Tuesday, 12 April 2011

Poskad dari nieza,kad dari mas dan noorsafone

Assalamualaikum semua..
Harap2 akak belum terlambat nak bagi ucapan tahniah pada adik2 yang di sayangi lagi di rindui,..cewah cam buat surat karangan nak ambik SPM pulak kan?..
Tiada seindah kata dan secantik bahasa yang dapat akak sampaikan melainkan ucapan segulung tahniah buat mas duniaku,nieza our journey begins dan noorsafone dalam dunia blogging nih..




ini dari nieza





ini dari mas duniaku





ini dari noorsafone


SEMOGA KALIAN AKAN BERTAMBAH MAJU DAN JAYA DALAM ARENA BLOGGING DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH SIFU CMG.NOR,UMMI DAN HANA KE MAJALAH JELITA SUATU HARI NANTI.

Friday, 8 April 2011

Kuih Lapis Cendol

Assalamualaikum semua

Hah!..Cak!..Cak!...rajin akak melapis kan?..kan?..kehkeh..balas dendam wo..berapa lama dah dapur ni sepi tanpa bahan.
Akak buat kuih lapis ni semalam..sama dgn kek chef zubaidah yang mula asalnya di kongsi oleh alongRoz dan NoorsHa..mintak mahap ya along minta mahap ya noorsha..al maklum kdg2 benda2 macam ni pasti akan terjadi..terima kasih pada izahdaut dan mas duniaku yang mengingatkan akak semalam..alhamdulillah syukur mendapat teman2 yang perihatin nih..

InsyaAllah bila keadaan dah reda akak akan bw ke dapur kalian semua ya dan balas komen2 di bawah nun..sekarang ni akak masih lagi sibuk di rumah kak timah..esok hari langsung nya..mlm ni majlis akad nikah..ni akak sempat curi tulang sebab nak zuhor di rumah..

kuih lapis cendol
by anymz my kitchen
source yatie

Bahan-bahan A:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 s/b tepung beras
  • 2 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 1 s/k garam
  • 11/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 4 s/b gula merah]-saya tambah 1 sk coklat emulco
  • 1 cawan cendul
  • 1/2 cawan air



Cara:
  1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
  3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..
  5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
  6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.
  7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.
  8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.
  9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.
  10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..
  11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan


Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah sistem paip di rumah sudah berfungsi semula.tapi akak agak sibuk sedikit sebab meraikan majlis walimatulurus di rumah jiran..
Semasa bercuti dari berblogging semalam,akak pegi ronda2 ke rumah kawan2..amboi2...masing2 sungguh sibuk dengan kek kukus chef zubaidah ni ya..akak pun takmo ketinggalan jugak..
Akak buat kek ni petang tadi ,sekembalinya akak dari rumah kak timah jiran akak tu hah..saja buat kek ni untuk anak2 kunyah esok sebab maknya pegi ke rumah orang kawin..
Resepi akak ambik dari yang terkini rumah nieza..nieza akak kongsi resepinya di sini ya..kek ni ada jugak di rumah mas duniaku,hasue,ijahdaut..mmm..rumah sape lagi ek?..kalo ada yang akak lupa nanti bagi tau ya..

kek coklat lembut kukus chef zubaidah
by anymz my kitchen
source:nieza
Bahan :
  • **100 gm serbuk koko
  • **1 tin susu cair
  • **200 gm minyak masak @ minyak sayuran @ pun butter cair
  • **250 gm susu pekat
  • 250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
  • 4 biji telur - pukul hingga berbuih
  • 150 gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder



Cara membuatnya :
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda** dan masak dengan api perlahan sehingga licin.
  2. Tak payah sampai menggelegak
  3. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  5. Kalau tak nak kukus boleh juga bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
  6. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing @ ganache.
Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sb butter/margerin/minyak masak
Caranya :
    Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.



