Friday, 17 June 2011

Telor Masak Taucu

Assalamualaikum semua

Hari ini tayang menu simple je lah ya.Akak ke pasar sekitar kawasan tempat tinggal je tadi..tujuan nak beli ayam..suka tau beli ayam fresh yang baru di sembelih..sekali tengok kedai ayam tutup..tokeh makan angin ke Sarawak..wey,!bg Zali ke sarawak tak bagi tau yo..ese nak kirim pes laksa hj manan...huhu
Pastu akak ke tempat apek jual ikan yang hidup segan mati tak mau tu..Pun tutup jugak..apek ni ada kedai runcit di kawasan itu ..rupa2nya dia tutup kedai ikan sebab ikan mahal katanya..sapa mau beli maaaa,...ya tak ya jugak semalam dia jual sotong sampai 18 henggit sekilo.ikan tenggiri toksah cerita lah..adeh!..hari ni hari Jumaat..tadi cadang nak buat ayam mayonis nor,ganu tu..udahnya anak2 hari ni kita makan ayam jugak ya..Telor Ayam..janji ada nama ayam kan?..

Hari tu pegi rumah kjee terliur tengok telor masak taucu kjee ni..Terus akak kopipes je resepi kjee dari situ..terimakaseh kjee....memang anak2 suka..something new kata diorang..
Layan dulu menu ni ya.akak nak pikir2 jap nak buat kueh apa ptg nanti..kejap2 lagi kalau sempat insyaAllah akak jalan2 ke rumah teman2 ya...kihkihkih..

Telor Masak Taucu
by
anymz mykitchen
Source:KJEE

BAHAN2NYA:

5 biji telor (digoreng mata kerbau)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
2 ulas bawang putih dimayang
cili padi (ikut suka banyak mana nak letak. Ditoreh sikit atau ketuk)
2 sudu besar taucu
sedikit ikan bilis (sejemput jer)
Cili merah (optional)
1 asam keping
1 inci halia (dihiris)






CARA:

Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu. Masukkan kira2 satu cawan air, taucu dan cili padi/api, halia serta cili merah dan juga ikan bilis. Didihkan. Jangan bubuh garam. Bubuh sedikit gula dan asam keping. Biarkan didih kemudian masukkan telor. Bila sudah siap masak dan hendak padam api, rasa dulu cukup ke tidak masinnya. kalau perlu bubuh sedikit sahaja garam.


Kek Keju Strawberi


Assalamualaikum semua

Selamat Pagi..Semalam pagi2 akak post jeruk kundang.Hari ni di pagi Jumaat akak hidangkan kek keju stroberi untuk puan2 semua ya..sila lah jamu mata dan jamu selera.Oooppsss...tak sengaja buat kek ni sebenarnya tau..Cadangan awal akak nak buat stroberi tiramisu sebab biscotti ada satu setengah paket lagi..lewat petang semalam sebelum berbuka tu ingat nak buatlah tiramisu konon2 takut biskut tu expired..akak pun jerit halus kat Ainul...
"Ainul tolong keluarkan biskut tiramisu tu dari kabinet"...
Cewah semangat berkobar2..tapi sayang betul biskut tu habis di gigit si semut...dah berlubang2..camne leh akak tak perasan?..sadis betul..pengsannn jap..jauh tu akak beli biskut tu masa ikut en somi kerja di JB tu hari..cheese dah beli,stroberi pun dah ada..akak sound dgn Ainul..meh kita buat cheese cake nak tak?..nak buat camne?..swiss roll takde..tapi kita ada biskut marie kan?..meh kita bega2 cheese cake kali ni Nak?..akak olah sikit lah berpandukan oreo cheese cake tu hari kan?..
Akhirnya menjelang jam 9 mlm tadi stroberi cheese cake ni sudah boleh di ngappp...memang sedap..Amir kata sebiji macam kat SR..kuikui...eh!buhsan eh..menjela2 membebel..meh kita tengok resepi.....

