnya (tarak...aku letak sugar crystal jer..)

Cara-cara : satukan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) ke dalam periuk dan dengan api perlahan, kacau adunan hingga menjadi pekat. Padamkan api. Biarkan ia suam sedikit.



Mana2 yang nampak senget2 tu abaikan je lah ya..

Bun Inti Coklat Tapi Ini Inti Cream Cheese

Assalamualaikum semua

Dan Selamat pagi buat pengunjung2 my kitchen hari ni..Dah sarapan?..
Dah lama betul BM akak tu tak buat kerja.Sepanjang ramadhan dan syawal tu hari asyik tidur je menda alah tu.Sebenarnya sebelum Izahdaut post kan menu roti manis nya semalam akak dah dok berkira2 juga nak buat roti.
Bukan apa.sebenarnya masa akak buat carrot cake tu hari ada lebihan cream cheese yang akak buat topping tu..nak buang terasa sangat lah sayang sebab maklum lah kan rega cream cheese utk 500 gm bukan sikit duit tu kan.Nak buat kek lagi terasa malas pulak nak keluar kan mixer..Terus kepala otak teringat nak jadikan inti roti je cream cheese tu.Alhamdulillah sedap lemak manis jadinya roti tu..Resepi akak ambik hasil dok skodeng kat rumah Mas@Duniaku yang mana mas pulak ambik dari rumah ratu puding dan dessert SGN67..hehe

Meh makan roti meh
Akak makan cicah air nescafe..


Bun Inti Coklat
by
anymz mykitchen




Bahan :
  • 380gm tepung high protein ( tepung roti )
  • 3 sudu besar susu tepung - tak letak
  • 80 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 biji telur A
  • 100 ml air - Mas guna susu segar suam sikit
  • 100g m water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30 gm butter - Mas guna marjerin
  • 30 gm shortening


Roti berinti cream cheese
Inti :
  • chocolate filling secukupnya

Resepi Water Roux :
  • 25 g tepung gandum
  • 125 ml air

Cara membuat water roux :
  • masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.

Kaedah 1 - jika menggunakan BM:
  1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
  2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
  3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan / mematikan yis.
  4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
  5. Biarkan proses menguli hingga selesai.
  6. Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
  7. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
  8. Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
  9. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
  10. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)

Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan :
  1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
  2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
  3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
  4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
  5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
  6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
  7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.
## sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.




Tuesday, 4 October 2011

Sotong Masak Pedas Berpetai

Assalamualaikum semua

Ya siapa2 yang agak2 ada petai berlebih tu apa kata cuba resepi pedas tapi mengancam nih..
sedap?..memang sedap dan tambah sedap kalau di makan dengan telur dadar dan sambal belacan Thai..



Sotong Masak Pedas Berpetai
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz@mykitchen



bahan2

1/2 kg sotong segar jenis yang lembut-bersihkan dan hiris-suka hati nak hiris besar mana-ketepikan
10 tangkai cili kering-cuci dan kisar terus.tak perlu di masak atau di rendam.terus kisar lepas di cuci.masukkan sedikit je air
3 ulas bawang putih-di ketuk ketepikan
1 labu bawang besar-di tumbuk kasar
10 tangkai cili padi Siam-di titik
2 ulas cili besar-di potong kasar
1 tangkai serai-di titik
beberapa helai daun limau purut
beberapa helai daun ketumbar
1 biji limau nipis
1 biji tomato-di potong baji
sedikit sos tiram
sedikit garam
3 papan petai-di kupas dan buang kulit ari
Minyak untuk menggoreng


Cara

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan cili kering yang di kisar dan juga serai yang di titik
Bila air cili sudah agak kering,masukkan sotong
Didihkan sebentar hingga sotong mengeluarkan airnya.
Masukkan cili padi dan cili besar juga bawang besar.
Masukkan garam,sos tiram dan daun limau purut
Masukkan tomato dan kacau sebati
Masukkan petai dan hiris limau nipis
Angkat dan tabur daun ketumbar
Sedia untuk di hidangkan..

