Friday, 13 January 2012

Fruit Cocktail Pudding

 Assalamualaikum

Hari Jumaat sudah hampir melabuhkan tirainya..Sedih bila mengenangkan masa dan hari semakin cepat berlalu.bertambah usia perlu lah kita semua bertambah matang.Baik dalam menangani masalah mau pun kehidupan.
Akak teringin sekali nak berkongsi satu rahsia dengan korang tapi tunggulah masa yang sesuai..Akak terpanggil sebab sekarang ni nampak gayanya ramai sangat adik2 yang buat blog masak2 dengan sesuka hatinya mengambil gambar dan resepi tanpa izin..Sedih bila perkara2 ini berlaku pada adik2 yang mahir komputer dan bijak dalam kehidupan millinium ini di bandingkan dgn akak yang buta IT dan hanya seorang suri rumah biasa2 yang mengharungi kehidupan seadanya ini..ermmmm...nanti2lah kita berkongsi cerita ya..
Hari ni kita jamu mata dengan puding ni dulu..Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..Dah berminggu2 bumi nismilan di landa kepanasan..tapi bila hari ni sedang elok kami membasahkan tekak dengan puding yang nyaman,hujan pun turun dgn lebat...
Resepi akak ambik dari Jurnal resepibdaria..


Fruit Cocktail Pudding
by
anymz-mykitchen


 Bahan2

10 gm serbuk agar2
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
4 cawan air (boleh kurangkan ke 3 1/2 cwn)
1 tin fruit cocktail

Cara

Campurkan serbuk agar2 bersama gula.
Tambah  4 cawan air dan kacau rata.
Masak hingga mendidih
Masukkan susu dan kacau rata
Tutup api
Tapis buah2an cocktail dan buang airnya..-(tapi akak jadikan air dari cocktail termasuk dlm 4 cwn air tadi)
Masukkan buah2an ke dalam agar2 dan kacau rata-akak potong kecil buah2an ini
Tuangkan ke dalam acuan yang anda gemari dan biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan keras

en suami suka makan dgn susu cair begini.
makan masa cuaca panas tapi malangnya sebaik kitorang selesai aje makan hujan pun turun dgn lebatnya.
hahaha


Nota:
Boleh gunakan agar2 pewarna jika suka
boleh kurangkan sukatan air jika suka puding yang lembut
Boleh tambah gula jika suka manis tapi bg akak sedang elok je manisnya tu sbb akak guna air dr fruit cocktail ini sendiri

Thursday, 12 January 2012

Jom ke Jepun...Sushi Rolls

CAK???!!!
Assalamualaikum semua

Entry hari ni khas untuk kakak sedara akak yang awet muda tu, kak ERNA..Baru2 ni sebelum akak ke China kak erna ada post kan di blog beliau tntg kegusaran hatinya nak buat sushi..

Akak dpt beras dari Anie Nagoya.
Anie masih tinggal di Nagoya,Jepun bersama2 suaminya orang sana dan dua orang anak lelaki mereka.Anie ni ada kilang di Tampin..Baru2 ni dia balik melawat kilangnya tu dan terus roger2 akak dan menyampaikan beras ni pada akak dan kak Erna.
TerimaKaseh anie..Ada macam2 gaya buat sushi ni tapi yang selalu akak buat cara simple macam ni lah senang anak2 nak rujuk bila diorang buat sendiri nanti..
Kak Erna utk memudahkan akak,nanti akak leh google mano2 blog ataupun akak boleh refer di SINI
Kesimpulannya  bahan2 nak buat sushi ni kita boleh beli di Jusco,Carrefour atau mungkin di Giant.


