Friday, 4 June 2010

Nasi Minyak dan kurma ayam

Ini adalah resepi nasi minyak yang paling senang sekali nak buat yang saya pernah jumpa.
tak banyak bahan tapi puas hati sebab sedap bangat deh.
n3 yang ini saya bagi resepi nasi minyak tu je ya.kurma ayam tu lain kali lah ya.lg pun mesti you all tau dah camno nak buat kan..haha..rancangan cuti masak tak menjadi..
ada orang merayu2 tak larat nak makan yang goreng2 lg dah..


bahan nasi minyak

3 pot beras biasa/basmathi
1 tin susu cair
2 cawan air
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
semua bahan ini di hiris halus
1 paket kecil 50 sen rempah 4 sekawan
2 kiub ayam
2 sudu besar sayur campuran(mix vege)
3 sudu besar minyak/margerin/minyak biasa pun boleh
1 helai daun pandan

cara


cuci beras.ketepikan
panaskan minyak
tumis bahan2 yang di hiris
masukan rempah 4 sekawan
biarkan hingga hingga naik bau
masukan air dan susu cair
masukan kiub ayam
dah mendidih masukan beras dan daun pandan
tanak seperti biasa.
dah masak sedia untuk di hidangkan.

Thursday, 3 June 2010

minggu ni saya cuti...

saya terpaksa cuti memasak minggu ni..hehe..takdelah sampai mcm tu sekali..saya masak tapi cuma menu yg teramat2 simple sbb saya sibuk membusy kan diri.
hari isnin tu hari dah start anak2 exam jadi kena fokus kat diorang.pastu sek dah mula cuti,maka akan banyak lah undangan2 walimatul urus yang akan saya hadiri.maka gantung periuk lah saya minggu ni tapi tak gantung kuali sbb kuali nak guna utk goreng telur dsbnya..hehehe....
Semalam saya pegi home decor (my feveret place utk ronda2 skang nih) lagi.
layan gambar2 ni ek............


saya beli mangkuk ni untuk mr suami sebab dia suka makan mee yang berkuah.so tukar lah yang baru sikit utk tahun ni


jam cantik.tapi konsep tak sama dgn rumah..ermm..takyah beli














hadiahkan burung cinonit ni untuk rumah baru
Love....hehe..














hadiahkan lampu utk wedding siapa ya..


dah malas lak rasanya nak upload.tenet lembap....

Tuesday, 1 June 2010

kuay teow sup simple...


Saya tak tau nak panggil apa menu kat atas nih.sebab memang totally masak resepi dari kepala saya.saya namakan kuay teow.sup.boleh??Ini memang sarapan feveret anak2 dan mr hubby.anak2 panggil kuay teow gondol berkuah.tak syok le nak letak nama tu kan.tak glamer.bahan2 dia very easy to find.u all bole tambah mcm2.tapi dlm ice box ada tuuu je,jadi ini je yg dpt saya buat.janji anak2 gi sek dgn perut yg kenyang..

bahan2

1 paket kuay teow di rendam dengan air panas.tos dan ketepikan
2 paket fishball.
3 keping fishcake
2 buku kiub ikan bilis/ayam
4 ulas bawang putih
garam secukup rasa
5 cawab air atau air udang-yang ini saya guna air biasa.air udang dah habis.buat mi kari hari tu.
1 ikat sawi/kobis panjang
7 tangkai cili padi di potong2

cara
panaskan minyak
tumis bawang putih
masukan fishball dan fishcake
masukan air
dah mendidih masukan kiub
biarkan dgn api perlahan
bila dah hendak di hidangkan,baru masukan sawi,atau telur jika suka

senang bangat kannn...





minum dgn teh tarik lemak dan berkrim .saya buat teh guna susu ideal cair..berkrim sungguh ....

Monday, 31 May 2010

Gulai nenas dgn ikan sepat masin



Haisshh...kalau hubby tau saya masak nih,berdesing telinga kita dengar dia berleter....
takpe2...hari ni mr hubby out stesen.saya bedal nenas tu je.ikan masin saya bg kengkawan semua ya.....nah..bukak mulut ...ermm...ambik lah...
hari ni saya masak lebur semua sekali.sebab nenas nya ada setengah biji je.ikan masin tu saya ada 4 ekor.kecik2 je pulak tu.