*Cili kering yang di kisar tanpa di rendam air panas atau di rebus akan menjadi sedikit berlendir.


sedap di makan dengan nasi panas



Mee Goreng Basah

Assalamualaikum semua

Hari ni hanya sempat post mee goreng basah yang di goreng bersama kicap sedap pemberian Mas@DuniaKu..Kicap ni memang mabeles..Kalau sesiapa nak tau rasa dia cuba tanya Mas ya..Biar kita jadikan Mas tokey kicap pulak lepas ni..hahaha..Jangan marah akak na mas na..akak pun teringin juga nak tau asal usul kicap sedap ni..
Bila akak masak pagi tadi buat untuk anak2 sarapan sebelum ke sekolah,awal2 Ainul dah puji..sedapnyaaaaaaa..Anak dara akak tu memang cerewet bab mee goreng ni.susah nak ikut tekak dia..kecik2 dah pandai rasa makanan....
Meh le jenguk2 resepi simple ni ya..Kalau nak tambah sedap tunggu mas buat entri tentang kicap tu ya.Buat masa ni kalau takde kicap tu guna je lah kicap manis,sos tomato dan sos tiram.pandai2 le nak letak banyak mana..hahaha...tak membantu langsung akak ni kan?...



mee goreng basah
by
anymz mykitchen


bahan2

1 bungkus mee kuning
3 sb cili kisar-boleh kurangkan jika takmo pedas
3 ulas bawang putih*
2 ulas bawang kecil*
1 mangkuk kecil udang size sederhana besar
1/2 mangkuk kecil isi ayam
1 ikat sawi-di potong kecil
1 mangkuk tauge
1 biji tomato -di potong baji
sedikit sos tiram
1 kiub pati ikan bilis
11/2 cawan air
2 sb kicap pemberian MAS@DuniaKU
minyak untuk menggoreng





cara

panaskan minyak
bahan2 bertanda * di tumbuk lumat
Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi
masukan udang
masukkan kiub
masukkan isi ayam masukan air
kacau hingga masak
masukan sawi dan kacau
masukan mee
kacau sehingga mee masak dan masukan tauge
masukkan kicap pemberian mas
Akhir sekali masukkan tomato dan gaul rata
tutup api dan sedia untuk di hidangkan


Monday, 3 October 2011

Kek Lobak Merah

Assalamualaikum semua.

Beransur-ansur akak menjawap komen teman2 di entri yang lepas2.Kira okay lah gak kan?..Bagi akak masa utk menjawap komen2 dan BW ke rumah teman2 ya..

Yeeeeaaahhhhh...SIAPA YANG TEKA CARROT CAKE TU NAK HADIAH KE????

Kek lobak merah ni akak buat masa sambutan birthday akak yang ke 47 tahun pada 2-10-2011 yang baru kita lalui baru2 ini.Ya,Nor@SGN67 dan Hawa@STDHTW akak biasanya akan terus meletakkan umur akak bila masuk tahun baru.Akak tak guna haribulan dan tarikh lahir yang sebenar.Ini bertujuan untuk akak mengingatkan diri akak sendiri yang usia akak kian bertambah setiap kali tibanya tahun yang baru..(tiba2 rasa insaf)...

Pada mulanya akak memang tak plan langsung nak buat sambutan harijadi atau yang seangkatan dengannya.tapi adik akak telefon kata nak balik dan angkut anak2nya sekali dan kebetulan akak baru saja dua hari keluar hospital terus mak2 saudara dan sepupu sepapat juga telefon kata nak dtg menziarah.dalam kepala otak masa tu teringin sangat nak buat carrot cake yang mana resepinya sudah bertahun2 berada dalam simpanan akak..
Resepi akak perolehi dari makcu faizah iaitu mak saudara akak yang tinggal di wangsa maju.Tak silap juga resepi ni makcu belajar dari seorang chef terkenal sedikit masa dulu..Jangan tak tau makcu bayar tau untuk mendapatkan resepi nih.Tapi jangan takut makcu akak dah lama halalkan resepi ni untuk kita kongsi bersama..
Berbalik pada kisah bday tadi,...bila adik dan makcu telefon kata nak datang terus akak godek2 kek lobak merah ni..Dengan badan akak yang rasanya masih suam2 kuku.kepala masih lagi ada rasa2 nyut2 akak akhirnya berjaya jugak menyiapkan kek yang memang menjadi kesukaan akak sejak sekian lama.
Bila buat sendiri walnut tu sesuka hati je kita boleh tambah kan?..kan?..