Sushi Rolls
by
anymz-mykitchen



Bahan2

3 cawan beras (akak guna beras Jepun)-
kalau takde boleh beli di Jusco atau Giant
lobak merah-di hiris memanjang
Timun Jepun-di hiris memanjang
Crab stick-di rendam dgn air panas mendidih -toskan sebentar dan potong empat memanjang
mayonis
cuka
garam
gula

Cara

Nasi di tanak seperti biasa.
Dah masak gaulkan bersama sedikit cuka,garam dan gula
Bentang nori atas tikar yang di khaskan utk buat sushi.
Letak nasi dan ratakan di atas tikar
Sapu mayonis di atasnya dan susun carrot,timun dan crab stick di atasnya lalu di gulung
Potong kecil2 macam dlm gambar
Dan sedia untuk di hidangkan
Boleh makan dgn kicap dan wasabi

comel tak?comel tak?
ini kes nak cepat
Bila dpt news terus akak bergegas ke semban.
itu yg semua susunan ada sedikit je carrotnya

Ayam Kashmir

Assalamualaikum semua

Hari ni kita layan ayam kashmir ni dulu ya.baru balik dari Kashmir nih..hehe.
Alhamdulillah sedap ayam kashmir hasil tinjauan DJ di Majalah Rasa,Januari 2011..Tak sia2 DJ mencuba dan war2kan di dapur beliau..mekaseh DJ dan akak pula ambik resepi nya dari dapur secubitgaram..Bagus Nor ni,kalau ikut resepi nya mesti akak tak kena darah tinggi sebab garamnya semua secubit je..ahaks...usik2 manja ya Nor..sesekali kita gurau2..tepuk tampar.apa salahnya kannnnn?..Jgn kena lempang sudah..hehe
Okay akak minta izin tepek resepi di sini pulak buat rujukan di masa akan datang..




Ayam Kashmir
by
anymz mykitchen
Resepi:DayangJack
Sumber:SGN67


Bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

Bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

Bahan B :

3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

Wednesday, 11 January 2012

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

 Assalamualaikum semua

Alhamdulillah dapat juga akak bersiaran walau pun sudah agak lewat.Apa nak buat hari ni terpaksa kongsi lappy dgn bgh..Bila awal2 dah bagi can, dia naik seronok pulak..lagi pun petang2 tadi akak ada hal yang tergempar jadi terpaksa bergegas ke Seremban untuk menguruskan sesuatu..InsyaAllah semoga segala urusan di permudahkan.
Hari ni akak buat kek lapis kukus.Sudah lama betul tak buat kek cis ni..Berebut2 makan.Sekejap je licin.Akak terlupa sbb masa buat dulu akak buat adunan kek tu dua adunan.Hari ni akak buat satu adunan je.Tu yang nampak kecik je tu..Walau apa pun anak2 suka sangat lah..Cheese dia tebal kan.Amir balik cuti semester..balik sekejap je sebab dia join Pelapis..so masa Chinese New Year nanti dia takde.Tak sampai hati itu yang akak buatkan kek ni utk dia..esok dia dah nak ke Seremban ke rumah adik akak untuk mengajar matematik pada sepupu2nya..
bagi sesiapa yang belum mencuba tu,cuba lah buat kek ni..Memang sedap kan Yatie?


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
by
Sumber:Yatie


BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sb tpng gandum

BAHAN B (KEK)

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

CARA-CARA


  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Tuesday, 10 January 2012

Sup Cendawan

 Assalamualaikum semua

Terpaksa menyepi di fb buat seketika.Entah ribut apa yang melanda akak tak boleh nak komen atau pun update status di fb..so masa lapang di habiskan dgn membaca post2 yang sudah di tag di wall ..Alhamdulillah masih ramai kawan2 yang sudi tag gambar2 makanan..Buat akak terliur dan tirguda sudah..hehe
Malam2 ni akak tayang menu sup cendawan buat idea teman2 yang sudah kehabisan idea untuk memasak di musim panas ni..Sekurang2nya pagi esok korang ada idea nak masak apa.
Hirup kuah sup terasa segar sedikit di tekak dan amat sesuai di makan dgn sambal atau pun sambal belacan dan di tambah dengan gorengan ikan pekasam atau pun ikan masin..Berselera sungguh jadinya nanti..hehe..