    Thursday, 7 April 2011

    Award dari maDiha

    Assalamualaikum semua

    Memandangkan akak tak dapat nak masak dan post di blog buat sementara waktu ni,maka akak luangkan masa dengan memenuhi ruang ini dgn award dari madiha..bukan saja takmo update..bahan2 ada yang sudah di beli tapi rumah akak tak berair...hari ni pun akak tapau je lauk...sakit jiwa nak menelan lauk yang di beli ni kan?..air yang ada akak terpaksa save kan utk perkara2 yang wajib..leceh kan?


    1. Kena pos balik linking kepada orang yang memberi award ini. (ok siap!)

    2. Berkongsi apa jua mengenai diri anda dengan semua (ok... dah!)
    • Di lahirkan di negeri sembilan 47 tahun yang lalu.di besarkan di merata tempat sebab arwah ayah akak kerja gomen.dari darjah satu hingga ke tingkatan 6 akak bersekolah di sebanyak 11 buah sekolah..akak tidak pernah bekerja..ulang ya..tidak pernah..kesian kan?..kan?..
    • Isteri & ibu kepada 6 orang cahayamata..4 lelaki dan 2 perempuan..yang sulong berusia 26 tahun dan yang bongsu sudah pun 15 tahun..

    • Akak seorang wanita yang simple dan suka ketawa..suka senyum sebab akak tau senyuman akak manis menawan kelbu.ecehceh..perasan tak habis2..oh ya! akak suka perasan gak..

    • kalau diha seorang wanita yang sibuk.,akak pulak seorang wanita yang penyibuk.hehe..
    • Masa zaman sekolah dulu akak bercita2 nak jadi cikgu atau pramugari.sudahnya sekarang ni kemana2 akak pergi pun orang selalu ingat akak kerja cikgu..hehe suka hati tau...sebab mesti terserlah kecerdikan wajah akak yang ayu ni kan?..

    • Orang selalu kata akak seorang yang kelakar tapi sebenarnya jiwa akak ni lembut dan sensitif tau..hehe

    • Akak nampak garang pada mata adik2 semasa diorang kecik2 tapi sebenarnya akak seorang yang penyayang..
    • Akak seorang yang penakot pada tempat yang tinggi,tempat yang gelap dan laut dalam..Jangan tak tau akak tido mesti bukak lampu..biasanya lampu yang samar2..janji jangan gelap.


    3. Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui.

    Rasanya akak tak dapat nak nama dan senaraikan blog2 yang baru akak temui..semua rumah diorang akak kunjungi walaupun kadang2 akak tidak meninggalkan jejak cuma jenguk2 je..semua suka dan semua akak sayang..

    4) Drop them a note and tell them about it
    bila dah tak buat yang di ateh ni yang ini pun tak adalah kan?

    Wednesday, 6 April 2011

    Pai Roti/versi terhangus

    Assalamualaikum semua..

    Yuuuhuuu..akak dah balik..dah sehat..insyaAllah..moga2 tak pitam lagi..kalau pitam sebab peknan puas gak hati kan..hah!..ijahdaut ko jgn nak gelak..ko pun sama sue..ni akak lom sempat lagi nak sekeh pala sue,mas dan ijah nih..seb baik akak berehat sebentar.jangan ingat akak lupa ya..
    hehehe..gurau2 manja dgn adik2 ni seronok gak..eh! tak lupa pada adinda yang dok nuuuuuun di terengganu kerana bertanya kabar di fb..sayang nor..mmmmuaahh..

    Ni sebenarnya akak masak tengahari tadi..dah masuk je pai ni lam oben terus akak main balas2 berita dgn nor di fb sampai akak terlupa pai ni dok lam oben tu hah..(versi dah silap taknak ngaku lah ni kan?)..alih2 tgk dah legam je ko..tapi takpe (kes nak sedapkan hati) garing tau adik2 semua.
    memang sedap pai ni rasa cam tart telur..akak ambik resepi ni dari buku kompilasi Hidangan Roti terbitan alaf 21.
    Meh tengok resepi






