Saturday, 15 May 2010

Award pertama saya


Ini adalah award pertama yg saya dapat dari aeinisugar.Terima kasih..tapi pro ke saya.??
anyhow mekaseh ya aeini..sama2 kita berkongsi rahsia dan rasa dalam dunia masakan ni.

Mrs Infinity,hamsini,anep,mizadgreat,fiey,my life my world,chik mimi,salam dari borneo,miss dilla,irdina2010,Aina,aeini omar,plainjane,layla yuki,izah

Sekali tgk apa la punya panjang nama org ni daa..dua kali tgk eh nama org tu sama dgn nama saya..hehe rupa2nya saya sudah di tag dan di laser oleh adammummy.mulanya tak mau buat tapi memandangkan kita baru nak menjalinkan persabahatan so saya layan je la.syok juga jawap soklan2 cheggini kan.kan,,

.

Rules
It’s harder than it’s looks….
Copy to your own notes….
Erase my answers…..
Enter yours and tag twenty (20) people…..
Use the first letter of your name to answer each of the following questions……
They have to be real…..
Nothing made up….
If the person before u had the same first initial, u must use different answers…..
You cannot use any word twice…..
You can’t use your name for the boy/girl name question…..

Letter M
~ What is your name ~ mr naz
~ A four letter word ~ must
~ A boy’s name ~ muthu
~ A girl’s name ~meenachi
~ An Occupation ~ mandor
~ A color ~ merah
~ Something u wear ~ maxi
~ A food ~ mee goreng
~ Something found in the bathroom ~ mustache shaver
~ A place ~ machap
~ A reason for being late ~ me ada hal
~ Something u shout ~ mak tak suka
~ A movie title ~ musang berjanggut
~ Something u drink ~ milk shake
~ A musical group ~ m2m
~ An animal ~ mouse
~ A street name ~ meranti road
~ A type of car ~ mazda

nama2 yang dah di sebut kat atas tu,sila la buat benda yang sama ya.tag ler mana2 yang mau di tagged.
sorry la adamummy acik lambat buat kerja la,manyak sibuk lately nih...hehe..



Siput Sedut masam manis

Ini lauk tengahari tadi.malas nak ke pasar tani hari sabtu.lagi pun mggu lepas dah berbelanja besar.minggu ni kena relax sikit.kena pandai urus badget bila jadi menteri kewangan ni beb.hehe.saya jumpa resepi ni dari buku kak hanieliza.biasanya siput ni saya gulai je.rasanya memang sedap.sesuai utk anak2 yg tak tahan pedas tu..


bahan2

500 gram siput sedut
1 labu bawang besar(di hiris)
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
2 biji cili merah(di hiris)
3 ulas bawang merah (di hiris)
2 ulas bawang putih (di ketuk)
1/2 sudu kecil gula 2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa.
dan saya tambah 2 sudu besar cili kisar

cara

potong belakang siput(saya gunting je) dan bersihkan.kemudian toskan
panaskan minyak.saya masukn cili kisar dulu.masukn cili merah,bawang merah,bawang putih hingga layu.
masukkan air,sos tomato dan sos cili.birkan mendidih.masukkan siput dan kacau rata.masakkan selama 10 minit.
Tutup api dan taburkan hirisan daun bawang.
sedia di hidangkan

Donut Suria

Tadi buat donut lagi.kali ni pi selongkar dapur dak hana.C&P je.ya amponn hana.tapi yg ni pong sedap gak.cuba lah.tengok tu gulanya byk tul sang hubby suka.hari ni je boleh.lain kali tak mau byk gula hah...






DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A

* 3 cawan tepung gandum
* 3 sudu besar susu tepung
* 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
* 3 sudu besar gula caster
* ** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi

Bahan B

* 200ml air suam
* 2 sudu teh instant yeast
* => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.

Kaedah penyediaan

* Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
* Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
* Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
* Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
* Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Friday, 14 May 2010

Roti Naik

N3 yg lepas saya pernah keluarkan roti naik ni tapi,kali ni saya buat letak sedikit pewarna kuning.mulanya ingat tak payah keluarkan resepi,tapi kosong je pulak.tak lawa ,so saya C&P je lah..




400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong - saya ikut mat gune tpg gandum je!
250 ml air - saya ikot hana gune susu segar+ air skit
50 g susu tepung - saya guna susu pekat
3/4 camca teh bread improver
180 g gula perang (brown sugar) - saya ltk 120g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. Kaedah lain: Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.