Kek Keju Strawberi
by
anymz mykitchen
olahan dari buku:Pn Noraini Zakaria.


bahan2 lapisan basic

200 gm biskut marie-di kisar
80 gm mentega-di cairkan

bahan2 kek

250 gm krim keju
120 gm gula kastor
18 gm gelatin halal
60 ml air
200 ml krim putar
8 biji buah stroberi-di sagat/di cincang halus
1 sudu teh filling stroberi

cara

sediakan tin bulat jenis loose tin bersaiz 7" x 3".lebih elok yang boleh di buka bahagian bawahnya.
Gaul bersama biskut marie yang sudah di hancurkan bersama mentega yang sudah di cairkan.kemudian tekan hingga padat ke dalam acuan..
Ratakan kemas dan simpan dalam peti ais selama 30 min.Akak simpan tempat dingin beku selama 15 min.
Putar krim putar hingga kembang dan pekat.Simpan dalam peti sejuk
Dalam bekas lain,pukul krim keju dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
Gelatin dan air di panaskan hingga cair
Setelah gelatin suam2 sedikit,tuangkan ke dalam adunan krim keju tadi dan putar hingga sebati.
Kemudian masukkan krim putar yang sudah di pukul,buah stroberi dan emulco stroberi/stroberi filling
Putar sebati sebentar
Tuangkan ke atas biskut marie yang sudah keras dan simpan dalam peti sejuk selama 5 jam
Hiaskan sesuka hati sebelum di hidangkan...

Selamat Mencuba



Thursday, 16 June 2011

Roti Sosej

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semua sudah berbuka?..selesai sudah puasa sunat khamis di bulan rejab ni kan..semoga Allah swt memberkati dan menerima amalan kita semua..insyaAllah aminnnn.

Akak buat roti ni sebagai juadah kosek2 selepas berbuka..selepas selesai bacaan yasin.sambil nonton TV tak tau nak buat apa kan.apa lagi makan lah ya tak?..sedap betul buat roti gaya gini..
Resepi akak cilok dari rumah CMG tu,tapi gaya gini akak ambik dari rumah kakpah Aulad dari dapur ibundo..cuma satu nasihat akak jangan jadi gelojoh macam akak..dengan sifat yang tak sabar sudahnya roti ni tidak menepati piawaian..tak cantik..kakpah guna cup yang sedikit lebar,sedangkan akak guna cup yang biasa buat cupcake tu..apa lagi tergelebeh je roti tu ke bawah..kesiannnnn


Roti Sosej
by
anymz mykitchen
resepi:CMG
source:KAKPAH..



BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..
sebelum bakar dah tau dah..tu nampak tu.tergelebeh je keluar dari mangkuk.

bila dah bakar bersepah2 mix vege tu jadinya

akan buat lagi..tak puas hati.
tapi memang sedap buat style gini..
Lepas ini akak nak try resepi kakpah pulak..
caiyok la kakpah..resepi2 akak memang best..



Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum semua

Dah puas tatap jeruk tu ya..dah naik menyampah ya.sape2 yang ada pokok ni kat kampung tolong bagi tau akak ya..nak borong seguni..kekeke
Kek pisang gebu ni akak buat mlm tadi..memang sedap kek ni..memang mabeles..Bila mas tayangkan di dapur nya tempoh hari terus akak angkut resepi masuk list..Mas dapat resepi dari dapurku sayang kepunyaan DayangJack yang memang terkenal dengan kepakaran membuat kek..
Meh kita tengok resepi yang akak kopipes dari dapur DuniaKu..

Kek Pisang Gebu
by
anymz mykitchen

Bahan :
  • 2 cawan tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan pisang yang sudah dilecek
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 1/4 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula kastor (-/+)
  • 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
  • 100 ml minyak jagung atau mentega cair



Cara membuatnya :
  1. Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
  2. Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
  4. Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan.
  6. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.