Sup Cendawan
by
anymz mykitchen


bahan2

1 paket cendawan tiram yang jual paket tu
3 biji telur
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
rempah penumis 4 sekawan
1 kiub ayam/ikan bilis
1 liter air
garam secukup rasa
daun bawang dan cili hidup untuk hiasan

cara
hiris bawang besar dan bawang putih.ketepikan
cendawan di siat2.ketepikan
daun bawang dan cili hidup di potong dan cili di belah empat
panaskan minyaktumis bawang2 dan rempah penumis.
masukkan air,kiub dan garam
bila dah mendidih masukan telur yang sudah di pecahkan dalam bekas berasingan
.jgn sampai kuning telur tu pecah
didihkan
masukan cendawan.
rasa garam
masukan daun bawang dan cili.
sedia untuk di hidangkan.

Sambal Ikan Aya
Resepinya di SINI ya..


Monday, 9 January 2012

Ikan Parang -masak lemak

 Assalamualaikum semua

Dan Salam sejahtera.Kembali kita bersiaran lagi di hari Isnin yang agak moody2 ni..Maklum cuaca kat tempat akak ni kejap nampak cam mendung,kejap panas.Panas terik lak tu..
Takpe.. panas yang terik bila menyimbah cahayanya pada si rambutan yang bewarna merah dan kuning tu boleh bikin kita terliur dan rasa nak panjat je pokok2 tu semua dan duduk di atasnya sambil2 petik sambil makan..sambil sembang2...huhu..apa kan daya itu semua kenangan semasa kita berumur 9,10 tahun..huh..berapa tahun yang lampau dah tu..skang ni usahkan nak panjat pokok,nak kait buah rambutan tu pun cam dah tak larat je dah..
Alahai kenapa lah akak lari pada tajuk lak ni..satgi ada yg marah kak nim dok ckp merapu..entry takde kena mengena...hahaha
Jah OOOOOOOO Jah...nah sila jamu mata pada masak lomak ku ini..Dan juga buat semua pengunjung mykitchen.akak hidangkan masak lomak ikan parang yang di gulai bersama buah tomato dgn hiasannya cili besar hijau...sila jamu matalah ya,kalau mau ikang masing sila goreng sendiri..akak mau gi bawah pokok rambutan dan nyanyi lagu...sape mau tolong saya ambil buah rambutan ku ini...huhu

Ikan Parang -masak lemak
by
anymz mykitchen



Bahan2

2 ketul ikan parang 
15 tangkai cili padi-di tumbuk halus
sedikit kunyit hidup-di tumbuk halus
santan-akak guna santan segar rm2-ambil 1/2 cawan sebagai pati-ketepikan
1/2 liter air
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1 biji buah tomato-belah empat


Cara

Masukkan santan dan air ke dalam periuk
Masukkan cili padi dan kunyit yang di tumbuk
Masukkan garam juga asam gelugur
Kacau hingga mendidih
Masukkan ikan.Kacau hingga sebati
Kecilkan api masukkan lebihan santan yang di asingkan
Kacau sebentar dan biarkan ia mendidih dgn api yang perlahan hingga masak kuah.
Masukkan air perlahan air limau kasturi
Akhir sekali masukkan tomato 
Tutup api jika sudah sebati rasa masam dan masin.

Saturday, 7 January 2012

Kek Tapai Ubi

 Assalamualikum semua

Hari Sabtu datang lagi dan seperti biasa seperti yag telah sudah..hari sabtu merupakan hari sunyi bagi blogger masak2..maklum hujung minggu yang melelahkan..tak menang tangan di buatnya apabila anak,suami semua ada di rumah.mana nak buat laundry,masak memasak,ke pasar  dan macam2 kerja lagi lah..terutama bagi ibu2 yang bekerja..memang resepek habis lah kat diorang ni bila dpt settlekan semua kerja menjelang tengah malam.kan?
Hari ni akak buat kek tapai ubi..Resepi akak ambil dari rumah CMG manakala resepi asalnya pula kepunyaan PenyuLawa..maaf ya..puas akak cari utk di link kan ke blog atau mana2 page kepunyaan PenyuLawa tetapi belum ketemu..cuba juga klik fotopages kepunyaan beliau masih tidak dapat..mungkin akak lemah di mana2..jika ada sesiapa yg tau harap tlg tunjukkan pd akak utk ke rumah PenyuLawa ya..
Rasa bersalah pulak sbb tak linkkan ke empunya resepi asal..
Apa rasanya?....Tentulah sedap tapi hari ni punya tak berapa nak gebu,ada sedikit moist.walau apa pun memang sedap dan hubby pun suka makan.