You might also like:
roti jala dn kuah durian

Donut Domestica


Bahan-bahan

* 300ml air suam (saya tuang sikit sikit)
* 80g atau 1/3 cup melted butter
* 2 eggs
* 1 1/2 tsp salt
* 3 tbsp sugar
* 600g/4cups bread flour (*akak tambah sikit dlm 20 gm)
* 2 tsp yeast

Cara-Cara
  1. Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting: Dough.
  2. Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).
  3. Satukan bread flour, salt and sugar.Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter.
  4. Pastu tuang yeast.Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam
  5. Uli setebal 1cm... tekan dgn acuan donut.
  6. Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.bolehlah letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..saya suka cinnamon ngan castor sugar je.

=> Saya uli doh guna tangan je, setelah sebati biarkan doh naik selama 30 minit, lepastu uli lagi dan bahagikan pada 20/25 bahagian...biarkan naik lagi selama 40 minit...bila nak goreng, barulah saya lubangkan di tengah2nya..)


Resepi ni saya ambik dari yatie.yatie pulak ambik dari dapur kak ummi.senang cerita saya copy dan paste.jerk..ya amponn semua.halalkan ya.coklat lebih raya tu hari byk dok termenung dlm ice box tu jd hari ni semua dah saya leburkan sapu atas donut ni.badam tu pun lebih raya.eh elok lagi.sila lah ambik sorang satu...

Rendang Ayam Berempah


mari2 hari ni kita terlebih rajin auww.teringin makan rendang pulak.hubby bawak balik itik.masuk ice box lupa nak keluarkan pg2 tadi.yg sempat cekau ayam ni je la..cekau kat pasar.hehe.rendang ni versi org malas cam saya.kalau nak cepat,cam ini le rupanya.janji anak2 dan hubby puas hati.dan pinggan licin hingga menjilat jari.kan..kan..


bahan2
1 ekor ayam
20 tangkai cili kering di kisar
15 tngkai cili api dikisar-kalo taknak pedas kurangkan
1 sb halia yg telah di kisar
8 ulas bwg merah dikisar
3 ulas bwg putih di kisar
1 sk lengkuas yg telah di kisar kalo suka.
3 sb rempah kari daging
2 sb kerisik.-tak letak pun takpe
2 tangki serai di titik
4 sb minyak masak
santan dari 3 biji kelapa
garam secukup rasa

cara

ayam di bersihkan.toskan airnya
panaskan minyak
tumis bahan2 yg di kisar.
masukn rempah
masukn serai
masukn ayam dan kecilkan api.
gaul rata
dah keluar air ayam,jgn tunggu kering sgt
masukn santan
kacau rata.besarkan api semula dan jaga jgn hangus
rasakan garam
sentiasa kacau hingga kering.dah pastikan ayam masak.tutup api.dan dah boleh di hidangkan

*rendang ada mcm2 versi.nnt saya keluarkan rendang N.sembilan yg asli.bawang nya di hiris.bukan di kisar mcm kat atas.

Thursday, 13 May 2010

bihun kantonis

ini hubby punya


hari tu saya dah janji nak bg resepi bihun kantonis.bihun ni baru je kami selesaikan. ngap terus dlm perut.


bahan2 yg di perlukan

1 paket bihun
4 ketul daging ayam tanpa tulang- di hiris halus
15 ekor udang- buang kepala dan ekor,belah belakang
2 keping fishcake -di potong
1 ikat sawi muda- kerat 4
6 atau 7 helai sawi panjang- di kerat2
5 ulas bawang putih- di cincang halus
3 sb sos tiram
kiub ayam
1 liter air
2 sb tepung jagung di bancuh dgn 1 cawan air
2 butir telur-di kocak2
1 sudu besar lada sulah/lada hitam


cara

keluarkan bihun.masuk dlm mangkuk besar dan di gunting dua.ketepikan.jgn kena air
panaskan 5 sb minyak
tumis bawang putih
masukn daging ayam
masukkan 1 liter air/1 kole
masukn udang
masukn sos tiram
masukn kiub ayam
masukn air tpg jagung
masukn sayur
masukn telur yg telah di kocak2.
masukn lada sulah/lada hitam