    Bahan-bahan

    50 gm gula pasir
    150 ml air
    2 biji telur
    50 ml susu cair
    1 sudu teh tepung kastad
    12 keping roti putih
    50 gm mentega -di cairkan
    sedikit ceri

    cara

    Jerang gula pasir dan air sehingga larut-biar sejuk
    Pukul telur,masukan susu cair dan tepung kastad.kacau sehingga larut
    Masukan air gula dan di kacau rata.kemudian tapiskan ke dalan jug.
    Gunakan acuan untuk memotong roti menjadi bulat.
    Sapukan kedua-dua belah roti dengan mentega cair.
    Tekan ke dalam tin patty yang berukuran 4 sm.
    Tuangkan campuran telur dan bakar pada suhu 190c selama 20-25 minit.
    Hiaskan dengan ceri..




    ini dia rupa pai roti yang sebenar.



    Saturday, 2 April 2011

    Pepahat Goreng Cili/Bamboo Lala

    Assalamualaikum semua

    Hah!..pernah dengar dan pernah tengok tak menda alah nih?
    Mula-mula akak tengok pepahat ni kat rumah lady of leisure yang sudah hampir sebulan sunyi sepi tanpa berita.mungkin mengikut suami tercinta bermesyuarat di luar negara,,cewah cam pantun lak.eh!dah melalut ni..
    Pagi tadi akak mengajak en suami ke kuala sungai baru mencri ikan2 segar di sana..memang kalau nak ikan2 fresh ni akak suka sgt ke tepi pantai..jarak kuala ni dari rumah akak ada dlm setengah jam perjalanan menaiki kereta.best wo ke sana..tenang je tgk pantai waktu pagi..
    Bila akak terjumpa dgn pepahat ni terus akak beli sebab akak pernah tgk lady post entri pepahat goreng bercili ni dlm blog beliau..rasa dia??...rasa dia macam lala.cuma pepahat ni lebih berdaging sedikit.sedap tau...jadi kalau sesiapa yang belum pernah mencuba tu cuba2lah belajar ya..sorry lah kekok sikit ambik gambar..kurang sesuai posisi pepahat tu dlm gambar ni kan?






    Pepapahat Goreng Cili
    by anymz mykitchen
    source:Lady Parlour


    Bahan-bahan:

    1kg pepahat - cuci bersih
    2-3 batang serai - diketuk
    5 biji bawang merah kecik - tumbuk
    2-3 biji bawang putih - tumbuk
    3-4 sudu besar cili boh
    Belacan sebesar ibu jari - tumbuk
    Beberapa sudu sos tiram
    Beberapa sudu sos cili
    6-7 helai daun limau purut - hiris
    Garam dan gula secukup rasa

    Cara-cara:
    1. Panaskan 3 sudu makan minyak masak dan tumis serai serta bahan tumbuk hingga wangi dan masukkan cili boh. Masak lagi hingga naik minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula secukup rasa. Tak perlu masuk air sebab pepahat akan mengeluarkan air nanti.
    2. Masukkan pepahat dan gaul rata. Bila pepahat masak, masukkan hirisan daun limau purut dan tutup api. Hidangkan.

    Pumpkin Puding

    Assalamualaikum semua

    Pumpkin puding atau puding labu ni memang sedap di buat sebagai pencuci mulut.akak buat ni semalam bersama dengan kek kukus munira.resepi akak ambil dari majalah mingguan wanita.
    Rasanya lemak2 yang sedang elok di tekak kami..en suami cukup suka..kalau you all nak manis boleh tambah gula tapi pada akak sedang elok je lah manisnya tu..selepas di keluarkan dari oven akak sejukan sebentar dan terus sejukkan dalam peti ais..makan sebagai pencuci mulut.sejuk je bila sampai kat anak tekak..


    Pumpkin Puding
    by anymz my kitchen
    source:majalah mingguan wanita


    bahan-bahan

    1 biji labu kecil
    200 ml santan
    5 biji telur
    50 gram gula

    cara

    Campurkan santan,telur dan gula dan kacau sehingga gula cair
    Tapiskan sos ini dan letakkan sebelah
    Bersihkan labu dan keluarkan bijinya.Tuangkan sos tadi ke dalam labu.
    'Steam-bake' pada suhu 180c selama 1 jam tapi akak guna suhu 200c selama 1 jam.