Jeruk Kundang

Assalamualaikum semua

Jangan marah..pagi2 akak dok tunjuk jeruk kundang ni hah..
memang menjadi kebiasaan akak akan menjeruk kundang ni sebelum bulan ramdhan tiba..
Famili akak memang suka makan jeruk kundang ni masa berbuka..sedap tau..makan dgn cili api dan bawang kecil yang dihiris halus..
You all semua jamu mata lah dulu ya sambil2 akak nak pikir jap apa menu berbuka nanti..hehe
Kejap lagi akak nak ke tingkap ada mesyuarat..mesyuarat tingkap namanya..:)





Jeruk Kundang




mihun goreng untuk sarapan
sape tak puasa tu meh ambik sorang sepiring



Wednesday, 15 June 2011

Kiwi Panna Cotta

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah walau gambar kurang memuaskan tapi akak tetap ada mood untuk menghadirkan diri di sini..
Asyik terlupa.Keluar pekan entah dah berapa kali tapi masih terlupa nak beli card reader.penat betul otak ni bekerja..kdg2 naik geram kat diri sendiri bila penyakit lupa ni memakan diri..

Hantam sajalah labu...nak ambik gambar yg baru,dessert ni pulak sudah habis kena sapu..

Akak buat panna cotta ni petang tadi lepas geram tengok dia menghadirkan diri di rumah IzahDaut..
Cuaca panas betul diluar tu.apa lagi terus akak ke kedai membeli susu..alhamdulillah dulu2 dia hadir di rumah nor@secubitgaram.malah resepi ni pun akak cedok dari sana..terimakaseh ya nor atas dessert yang tersangat2 sedap ni..berebut2 dgn cik abg..katanya semua rasa ada dalam panna cotta ni.sedap.lain kali buat lagi ya..katanya..

hah!boleh saja tapi abang gi beli buah kiwi tu ya..mahai pulak rega buah kiwi tu hari ni..



KIWI PANNA COTTA
by
anymz mykitchen
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula


Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2
kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

** updated:

K.Nor lupa nak mention yg K.Nor ada masukkan 3 su
du besar gula masa blend kiwi.
Ni supaya puri kiwi yg dihasilkan tak terlalu masam.


yang ini akak punya


Ais Krim Goreng

Assalamualaikum semua

Yuhuuuuuuuu...buat apa tuuuuuu????..

Panas sungguh cuaca hari ini kan?..tapi tak apa lah..
Jam 2 petang tadi akak keluar rumah,gi buat sesuatu untuk mek buyung dan mek Ampang tu Entah apa2 yang mek buyung tu ngidamkan..sebelum keluar akak dah ketepikan apa yg patut akak bawak..kahkah..memang dasar pelupa,sekerat jalan akak pun bersuara pada anak dara yang jadi supir akak pada hari ini,"..eh!kak mak tertinggal barang lah.."..
Tak senonoh betul akak ni tau..keluar untuk tujuan yang satu tapi semua tertinggal.anak dara tanya balik,habis tu macam mana mak,nak patah balik ke?..tak payah lah..buat kat tempat kita je lah..
Sudah aje kerja akak kat pekan tadi akak terus balik rumah,pastu akak sendiri yg drive ke pejabat pos..eh!berenti kat kedai dulu beli sampul surat cinta utk mek buyung tu..akak pun konar ke pejabat pos..tiba2 ada polis pulak kat situ.ishh...ngacau betul lah diorang ni..mau tak haru akak tak pakai sit belt masa tu..memang hari yang bagi akak exercise betul lah..tapi takpe akak senang hati buat semua kerja ni..kalau tidak akak tak ada kerja tau..dok memerap kat rumah..banyak duduk pun tak baik utk kesihatan kan?...kan?...


Ais Krim Goreng

Nak tengok resepi dan langkah demi langkah sila klik di SINI
Kak Pah seorang ibu,seorang gurubesar pada anak2 tadika AULAD..
seorang yang rajin dan ibu yang mithali..akak suka kakpah ni.
Dia memang ROCK..steady kak.ese cilok resepi akak yo..




kenapa la otak akak ni tak suka sangat menengok ais krim goreng yang dah ternganga ni ya..mulot dia beso bebenor..tak senonoh je rupa nya kan?..

Ayam Seri Harum

Assalamualikum semua

Kembali bersiaran seperti biasa walau pun guna gambar biasa2 dari hp biasa2....
Jadi la jangan dapur ni sunyi sepi sudah le kan?..

