Tuesday, 19 July 2011

Muffin Yogurt

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah baru kini akak dapat post entri..
Adik akak masih menunggu keputusan dari pihak hospital..
InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar..
Beliau menitipkan pesan dengan ucapan terima kaseh pada semua yang sudi mendoakan kesihatannya.Tempoh setahun yang di ramalkan oleh pihak Dr telah lama berlalu..

Akak juga ingin mengucapkan ribuan terima kaseh yang tidak terhingga buat teman2 di sini.Ada yang sudah mengenali diri akak dan ada yang hanya berjumpa di alam maya ni saja atau sesekali bertegur sapa di fb..Semoga doa kawan2 semua di aminkan oleh para malaikat dan di makbulkan olehNYA yang maha berkuasa.

Hari ni akak ada masa sikit untuk membaking.Mengenangkan yogurt yang bakal expired dua tiga hari ni,akak pun apa lagi terus je buat mapin ni buat bekal utk berbuka nanti.Resepi akak ambik dari ratu mapin Puan IjahDaut.
Alhamdulillah anak akak Zamir akan menyambung pelajaran dlm bidang mekanikal eng di UTHM pada bulan Sept ini nanti.Masa buat matrik tu hari zamir selalu minta akak mendoakan dia 'susah betul matrik ni mak,'katanya.
Akak takut terus bernazar andai zamir terpilih mak akan berpuasa selama 3 hari tanda kesyukuran akak pada Allah swt.Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar...insyaAllah...




MUFFIN YOGURT
by
anymz mykitchen


sumber dan terjemahan: izahdaut

menghasilkan 10 biji muffin


120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry




Caranya:


1. Panaskan oven ke 180C

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.



versi yang sudah di vogelkan.
Bangah kata kenapa mak buat sikit???
Sedaaaaaaaaap..

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.


Monday, 18 July 2011

Mohon Doa dari kalian



Assalamualaikum semua..Hari ni akak nak berkongsi cerita dan mengharapkan doa dari kawan2 semua akan kesejahteraan kesihatan adik akak yang di atas.Ceria kan orangnya..?

Ini gambar yang terbaru.

Di lahirkan pada 31 ogos 1967 dan berumur 44 tahun sekarang ni..Dia adalah pesakit barah payudara dan sedang dalam proses penyembuhan..mempunyai enam orang anak.Yang sulong baru 16 tahun manakala yang bongsu sudah berumur 7 tahun.Beliau di isytiharkan mengidap barah ni kira-kira lima tahun yang lalu dan sudah pun menjalani pembedahan.
InsyaALLAH hari ni dia akan membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengumumkan yang dia bebas 100% dari kuman tersebut..
Harap kawan2 akak di sini dan juga bagi sesiapa yang membuka blog akak ni mendoakan kesihatannya ya...


*oh ya! Dia lah penyumbang BM akak tu..senang akak den nak buek roti utk den katanya...hahaha..(sompek ko nak buek lawak lai)..



Sunday, 17 July 2011

Rendang Ayam Berdaun Puding

Assalamualaikum

Entah kenapa dekat2 nak masuk bulan ramadhan ni tekak ni berselera je nak makan rendang.Semalam, Ainul dan ayahnya berpuasa sunat nisfu syaaban.Macam sehati sejiwa pulak, sebaik akak masak je rendang ainul pun bersuara..mak ni macam tau2 je ainul nak makan rendang..
Sebenarnya pada akak rendang lah salah satu menu yang paling suka akak buat.tak banyak kerja..Ada satu lauk ni aje, sudah cukup bagi anak2..Biasa kalau agak2 akak akan menyibukkan diri,rendang lah yang akak akan buat..kalau perlu anak2 cuma tambah telur yang di goreng sendiri bila tengok maknya tiada di rumah..tak banyak kerenah..alhamdulillah bersyukur dapat anak yang tidak cerewet tentang makanan.Lauk tempoyak tu pilihan mak pak dan rendang ni untuk anak2..Diorang belum pandai makan ikan darat ni lagi..maknya pun baru2 ni je pandai..hehehe
Oh ya!hampir terlupa nak bagi tau,pernah dengar daun puding?..Daun puding ni biasa di tanam di laman rumah..Sebenarnya ini pun first time akak makan daun puding.Selalu tengok di laman rumah2 kampung kat tempat akak ni.Rupa2nya ada jenis yang boleh di makan.Akak beli daun ni di pasar tani pagi tadi.Biasa rendang orang negori bewarna hitam dan sudah pastinya daun ni bila di rendang akan menjadi garing tapi hari ni ,rendang akak tak berapa nak hitam.En somi teringin nak makan rendang yang sedikit basah..