    Puding labu di hidangkan di ruang tamu.
    Makan sambil nonton maharaja lawak.

    Friday, 1 April 2011

    Kek Coklat kukus Munira

    Assalamualaikum semua
    Alhamdulillah masalah akak sudah selesai..camera ku sudah berfungsi dan hari ini insyaAllah dapatlah akak bersiaran seperti biasa..
    Semalam dok anta msg kat mas duniaku bertanyakan tentang kek yang pernah hangat di pasaran suatu masa dulu...terimakaseh daun keladi mas..

    Resepi akak copy paste dari rumah hana.tak sempat nak edit2 dah..

    Akak buat kek ni sempena birthday wazir merangkap anak lelaki bongsu akak yang ke 17 tahun.
    Happy birthday wazir..
    Bila2 akak free akak post gambar wazir ya..ni dah tak sempat akak ada hal di luar..kejap lagi kawan akak dak yatie datang ambik.anak yang punya bday mak yang beriya2 nak outing..hehehe

    Bye semua..see you all soon and thank you pada azhar anak bujang akak yang nombor dua sebab tolong selesaikan masalah akak dan jugak kepada nor dan suami kerana membantu jugak dlm proses membaiki camera akak tu..luv you all mmmmmuuuaaaah...


    KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

    by anymz mykitchen
    source:hana



    Bahan-bahan
    Bahan A
    • 1 cawan gula pasir - hana dan kak.noor letak 3/4 cawan aje
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan susu cair - hana gune susu segar
    • 1 cawan susu pekat
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal xde
    ;semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

    Bahan B - di ayak
    • 3/4 cawan tepung gandum
    • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
    • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
    Bahan C
    4 biji telur - diblender (tapi kak.noor pukul hingga kembang) - hana juga
    Cara-cara
    • Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje.
    • Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak.
    • Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.



    kek coklat kukus munira

    Wednesday, 30 March 2011

    Lauk favourite en suami

    Assalamualaikum semua

    Baru hari ini akak dapat bersiaran semula.memang tidak dapat di nafikan kita blogger masak2 ni mesti mempunyai aset yang penting iaitu kamera..bila kamera kita menghadapi masalah maka mood kita pun mengalami masalah jugak.terima kasih pd nor@secubit garam,izahdaut,kasihredha,zaliedana (sekadar menyebut bbrp nama) dan kawan2 yang lain yang bagi sokongan pd akak utk terus berkarya kat sini..cewah..perasan femes tul kak anim ni kan?..
    Sebenarnya utk pengetahuan semua..dua tiga hari ni akak ketagihan melayan cerita nurkasih di youtube..masa cerita tu tgh hangat di pasaran tidak sedikit pun terlintas di hati ni nak melayan drama melayu tu..bila akak di tinggalkan keseorangan baru2 ini terasa sunyi terus tangan ni gatal je type nurkasih kat keyboard..alih2 tau2..dah habis selesai 26 episode akak layan..
    Masak memang tetap memasak..hari ini akak masak lauk kegemaran en suami..memang dia suka sangat lauk ikan kembong masak lemak cili padi dgn kacang panjang.meh kita tengok satu lagi resepi simple dari akak ya.



    masak lemak cili padi ikan kembung dgn kacang panjang
    by anymz my kitchen

    bahan2

    3 ekor ikan kembung-bersih dan ketepikan
    20 ulas cili padi-di tumbuk
    sedikit kunyit hidup-di tumbuk
    1 keping asam gelugur
    garam secukup rasa
    santan segar rm 3-asingkan setengah cawan sebagai pati
    2 cawan air

    cara

    masukan bahan2 yang di tumbuk bersama santan,air,asam gelugur dan garam
    kacau hingga mendidih
    masukan ikan dan kacang panjang
    kacau lagi
    tambah garam jika perlu
    akhir sekali masukan pati santan
    didihkan sebentar dan tutup api
    sedia untuk di hidangkan


    sambal ayam
    anak2 makan sambal ayam.
    ini lauk favourite anak2.