bahan2

4 ekor ikan sepat masin/ikan kurau
1/2 biji nenas.
Rm2 santan segar(santan dah siap)
2 sudu besar cili api kisar
3 cawan air
1 batang serai dititik

cara

nenas dan ikan potong ikut suka
masukan dalam periuk
masukan serai
didihkan dalam 3 minit
masukan cili api santan dan air
jerang hingga mendidih
rasa,kalau kurang garam baru tambah.
saya tak letak garam kerana ikan tu dah masin.
gulai ini hendak sentiasa di kacau supaya tidak makan minyak
dah masak sedia untuk di hidangkan




kicap sotong ni saja buat jamu mata.ni lauk untuk anak2 hari ni

Sunday, 30 May 2010

French Loaf with cheese and tuna


Lagi sekali saya suka sgt2 buat tajuk gempaq chenggitu..hehe..french loaf ni senang sgt buatnya.
mungkin you all dah selalu buat.yang ini made by eldest daughter.farah, masa breakfast tadi..tak puas hati mak puji adik dia semalam kot.bagus gak diorang lawan2 masak ni kan..mak pun senang dok goyang kaki dgn ayah nonton cerita 'House'.yeehaa.......

bahan2

1 batang french loaf(ala yg jual kat giant,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna
1 biji buah tomato di belah dua dan di hiris
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese
butter

cara

french loaf di potong bulat2 atau menyerong
ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
sapu butter di atasnya
letak tuna yang sudah di hancurkan
tabur serbuk lada putih/hitam
letak tomato atas tuna
akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
sedia untuk di bakar.
bakar hingga keperang2an.
dah siap..




Nurfarah hanis mustafa
awatnya yang dok terlentuk tu.
oo... masa ni tunggu mak shopping mopping kat JJ

Saturday, 29 May 2010

chocolate moist cake

Ini chocolate moist cake yang totally bake by ainul.my youngest daughter.saya tak masuk campur langsung masa dia buat kek ni.resepi ainul ambik dari kawan dia shidah,masa tu shidah bagi present kek ni sempena ainul's 14 bday tu hari,ainul rasa sedap terus dia minta resepi
ermmm....to me the taste is more to brownies cake.sedap jugak...simple buat ni..

bahan2
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1 cawan serbuk koko
keempat2 bahan di atas di ayak
1 cawan minyak jagung/masak pun boleh
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula

cara

panaskan kukusan
telur dan gula di pukul bersama hingga kembang
masukan minyak,susu pekat dan susu cair
masukan tepung,soda,baking powder dan koko
tuang adunan ke dalam bekas dan kukus hingga masak


nur ainul hanis

kerabu kerang+taugeh

ermmmmm.....dah lama tul saya tak buat kerabu ni,di sebabkan kerang ari tu saya simpan baik2 dlm ice box so dapatlah di gunakan lagi.saya belajar buat kerabu ni masa saya dok alor star dulu.
sedap giler kata bebudak skang nih...cubalah

bahan2
1 kilo kerang.-rebus kopek isi ketepikan
30 sen tauge-siram dgn air panas.ketepikan
1 labu bawang besar-potong bulat
1 biji kelapa parut-goreng kering hingga keperang2an-ketepikan
4 biji cili hidup
1 inci belacan-bakar
1 biji limau nipis.jika suka cili api hiris
garam

cara

tumbuk atau kisar kering cili hidup bersama belacan
gaul semua bahan2 spt kerang,kelapa,bawang besar dn taugeh
tambah sedikit garam dan perah asam limau.
jika ingin pedas tambah cili api yang diris kasar

Friday, 28 May 2010

sweet sour ketam

hari ini anak2 ada yang minta sweet sour ketam dan ada jugak yang minta masak lemak.memandangkan baru lepas makan masak lemak ketam,jadi hari ni kita ikut selera amir.


bahan2

3 ekor ketam
1 senduk cili kering kisar
2 labu bawang besar di potong bulat2
4 ulas bawang putih
1 cawan tomato sos
1 cawan cili sos
2 cawan air
serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 sb gula
1 butir telur
daun bawang utk hiasan
minyak utk meggoreng

cara

ketam di bersihkan dan di lumur dgn sebuk kunyit dan sedikit garam kemudian goreng setengah masak.
ketepikan.
kurangkan lebihan minyak goreng hingga tinggal anggaran 1 cawan
tumis bawang putih hingga naik bau
masukan cili kering kisar.
tumis hingga naik bau
masukan kedua2 sos
masukan air
masukan gula
rasakan garam,jika kurang tambah sedikit garam
telur di kocak2
bila sudah mendidih,masukan telur,bawang besar
akhir sekali masukan ketam
gaul sebati
sedia untuk di hidangkan