Makanan lain,.. akak hanya buat nasi ayam yang ayamnya akak grilled.

En suami bersuara jugak sepatutnya orang raikan akak sebab akak tak sehat tapi terbalik pulak dah..
'Itu lah emak korang ni..suka sangat memikirkan hal orang'..

haipp...cik abang oi dalam maknanya suka memikirkan hal org tu ya..saya tak jaga tepi kain orang tau..suka jaga perut orang je tau..(sendu sekejap)...



Kek Lobak Merah
by
anymz mykitchen
Sumber:MakCu Faizah(ibu saudara)



bahan2

450 gm lobak merah-di parut
255 gm tepung roti
1/4 st serbuk penaik
1/2 st soda bicarbonate-akak kurangkan 1/4 st
1 st cinnamon
390 gm gula castor-akak guna 370 gm
75 gm walnut cincang-akak guna 90 gm
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung
1/2 st garam


cara

Tepung,serbuk penaik,soda bicarbonate di ayak dan ketepikan.
Pukul telur hingga gebu
Masukkan gula dan pukul hingga gula hancur
Masukkan minyak jagung dan perlahankan speed
Masukkan bahan yang di ayak
Masukkan garam bila lobak merah dan walnut di masukkan.
Gaul perlahan dengan spatula
Alas acuan dengan kertas
Tidak perlu sapu mentega
Bakar dengan suhu 175 selama 40-45 min



Bahan Cream

250 gm cream cheese
60 gm mentega
130 gm gula icing
50 gm(akak guna 80gm) walnut di bakar dulu dan kemudian di kisar

cara

Pukul cream cheese hingga rata
masukkan mentega dan gula
Pukul lagi
Kacau rata dan sapu pada kek.

TerimaKaseh pada yang mendoakan...

Assalamualaikum semua

Tak tahu bagaimana nak mula kan cerita ya.
Akak tinggalkan dulu teka teki kek bday tu ya.Kita bagi laluan pada entri yang kawan2 dok tunggu2 (ada ke yang menunggu tu).

Kisah bagaimana akak boleh melandingkan diri di katil hospital selama 3 hari 2 malam.cewah macam pakej percutian ke pulau peranginan pulak kan?.

Asal mulanya pada hari Ahad 25/9/11 minggu lepas akak di serang sakit bahagian belakang kepala.sakit yang amat tinggi sampai akak terasa nak muntah.sakit ya, bukan pening.sakit yang menyebabkan telinga kiri akak rasa kebas.
Memandangkan akak ni jenis yang ehem..ehem..boleh tahan sakit, akak cuba jugak lah bertahan.memikirkan ini mungkin tekanan sebab cuaca dan sebagainya..