Kek Tapai Ubi
by
anymz mykitchen
Resepi Asal:PenyuLawa
Bahan2

150 gm tapai ubi-lecek dan buang jika ada urat
75 gm gula halus
3 biji telur gred A
1/2 cb mayonis
1 ct esen vanila
50 gm margerine*
25 gm mentega*- (*cair dan sejukkan)
90 gm tepung naik sendiri (self rising flour)
1/4 ct baking powder
15 gm susu tepung

Cara

1-Tapai ubi di lecek halus,jika ada urat2 ubi di keluarkan.Satukan SRF,susu tepung dan baking powder.gaul rata dan ayak.ketepikan
2-Panaskan oven pada suhu 175',lenser acuan kek kegemaran,akak guna jenis silicone.
Putar telur,mayonis dan gula hingga kembang dan pekat macam adunan kueh bahulu
3-Perlahankan kelajuan masukkan tapai,putar rata.Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis,akhir sekali masukkan marjerin + mentega cair tadi,putar rata
4-Tuangkan dalam acuan dan bakar selama 40-45min
Sejukkan kek sekejap dan keuarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan..

Friday, 6 January 2012

Ayam Bumbu Bali

 Assalamualaikum semua

Dan Selamat Tengahari buat pengunjung2 mykitchen...Juga Selamat Bersolat Jumaat pada kaum lelaki yang sedang berjalan menuju ke masjid tu.(macamlah diorang baca statement akak ni ya..hehehe)
Hari ni kita jamu mata dengan ayam bumbu bali ni pulak..sedap  resepi yang sudah di olah ni..
Asal mulanya ini resepi daging.Bagi sesiapa yang tidak makan pedas tu resepi in memang sesuai benarlah untuk korang.Akak suka lauk ni..Ratah2 ayam sambil makan tauhu pedas..(biasa la kalau tak pedas tak ummphhh)
Resepi tauhu pedas?..oppss..nanti ai bagi ya..Hari ni kita bagi laluan pada ayam ni dulu deh...


Ayam Bumbu Bali
by
anymz mykitchen
Resepi:SCGNor67
Resepi dari Daging Bumbu Bali
by





Bahan:

1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:

Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.

Thursday, 5 January 2012

Rainbow Cake

 Assalamualaikum semua

Asal mulanya rasa segan sangat nak tonjolkan kek yang tak berapa nak menjadi ni.Bukan takat tak berapa memang dah kira tak cantik langsung tapi apa kan daya,...kali pertama main deko2 dan tukang makannya memang teruja sangat dengan rasa keenakan kek ni atau mungkin hanya untuk mengambil hati si isteri tapi tak kisahlah...kata si empunya kek...sedapnyaaaaaaaaaaa..beli ke????...
Mungkinkah power di kacamata nya perlu di tambah atau ia benar2 cantik di pandangan matanya...ermmm..tak kisahlah...yang penting kek birthday untuk suami..En Mustafa Rahman ni di buat khas oleh isterinya yang tercinta dengan penuh kasih dan sayang dan penuh dengan drama demam dan sengau di hidung..sambil deko kek sambil balas2 mesej dari seseorang dan sambil2 tu sok sek sok sek di hidung.
Alhamdulillah akak dapat juga siapkan kek ni tanpa pengetahuan en suami..Kira buat surprise kek lah ni kan?..Tu yang jadi herot berot tu (alasan takleh bla)..
Bila en suami ke dapur kelam kabut akak di buatnya..jenuh sorokkan kek dalam freezer gedabak tu.siap melorot kek tu dlm freezer...(azab betul rasa bila nak buat surprise kek ni tau)..

SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE 54 BUAT SUAMI YANG TERSAYANG
SEMOGA IMPIAN ABANG AKAN MENJADI KENYATAAN DAN TERCAPAI SEBELUM MENCAPAI USIA PERSARAAN PADA TAHUN HADAPAN.
SEMOGA RAHMAT ALLAH SENTIASA BERSAMA ABANG DAN KASIH SAYANG YANG DI LIMPAHKAN PADA SAYA KEKAL HINGGA KE HUJUNG NYAWA..
KASIH SAYANGMU MEMANG TIADA GALANG GANTINYA..


Kek Pelangi
by
anymz mykitchen
Sumber:CikCek
Sumber Resepi:K1@citarasa wan

Bahan2

430gm tepung gandum all purpose
4 sk baking powder
1/2 st garan
250 gm mentega
340 gm gula kaster
375 ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 st esen vanila/badam
Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
serbuk koko secukupnya k1 tambah

400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang
(untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara

1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.
5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek
7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis
8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.



P/S
maaf k1 saya tak buat no 8 dan 9
nak cepat sgt2.maklum buat nyorok2..saya buat sekali harung dan simpan dlm freezer..
Itu yg herot berot krim tu jadinya..
Lain kali nak buat lagi dalam keadaan yang aman dan damai...

Tuesday, 3 January 2012

Ronda2 di Guangzhou,China

Assalamualaikum semua

Yuhuuuuu..ada yang rindu akak ke tu?..
Terlebih dahulu ribuan terimakaseh akak ucapkan pada pengunjung2 baru mykitchen dan terus menjadi sahabat baru akak walaupun sudah seminggu lebih akak tak update mykitchen..
Kelmarin dulu2 tu akak cuma bagi tau di sini yang akak akan bercuti tapi tidak di beritahu ke arah mana percutian akak tu kan?..mana2 sahabat yang menjadi teman fb akak tu sudah maklum yang akak bercuti ke Guangzhou,China..Akak tak pernah termimpi untuk ke sana.sebab akak rasa tak perlu utk ke negara China jika sekadar untuk melancong sebab pada pandangan akak kalau nak keluar negeri pun akak akan ke negara yang mudah untuk mendapatkan makanan halal...tapi bila adik akak mempelawa dan kos penginapan akak semua di tanggung olehnya,ia umpama org mengantuk di sorongkan bantal jawapnya..Akak ni cuma seorang aje kakaknya..katanya apa salahnya jika dia nak berbelanja utk kakak yg sorang je ni kan.mak ayah pun dah tak ada.rezeki yg lebih dia nak kongsi dgn akak..bertuahnya badan akak kan..kenapa suami tak ikut?nanti2 di episod akan dtg akak story ya.
TerimaKaseh tidak terhingga pada adik dan adik ipar akak tu..Akak cuma bawak duit utk shopping aje..
Setelah keizinan suami akak perolehi,maka pada 28hb dis 2011 tu hari jam 5.30 pagi kami pun bertolak ke Guangzhou,China..Cuaca pada masa tu hanya 15'.sejuknya umpama kita pasang aircond pada suhu yang terendah sekali lah..Bagi yang tidak biasa mungkin akan terasa sejuk sangat lah..Sebenarnya rombongan yang ke sana agak ramai juga..lebih kurang 23 orang..Kami dah booking tiket flight tambang murah air asia ni agak lama juga..mujur jugalah akak sehat menjelang hendak ke sana..begitu juga adik akak dan suami dan juga anak sulong mereka..
Okaylah nanti akak cerita lagi suasana di sana dan cara dan kedai mana yang patut di kunjungi kalau nak murah..sesiapa yg berminat utk kesana dgn tujuan utk berniaga tu nanti akak storykan di blog'my story'akak tu ya.
Buat masa ni akak perlu rehat yang panjang dan insyaAllah BW akan akak lakukan bila keadaan kesihatan akak sudah mengizinkan..maklumlah kat sana winter.sejuk.keluar awal2 pagi balik jauh2 malam..jadi kutu embun pun ada..sampai aje mesia terus selsema dan batuk2...dah tuo dah den ni hah....


 pagi2 buta akak dah keluar dgn anak buah akak aiman alya.ronda2 di kawasan sekitar hotel.
Kedai bunga ni ni pagi2 dah bukak.harum je bau bunga segar di sini..