*sedap di makan bersama roti

Thursday, 27 May 2010

Rendang Itik

rendang itik

Jangan terkejut bagi orang2 yang tak biasa.rendang itik ni lagi sedap dari rendang ayam tau.saya masak ni tgh tadi.esok semua anak2 terkumpul,jadi makan besar la sikit.ada kawan hubby cekau itik bagi 2 ekor.1 ekor saya buat rendang,sekor lagi tgh pikir2 ni nak masak apa.


bahan2

1 ekor itik(itik tak besar sangat).-di layur atau di salai sebentar
2 kilo santan(mmg santan kena byk sbb itik ni takde lemak jadi takde minyak.kalo itik besar tambah lg santan)
20 biji bawang kecil di hiris
1 labu bawang putih di hiris
5 batang serai di hiris
halia sebesar 2 jari di hiris
cili api RM2.(mmg kena pedas sikit) di kisar halus
2 senduk cili kering yang telah siap di kisar
3 sb rempah rendang atau rempah kari daging
2 sb serbuk kunyit
garam secukup rasa
2 cawan air




cara

itik di potong kecil2,bersihkanmasukan dalam kuali
semua bahan yang telah di hiris,rempah,cili2,serbuk kunyit,garam gaul sekali dan masukan dalam kuali yg ada itik
jerang atas api
tambah 2 cawan air utk kecutkan itik sebentar
masukan santan
kacau
biarkan
sekali sekala di kacau hingga kering
rasakan kuah dgn tangan.jika sudah garing tutup api dan sedia untuk di hidangkan

Lawar kuinin


haishhh...jangan tanya saya tau kenapa nama dia lawar.mungkin depa nak bagi nama lawa kot.sebab kuinin ni kena kasi make up dgn cili merah,santan,lada hitam,pelabagai kaler ada.tu yang diorang buh nama lawar tu kot.hehehe..kuinin ni adikberadik dgn mangga.

bahan2

3 biji buah kuinin(biasanya byk yg busuk di dalam.hati2)
1 mangkuk santan pekat
1 st garam
1 labu bawang besar size kecil di hiris halus
1 tangkai cili hidup di hiris halus
2 st lada hitam di tumbuk


cara

buah kuinin di kupas dan di cincang
gaulkan semua bahan sekali
sedia untuk di hidang

Jemput2 Jagung

Hari ini kita makan jemput2 jagung atau bahasa melayu pasar nya cekodok jagung.kihkih....dari n3 di biarkan tak berusik baik saya masukan apa yang saya makan ptg smlm.kalo tak bersawang pulak kitchen saya nih.bagi anak sedara yang baru kawin tu hah,cuba buat.esok cuti,jgn nak lepak2 je.k.....

bahan2

4 cawan tpg gandum
1 cawan jagung
1/2 labu bawang besar
10 ekor udang di buang semua kulit
1 tangkai daun bawang
jika suka 1 sudu besar cili yang di hiris halus(saya tak letak)
2 cubit serbuk lada hitam
4 mangkuk air

cara

sediakan mangkuk
masukan tepung
masukan jagung
masukan udang yang telah di bersihkan
daun bawang di hiris halus juga masukan ke dlm mangkuk
bawang besar di potong halus atau di cincang.masukan ke dlm mangkuk
masukan lada hitam
masukan garam
gaul rata
masukan air.
jika kurang tambah air

panaskan minyak,jemput2 adunan menggunakan sudu kecil ke dalam minyak yang panas
gorong hingga warna keperang2an.
dah masak sedia untuk di hidangkan
makan dgn sos cili

Tuesday, 25 May 2010

Roti kismis

Lama tul saya teringin nak bakar roti yang ada kismis kat dalam,sehinggalah ada permintaan dari ainul semalam.di sebabkan smlm bday ainul saya tunaikn gak la request dari ainul ini.
Resepi seperti biasa,yang gebu2 ni kita ambik dari cik mat tu hah..minta ampon ya mat.aci C&P jek nih..memang gebu




BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
1 camca besar susu tepung1 1/2 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam halus
50 g gula halus8 g instant yeast
50 g mentega50 g kismis1 biji telur*
1/2 camca teh esen vanilla*(*disatukan dan kacau rata)
120 ml air
Sedikit mentega untuk disapu atas roti
lihat kegebuannya

CARA MEMBUATNYA :-)



