Sunday, 16 May 2010

masak lemak pucuk ubi dgn ikan tenggiri

Hari tu saya ingat nak gulai daging salai dgn pucuk ubi..pucuk ubi ni saya dah petik dulu..hehe beli le cuk ubi ni kt pasar tani.bila dah jumpa bacang muda terus cancel.tinggal dlm ice box tu ,ikan tenggiri.ingat nak salai ikan ni.maleh pulak rasanya.last2 saya goreng separuh masak.



bahan2

1 ekor ikan tenggiri saiz sedang
1 ikat pucuk ubi yg hg 1 hinggit
20 ulas cili api.di tumbuk atau di kisar
1 btg serai
santan dari dua biji kelapa atau santan dah siap rm 3.(asingkan 1 cawan utk pati)
2 keping asam gelugor(asam keping)
kunyit sebesar ibu jari di tumbuk atau 1 sb serbuk kunyit
garam secukup rasa

cara

ikan tenggiri di bersihkan,di kerat dan di goreng separuh masak.
(saya tak gaul dgn garam kunyit sbb nak elakkan rasa ikan goreng dlm gulai ni.setengah2 org dia gaulkan garam kunyit lalu di goreng spt biasa.pun boleh gak.terpulang)
ketepikan ikan
pucuk ubi di rebus hingga empuk,angkat dan toskan
dalam periuk,curahkan santan pekat(kalau beli santan dah siap tambahkan sedikit air),kunyit,cili api,asam keping ,serai dan garam
kacau hingga mendidih
masukn pucuk ubi
masukn ikan
masukn pati santan
rasa kan garam
didihkan hingga masak kuah
sedia utk di hidangkan




sayur kami hari ini.abaikan jelah ya.dah snap gambar sayur ni.kesian pulak.dia pun nak di pamerkan gak.hehe

1 comment:

quinnie said...

pertama kali tengok ikan masak lemak dgn pucuk ubi ni..nak try lah...saya tengah suka sgt dgn gulai lemak gaya kak anim skang ni..hehhehe