Sunday, 9 May 2010

Rojak istimewa ciptaan nenda

Hah..hari ni saya nak bagi satu resepi istimewa ciptaan nenda saya.ROJAK.rojak ni amat terkenal di tempat saya.tapi yg tau membuatnya hanya arwah nenda,arwah mak saya dan yg terkini telah di turunkan ilmu itu kepada saya.kalau korang makan rojak tu kat sini kalau org lain yg buat,maknanya diorang tu telah menciplak rojak ni dari saya atau pun dari arwah mak.



rojak istimewa ciptaan nenda



bahan2

udang kecil 1/2 kg(yg warna putih tu)
tepung beras
1 btg timun1/2 biji sengkuang
tauge-rm 1
tauhu putih-5 keping

bahan kuah

tomato sos brand kimball
cili kering-rm1
bwg putih-5 ulas
bwg kecil-3 ulas
gula
garam
3 cawan air
air panas


cara

bersihkan udang.cuma buang janggutnya je.
bancuh tepung beras dgn air dan garam macam kita nak buat goreng pisang tu.jgn pekat sgt dan jgn cair sgt
masuk udang kemudian goreng lebar2.
jgn terlalu tebal nnt tak garing kueh udang ni
tauhu juga di goreng
ketepikan
potong timun,nak cara hirirsan atau potong empat.mana2 pun boleh
sengkuang juga di potong mengikut cara timun
tauge di siram dgn air panas je





inilah rupa kueh udang nya

cara nak buat kuah
cili kering di gunting.keluarkan biji
kemudian di kisar bersama kedua2 bwg bersama air panas.
keluarkan.
dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan sedikit air panas.
campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol
lebihkan garam dulu,kemudian rasanya hendaklah ada manis,masam,dan masin


di tempat saya,sering menerima tempahan utk membuat kuahnya.kerana kuah ini juga enak di makan bersama tauhu sumbat dan popia



*setengah orang ada juga yg suka campurkan dgn tempe goreng.rojak ini sedap di makan bersama nasi dan juga di ratah begitu saja.
oh ya maaf sbb tak nampak sayur tauge dan timun dlm gambar ni.

No comments: