Friday, 21 October 2011

Kari Ayam Kerisek

Assalamualaikum semua

Minta maaf lah, semalam langsung tak dapat akak nak menjenguk ke my-kitchen ni.Waktu pagi memang akak sibuk sangat diikuti dgn kesibukan membeli barangan makanan bangah anak kedua akak yang akan ke Vietnam mlm nanti.Beli makanan segera dan sedikit roti dan tuna utk dia mengalas perut semasa di sana nanti.Sepatutnya akak juga turut serta ke sana tapi atas sebab2 yang tertentu pemergian akak ke sana telah di tunda ke suatu waktu yang sesuai yang akan di beritahu kelak..cewaaaah dah macam jawapan masa minta kerja gomen je bunyi nya kan?..hahaha..bila?ngak tau dong..tapi takpe tiket pun tak beli lagi jadi tak rugi apa2..masih sempat lagi korang nak tulis list utk mengirim nanti ya..hahaha..sape lah nak mengirim tu ya?..dengar2nya ada yg nak kirim blouse bagai tuh..kalau mau buk sila jamu akak dgn ayam panggang dua ekor ya..Perut dah besar ni...kihkihkih

Semalam jugak akak hanya sempat masak kari ayam kerisik yang mana resepinya akak ambik di rumah Mas@Duniaku.Asalnya mas buat kari daging tapi di sebabkan waktu dan ketika ini daging sudah menjadi makanan larangan buat sementara waktu jadi akak hanya guna ayam je lah.Lain kali bila tempoh berpantang tu sudah berakhir akak nak try jugak lah masak daging.

Nampak kuahnya agak sedikit cair kan?..Itu adalah kesilapan teknik semasa mencurah air di daun keladi eh! masa mencurah air dalam kuah ayam nih..syok je curah air tu kan.tau2 air sudah sama paras je dgn ayam tu..kira okay lah tu.takde lah payah nak tambah2 air lagi bila memanaskan kuahnya tu kan.Betul tak Hawa@sometimes things doesnt happen the way we want..Panjangnya tajuk blog hawa ni kan?..Jauh jalan dari Spore tuuu...hehe
Akak simpan resepi yang sedap ni sebagai rujukan di masa akan datang.selalu buat main campak2 je.Bila dah ada ni boleh lah simpan buat rujukan anak2.Akak buat ayam kerisek ni di makan bersama Nasi Ketumbar..seeeeeedaaaaappppp..:))))



Kari Ayam Kerisik
by
anymz mykitchen

Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.
*Ini ayam bandar ya.bukan ayam kampung.

Wednesday, 19 October 2011

Talam Ubi Keledek 11

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah kita bertemu di petang Rabu yang agak indah ini..Agak indah?..Ya tempat akak baru saja reda dari hujan dan sudah tentu cuaca agak lembab dan sejuk di sini..Sepatutnya sejuk2 begini makan lah benda yang panas2 kan?Nak buat macam mana dah dari semalam plan nak buat talam keledek ni.Memang sudah tidak dapat di elakkan lagi..

Keledek akak ni bewarna oren.Pemberian dari adik akak yang berkunjung ke Cameron Highland baru2 ni..Akak tak tau nak buat apa dgn keledek oren.Nak google resepi pun terasa agak malas malah memang malas sangat2 sekarang ni,jadi,akak ambik je lah resepi yang sedia ada dlm dapur akak ni aje.
Pernah post resepi ni kat SINI dulu kali ni akak keluarkan semula.Dah lama juga tak menalam ni kan?..Teringin gak nak buat karipap versi Tun Telani tu tetapi belum ada kesempatan lagi.Lagi pun rasa2nya akak belum pernah lagi post resepi berkaitan karipap dan sebagainya..Takpe lain kali kita buat ya..
Hari ni kita layan dulu talam keledek yang sudah tentu lemak lagi berkrim...
Haiippp...agak2 kalau mek Ampang banyak songeh tu kan,senang sumbat je dgn talam ni kan?..