Rendang Ayam Berdaun Puding
by
anymz mykitchen

Bahan2

1/2 ekor ayam-bersihkan dan potong kecil
segenggam cili padi-di kisar-kurangkan jika tak suka pedas
8 ulas bawang merah-di hiris-jika lebih pun takpe
6 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris
3 batang serai-di hiris
2 sudu besar rempah kari daging
santan dari 2 biji kelapa
sedikit serbuk kunyit-kurang lebih 1 sudu kecil
garam secukup rasa



Cara

Masukkan ayam di dalam kuali
Masukkan bahan2 yang di hiris
Masukkan juga cili padi yang di kisar,rempah dan garam
Kacau dan gaul sebati hingga air ayam kering.
Masukkan santan dan gaul sebentar.
Keluarkan ayam dan ketepikan.Ini untuk mengelakkan ayam tu hancur
Santan di kacau hingga mendidih
Bila santan sudah mengeluarkan minyak masukkan ayam dan kacau lagi hingga sebati
Rasakan garam dan masukkan daun puding
Kacau hingga kuah mengeluarkan buih menandakan santan sudah mengeluarkan minyak
Jika suka rendang hitam biarkan dan kacau sehingga serdak berasa garing.Ambil sedikit sesudu dan rasa dengan tangan.Jika sudah garing serdaknya boleh lah di tutup api.
Tapi jika suka rendang basah boleh lah di angkat sebaik rendang tu mengeluarkan minyak..


*Biasa kalau di Negeri Sembilan kami merendang menggunakan ayam kampung atau ayam telur/pencen..Kalau ayam daging yang biasa tu kami buat rendang basah je..Susah nak buat rendang tu jadi hitam sebab daging ayam akan hancur.


Ini lah rupa daun puding.

Saturday, 16 July 2011

Donut Sira Sambal-Hasue Akak dah Buat

Assalamualaikum

Tergoda dengan donut sambal di rumah hasue dan setelah di goda oleh Hasue masa di fb akak pun terus jadi teringin nak menyambalkan donut hasil idea roti mayo yang di donutkan oleh Mas@Duniaku..mmm...tekak akak masih lagi selesa dengan donut manis yang sudah biasa kita makan tu..Namun untuk mencari kelainan dan bila terasa jemu makan manis2 donut sambal ini sangat sesuai..Rasa dia macam kita makan burger Malaysia tu lah cuma tak ada timun je..
Saranan akak ini suatu kelainan dalam resepi dan harus di cuba oleh semua orang..
Akak ikut Mas,donut akak guna resepi Roti mayo.
Ops..En Somi kata...kalau ikan buat sambal kering2 macam ni pun mesti sedap kan?..issshhhhh...


Donut Sira Sambal
by
anymz mykitchen
Source:Hasue
Resepi:Noorsha



Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
1/2 labu bawang besar-hasue tambah
Garam secukup rasa- hasue tambah

10 -15 biji Donut yang telah digoreng

Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba :)

Sebaiknya selepas disira,terus jer angkat donut tu dan buh atas pinggan ye, kalau tak ia akan sedikit melekat kalau masih kat kuali selepas beberapa jam.

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum

Petang2 ni kita tayang lauk pulak ya..Teragak pulak nak berbuka dengan lauk pauk kampung hari ni.Akak dapat ikan patin ni dari jiran terdekat..

Kak Nim.....Ooooooo...Kak Nim...se ado ikan patin ni,akak nak tak?

