Friday 10 December 2010

Puteri Ayu

Assalamualaikum semua..selamat bersiaran kembali..jap je ni ya..petang2 nanti akak nak ke KL.ke rumah adik bongsu pulak..saja2 ziarah.dia tak sempat balik,akak lah yang berkunjung ke rumahnya ..jadi kakak sulong camni le....
Aduuuh..lama tul akak tak buat kuih puteri ayu ni tau..last sekali akak buat masa anak sulong baru umur lam 3 atau 4 tahun..huuihh..dah 22 tahun yang lampau..huhu..(tuanya aku)
Resepi akak ambik dari rumah HANA yang sekarang ni sedang tersandar kekenyangan selepas membedal daging salai...muhahahaaa...jangan marah ya na..gurau2 hujung tahun namanya ni.




Puteri Ayu
source:HANA

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula caster
  • 3 biji telor
  • 1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
  • 1 sudu makan ovelette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Inti kelapa
  • 1 biji kelapa parut putih sahaja
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan tepung ubi
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
  2. Putar telor + gula sehingga betul2 kembang.
  3. Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati.
  4. Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis.
  5. Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
  6. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.




1 comment:

AemaWan said...

sedap nye kui nii...tertarik tengok akk buat...:)