Hari isnin akak masih lagi cuba bertahan..sakitnya pulak bukan dalam keadaan berterusan.sekejap elok,sekejap sakit di selang selikan dengan pening kepala sekali sekala.Sehinggalah tiba hari Rabu pagi bila akak duduk2 tiba2 akak terasa2 bahagian pipi kiri akak tertarik ke telinga menandakan yang mulut akak sudah mulai herot.
Tapi bila akak tepuk2 pipi,masih lagi terasa sakitnya dan bila akak lihat cermin, muka masih lagi seperti biasa.
Mungkin ini hanya perasaan sehinggalah telefon akak tiba2 berdering..sepupu akak menelefon bertanya khabar..Aduuuuuuh!..sepupu akak dok pok pek pok pek memarahi akak kerana suka betangguh bila tiba bab2 berkenaan hospital.
Sebaik saja di marahi sepupu, akak pun terus menelefon en suami yang berada di Muar ketika itu.Pakcik tu sedang menghadiri mesyuarat dan tidak dapat balik dengan segera.kalau balik pun mungkin akan memakan masa tapi Allah tu maha kaya,abang sulung akak entah angin ribut apa yang melanda tiba2 muncul depan pintu rumah akak menyerahkan dirinya untuk menghantar akak ke hospital.
Akak memang pernah mempunyai rekod di hospital swasta KPJ,seremban sebelum ini, maka mudah lah akak berurusan di sana.Sampai aje di hospital adik perempuan akak sudah sedia menunggu (alangkah bertuahnya badan,ramai gak yang sayang).
Akak terus mendaftarkan diri dengan Dr pakar saraf (Dr akak sebelum ini)..periksa bp dan sebagainya dan sah2 lah bp akak naik mendadak..salah satu sebabnya klinik DR berada di tingkat 1,akak naik guna tangga tak guna lif.
Sambil menunggu Dr, sakit kepala yang tadi reda tiba2 menyerang semula.pada kiraan akak bila bp naik 180/100 tak ada lah tinggi sangat sebab bp2 akak sebelum2 ini pernah lebih tinggi dari itu..tapi ya lah bila rekod kita sebelum ini tak pernah nya elok Dr pun terpaksa menahan akak sebab risiko akak untuk di serang strok sekali lagi tu lebih tinggi,Dr cuma nak pantau sebab mudah kalau akak tinggal di dalam ward.dah dok dalam ward tu kena lah buat ct scan,EEg dan sebagainya untuk menyelidik punca kenapa kepala akak sakit..
Akhirnya bila keputusan berada di dalam tangan Dr rupa2nya kesan strok lama di bahagian kanan kepala akak masih lagi berfungsi maknanya akak masih lagi berada dalam kawalan dan pemantauan baik dari segi makanan mau pun ubat2 an..lecehnya akak rasa.badan sihat tapi sebenarnya sakit.rasa sakit tapi sebenarnya sihat..susah nak tafsirkan dengan kata-kata.



macam tiap2 tahun pulak dah kena jenguk ke sini
Akak ada rekod juga di hospital seremban nun..



Ya,Itu nama Dr akak.

hah!saksikanlah tangan dobot akak tu ya..
Ini lah benda yang paling akak tak suka.bila benda alah ni ada kat tangan,nak ke bilik kecik tu susah betul di rasakan..rasa cam jarum je berada dalam tangan pada hal cuma wayar halus je yang dok di situ..
Ada sesetengah ubat2an di cucuk menerusi wayar halus tu.senang kerja sekarang ni kan?



Sunday, 2 October 2011

TerimaKaseh buat semua...

Assalamualaikum semua

Akak tidak dapat berbicara panjang malam ni.InsyaAllah akak akan update resepi esok.Entah kenapa lah tenet malam ni lemau sangat2..naik kejang otak dok nunggu nak upload gambar bagai..InsyaAllah esok kita jumpa lagi ya.Malam ni kita layan gambar2 dulu.



Ini kek rekaan akak hari ni.
kek yang tidak berapa nak cantik kejadiannya tapi akak bangga kerana kek ni datang dari air tangan akak yang tak berapa nak sehat..dengan segala sakit bahu bagai akak gagahkan juga.
Kek apa?..ce teka..ce teka..

Kek ini di hadiahkan oleh makcu akak yang sudi mencemar duli sambil menziarah akak yang baru keluar hospital semalam dan menyanyi kan lagu "Allah Selamatkan Kamu" buat akak hari ini.
TerimaKaseh makcu.semoga Allah swt panjangkan juga umur makcu agar kita dapat mengharungi hari tua bersama...



Bakul comel yang berisi buah2an dan bunga2an segar ni datang dari adinda nun dari kuala terengganu SGN67..
TerimaKaseh nor.semoga bday akak yang ke 18, tahun depan nor bagi bakul yang besor punya ya..kekeke


Ini buah2an segar dari adinda sekampung Nadz COSK.
Dia nak akak berumur panjang lah tu ya.Mau akak makan buah2 an je sempena bday akak yang ke 17 tahun ni kan?..
TerimaKaseh Nadz


dari teman FB Linda Nordin
TerimaKaseh Linda


dari mas@Duniaku
TerimaKaseh mas ku sayang.
Pagi2 lagi akak dah terima bunga sejambak dari Mas ni..



Bunga Ros mekar sejambak ni juga akak terima dari Sheila
TerimaKaseh ya sheila.
macam tau2 aje akak sedang celebrate bday yang ke 17 tahun kannnnn???