...huiiihhh ko jiiiiiiii...mana boleh tak nak.bagai pucuk di cita ulam mendatang.. berdezup si uji sampai ke rumah akak sebaik akak kata mauuuuuuuu..
Apa lagi akak pun buatlah masak tempoyak ala2 Temerloh tu..
Masa masak tadi akak tak sukat jadi cuma letak bahan2 dan cara masak je di sini.
Tak ada bawang di sini..sebab mengikut gaya tradisi masak tempoyak yang asli tiada penggunaan bawang.Itu menurut kata mak IzahDaut...betul tak Jah???..oooooo lupa pulak Ijahdaut takde...kekekeke



Ikan Patin Masak Tempoyak
by
anymz mykitchen

Bahan

2 ekor ikan patin saiz sedang-di bersihkan dgn air limau dan garam
2 batang serai-di titik
25 tangkai cili padi di tumbuk lumat-tak tahan pedas kurangkan ya
2 senduk tempoyak
sedikit serbuk kunyit
2 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan-akak guna dua sbb kecik
Air-agak2 menenggelamkan ikan
garam
gula

Cara

Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ikan
Dah mendidih masukkan ikan dan rasa asam dan garamnya..
Sila tambah mana yang perlu ya.

Friday, 15 July 2011

Kubis Cina Gulung Keju

Assalamualaikum semua

Ada yang berpuasa ke tu???...Maklum esok nisfu syaaban,mungkin ada yang berpuasa hari ni sebab nak gandingkan dengan esok hari sabtu..
Okaylah akak buat menu kakpah ni semalam untuk buat berbuka.Akak tak makan nasi sebab rasa2nya berat badan ni sudah mula naik semula.semenjak dua menjak ni.
Bila akak dah start mengecis itu lah habuan yang akak dapat.Terasa2 berat je nak bawak badan.Meh tengok resepi.Ingatkan anak2 tak suka,alhamdulillah diorang ni buat apa aje semua diorang try.apatah lagi resepi ni ada mozarella cheese,lagi lah sedap diorang makan..


Kubis Cina Gulung Keju
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan
2 ketul dada ayam dibuang tulangnya.
1 biji bawang besar didadu.
1/2 batang carrot dihiris memanjang
Beberapa batang kacang buncis dipotong dua.
1/2 biji tomato didadu
sedikit capsicum hijau didadu
5 helai kubis cina yang agak lebar (didihkan air dan rebus sebentar supaya batang kubis lembut)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil gula
2 sudu besar butter
mozarella cheese
Stok ayam (kalau tak ada, 1 cube ayam campur dengan secawan air)


Cara

Ayam dan bawang diblender kasar. Bubuh sedikit air. Sedikit saja. Masukkan dalam bekas dan bubuh sedikit garam. Masukkan tomato dan capsicum. Bubuh tepung jagung dan gaul rata. Ketepikan.

Panaskan butter dalam kuali. Masukkan tepung. Kacau hingga berbuih. Masukkan stok ayam sedikit demi sedikit sambil dikacau. Sekiranya terlalu pekat, tambah sedikit air. Masukkan tomato puree. Masukkan gula dan rasakan garam. Bila kuah pekat, padamkan api. Ketepikan.

Ambil sehelai kubis cina. Bentang dan letak dua sudu besar adunan ayam.


Langkah-langkah seterusnya boleh view kat dapur Ibundo tu ya..mahap puan tanah kedaung ada projek nak buat.


Penuh dengan cheese


Eh!Kenapa terang sangat gambar ni ek?Akak takde edit2 pun?










Thursday, 14 July 2011

Talam Sekoteng

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua

Baru malam ni akak dapat bersiaran kembali.
Pagi tadi agak sibuk sedikit dengan anak2 mengadakan hari kantin dan acara majlis penyampaian hadiah di sekolah.
Malam ni kita jamu mata dengan talam sekoteng yang akak ambik resepi dari rumah Yatie.
Asal usul resepi dari Chef Asma tapi hasil sekodeng Yatie dari rumah AlongRoz dan Kak Am dapat lah kita panjang2 kan di sini pula.Akak menggunakan sekoteng hasil hadiah orang Penang yang datang berkunjung ke Telapak akak baru2 ini..menurut beliau sekoteng amat mudah di dapati di Melaka,.Banyak katanya..owhhhh!..Akak belum merayau lagi ke sana.Kalau ada pasti akak beli dan jadi supplier sekoteng pulak lepas ni..muhahaha...