 tempat yg akak berdiri ni dan di belakang akak tu penuh dgn kedai kain langsir.boleh tempah terus dan ambil masa kita nak balik

 kedai ni penuh dgn cadar,tempat tissue,sarung kusyen.dan mcm2 lagi 

 pilih menu apa..akak makan minm tak kira sarapan ke semua bedal nasi je

 buat mi masa tu juga..terus di rebus sebentar dan pilih lah nak makan mi sup ke mi goreng ke

 alhamdulillah berpeluang menziarah maqam sahabat dan bapa saudara kepada RasulAllah saw

saujana mata memandang.penuh dgn fabrics kain pelbagai corak dan rupa.
nak yg silk,cotton..pilih saja
besar betul bagunan di sini.tak larat nak jalan

siapa kata kita tak jumpa toilet bersih di negara China..mahal lah sikit hotel ni kalau dtg dgn tujuan utk berniaga.
Tapi bagi kami yang sambil menyelam minum air ni,kira hotel tempat kami menginap ni antara yang terbaik lah.Rm140 satu malam..janji selesa..

Friday, 23 December 2011

Apam Dot Dot

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga akak masukkan entri mlm ni..Harap masih belum terlewat..Rasanya ini mungkin entri terakhir akak untuk tahun ini..Dengan kebizian yang terlampau sejak akhir2 ni,memang akak kesuntukan waktu dan tidak dapat melakukan semua perkara dalam satu masa.InsyaAllah kita akan bertemu lagi pada tahun depan..Ek eleh..tahun depan tinggal berapa hari je lagi kan?...
Apam dot dot atau apam polkadot ni sudah lama tersimpan dlm draft..Akak ambik di rumah Hana..Hana pun dah berzaman2 balik ke Mesia..
Baru skang ni akak ada keberanian untuk mencuba apam yg ada dot dot ni..Rasanya memang sedap sbb ada inti kaya..(akak letak kaya)..Toksah banyak ceritalah kan sebab tentunya ramai kawan2 yang sudah lama buat..Akak pun naik segan sebab baru sekarang ni apam polkadot nak menjengah ke my kitchen.


Apam dot dot
by
anymz mykitchen
Resepi:Lilydvalley



Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.


baru belajar 
lain kali kena kecikkan dot dot tu

meriah dlm piring ni kan?
nah ambik sorang satu

TerimaKaseh pada pengunjung2 mykitchen yang sudi follow akak beberapa hari ni.walaupun akak jarang2 update still you all singgah dan follow..

Wednesday, 21 December 2011

Bingka Suji

Assalamualaikum semua

Setelah bercuti beberapa hari,hanya kini akak berkesempatan utk mengupdate entri terbaru..
Minggu ni memang minggu yang akan menyibukkan diri akak..Dengan majlis pertunangan anak buah en suami dan beberapa majlis walimatul urus yang perlu akak hadiri...hadoiyai...tak dapat akak bayangkan bagaimana keadaan akak.
Sebab tu tempahan rendang dan sheperd pie dari seorang kenalan tidak dapat akak terima untuk minggu ni..InsyaAllah tahun depan ya shah...akak dah tulis kat white board..Don't worry.thn depan tinggal berapa hari je lagi...Juga beberapa tempahan RVC utk chinese new year dari seorang kenalan en suami..takpe2 itu thn depan punya cerita lah kan?..kikiki
Bingka Suji ni dah jadi fav akak sekeluarga sekarang ni..Memang sedap dan berlemak.Tepung suji atau semolina ni sudah lama ada dlm simpanan akak..simpan dalam esbok utk tahan lama..Pernah tengok di dapur zana dan jun jugak..sekadar menyebut beberapa nama..Yang lain2 puas akak nak cari link tapi ialah orang lain semua dah lama buat kan hanya sekarang ni aje bingka ni berkesempatan menjengah ke my kitchen..
Akak tak letak esen pandan atau daun pandan atau pewarna hijau.Akak biarkan aje bingka ni dengan kaler aslinya..Cuba lah memang sedap dan terbaik dari ladang bingka ni..


Bingka Suji
by
anymz mykitchen
Sumber:Nieza

Bahan-bahan:
3 biji telur gred A

110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)




Cara Membuatnya:
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...



akak tak tunggu lama..bila dah ireng di bahagian bawah terus akak tutup api..
Bingka ni akak potong waktu ia masih panas lagi..