  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan juga mentega untuk disapu atas roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega (50g) dan terus menguli hingga mendapat dok yang lembut, kenyal dan anjal. Bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 45 minit hingga kembang. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan diatas kecuali mentega untuk disapu ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "ON". Biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuh sedikit dan bagi kepada 10 bahagian, kurang lebih 64g setiap bahagian. Bulat2 kan dan letak dalam bekas (mat guna muffin cup saiz besar)...atau susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap.\
  3. Biarkan 30 - 35 minit hingga doh naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selamat 15 - 20 minit atau hingga peerang. Keluarkan roti dari oven dan sapu permukaan roti dengan mentega. Biar sejuk dan hidangkan..... Selamat mencuba..

sup ayam

sup ayam ber carrot

seperti biasa la,saya kan suka n3 gempaq camtu.pada halnya sup ayam biasa dgn carrot je tuh.

bahan2

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar di hiris
3 ulas bawang putih di hiris
halia di hiris halus
rempah 4 sekawan
1 batang serai
1 kiub ayam
2 lobak merah/carrot
5 cawan air

cara

panaskan minyak
tumis bawang2 dan halia yang di hiris
masukan rempah 4 sekawan
dah wangi masukan ayam
di kacau rata
masukan air.biar mendidih
masukan kiub,carrot dan garam
tunggu hingga carrot masak,rasakan garam
tutup api.sedia untuk di hidangkan
hiaskan dgn daun bawang dan daun sup dan juga bawang goreng








mee ala2 hailam



kelakar kan.saya masak mee ni untuk breakfast.sebenarnya mee tu tinggal ciput sgt2.tak sampai 1/2 paket pun.saya da kehabisan idea.anak2 nak gi sek.terus je saya buat ala2 mi hailam.
ermm..sedap..janji beres.tinggal pinggan je.

bahan2

1/2 paket mi kuning
10 ekor udang
2 ulas bawang putih di cincang
1 keping fish cake
1 ikat sawi
1 cb sos tiram
1 cb kicap
2 cb serbuk lada hitam
1 kiub ayam
1 butir telur
1/1 cawan air tpg jagung
1 cawan air

cara

panaskan minyak
tumis bawang putih
masukan udang dan fishcake
masukan 1 cawan air
masukan sos tiram,kicap,serbuk lada hitam,kiub ayam
biar mendidih
masukan air tpg jagung
biar mendidih
kocak2 telur
masukan telur
masukan sawi
rasa garam
tutup api
sedia untuk di hidangkan
nak pedas makan dgn cili cpi potong

Monday, 24 May 2010

maggi perisa kari

Dari saya tak buat apa2 baik saya masukan sesuatu untuk hari ini kan...
Hari ini adalah hari yang buat saya jadi sangat sibuk.tengahari tadi saya cuma dapat panaskan lauk asam pedas yang semalam punya.sib baik mr hubby baik hati.dia cuma nak maggi je utk makan malam.sesekali ubah selera apa salahnya kan.....saya jumpa mcm2 dlm ice box utk bagi maggi ni nampak cantik




bahan2

1 paket mi maggi perisa kari
1/4 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
kedua2 bawang di hiris
3 ketul udang hidup
1 helai kobis panjang.
1 butir telur
1 mangkuk air
(ikut sukatan maggi)

cara

tumis bawang2 yang di hiris
masukan air

Sunday, 23 May 2010

Mi kari abang saya

Mi kari ni saya buat chinese style.mr hubby suka dgn gaya ini.sebenarnya mee ni saya buat semalam.seperti roti kat bawah tu sepatutnya mee ni di published semalam tapi ada sedikit masalah teknikal,hari ini baru dapat di keluarkan.mari kita layan resepi.saya perolehi resepi ni sejak saya remaja melalui abang sulong saya


bahan2

1 kilo mee-rendam dgn air panas,tos dan ketepikan
1/2 kilo udang yg putih
2 keping fishcake-di hiris
1 paket fish ball-di belah dua
1 mangkuk isi ayam
sotong jika suka
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit halia(kalau di blend anggaran 1 sudu kecil)
sedikit lengkuas(kalau di blend anggaran 1 sudu kecil)
1 batang serai(di blend)
2 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 batang bunga kantan
1/2 liter santan
3 paket kecil rempah kari daging
2 kiub ayam
telur rebus
kerang
tauhu kering(tauhu fok)
1 liter air
tauge
minyak
garam

cara

udang di bersihkan dan di kisar bersama 1 liter air(masukkan kepala dan ekor sekali)
semua bawang di kisar dan di satukan dgn halia,lengkuas dan serai.
panaskan minyak
tumis bahan2 yang di kisar
masukan bunga lawang dan kulit kayu manis
masukkan rempah kari daging
biar hingga terbit minyak
masukkan isi ayam,fishcake dan fishball
biarkan 2 minit
masukkan udang yang telah di kisar
masukkan santan
masukkan bunga kantan
jika pekat tambah air
masukkan kiub ayam(jika suka)
biarkan mendidih
rasakan garam
sedia untuk di hidangkan bersama telur rebus,tauhu fok,kerang dan tauge dan juga sambal jika ingin makan pedas2.