Talam Sekoteng
by
anymz mykitchen
Source:Yatie



LAPISAN BAWAH * Guna Loyang 10x10x2 @3
  • 50g sekoteng (rebus & toskan)
  • (Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink, itu kata Chef Asma)* yatie guna 50gm cha cha, rebus hingga empuk dan toskan
(*)
  • 150g tepung beras
  • 250ml santan pekat
  • 450ml air
  • 1tbsp Tepung Hoen Kwee (putih)
  • 150g gula castor
  • 1tsp garam
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api
  2. Masukkan sekoteng/cha cha (yg telah direbus tadi) dan kacau rata
  3. Tuang ke dlm loyang & kukus selama 25 minit
LAPISAN ATAS
  • 150g tepung gandum
  • 300g gula halus
  • 5/3/2 biji telur (saya guna 3biji telur)
  • 250ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1/2 tsp garam
  • 1 ½ tsp perisa rose
  • pewarna pink
CARANYA
  1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap
  2. Tuangkan ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit

Bicara kosong di Pagi Khamis

Assalamualaikum

Sayur Campur
by
anymz mykitchen

Tak tau lah samada lauk ni pernah di postkan atau tidak.Dok tersimpan lama sgt dlm draft tak berdelete..Kalau pernah akak minta maaf lah ya..Dah puas cari kat ruangan yang sudah di publish tapi tak ada pun lauk sayur ni..
Yang benarnya akak nak cuba resizekan balik pic.nak bagi besor punya.tapi tengok cam sama je kan?..Akak tetap mengatakan akak perlu lensa yang baru untuk gambar2 masakan akak..

Tunggu belanjawan bulan Okt nanti kata en somi..Eh!belanjawan negara ada kena mengena ke dengan belanjawan rumahtangga..Adaaaaaaaa...katanya ,..sambil tuuuuuuuuu...muncungnya menunjukkan ke arah Zamir dan Farah yang insyaAllah akan melanjutkan pelajaran mereka ke tingkat yang lebih tinggi pada bulan September ini nanti..Zamir sudah selesai peringkat matrikulasi manakala Farah sudah selesai peringkat Diploma..

Seorang ibu di sini sentiasa berdoa untuk kejayaan anak2nya..


*eh!takde resepi????jawapnya takde untuk pagi ni sebab itu masak sayur campur kalau siapa tak tau masak sayur kita pok montot dia saploh kali..hehe

Wednesday, 13 July 2011

Donut Sosej

Assalamualikum

Akak masih lagi seronok dengan dapur Ibundo yang mempunyai menu yang sedap dan gambar yang cantik2 di situ. (KakPah memang terror ambik gambar).Siap gi kursus lagi tu..
Simpan resepi donut sosej versi kakpah ni sebaik beliau postkan di dapur nya beberapa minggu sudah,baru petang semalam akak berkesempatan membuatnya.
Kita boleh dapat banyak donut dengan satu doh resepi kakPah ni dan kita boleh pelbagaikan dengan macam2 versi seperti donut atau piza..percaya lah donut ni memang lembut..Ini di akui oleh anak2 bujang akak yang sedikit cerewet tentang donut.pastinya mereka mahukan yang lembut dan gebu saja.



Donut Sosej
by
anymz mykitchen

Bahan:A

300 g tepung high protein
200 g tepung gandum
80 g castor sugar
5 g garam
20 g susu tepung
1 peket(11 g) instant yeast

B
230 ml air,1 telur grade B

C
40 g shortening

D
sosej
1 biji telur untuk sapuan
100 g breadcrumbs


1. Satukan bahan A dalam mangkuk. Gaul rata speed slow.
2. Masukkan B dan pukul high speed. Masukkan C. Pukul sehingga dough menjadi lembut
.3. Tutup mangkuk dengan cling wrap selama 20 minit atau sehingga saiz menjadi dua kali ganda.
4. Tumbuk dough untuk keluarkan angin. Bahagikan dough seberat 70 g setiap satu.
5. Untuk setiap bahagian, gelek dengan tangan supaya ia menjadi satu strip memanjang. Lilit di sekeliling sosej. Celup ke dalam telur dan golekkan ke dalam pinggan berisi breadcrumbs.
6. Biarkan dalam dulang selama 20 minit lagi. Kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakan api perlahan.