(spt biasa saya tak letak garam kalau dah letak sos tiram dan kiub)

dah mendidih kecilkan api.
dalam kuali lain
panaskan minyak yg banyak kerana bihun akan di goreng cara deep fry.
ambil bihun keluarkan sekeping demi sekeping.kemudian di gunting dua,terus di goreng sampai jadi kerinting,mcm kita goreng utk makan dgn soto tu.

angkat bihun letak dlm pinggan dan terus curahkan kuah tadi keatasnya.hidang dgn lada api potong atau jeruk cili hijau..


ini saya punya

Sup Tulang

sup tulang ni saya buat tadi.sebenarnya dah seminggu tulang daging dok dlm peti ais.hari ini baru sempat masak.tulang ni dari daging lembu.

bahan2

1 kg tulang (daging)
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
semua bahan di atas di hiris
rempah sup jadikan pes
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga dan
bunga cengkih
daun bawang dan daun sup
ubi kentang/lobak merah

cara

rebus tulang hingga empuk
dalam kuali yg berasingan
tumis bahan2 yg di hiris
masukkan bunga lawang
kulit kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
bila dah naik bau masukkan pes rempah sup
curahkan bahan2 tumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi
rasakan garam
masukkan ubi kentang dan lobak jika suka



ikan jaket ni sebenarnya saya sumbat belakang dgn sambal belacan.makan dgn sup tulang tadi.abaikan aje la ya.hangus sikit.lain kali saya bg resepi

Egg Paratha Rolls again

Saya tau saya pernah published n3 ni tapi masa tu saya agak tak puas hati sbb pic tak cantik.kali ni dapat snap dekat sikit.takde la blurr sgt2.resepi masih resepi yg sama.saya paste je..terlebih 'rajin' hehe..egg paratha rolls ni saya buat pg tadi utk saya dan hubby.takde cicah apa2 pun.anak2 yg sek nak makan nasi.ayam masak merah smlm ada belen 2 ketul.cukup la utk diorang tu.anak2 mmg sejak dari dulu ambik heavy breakfast.pasal tu ler kalo bg duit blanje pun tak luak.dpt menabung lg.alhamdulillah..






Sumber Resipi : Kak Ummi ( Home Sweet Home )
Bahan :-
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • 5 keping frozen plain paratha (saya guna jenama Kawan) - hari ni saya guna 2 kpg jerk
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha - saya ikut maz,guna butter
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)

Cara-Cara:-

1.Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
3.Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
4.Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
5.Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam











Wednesday, 12 May 2010

Samosa

Alahai tak suka betul saya snap2 gambar guna camera hp ni jer.kita snap pic masa makanan sdg panas,pic jadi berkabus cam kat genting highland tu hah.camera DSLR anak saya rosak plak.untuk sementara layan je lah pic2 yg blurr ni dulu ya.da lama dah rosak..kali ni kita makan samosa pulak.kita buat ptg tadi.


samosa

bahan A

kulit popia secukupnya
2 sudu besar tpg gandum
(di bancuh dgn 3 sudu besar air)
sebagai gam kulit popia
minyak bagi menggoreng


cara

potong kulit popia.letakkan inti di hujung kulit popia dan lipatkan supaya menjadi segitiga
gamkan setiap lapisan kulit dgn bancuhan tepong.
goreng hingga kuning keemasan
hidangkan dgn sos cili



bahan2 inti


200 gm daging(saya guna daging cincang tu je)
2 biji kentang
1 labu bawang besar di potong dadu
1 batang lobak merah di potong dadu
1 sudu besar rempah kari
2 biji cili merah(di cincang)-saya tak letak
daun sup,daun bawang
garam secukupnya
myk utk menggoreng

cara

panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu
masukn daging kisar dankacau rata.
masukn rempah kari dan kacau lg.
masukn kentang,lobak merah,cili merah dan garam.masakkan hingga kentang dan lobaklembut dan kering.
tutup api dan taburkan daun sup dan bawang.
kacau rata dan sejukkan.

resepi ikhsan dari buku chef hanieliza.kuih muih minuman petang.





ayam masak merah

ayam masak merah



bahan2

1/2 ekor ayam
2 senduk cili kering yg sudah di kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 batang serai
sedikit lengkuas
1/2 cawan santan atau susu cair
3 sudu besar tomato sos
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula


cara

ayam di gaul dgn garam dan kunyit.goreng spt biasa.jgn terlalu masak
dah separuh masak.angkat dan ketepikan
bawang besar,putih,halia,serai dan lengkuas di kisar bersama
tumis cili yg telah di kisar
masukn bawang yg telah di kisar bersama halia,serai,lengkuas
setelah naik bau dan mendidih,masuk santan atau susu cair
masukn tomato sos,garam dan gula
masukn ayam,gaulkan bersama dan biarkan mendidih
rasakan masin dan manis dan masam tomato

ayam masak merah ni enak di makan dgn nasi minyak


setelah siap masak hiaskan dgn buah tomato dan kacang pis yg dlm tin.