Talam Ubi Keledek11
by
source:majalah saji



bahan2 untuk lapisan bawah

300gm keledek merah - kali ni akak guna keledek oren
75 gm tepung beras
75 gm tepung ubi
150 gm santan - akak guna santan kotak + 150 gm air
250 gm gula pasir - akak guna 200 gm
1 sudu kecil garam
1/2 st esen vanila-akak tak letak,
akak letak sedikit pewarna oren

bahan2 untuk lapisan atas

100 gm tepung ubi
200 gm santan pekat + 200 gm air

2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam


cara

untuk lapisan bawah

Bancuh tepung beras dan tepung ubi dgn campuran santan hingga sebati.kemudian tapis.
Akak blend semua bahan termasuk keledek.
Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
Tuangkan ke dalam loyang.boleh juga gunakan acuan kecil hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.
Jgn lupa sapu acuan dgn sedikit minyak dahulu

Untuk lapisan atas

Akak blend juga semua bahan dan masukan ke dalam periuk dan kacau atas api hingga pekat dan tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 min.bila dah masak sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.

Tuesday, 18 October 2011

Puding Tauhu

Assalamualaikum

Yesssss...akhirnya akak buat jugak..Norrrrr..terimakaseh lah bagi resepi puding yang segar bugar ni ya..
Memang sesuai benar puding2 cenggini masa musim panas..terasa2 sejuk nyaman je masuk ke tekak.Pada akak puding2 begini memang sesuai sgt di hidangkan bila musim panas seperti yang melanda di bumi nismilan sekarang ni.Buat pau pun sesuai.Senang je yis nak kembang bila musim panas kan Nor kan?..Eh!apa ke halnya citer pau pulak ni????..Sebab sebenarnya akak baru balik dari dapur IzahDaut.Tengok pau dia yang kaler pink tu rasa terpekenan pulak...Dah ambik dah resepi nya tu nak try jugak.Akak kan pantang nampak pau..Mesti nak cuba.Hari tu tengok pau kat rumah Naz@COSK.Pun dah ambik resepi tapi belum cuba lagi..

Okay2 berbalik pada kisah puding ni,akak buat puding ni tengahari semalam.Orang lain dah berkurun2 dok dlm dapur diorang akak baru nak cuba.Maklum kat rumah ni ramai anak bujang.Budak2 lelaki ni kurang sikit bab2 puding ni.Kalau puding yang ada kuah susu cair tu laju je diorang mamam..Tapi kalau puding jenis yang ini ayahnya yang laju makan.sebab ada laici tu kan?..ada buah2an.laju le pokcik tu mamam..TerimaKaseh Nor atas resepinya ni.Lain kali nak buat guna fruit cocktail pulak.:))))


PUDING TAUHU
by
anymz mykitchen
resipi original: Nor@SecubitGaram


Bahan:

utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici 1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api.
Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.

Utk kuah:

Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit. Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih. Biarkan sejuk Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:

Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi. Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

Monday, 17 October 2011

Pau Lembut dari Kak Ton

Assalamualaikum semua

Kita bertemu lagi hari ni di my kitchen .
Sepatutnya semalam akak sudah boleh keluarkan post yang baru dah.Tapi al maklum lah,hujung minggu tu hari adik dan anak2 buah semua balik ke rumah akak..Masing2 sedap mulut je mengorder mee gorenglah,roti lah,yang order kek karamel pun hado...tapi biasa lah maklang nya ini buat sekadar yang termampu dek badan.tak larat nak melayan kerenah budak2 4 beradik tu.Itu pun mujur kakaknya yang dua orang tu tak balik sbb ada exam,kalau tidak mau patah pinggang.
Suka diorang balik sebenarnya dan pasti masing2 selalu mendoakan kesihatan mak saudara nya ini supaya sehat sentiasa.Ya lah kalau tidak siapa lah nak melayan tekak2 diorang tu kan?..

Pau ni akak buat petang tadi.Akak terjumpa resepi di rumah Liza@Intai Dapur.Liza ambik dari rumah Hana.Akak suka resepi ni tapi anak2 lebih suka resepi yang sudah biasa akak buat tu.
Akak pun tak perasan samada akak pernah post kan pau gebu yang selalu akak buat tu di my kitchen nih.Pada akak resepi yang Hana ambik dari MYR ni memang mengenyangkan.
Akak namakan pau lembut dari kak ton sebab Liza namakan pau ni pau lembut manakala Hana namakan Pau Kak Ton.Bila tiba di rumah akak jadi lah dia pau lembut dari kak ton.
Akak akan sentiasa mengikuti resepi2 pau dari semasa ke semasa sebab pau memang laku betul di rumah akak ni..