*Cara akak,masukkan semua ke dalam BM dan teruskan dengan langkah ke empat.


huiiihh...debabnya donut akak tu kan?.




Sekiranya ingin membuat donat biasa, keluarkan bahan D. Ambil dough dan gelek lebih kurang setebal 1 cm. Terap dengan penerap donat. Biarkan dalam dulang selama 20 minit dan kemudian goreng dalam minyak tenggelam menggunakana api perlahan. Keluarkan apabila kekuningan dan tabur dengan gula castor atau boleh saja di celup dengan coklat yang dicairkan


Roti John

Assalamualaikum


Akak buat roti john untuk sarapan anak2 sebelum ke sekolah pagi tadi.Resepi akak ambik dari rumah hana yang sudah sekian lama mendiamkan diri tu..Resepi ni pun sudah lama sangat dok dalam draft..Bila akak selongkar oldest post yang akak save dlm draft tu terpacul le resepi roti john ni..kekeke..
Simpan lama2 pun takpe janji kita buat kan?Horey!Sudah berjaya mengurangkan 1 resepi dalam draft tu.Sedap dan lebih nikmat memakannya apabila kita buat sendiri..


Roti John
by
anymz mykitchen


Bahan-bahan
  • 150g daging cincang
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil-akak x letak-akak tambah kobis yang di hiris halus2
  • garam
  • 2 biji telur
  • daun sup - cincang halus
  • minyak@butter
  • Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
  • Sos Cili@Tomato dan mayonis




Cara-cara
  • Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
  • Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
  • Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
  • Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.

Tuesday, 12 July 2011

Kueh Sagu/Bronok

Assalamualikum

Masih dalam mood nak menghidangkan menu2 berbuka puasa.Nanti bila dah tiba bulan posa kita tukar menu nak raya pulak ya?.hahaha
Seperti selalu,lazim akak buat kuih sagu ni main taram je..ada gula,ada sagu kacau2 kira jadi tapi kali ni untuk sukatan yang betul akak ambik dari buku resepi kak chef hanieliza.Di sini akak tepekkan resepi buat panduan dan rujukan anak2,anak2 buah dan semua yang meninjau ke dapur akak ni..


Kuih Sagu/Bronok/Sagu Delima
by
anymz mykitchen
Source:Buku Kuih-Muih Minum Petang
kak Chef Hanieliza

Bahan-bahan

1 cawan sagu biji
3 cawan air-lain kali akak nak letak 2-2 1/2 cawan
1 cawan gula
1 sudu kecil pewarna merah
1 helai daun pandan-simpulkan

Bahan B

1/2 biji kelapa parut muda dan sedikit garam-gaulkan


cara

Sagu biji di bersihkan,kemudian rendam sebentar dan di toskan.
Masakkan air,gula dan daun pandan hingga mendidih.Buangkan daun pandan.
Masukkan sagu serta pewarna merah.Kacau hingga sagu kembang.
Apabila sagu kembang,angkat dan masukkan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk,potong dan gaulkan dengan kelapa parut muda yang di gaulkan dengan garam
Sedia di hidangkan.


Mini Piza Telur

Assalamualaikum semua

Masuk entri berceloteh sikit lebih kurang akak pun angkat kaki jalan.Nak kena hantar anak dara ke bank.Dia nak kena buat buku.Bekerja sementara aje,kecohnya mengalahkan orang yang sudah bekerja tetap..Takpelah kan.Dah nak masuk gaji 15hb ni.nak kena cepat.so akak chow dulu.
Seperti biasa resepi akak ambik dari Dapur Ibundo..Buat ni sebagai sarapan pagi tadi tak sempat nak keluarkan mix vege (sebenarnya terlupa)..Guna je apa yg ada depan mata.