    Saturday, 26 March 2011

    Asam Pedas Ikan Tenggiri

    Assalamualaikum semua
    Hari hujung minggu macam ni,semua makcik blog banyak outing(wah! cam dok hostel lak ayat akak ni kan)..betul dak?
    Tak caya? cuba lah pi b/w mana2 blog semua sunyi sepi jek..
    Hari ni tadi awal2 lagi bangah anak bujang akak yang nombor dua tu sound akak..mak,hari ni kalau mak masak asam pedas mak jangan letak caca marba ya..buat original asam pedas..muhaahha..sebelum ni bangah complain sejak mak ada blog mak suka letak macam2 dalam masakan.ada daun limau lah,ada belacan lah,ada tempoyak lah yang mana semua2 itu adalah menjadi kesukaan mak dan ayah bangah.maka hari ni akak masaklah masam asam kesukaan anak2..resepi dia simple sangat.main lebur je tapi dah air tangan mak kan,campak2 pun sodap..alhamdulillah


    asam pedas ikan tenggiri
    by anymz my kitchen

    bahan2

    1 ekor ikan tenggiri size sederhana-bersihkan dan di potong2
    15 tangkai cili kering*
    1/2 labu bawang besar*
    5 ulas bawang putih)
    semua bahan * di kisar
    1 batang serai di titik
    asam jawa
    1/2 mangkuk air
    asam jawa dan air di gaul bersama dan tapis
    2 biji terung panjang atau bendir
    sedikit minyak
    garam secukup rasa
    sedikit kunyit serbuk
    1 kiub pati ikan bilis


    cara

    panaskan minyak dalam periuk
    tumis serai dan bahan2 yang dikisar hingga naik bau
    kacau dan tunggu hingga terbit minyak
    masukan kunyit serbuk dan ikan
    gaul mesra dan masukan air asam jawa
    masukan juga garam dan kiub
    bila sudah mendidih masukan bendir atau terung
    kacau sebati
    bila terung atau bendir sudah masak tutup api dan sedia untuk di hidangkan



    lauk sampingan cencaluk


    p/s belum sempat lagi nak balas komen n3 semalam
    mlm2 nanti akak bw dan terus balas komen ya.

    Friday, 25 March 2011

    Air Asam Kerisek

    Assalamualaikum semua
    Setelah kembalinya anak bujang ke rumah dan meneliti akan kerosakan yang ada pada camera dan card reader dan juga memory card maka keputusannya memang menyedihkan..yang confirm ketiga2nya itu mungkin mengalami masalah..mungkin sewaktu ke tioman tempoh hari akak telah melakukan sedikit kesilapan.kamera pulak kamera lama yang agak sensitif..sedih bukan kepalang..kalau nak beli yang baru,sudah semestinya en suami suruh akak buat pilihan..

    Hampir2 membuatkan mood akak untuk aktif di blog my kitchen terkubur tetapi memandangkan rasa kasih pada kalian teman main masak2 akak masukan jugak entri yang menggunakan kamera hp dgn menggunakan tangan yang tak berbedung.nampak gayanya untuk entri yang akan datang ini gambar2 nya mmg gambar ala2 aje...
    resepi hari ini masih lagi akak menggunakan buku kak hanieliza.jangan sebab mood nak berblog ni menurun mood makan jugak menurun..eh!kalau menurun pun okay gak kan?..boleh lah kuruskan badan..kekeke..(gelak terpaksa)


    air asam kerisek
    by anymz my kitchen
    source
    kak hanieliza


    air asam makan dgn ikan bakar


    Bahan A

    1 sudu makan asam jawa
    2 biji cili merah
    5 biji cili api
    1/2 cawan air suam
    1 biji tomato( di potong dadu)
    1 inci belacan
    1 sudu makan gula
    1 sudu teh garam

