Friday 3 December 2010

Nasi Daging

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah rezeki daging korban tu hari mmg melimpah ruah.
Hari ni hari Jumaat.elok benar lah akak masak nasi daging hari ni.tambahan anak2 semua akan balik hari ni.
Resepi akak ambik dari rumah UMMI..maceh ummi..sedap.ada gak yang akak tambah sana sini sinun..maklum masak2 ni kena kreatif.betul tak CMG?





Bahan:-

1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)=akak tambah 1 kiub daging
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:
Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar.
Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa.
Tabur bawang goreng bila menghidang.
(*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi).




SAMBAL ASAM TOMATO

5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar-akak hiris je
4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar-akak hiris jugak
3 biji tomato - didadu belacan yg dibakar
sedikitair asam jawa
gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak.







6 comments:

hana said...

aduhh kakkk....udah berbakul2 melele air liuq nih!! sedapnyerrrrrrr.... tuko ngan roti kite yer! aci tak??? ahh aci kat india! hahaaa

Chik Mimi said...

kak lapo ni tgk nasik akak perut lagi munyik nakkkk lama dah tak buat ni

K.Nor said...

salam k.anim.. uishhh kecur tengok nasi daging.. dah lama tak buat..

Lady of Leisure said...

sedapnya nasi daging.. kegemaran lady juga ni kak.. dalam air asam tu letak kerisek skit sedap kan... fuhhh..

Eliza said...

kakAnim, saya pernah buat nih. Sedapkan!

Selamat bercuti utk akak sekeluarga..

NoorMasri said...

salam k Nim...sedapnya nampak !