Wednesday 9 May 2012

Sup Ayam Kampung

 Assalamualaikum semua

Apa khabar pengunjung2 mykitchen hari ni?...Harap semuanya berada dalam keadaan yang sehat dan bersyukur kerana kita masih lagi dpt bernafas di mukabumi Allah swt ini..
Hari ini akak tunjukkan gandingan lauk sambal gesek akak semalam...takkan nak makan sambal gesek tu aje kan?..mesti ada gandingannya..lauk tumis air ke,sayur masak tumis ke...hehe
Tapi semalam akak buat sup ayam kampung yang sememangnya sentiasa ada dlm stok freezer akak tu..
MasyaAllah akak makan sampai tak ingat..ahaks..^_^..Dah lama tak buat laukpauk kampung..
Okay resepi yang akak tepek kat sini ialah resepi sup tulang yang pernah akak post suatu ketika dahulu.
Mek Jah kata dia suka rasa sup akak..Nanti bila you all nak try resepi ni tukar aje lah tulang atau ekor tu ke ayam ya..Resepi sup ni amat sesuai dgn ayam kampung..,tulang atau ekor..Kalau ayam bandar yang kena inject tu boleh juga tapi macam tak berapa nak ngam..kenapa ya?..agaknya ayam bando ni sesuai buat kepci kan?kan?..
Okay akak tinggalkan sup ayam ni dulu ya..malam2 nanti akak BW ke dapur kawan2..Nak keluar beli barang2 keperluan untuk wazir nak masuk matrik 28hb mei ini nanti...

Sup Ayam kampung
by




Bahan2

2 1/2 kg tulang/ekor
2 batang serai-di titik
8 ulas bawangg kecil-hiris*
5 ulas bawang putih-hiris*
sedikit halia-hiris mancis*
daun limau purut secukupnya kurang lebih 5 helai
daun sup secukupnya
daun ketumbar secukupnya
2 kiub pati ikan bilis
2 sudu besar lada hitam-tumbuk kasar
cili padi hiris ikut suka banyak mana
1 biji limau nipis-ambil jusnya
Rempah penumis 4 sekawan RM1.-bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih
Air secukupnya


Cara

Bersihkan tulang sebaik2nya dan masukkan ke dalam periuk
Masukkan air secukupnya hingga paras menutupi daging/tulang
Masukkan serai
Masukkan 2 helai daun limau purut
Masukkan 3 tangkai daun ketumbar-patah2kan dulu
Masukkan 3 helai daun sup-patah2kan dulu
Jerang tulang sehingga empuk
Tambah air jika nampak air berkurangan dan daging masih belum empuk
Masukkan garam dan kiub
Didalam kuali yang lain tumis bahan2 yang dihiris dan rempah 4 sekawan hingga bewarna keperang2an dengan menggunakan minyak yang sedikit.
Curahkan bawang2 dan halia yang di tumis ke dalam periuk berisi sup tulang dengan minyak2nya sekali.Kalau daging banyak lemak tak perlu curah minyak memadai hanya ambil bawang goreng saja.
Masukkan lada hitam yang di tumbuk kasar
Biar mendidih hingga daging tulang atau ekor empuk
Rasakan garam
Bila hendak di hidangkan jangan lupa perah limau nipis dan taburkan cili padi hiris.

Cuba lah.pasti tidak menyesal.InsyaAllah.....




Dah akak bagi resepi sambal ni semalam
Boleh lah cuba buat bila balik dari pejabat nanti.
takde bacang?..takpe
Boleh juga guna mangga muda atau tak pun cari aje mangga yg separuh masak kat kedai buah tu..




Ada juga goreng ikan kerisi..


16 comments:

Amie said...

Selamat petang kak Anim sayangggg...
kombinasi lauk pauk yang menggiurkan! Sedapnya makan ikan goreng kerisi dengan sambal gesek, siap hirtupmkuah supa yam kampung lagi.... slurrrppp.sluirrrpppp...ahhhhh kuar peluh!

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Mak ai kecur dibuatnya memang gandingan yang mantap

Mas said...

Assalamualaikum kak anim cayang...
hmmm...semuanya sedappp...
mengeliurkan....
patut la akak makan sampai tak hengat dunia...hahahaha

zila norazila said...

kak anim
kita nk cuba sambal mangga tue..menarik btul:)

Chah said...

Ini lagi mendatangkan 'marah'!..oohhh Meh Jah dah rasa ye sup akak, eh sup ayam akak...tak aci! nk jugak2...
err kak, halia tu hiris mancis tu, hiris panjang2 ke...* ngok! heeee

rahel said...

Wah tayang sup ayam kampong la pulak...nak tambah power la ni..

Ummi Annur Humaira said...

kak slalu sup ayam org pggil sup ayam kan???

tp kat base navy lumut ni, diorg pggil 'ayam masak sup'...nak pitam rasa dgr..hahahahah

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Kak Anmyz cayang.. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh macam nak menitis airmata memandang kesemua lauk-pauk yang enak belaka di atas tu... hadoii sedapnya.. telan air liur banyak kali sampai kering dah ni.. sedapnya sedapnya.. huauuauaauu

Ummi said...

Aniimmmmmm....kemaiiinnn makan x hengat...dgn sup ayam kampungnya, dengan sambal segalanyaaa...perghhh, dah terasa2 kehangatan dan menyengatnya menu kat atas nih...mau fengsaaann pas makan ni...tp kalau Ummi dtg, buatkan kita sup daging or ayam bandar je la yea...kita x makan ayam kampung, huhu...*ada kes, sejak tu x makan...hehe

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum kak nIm..

Samalah menu kita kak Nim.. Naz pun buat sup ayam gak tapi bukan ayam kampung. Naz guna ayam bandar..hehehee..

Kak Nim, poskan sebotol sambal tu kak nim.. Terliur ai..

ibundo said...

umang ai.. somo e sodap ni.

Queenie said...

haduiii...kecurnya...ikan goreng tu cicah ngan sambal..pastu hirup sup ayam kampung plak...

kecurnya...kecurnya...

Amelia said...

Hi Kak Anymz, ada ikan kerisi, my fe-be-ret... ada sup ayam lagi... Kak, I nak tambah nasi lagi, boleh tak? kekeke

Jumpa lagi, bye... muahzzz..

paridah said...

assalam anym..sesekali kena jenguk jg dapur anim ni...

. said...

nampak sedap.

Unknown said...

salam perkenalan..saya suka sup..nanti boleh cuba resepi ni..makasih.