Menu akak hari ini sama dgn Mas duniaku yang sudah ke spital menghantar anak katanya..
Mas cedok resepi dari nun kawan kita yang pandai buat puding,buat kek,pokoknya pandai buat macam2 tu siapa lagi kalau bukan mek Azmihah yang tinggal nuuuun di Terengganu tu..kihkih...saja panggil nama Azmihah tu..sesekali bior org rasa pelik sikit..
Sedap tau ayam masak gaya gini...
Sebenarnya masa akak dok utara tanah air dulu selalu gak masak gaya gini tapi main campak2 je.tak pernah nak sukat2...masakan gaya gini memang anak2 suka..
Terima kaseh Nor sebab buat akak teringat kembali akan masakan ini.masa tu anak2 kecik lagi tapi bila diorang dah besar panjang,akak asyik masak yg pedas2 je..terus menu ni di lupakan.
Akak kopipes resepi dari rumah Mas..Yang akak kopipes dari rumah nor dah elok dok dlm draf.malas pulak nak mencari..hehehe
Okay kawan2 semua jangan lupa terai resepi dari Nor ni..memang mabeles.



Ayam Seri Harum
by
anymz mykitchen
Bahan:
  • 3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 3 biji bawang merah - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1inci halia - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1/2 cawan santan pekat - Mas guna susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 keping asam keping
  • 3 helai daun limau purut - dicarik
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kiub pati ayam



Cara memasak :
  1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
  2. Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
  3. Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
  4. Masukkan santan, air dan asam keping.
  5. Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
  6. Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

Tuesday, 14 June 2011

Buat Hal Lagi dan Tahniah pada Ummi/HomeSweetHome

Assalamualaikum semua

Bukan niat untuk mendiamkan diri,bukan tak ada entri yang hendak di paparkan,tapi sudah nasib badan,sudah dua kali menda alah ni buat hal..
Hari tu dia rosak...puas ke hulu ke hilir menanya kawan2 ,takut camera ke yang buat hal,memory card ke yang jam atau pun card reader itu sendiri yang rosak..
Akhirnya dapat jawapan sah card reader yang rosak.sampaikan akak ni tebal talipon(tebal muka ke???) gi sms Nor@secubitgaram minta pendapat cik abang nor tu.

Kali ni card reader ni buat hal jugak lagi..apa yang dia dah buat????...kali ni laaaaagi teruk..

DIA SUDAH HILANG!!!!

Adeh sakit jiwo den..kojap jadi macam ni,kojap jadi macam tu...
Hari ni sehari suntuk akak mencari.
Akak talipon anak bujang sulung tu,menanyakan hal ini, tau dia jawap apa?...

agaknya ada toyol yang ambik kot.Dah tuan dia suh curi card reader jadi dia ambik lah card reader mak tu..

Isshhh...ko ni long,...yang bukan2 aje...okay dah sah lah tak jumpa jadi esok harus lah akak ke kedai membeli kad reader yang ketiga untuk tahun ini....kesian akak kan?..kan?...
Bagi sesiapa yang tak tahu apa kegunan kad reader ni boleh google ya..Akak dah meroyan dah ni...huhuhu

Pinjam gambar pakcik google.

Sebelum tu harap2 akak belum terlambat untuk mengucapkan Tahniah buat sahabat nuuuuuuuuuun jauh di Kuantan atas kecemerlangan,kegemilangan dan terbilangan atas kejayaannya dalam dunia blog masak2 nih,iaitu UMMIZAIHADI...pemilik blog Home sweet Home.Tahniah ummi...toce2 sebab bagi munga biru ni ya,eh ada kaler purple jugak lah kan?..kuikuikui...




InsyaAllah harap2 esok akak dapat kembali bersiaran seperti biasa..
TaTa


Saturday, 11 June 2011

Percutian/Perkhemahan yang terhebat dari dapur mykitchen

Assalamualaikum..