Saturday, 22 May 2010

Sweet Bun atau Bun Manis

n3 ni saya sepatutnya publish kan semalam.pic saya dah snap malangnya card reader pblm.entah kenapa tak bole plak nak read so pic yang cantik2 semua tak dapat upload.sib baik hati ni rasa cuak je sblm tu,saya sempat snap roti dgn camera hp.blurr la sikit tapi janji hajat sampai.




Saya teringin betul bakar roti ,time2 sejuk chenggini.pastu cicah kopi.kali ni mr hubby mintak saya buat bun yang ada inti.memandangkan hari tu buat pau goreng ada lebih inti red bean,jadi saya pi selongkar dapur mat gebu.maaf ya cik mat saya C&P je resepi ni.tau anak2 kata apa??sedap giler mak.gebuuuu......


Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
100 g tepung kek -saya guna tepung gandum je
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera
40 g shortening (lemak sayur)
250 g air
Inti kegemaran secukupnya

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, kalau guna mesin uli 10 - 15 minit dan 20 minit kalau gunakan tangan. Alih ke dalam bekas yang besar, tutup permukaan bekasnya dengan plastic cling, dan biar doh naik 2 x ganda, kurang lebih 45 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali inti ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan "on" dan biar hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap. Timbang 60 g untuk setiap bahagian (menghasilkan lebih kurang 12). Isi inti kegemaran pada setiap bahagian, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap dan rehatkan hingga naik kurang lebih 30 - 45 minit.
  3. Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan susu dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.
  4. saya ikut cik mat tak sapu telur, cuma lepas masak, saya sapu permukaan roti dengan mentega dan saya bakar roti pada suhu 180C selama 20 minit...

Friday, 21 May 2010

Egg drops with mushrooms soup

Yeehaa..bagus tak bunyi n3 tu.ckp melayu nya sup cendawan dgn telur..masak org maleh cam saya.

bahan2

1 paket cendawan tiram yang jual paket tu
3 biji telur1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
rempah penumis 4 sekawan
1 kiub ayam/ikan bilis
1 liter air
garam secukup rasa
daun bawang dan cili hidup untuk hiasan

cara
hiris bawang besar dan bawang putih.ketepikan
cendawan di siat2.ketepikan
daun bawang dan cili hidup di potong dan cili di belah empat
panaskan minyaktumis bawang2 dan rempah penumis.
masukkan air,kiub dan garam
bila dah mendidih masukan telur yang sudah di pecahkan dalam bekas berasingan
.jgn sampai kuning telur tu pecah
didihkan
masukan cendawan.
rasa garam
masukan daun bawang dan cili.
sedia untuk di hidangkan.

breakfast nasi goreng

semalam second son saya balik lambat.tgk dalam periuk nasi dah habis.kesian kat anak so saya tanak lagi.ada berlebih.saya buat nasi goreng kampung .nak snap pic guna camera,tgk2 bateri kong pulak.adoi.dari takde n3 saya keluarkan aje la pic ni guna hp pun hp lah.resepi layan di sini ya

Thursday, 20 May 2010

Ayam masak kicap kering

bahan2

1/2 ekor ayam di bersihkan
1 labu bawang besar di hiris bulat
3 ulas bawang putih di hiris
halia di hiris
1 tangkai cili hidup di hiris
1 tangkai daun bawang
1 biji tomato
kicap
sos tiram
minyak utk memasak

cara

ayam di potong kecil2 lalu di rebus hingga empuk
keluarkan ayam dan di perap dgn sos tiram dam kicap.ketepikan
panaskan minyak
tumis bawag putih
masukan ayam
kacau sebentar kemudia masukan bahan2 hirisan tadi
masukan tomato yg di belah 6
sedia utk di hidangkan

*lebihan air rebusan ayam boleh di simpan dlm freezer.boleh di gunakan utk goreng mi dsbnya.