Nasi goreng cina

nasi goreng cina

hari ni kami tinggal berempat je.tgk nasi sejuk smlm cukup2 utk kami 4 org,so saya decide buat nasi goreng je lah pagi ini.anak2 yg 2 org tu ada ko kurikulum,.ini sarapan feveret diorang.


bahan2

nasi 1 mangkuk
10 ekor udang/1 mangkuk kecil isi ayam/sotong
4 ulas bwg putih di titik
1 sudu kecil lada hitam.lada sulah pun boleh
mixed vege
1 butir telur
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar minyak masak


cara2

panaskan minyak.
tumis bawang putih.gunakan api sederhana
masukn udang.
masukn kiub
pecahkan telur dan hancurkan dlm kuali
masukn nasi
masukn lada hitam/sulah/putih
kacau rata dan masukn sos tiram
akhir sekali masuk mixed vege dan daun bawang dan daun sup jika suka

*lagi sekali saya tak letak garam sbb sos tiram dan kiub tu dah cukup masin bg saya.
















Tuesday, 11 May 2010

Popia isi ketam

Resepi ni saya cilok dari buku chef kak hanieliza.tgk semua bahan ada dlm ice box tu.jadi terlebih tul rajin nya saya hari ini


bahan2 A

kulit popia secukupnya
minyak utk menggoreng
2 sudu besar tepung gandum
(di bancuh dgn 3 sudu besar air sbg gam kulit popia)

bahan2 B (inti)

16 btg isi ketam-saya guna 20 btg
1 batang lobak merah
(di sagat ataupun di potong halus)
1 mangkuk sengkuang
(di sagat ataupun di potong halus)
1 pokok daun bawang
masa ni saya tak letak.dah terlupa



cara membuat

kulit popia di lerai dan di letakn ke dalam pinggan
letak isi ketam,lobak merah,sengkuang dan daun bawang di atas kulit popia.
lipatkan spt membuat kuih gulung.gamkan dgn bancuhan tpg gandum dan air.

panaskan minyak yg banyak dan goreng popia dgn api yg sederhana.
balikkan popia supaya masak rata
apabila nampak kuning keemasan,angkat dan toskan minyak
hidangkan dgn cili sos.

*kuah rojak saya ada lebih jadi saya guna sos yg itu aje.kalau sesiapa nak resepi kuah rojak tu sila link kat sini

Monday, 10 May 2010

masak lemak udang campur rebung

masak lemak udang campur rebung

Ini adalah masakan dan makanan feveret saya,rebung ni kebetulan saya dapat yg very2 the muda one.menjilat jari gitu..tauuu.makan pulak dgn ikan kembung goreng.ada pulak ulam2an perghhh...jeles siot abg saya yg dok nilai tu kalo baca nih...yeehaa.ha.ha.
aiik melencong plak resepinya mana?ok2..here goes


bahan2
udang 1/2 kg
rebung muda-1 peket.(dalam rm 2)
lada api 15 ulas..jgn byk.
gulai rebung tak sedap pedas2.lada api di tumbuk dgn kunyit hidup atau di mesin
2 biji kelapa mesin-jadikan 1 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair.
serai

cara
udang di buang kepala dan ekornya
gaulkan udang,rebung dan lada api mesin dlm periuk
masukn serai yg di titik
kecutkan sekejap utk buang air rebung.
masukn santan cair dan garam
dah elok mendidih,masukn santan pekat,
didihkan sebentar dan tutup api.
terlalu mudah bukan???