Rasa2nya akak nak update entri hari ini di blog my story akak,tapi..takpelah tak ramai kawan2 yg tahu akan kewujudan blog cerita2 akak tu, cuma nanti2 di blog mystory akak akan berstory panjang lebar tentang kisah hari ini..
Apa-apa pun terima kasih pada En suami kerana telah memberi akak pengalaman yang amat berharga menjelang umur akak nak mencecah setengah abd ni kan..Alhamdulillah kami semua selamat dan tetap bergembira di percutian yang amat bernilai dan akan akak kenang sehingga ke akhir hayat akak..Buat 'TEMAN' yang bersama2 berkongsi percutian ini..inilah kenangan abadi kita, buat sepanjang hayat dan semoga kita kekal bersama sebagai sahabat di dunia ini dan di akhirat nanti..insyaALLAH....
Okay..hanya gambar2 yang akan bersuara ya..buat ijahdaut..nanti kalo nak camping ke.picnic ke..sound2 lah kat akak ya..Adventure hari ni wooooooo....kihkihkih

Hari ini dalam sejarah perkhemahan di pantai Port Dickson


Baked beans !..
breakfast feveret En somi..terlambat akak hidangkan pagi tadi..
hampir nak merajuk pakcik tu .hehe

Nasi Goreng in the making


TU DIAAAAAAAA
khemah masak2 kami di landai badai

khemah yang ini tercampak masuk ke rumah orang
tuan punya khemah ini sudah lari menyelamatkan diri ke bilik hotel


khemah tempat kami menyimpan periuk,roti dan barang makanan turut sujud menyembah bumi

khemah anak2 bujang
kesiannnnnnn


yang ini cantik sikit lah dari yg lain


Habis semua sujud waktu subuh tadi

Akak story sikit supaya korang tidak tertanya2 ya.Akak bertolak ke PD lewat petang semalam untuk bercamping bersama adik dan kawan2 yg lain.Ada lebih kurang 7 family kesemuanya..
Memang meriah sangat..disamping itu kami juga turut menyewa bilik di sebuah hotel berdekatan untuk memudahkan kami bersolat dan mandi manda air bersih..
Lebih kurang sejam sebelum suboh pagi tadi tanda2 angin kuat dan hujan akan turun telah kelihatan..apa lagi kami bergegas kelam kabut bersiap menyelamatkan diri dan memindahkan anak2 kecil ke bilik hotel.....khemah2 kami tinggalkan begitu saja..
Aduh..nanti2 le akak update ya..itupun kalau korang nak baca story mory akak ya..
Ini akak nak buat laundry dulu...banyak kerja ni....


Friday, 10 June 2011

Sambal Gesek dan lauk sempoi

Assalamualaikum semua


Pagi2 dah tayang sambal.hehe..badan rasa letih semacam semalam.Entri yang ini pun merupakan entri auto post sebab puan rumah dah keluar makan angin..hari Isnin sekolah dah buka kan?..
En somi ajak makan angin last kopek punya..ada pulak cenggitu ya..hehe..jangan marah
Sekarang di Rembau sedang musim buah bacang dan buah kundang..ala buah tu kecik2 je biji dia kaler ungu..tau kan?..memang sedap buat sambal sebagai pembuka selera..
Akak buat ni semalam..lauk pauk cincai maknya..kata susah hati tapi makan tak susah..muhaha

sambal gesek
by
anymz mykitchen

bahan2

5 biji buah kundang
5 ulas cili merah
8 ulas cili padi kampung
1 biji bawang merah
anggaran 1/2 genggam ikan bilis-di cuci bersih dan ketepikan
sedikit garam
1 biji limau kasturi-opt-di perah dan ambil airnya

cara

semua bahan di tumbuk bersama kecuali air limau kasturi
Tumbuk separuh lumat.jika suka akhir sekali perah air limau kasturi.

tekak rasa payau..
hirup kuah asam memang sedap.