Pau Lembut
by
anymz mykitchen
Sumber:Hana


Bahan-bahan
  • 250g (2 1/2 cwn) tpg pau diayak ( tpg gandum pun bleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam
Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu dan utk pau yg sentiasa panas dan lembut, letakkan dlm rice cooker di atas nasi (jika mempunyai rice cooker yg ade pengukus).
Liza doublekan adunan di atas..dapat dlm 20 biji.

Thursday, 13 October 2011

Kek Chifon Oren

Assalamualaikum semua

Bertemu kita lagi di hari khamis yang indah ni.Alhamdulillah.
Hari ni kita makan kek lagi tapi kali ni kek berkhasiat namanya.Dah beberapa hari ni kita semua ni kemaruk cheese kan jadi hari ni kita cuci perut makan limau lah pulak ya...kikiki

Okay2..kisah sebenarnya bila akak terlantar
di katil hospital dua minggu lepas,maka ada jugak lah yang datang menziarah.

Ramai yang datang bawa hamper berisi buah2an.Ada yang datang bawak buah apple.Biasa la apple ni en somi suka maka dialah yang habiskan (sebab beliau yang temankan akak tidur baring di hospital tu kan,boring kan,tu yg kejap2 dia ngap2 buah epal tu).
Ada jugak yg datang bawak buah anggur.Yang itu akak yang habiskan sebab memang favorite akak tu.Ada yang bawak buah oren..Yang ini terlampau banyak jadi akak pun bawalah balik ke rumah.Dah buat jus entah berapa kali ntah.

Akhirnya yang tinggal sebiji akak buatlah kek chiffon yang mana resepinya sudah laaaaaaaaama dulu akak simpan dlm draft.Masa tu memang akak tak berani langsung nak buat kek chiffon ni.
Takut sangat tak menjadi.Alhamdulillah memang berjasa jugak lah cikgu Hana yang dok Jepun masa tu mengajar akak bagaimana nak jadikan kek chiffon ni menjadi chiffon..Eh!korang paham ke ni??...

Hari ni akak sibuk sikit ya.sebab insyaAllah malam ni akak akan mengadakan sedikit majlis kenduri tahlil buat arwah abang akak.kenduri kecil2an aje.Janji keluarga dan adik beradik terdekat dapat berkumpul dan memanjangkan silaturrahim kan?....



KEK CHIFFON OREN
by
anymz mykitchen


Bahan A

  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
Bahan B
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar
Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGANlenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan.

Wednesday, 12 October 2011

Kek Lapis Cheese Pesona

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Pagi buat pengunjung2 mykitchen.
Maaf ya terlewt sedikit akak bersiaran hari ni.Anak bujang kedua akak ada di rumah.Komputer dia semua di tinggalkan di Taiping.Bila balik sekali sekala macam ni apa lagi lappy maknya lah jadi bahan dia nak berlawak atau jadi mat perasan di fb nya tu.Kadang2 geram gak.Buang masa emaknya betul kalau dia dah guna barang2 kerja kita kan?cewah 'kerja' tuuuuu.hehe
Ermmmmm...kek lapis cheese pesona ciptaan anak muda handsome yang bernama ryo ni memang marvelous betul lah..Nak membuatnya pun mudah amat2.
Ramai yang mencuba nya.
Akak ambil resepi ni pun dari rumah IzahDaut.Akak tengok rumah SGN67,zaliedana,mas@Duniaku ,Azlita@masammanis dan baru2 ini rumah kakak ryo si Hasue tu pun dah ada.Akak sekadar menyebut beberapa nama je ni..
Korang jamu mata dulu ya..Jap gi akak sambung gi BW ke dapur korang.Jangan buat wordless wednesday sudah lah..tak best lah tak celoteh2..tak syok...kikiki

Eh!lupa nak cakap...Terimakaseh ya Ryo atas resepi yang sangat2 marvelous.Nanti bila nak kahwin kira akak present kek ni je dari semenanjung Boleh???..Atau kami ni pakat2 le bungkus cheese bebanyak dan bawak stok cheese utk wedding tu nanti?....hehe



KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : Izah Daut

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
Akak guna perisa kopi
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar *izah lebihkan 1 sb
1/2 cawan gula halus

Caranya :

Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.



Ini rupa kek. tangan yang gatal potong selepas 3 jam.sememeh jadinya kek tu kan?