    bahan B

    2 biji tomato
    1 labu bawang besar (di mayang nipis)
    3 biji cili hijau (di mayang nipis)
    2 biji cili merah (di mayang nipis)
    5 biji limau kasturi
    1 sudu makan kerisek


    cara

    Gaulkan asam jawa dan air kemudian tapiskan
    masukan semua bahan A ke dalam pengisar dan kisar kasar
    Limau di belah dan di buangkan biji
    Gaulkan bahan yang di kisar bersama bahan B
    Hidangkan dengan ikan bakar


    ini antara gambar2 akhir yang sempat akak simpan dlm laptop.
    kerang rebus dgn sambal kicap.

    Thursday, 24 March 2011

    Sambal Tempoyak Udang dan Petai

    Assalamualaikum semua..
    Kembali bersiaran selepas cuti dua hari..tapi masak memasak tetap ada cuma akak tak masuk entri je.cuma gi blog kawan2 dan merasa menjadi silent reader kejap..seronok baca komen kawan2 yang loyar buruk tu..sape yang baca ni,makan cili terasa pedas nya tu nasib lah ya..muahahaa..
    Hari ni akak masak ikut buku kak hanieliza..sambal dan sos..byk le jugak resepi sambal yang buat kita terliur..cuma resepi yang ini akak derhaka sikit..sikit je sebab akak tambah sedikit minyak ke dalamnya..dalam lebih kurang 2 sudu besar..sebab mula2 akak ingat kena tumis dulu sambal ni rupanya main lebur je semua..kalau dah ada tempoyak tu korang paham2 je lah bagaimana nikmat nya rasa sambal ni kan.hehe
    meh kita share2 resepi sambal dari kak liza...


    sambal tempoyak udang dan petai
    by anymz my kitchen
    source:kak hanieliza

    bahan A

    500 gram udang sederhana besar
    2 papan petai (di ambil isinya)
    3 sudu makan tempoyak
    2 helai daun kunyit
    1 sudu teh gula garam secukup rasa

    bahan B (di kisar)

    5 biji cili merah
    7 biji cili api
    5 biji bawang merah


    cara

    masukan bahan yang di kisar,tempoyak dan daun kunyit ke dalam periuk
    masakan sehingga naik wap
    masukan petai,udang,gula dan garam
    kacau rata dan masakan sehingga pekat
    masukan ke dalam pinggan dan hidangkan


    Monday, 21 March 2011

    Ulangtahun ke 27




    Hari ni 27 tahun yang lalu kami di satukan.walau pun tanpa salam perkenalan ataupun majlis pertunangan malah kami terus di nikahkan,namun kami bahagia hingga kini alhmdulillah

    Assalamualaikum semua
    Saja nak kongsi cerita bahagia buat akak suami isteri hari ni..terlambat sikit keluar entri sebab al maklom en somi bercuti jadi haruslah di utamakan makan minum nya dahulu..walaupun kata2 cinta tidak sering di ucapkan tapi biasanya kalau hari2 besar macam ni pasti beliau akan mengambil cuti..
    Hari ini 21hb march,kira2 27 tahun yang lalu akak dan en somi di nikahkan..walaupun kami tidak pernah berjumpa,bak kata orang kami mengalami proses bercinta selepas berkahwin namun kami bahagia.
    Adatlah kalau ada gaduh2 kecil,itu tandanya kami mengalami proses tumbesaran dalam gerbang perkahwinan...

    Buat en suami..
    Selamat hari ulangtahun perkahwinan.semoga kita bahagia hingga ke hujung nyawa dan sempat menyaksikan anak2 kita berumahtangga dan bercucu pula..ampunkan dosa2 saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.jadikan lah saya isteri yang mithali,sempurnakanlah saya sebagai isteri yang solehah sebab redha Allah datang nya dari redha suami dan yang pasti sayalah ratu di hati..semoga Allah swt memberkati kehidupan kami suami dan isteri dan jadikan kami pasangan yang bahagia hingga ke akhirnya..amiin..

    psst
    takmo letak gambar kawin sebab gambar kawin akak kepala sexy tak bertutup..huhu..