Goreng Ikan Senangin.
Anak2 memang suka.makan dgn kicap.
sekian.kalau siapa2 sedang moody tu buat lauk cenggini.gerenti korang makan sampai tak hengat...
alaaaa..takkan ini je kak nim..tunggu2...nanti ado lah masak lomak menyusul....mahap ya IzahDaut..hehehe

Tart Telur

Assalamualaikum semua

Anak2 akak masak tart ni sebaik aje akak decide nak buat, selepas BW ke rumah Mas Duniaku..Tart telur kali ni memang seratus peratus air tangan,Amir,Wazir dan Ainul..harap maaf akan ketidak sempurnaan rupa bentuk tart tu ya..janji diorang seronok di dapur ..

Akak biarkan aje dua orang anak bujang dan anak dara akak tu berdondang sayang di dapur..janji diorang kemas balik opis akak tu elok2..mas akak simpan resepi ni untuk rujukan ya..



Tart Telur
by
anymz mykitchen
Sumber : MasDuniaku
Bahan Untuk Crush :
  • 1 paket puff pastry
Bahan filling :
  • 1 cawan susu cair @ susu segar
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence



Cara membuatnya :
  1. Untuk buat crust : Ambik sekeping puff pastry dan tekan2 puff pastry ke dalam bekas tart @ pie. Sekeping puff pastry tu boleh dapat 2 biji tart telur.
  2. Cara buat filling : Pukul gula dan telur.
  3. Masukkan semua bahan filling yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati. Kemudian Mas tapis dulu adunan filling ni baru tuang ke dalam bekas tart yang telah diletakkan doh tadi.
  4. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan puff pastry tadi.
  5. Bakar dalam oven dengan api atas bawah. Linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
  6. Mas bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.
  7. Selamat menjamu selera!

Thursday, 9 June 2011

Puding tembikai

Assalamualaikum semua

Entri yang ini akak buat auto post..Puan rumah sedang melayan perasaan..

Tengok ramai yang sudah buat puding ni kan?..tak dapat nak sebut nama2..takut ada yang akak tertinggal dan terlupa.Puding ni akak buat sekali dengan sosej roll semalam..tau le perasaan yang gundah macammana kan?langsung tak terfikir macam mana nak turunkan cincau tu..dah tuang dalam loyang terus akak simpan dalam esbok..tu yang cincau tu dok bahagian atas je tu..tapi memang sedap puding ni tau..akak ambik resepi dari rumah Izah daut sebab senang Izah dah salin dari dapur Nor..terima kaseh pada adik2 berdua ni..


Puding Tembikai
by
anymz mykitchen
source:IzahDaut


Bahan2

1 pkt agar2 12gm
3 kpg roti (buang kulit)
4 1/2 cawan air
6 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau

Cara-Cara:

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.



Sosej Roll



Assalamualaikum semua

Buat roti ni walau ada BM pun kena ada mood jugak kan?..Hati akak ni gundah gelana sebenarnya..Tu yang roti tu tak menjadi roll nya..(alasan ke hape ni)
Anak dara akak dapat tawaran buat makeup video dgn sebuah pusat kecantikan jenama terkenal.Ayahnya tidak memberi izin sedangkan dia teringin sangat nak pergi.konon nak jadi model muslimah...tapi maknya teringin sangat anak dara tu mendengar kata ayahnya.serba salah betul akak di buatnya..mmmmmm...makin pressure lah maknya ini di buatnya....Tulun...Tulun...



Sosej Roll
by
anymz mykitchen
Source:CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 g mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
14 batang sosej "Ayamas"
Bijan untuk hiasan




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2)
  2. UNTUK SOSEJ ROLL :- Celur sekejap sosej, tos, sejukkan dan lap kering. Tumbuk doh untuk membuang udara, bagi doh pada 14 bahagian. Ambil satu bahagian, tarik sikit dan lilit pada sosej, tapi pastikan hujung dan pangkal sosei tidak tertutup. Lilit dengan kaedah menindih dan hujung doh diselitkan bawah lilitan, tujuan untuk mengelakkan dok terbuka bila kembang nanti. Susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit, sapu baki telur dan tabur dengan bijan. Bakar 25 minit pada suhu 190C dalam oven yang telah dipanaskan hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan..

dalam susah hati pun ngap gak roti ni..