Tuesday, 11 October 2011

Masak lemak Udang dan Peria/Kambas

Assalamualaikum semua

Dan Selamat Petang buat semua tetamu2 my kitchen.Orang dok siap2 kan diri nak minum petang akak baru nak post entri makan tenghari.Kira orait lah tu kan.

Seperti kebanyakan teman2 yang tau,.. hari ni akak ke sebuah tempat di negeri Melaka.Kuala Sg Baru nama tempat tu.
Hah!kat situ lah selalunya akak dok borong ikan2 segar.Biasanya berderet mokcik2 dan pokcik2 meniaga ikan segar di belakang rumah diorang.Kenapa akak sebut belakang rumah? Sebab depan rumah diorang laut.mana ada laluan jalanraya ya tak?
Dah tentu diorang kena buka meja belakang rumah dan mokcik2 tolong laki masing2 meniaga ikan.Dan akak adalah salah seorang pelanggan diorang.Kira pelanggan tetap lah juga.Setiap kali en somi cuti mesti beliau ajak ke sana..Ikan2 dia memang fresh.Harga?mahal lah sikit tapi berbaloi2 kalau di bandingkan harga di pasar besar tu sama aje tapi ikan dia confirm dok lam ais berminggu2 kan?..

Hari ni tak masak ikang lah ,akak masak udang dengan sejenis sayuran yang di panggil kambas.Kalau org lain mungkin panggil peria.Hiris halus2 kambas ni terasa2 je manis udang tu sekali.

Sampaikan en somi menegur kenapa kambas ni manis?..

Cewah saja nak eksyen dengan korang lah ni kan,betapa segarnya udang yang akak dapat sehinggakan manis udang tu meresap masuk ke dalam kambas atau peria....hahahahaha



Masak Lemak Udang dan Peria/Kambas
by
anymz mykitchen
Resepi:anymz


bahan2

1/2 kilo udang di buang semua kulit-bersihkan. belah belakang dan cuci bersih
santan dari 2 biji kelapa atau santan segar 1/2 kg
1 senduk cili api yg siap di kisar-tak suka pedas???-kurangkan-
1 batang serai di titik
1 batang kambas-di buang biji di hiris halus dan rendam dgn air garam
3 keping asam gelugor
garam secukup rasa.

cara

masukn cili api,asam gelugor,garam,serai dan santan ke dalam periuk.
toskan kambas yang di rendam tadi-ketepikan
kalau gunakan santan segar tambah 2 atau 3 cawan air.
kacau hingga mendidih.
masukn udang dan peria.
rasakan garam
masak hingga peria empuk
sedia untuk di hidangkan


akak masukkan sekali udang dan peria atau kambas sebab akak masak dlm jumlah yang sedikit maka sebab itu lah rasa kuah masak lemak akak ni terasa2 manis udang.
sebab dah sebati rasa kambas dan udang tu sekali.
Tak paham?
Buat2 lah faham ya

Selamat Mencuba




Roti Sosej

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak akak buat roti sosej hasil air tangan kakPah dari dapur Ibundo.Terus terang akak bagi tau roti ni memang lembut dan gebu .Gebu dia memang lain macam.Memang betul2 rasa macam roti yang kita beli di bakery.Tak silap akak,KakPah biasanya dapat resepi hasil tunjuk ajar dari sifu2 yang berjaya.Boto tak kak?kok tak boto pun akak angguk yo kato boto.Dun drop my water face yo kak Pah yo..wakaka.

Resepi beliau memang boleh kita guna pakai sangat2.Mokaseh kak.

Nak tengok hasil yang cantik sila ke dapur kakpah ya..macam2 ada di situ.
Bagi yang berkeluarga kecil boleh buat 1/2 dari adunan di bawah.Akak buat ikut bulat2 resepi dari KakPah sebab rakyat jelata memang hantu roti tambahan roti ni gebu sampai ke malam..sedap..

Oh ya!lupa nak bagi tau terimakaseh pada adinda yang sedang memosing badan selepas habis tempoh berpantang kerana sudi mengirimkan papercup utk isian doh roti tu..Maceh ya ummi syifa'...Terimakaseh daun keladi ya...kekeke



Roti Sosej
by
anymz mykitchen
Sumber:KakPah @Dapur Ibundo



Gambar yang ini akak edit sedikit sebab gambar di ambil senja semalam.
Kurang pencahayaan.


Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
60 gm butter

Hiasan
Hotdog
mix vege
mayonis
cili sos


Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati.
Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit.
Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit.
Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut.

Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. Bentuklah sesuka hati. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). Taburkan mix vege. Picitkan sos cili dan mayonis. Kalau suka taruk cheese.

Cara akak,
Akak masukkan ke dalam BM seperti biasa iaitu masukkan bahan cair di ikuti dgn tepung dan terus set dough utk roti.dah siap baru akak timbang dan uli.Biarkan naik sedikit baru akak bakar seperti biasa.

Monday, 10 October 2011

Nasi Lemak

Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang selasih Hamba lurutkan
Tinggal lah emak tinggal saudara
Kerana Kasih hamba turutkan

Assalamualaikum semua

Sesekali letak pantun syahdu apa salah nya kan?..
Tapi jangan dok loklak lah korang semua ya.takde maknanya nak tinggalkan emak kerana cintan cintun nih.wakaka
Mari kita sarapan nasi lemak hari ni.Lepas tu kita pakat2 mengantuk lah depan lappy sebab terlebih makan benda berlemak ni kan?..Dah lah tu masa lunch nanti kita pakat2 pekena gulai masak lomak pekat2 pulak..Yeaaahhh betul2 hari menambahkan lemak hari Isnin ni kan?..kekeke
Resepi nasi lemak akak tak letak ya.Belum berkesempatan lagi.Lain hari lain waktu kita letak lah ya..

Puan tanah nak pi buat kerja sikit..Mood berkemas sedunia sudah kembali..



Nasi Lemak hanya untuk tontonan



Ada telur rebus,timun yang sudah hampir menopos,ikan bilis goreng ireng.
Di makan panas2 dengan sambal.perghhhhh..
minum dgn air apa???
Kopi O panas...



Sunday, 9 October 2011

Strawberry Slice Cheese Cake

Assalamualaikum

Terlebih dahulu akak nak mulai dengan ucapan terimakaseh buat pengunjung2 my kitchen yang bekunjung ke sini sejak semalam.Akak ingatkan bila tiba hujung2 minggu begini,mungkin jumlah pengunjung akan berkurangan.maklum lah dah lama gak akak tak bersiaran di hujung minggu sejak raya lepas.Walau pun pengunjung tidaklah sehebat kunjungan hari2 biasa namun tetap ada dan bilangan sering bertambah hari demi hari..Ribuan terimakaseh ya semua..

Baiklah dua hari lepas akak sudah war2kan dalam fb yang slice cheese cake akak ni agak hangus gara2 akak membalas msg inbox di fb IzahDaut sehinggakan akak hampir2 terlupa yang akak sedang membakar slice cheese cake di dalam oven.Dah lah tu,sebelum buat tu akak di landa perasaan tamak yang melampau.Seeloknya buatlah satu adunan dulu kan,ini tidak terus nak buat dua adunan gara2 anak2 di rumah ni memang hantu cheese..konon2 kalau buat satu adunan nanti tak cukup.
Tau apa jadi lepas tu???

Yaaaaa pandai..adeh rasa termengong sekejap.Dah tau buat dua adunan letak lah dlm bekas yang besar kan?..Ini pergi letak dalam bekas kocik buek apo?????
Apa lagi??..Fuiiyyooo...adunan akak naik tinggi wo.mujur tak melimpah.

Eh! ada lagi nak komplen ni..Para guruwan sudah pesan suh kisar filling.Tapi akak buat apa?..

Gara2 tak baca resepi sampai habis ,maka kek ni tidak di sudahi dgn happy ending.hahaha..Gelak lah tanda suka kan?kan?
Apa2 pun kek ini memang terbaik dan pasti akan buat lagi dan lagi.Nak guna Blueberry filling pulak kali ni.Resepi akak ambik dari rumah Izah Daut.Kalau nak tau lebih lanjut sila ke sana ya.Izah ambik dari rumah Ros@JintanManis


SLICE CHEESE CAKE
by
anymz mykitchen
Copy Sumber:Izah Daut


4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue



6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.



Memang sedap halus,mulus slice cheese cake ni.
lain kali nak try resepi dari rumah Hasue pulak..
Tuuuuu bahagian bawah kek tu..ada ireng sedikit kan?
Buat2 tak nampak ya..kahkahkah..