    Sunday, 20 March 2011

    Sambal Ikan Tongkol Kering

    Assalamualaikum
    Sambal kering macam ni memang merupakan feveret en somi..
    Akak belajar makan ikan tongkol bila dah bersuami..sebelum2 tu memang tak pernah makan..tengok keras semacam je lalu akak patah hati,bila dah kawin baru akak belajar2 makan dan terus jatuh cinta..tapi mula2 tu akak hanya tau buat gulai nasi dagang je bila en somi kata buat sambal lagi sedap terus akak mempraktikkan sambal kering ni dan kini menjadi kesukaan anak2 kat rumah ni..
    meh tengok resepi sempoi ni dulu,bila dah free baru akak buat bw dan balas komen kawan2 kat bawah tu ya..ni nak bersiap2 ,nak keluar nak pi cari card reader baru..


    sambal ikan tongkol
    by
    anymz my kitchen

    bahan2

    2 ekor ikan tongkol size sederhana-di bersihkan dan di kerat ikut suka
    sedikit serbuk kunyit
    sedikit garam
    10-15 tangkai cili kering-rebus*
    5 ulas bawang putih*
    1/2 labu bawang besar*
    sedikit belacan*
    semua bahan di atas di kisar
    2 sudu besar air asam jawa
    1 sudu kecil gula
    sedikit minyak



    cara

    lumur ikan dgn serbuk kunyit dan garam.lalu di goreng.ketepikan
    Dengan minyak lebihan goreng ikan tadi,tumis cili kering yang telah di kisar dengan bawang besar dan bawang putih bersama sedikit belacan
    masukan garam
    masukan gula dan asam jawa
    Biarkan sambal kering dgn api yang perlahan
    kacau sekali sekala supaya sambal tidak hangus
    Dah kering masukan ikan
    kacau sebentar dan tutup api.


    sayur kangkung goreng berikan bilis


    Saturday, 19 March 2011

    Apam Snow white

    Assalamualaikum
    Akhirnya akak dapat bersiaran jugak dalam keadaan yang seadanya..
    ambik gambar guna handphone cokia jek..hehe..jadi lah kan jangan kan tidak daripada sunyi takde entri...
    Buat apam ni petang tadi..dah lama tengok kat rumah hana tapi terlupa nak masuk list resepi ni
    tetiba teringat madihah rajin buat apam snow white.siap dgn mcm2 kaler lagi,terus akak kopipes je dari rumah madihah..tengok kat rumah mas duniaku pun buat jugak hari ni..



    Apam Snow White
    by anymz my kitchen
    source:madiHah


    Bahan-bahan

    * 3 cawan tepung beras
    * 1 cawan tepung gandum
    * 2 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan 6 sudu besar)
    * 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
    * 2 cawan nasi
    * 3 cawan air
    * 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

    Cara-cara
    1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
    2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul halus.
    3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan. (MaDiHaA guna whisker lebih mudah).
    4. Perapkan adunan selama sejam. (MaDiHaA perap hampir 2 jam.. apam lebih lembut) Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
    5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
    6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda atau sirap ros. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .

    NOTA dari kak.bdaria:

    * Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula [MaDiHaA kurangkan 3 sudu besar untuk sukatan setengah adunan]) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
    * Jika anda nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
    * Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.

    Thursday, 17 March 2011

    Entri Syahdu

    Assalamualaikum
    Akak benar2 berada dalam kebuntuan ketika ini bila card reader akak menghadapi masalah..akak tak dapat nak upload dlm laptop ni..entah masalah apa yang melanda akak pun tak tau,kena tunggu hujung minggu bila yang mahir tentang menda2 alah ni balik..sedih yang teramat.
    Untuk sementara akak kena lah guna handphone yang tak berapa nak canggih nih..sob3.
    Untuk malam ni akak post apa yang dah akak save dlm laptop ni terlebih dahulu..mana yang gambar makan2 tu dah confirm jadi baja..huhu