Tapi akak punya tak leper cam kakPah.Cam Egg Banjo pun ada akak tengok..mmm tak kisahlah kan??..
.Kalau nak tengok kejadian sebenar sila lah bertandang ke dapur Kak Pah tu ya..Cantik-cantik kejadian piza ni di situ.KakPah!....'sorry yo se copy paste yo balik resepi akak ni.ni boto2 fast and simple..nanti se belanjo akak makan tempoyak'...hehe


Piza Mini Telur
by
anymz mykitchen




Bahan:
Roti Arab-akak guna roti bulat burger ready made
Butter
Telur
Ajishio black pepper
Mayonis
Sos cili
Mix vege

Cara:
Mula-mula roti arab dipotong bulat.


Tepinya jangan dibuang. Boleh cicah dengan sup atau kari.
Kemudian roti yang telah dipotong, disapu dengan sedikit butter dan biarkan sekejap di atas kuali leper dengan api kecil. Angkat dn ketepikan.

Masukkan acuan ke dalam kuali leper. Letak sedikit butter dan pec
ahkan sebiji telur. Kacau-kacau sedikit supaya kuning telur pecah. Letak sedikit serbuk lada hitam.

Taburkan mix veges di permukaan telur. Picitkan mayonis da
n sos cili. Biarkan sebentar.

Apabila tepi telur sudah mula mengeras, tanggalkan acuan.
Sapu permukaan roti tadi dengan sedikit mayonis dan letakkan telur yang sudah siap di atasnya.
Lakukan sehingga habis.
Letak mini piza telur yang telah siap di atas dulang pembakar. Tabur dengan mozarella cheese. Dan bakar ikut keadaan suhu oven masing-masing sebentar saja sehingga cheese
cair.


ni versi tak buang tepi.akak punya..meh makan

Nota:
Boleh juga gunakan roti sandwich. Tak guna roti dan nak makan macam itu saja pun sedap juga

Monday, 11 July 2011

Onde-onde/Gula Melaka

Assalamualaikum

Testing...Testing....
Sesekali kita buat kuih muih tradisional camni best gak kan?.Buat kuih ni sebagai hidangan pencuci mulut selepas berbuka tadi..Ngap..ngap..tak sedar entah berapa biji dah akak telan..
Testing buat ni sebelum ketibaan ramadhan ,beberapa minggu je lagi.
Tak sabar menanti ketibaannya,semoga kita semua di panjangkan umur dan di pertemukan dengan bulan yang mulia ini.InsyaAllah..dah selalu buat tapi main campak2 aje tak pernah nak sukat maka nya malam ini akak salin resepi dari buku kak chef hanieliza.
Terima Kaseh kak,kita kongsikan resepi nya di sini ya sebagai rujukan anak2 dan saudara mara di masa akan datang..



onde-onde
by
anymz mykitchen
Source:buku kuih muih minum petang
kak chef hanieliza

Bahan-bahan

2 cawan beras pulut
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan)
2 ketul gula melaka (di potong dadu kecil)
1/2 biji kelapa muda parut ( diambil bahagian putih sahaja)
Garam secukup rasa


cara

Bancuh tepung pulut,tepung gandum dan garam dengan jus pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh di gentel.
Ambil sebesar ibu jari dan leperkan
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula.
Bentukkan seperti bebola.
Panaskan air hingga mendidih.Masukkan bebola pulut tadi.
Apabila kuih timbul,boleh di angkat dan toskan ke dalam tapisan.
Golekkan kuih dengan kelapa parut yang bercampur dengan garam dan hidangkan.

sila lah ambil sorang satu..

Lemang Dan Rendang Untuk Orang Penang.

Assalamualikum

Selain dari mi kari nyonya semalam akak juga menjamu tetamu dari Penang tu dengan lemang dan rendang..Ala lemang tu akak beli je..Kat tempat akak ni memang ada satu tempat tu menjual lemang sepanjang tahun..Tempat terletak berdekatan dengan rumah ibu blogger Naz.Kadang2 diorang jual rendang sekali..tapi rendang daging ni akak buat sendiri la.

Rendang daging
by
anymykitchen

bahan2

1 1/2 kg daging - di potong dadu sebesar buah limau kasturi
6 biji kelapa atau kalau kita guna santan segar,kita perlukan
1 kg-11/2 santan segar
12 ulas bawang merah-di hiris
6 ulas bawang putih-di hiris
sedikit halia-di hiris dan di racik halus
6 batang serai-di hiris dan di racik halus
kalau suka boleh letak sedikit lengkuas tapi akak tak letak
3 sudu besar cili api yang telah di kisar
5 sudu besar dili kering yang telah di kisar
1 paket kecil rempah rendang/rempah kari daging
2 sudu besar serbuk kunyit atau
2 sudu besar kunyit hidup yang di kisar halus
garam secukup rasa

cara.

bersihkan daging.toskan
masukan daging dan bahan2 yang telah di hiris ke dalam kuali
masukan jugak rempah,cili api dan cili kering.
kecutkan daging atau jerang daging di dalam kuali di atas api hingga keluar semua air daging
masukan santan dan garam
kacau rata hingga santan mengeluarkan minyak
rasakan garam
kecilkan api dan rendang lah daging hingga minyak santan berbuih bagi menandakan yang minyak santan telah betul2 kering dan garing
dah siap dan sedia untuk di hidangkan

* Akak tidak menggunakan jintan2 di sini sebab di dalam rempah rendang tu telah tersedia semua bahan.Rempah rendang akak beli home made buatan jiran akak di sini.

Lemang ni walau pun di beli tapi rasa dia memang sedap dan berlemak


Makan lemang dengan rendang.
Rasa macam nak raya pulak.


Mi Kari Nyonya

Assalamualaikum semua

Seperti biasa hari minggu macam ni memang banyak aktiviti di luar..Ada juga yang mengadakan majlis perkahwinan .Akak ke majlis jam 12 tadi,balik rumah jam 1.30pm terus bersilat di dapur sebab nak menyambut kedatangan tetamu dari Penang nun..Jauh betul depa berjalan.Makan angin sakan hangpa no..Janji semalam diorang sampai sini sebelah petang jadi akak ajak diorang minum petang je di rumah akak..ada dua tiga hidangan sebagai mengalas perut..Harap2 tetamu kenyang perut dan puas hati.Kami banyak bersembang dari makan..Terima Kaseh ya atas buahtangan mu itu..Memang dah ada dalam wish list akak ,..tiba2 ia ada di depan mata..semoga kalian di murahkan rezeki dan semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.InsyaAllah...
Okay mi kari versi nyonya ni akak memang dah selalu buat tapi kali ni saja akak buat versi Ibundo dari Dapur Ibundo sebab nak ajak kawan2 semua bertandang ke rumah makcik guru besar tadika Aulad .Akak memang salute betul kat makcik sorang ni..Walau sibuk dgn tadika,cucu dan anak2 beliau masih berkesempatan menunjukkan skil memasak yang tahap international nya itu..muhaha... (kakPah nanti belanjo se eskrim goreng yo..murah yo.)

Mi Kari Nyonya
by
anymz mykitchen
Source:Dapur Ibundo

Bahan:
Mee (mihun pun boleh)
Untuk kuah:
santan daripada 1 biji kelapa
3 sudu besar rempah kari (boleh bubuh lebih kalau suka lebih rasa kari)
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sepotong halia anggaran setebal 1 inci *
sepotong lengkuas kurangkan sedikit daripada halia *
5 biji buah keras *
10 tangkai cili kering direndam terlebih dahulu *
Sebesar ibu jari belacan *
2 batang serai dihiris *
1 kuntum bunga kantan dibelah empat
2 tangkai daun kesum
beberapa ketul ayam dipotong kecil
10 ekor udang sederhana besar dibuang kepala
meatballs ikut suka berapa banyak
1 ketul stok ayam kalau suka

pelengkap:
sayur sawi dipotong dan dicelur
taugeh dicelur
telur rebus
bawang goreng
sambal kosong atau pun sambal belacan

1. Blender semua bahan yang bertanda *. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan yang diblender. Masukkan rempah kari. Kacau hingga masak. Masukkan ayam. Bila ayam sudah sebati dengan penumis, masukkan udang dan meatballs.
2. Tambah santan. Bila mendidih, masukkan bunga kantan,daun kesum dan stok ayam. Masak sehingga kuah agak pekat. Masak.
3. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan pelengkap. Bubuh kuah.