    Ini gambar dalam feri sewaktu kami dlm perjalanan menuju ke Pulau Tioman tempoh hari.
    Lihat air laut yang keruh tu.dari jauh kami nampak benda memutih menuju ke arah feri,rupa2nya ombak besar..maka feri yang kami naiki tu mula lah terumbang ambing
    Takot jugak pd awalnya,di tambah lagi dgn rasa mabuk yang melampau..
    Akhirnya akak kalah dan perut pun mengeluarkan isi..
    Tasbih memang tak lepas dari tangan ..walaupun tak pernah tengok tsunami tapi pengalaman menaiki feri yang di pukul ombak memang menggerunkan.
    kami berada dalam keadaan yang mencemaskan dalam lebih kurang setengah jam.
    Lama jugaklah kitorang kena tengok laut merah mcm ni..sepatutnya laut ke pulau tioman sudah pasti membiru atau menghijau..
    Itulah dia terkesan jugak tsunami yang melanda Jepun baru2 ini di Malaysia..



    Ikan siakap Tiga Rasa
    Resepi boleh lihat DI SINI ya..
    Resepi syahdu namanya,..sesyahdu hati ini yang tengah sayu dan pilu..



    Kembong Goreng Sambal Tempoyak

    Assalamualaikum semua..
    Minta sorry banyak2..card reader akak menghadapi masalah..nasib baik lauk yang di hidangkan hari ni sempat akak snap dan save sebelum akak bertolak ke Tioman tempoh hari..kira hari ni post tertunggak lah ya..akak copy paste dari dapur CMG je..betul cakap mas,izah dan hasue yang sudah terlebih dahulu menerai resepi ni..memang best giler..kekekeke

    macam2 versi kita boleh buat dengan tempoyak ni kan?..janji kena kreatif..ikan bilis pun boleh masak dgn versi CMG ni,eh ikan keli pun boleh gak tau.ramai yang dah buat..janji berani mencuba..kalau sedap on je lah..

    kembong goreng tempoyak
    by anymz mykitchen

    BAHAN-BAHANNYA :-)

    3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
    1 helai daun kunyit, hiris halus
    2 batang serai, hiris serong, kasar
    5 biji bawang merah*
    1 biji kecil bawang besar*
    2 ulas bawang putih*
    1 inci kunyit hidup*
    25 biji cili padi siam merah*
    1 camca besar penuh tempoyak
    3 keping asam gelugor
    Garam dan gula secukup rasa
    1 cawan air

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
    2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
    3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

    sayur campur dgn tauhu jepun
    sedap ni.


    Monday, 14 March 2011

    Dah Kembali dari bercuti

    Assalamualaikum semua..
    Alhamdulillah akak dah selamat sampai di rumah dengan selamatnya..dan terima kaseh pada pengunjung2 my kitchen juga buat follower2 baru yang sudi singgah di sini.

    Pada yang bertanya tu terutama mamahawa,kasihredha dan yang singgah di fb tu,terima kaseh ya..



    kami sebenarnya naik feri yang hampir serupa dengan yang ini



    ke Pulau Tioman selama 3 hari dan 2 malam


    dengan bangganya nak umumkan gambar ini akak yang ambik
    nampak macam dlm swimming pool kan?
    lihat air yang jernih
    subhanallah sungguh cantik lautan ciptaan illahi



    ikan2 yang akak bagi makan sambil yg lain menyelam
    pastu sempat lah jugak akak snap2 gambar..


    Itu saja yang dapat akak story malam ni..cerita yang lain akan bersambung di blog my story dalam masa terdekat ni..hari ni mau rehat dulu..penat..
    oh ya nak bagi tau jugak semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman,kesan2 tsunami terkena jugak pada kami..terkena hentaman dan pukulan ombak yang ganas..alhamdulillah semuanya selamat..

    Di kesempatan ini akak nak ucapkan terima kaseh pada rakan en suami yang sama2 bercuti bersama kami..
    Buat rakan en suami,semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah buat kalian sekeluarga..amiiiin