Gulai daging salai campur bacang


gulai daging salai campur bacang
bahan2

daging 1kg-di gaul garam dan kunyit dan di salai atas bara hingga kering.
kes saya,saya beli dah siap di salai
segenggam lada api di tumbuk dgn kunyit hidup
santan dari 2 biji kelapa.
jadikan santan pekat 1 cawan.
santan cair 2 cawan
serai
bacang atau pucuk ubi atau belimbing buloh atau kalo semua takde.ubi kentang pun boleh.
kes saya,saya masak dgn bacang semalam

cara.

mula2 rebus daging hingga empuk
dah empuk gaulkan dgn lada api yg dah di tumbuk dan serai
masukn santan cair
dah mendidih masukn bacang yg dah di potong
masukn juga santan pekat.
rasakan garam

*masakan ni makin lama makin sedap.

Sunday, 9 May 2010

Rojak istimewa ciptaan nenda

Hah..hari ni saya nak bagi satu resepi istimewa ciptaan nenda saya.ROJAK.rojak ni amat terkenal di tempat saya.tapi yg tau membuatnya hanya arwah nenda,arwah mak saya dan yg terkini telah di turunkan ilmu itu kepada saya.kalau korang makan rojak tu kat sini kalau org lain yg buat,maknanya diorang tu telah menciplak rojak ni dari saya atau pun dari arwah mak.



rojak istimewa ciptaan nenda



bahan2

udang kecil 1/2 kg(yg warna putih tu)
tepung beras
1 btg timun1/2 biji sengkuang
tauge-rm 1
tauhu putih-5 keping

bahan kuah

tomato sos brand kimball
cili kering-rm1
bwg putih-5 ulas
bwg kecil-3 ulas
gula
garam
3 cawan air
air panas


cara

bersihkan udang.cuma buang janggutnya je.
bancuh tepung beras dgn air dan garam macam kita nak buat goreng pisang tu.jgn pekat sgt dan jgn cair sgt
masuk udang kemudian goreng lebar2.
jgn terlalu tebal nnt tak garing kueh udang ni
tauhu juga di goreng
ketepikan
potong timun,nak cara hirirsan atau potong empat.mana2 pun boleh
sengkuang juga di potong mengikut cara timun
tauge di siram dgn air panas je





inilah rupa kueh udang nya

cara nak buat kuah
cili kering di gunting.keluarkan biji
kemudian di kisar bersama kedua2 bwg bersama air panas.
keluarkan.
dalam mangkuk gaulkan cili kisar bersama garam dan gula dan sedikit air panas.
campurkan sos tomato kimball anggaran 1/2 botol
lebihkan garam dulu,kemudian rasanya hendaklah ada manis,masam,dan masin


di tempat saya,sering menerima tempahan utk membuat kuahnya.kerana kuah ini juga enak di makan bersama tauhu sumbat dan popia



*setengah orang ada juga yg suka campurkan dgn tempe goreng.rojak ini sedap di makan bersama nasi dan juga di ratah begitu saja.
oh ya maaf sbb tak nampak sayur tauge dan timun dlm gambar ni.

Nasi Goreng ikan sardin

nasi goreng ikan sardin

bahan2

1 tin kecil ikan sardin
1 genggam cili api
5 ulas bwg putih
1 kiub ikan bilis/ayam
1 butir telur
minyak utk menggoreng
1 mangkuk sedang nasi sejuk

cara
kisar cili api dgn bwg putih dgn mesin pengering atau kalau rajin tumbuk le
keluarkan ikan sardin,asingkan dari kuahnya.
tumbuk ikan sardin.
panaskan minyak.
tumis ikan sardin dan cili api tu sekali sbb takut cili tu hangus.jgn besar sgt api tu.
masukn kiub.kalau suka tambahlah sedikit garam.kes saya,saya masuk 1 sudu kecil garam sbb
sardin tu ada rasa masam sedikit.kalau suka tambah kuah sardin.saya tak masuk
pecahkan telur.kacau2 dan masukn nasi.dah pun siap utk di hidangkan


*utk hiasan atau tambahan,hidangkan sekali hirisan cili padi,telur mata kerbau,timun dan tomato

Saturday, 8 May 2010

Jenjalan sambil makan di jusco


Sepatutnya n3 ni saya masukn dalam my story tapi di sebabkan ada gambar makanan tu so my story tu end up kat my kitchen ni hah.smlm jenjalan di jusco,saja laparkan perot dari rumah,ngengada nak ajak makan kat luar lah tu kan..so apa lagi,sampai jusco cari food court terus je balun.hehe..memula ngap ABC ni dulu



ABC istimewa


kuay teow kantonis

Di lain kali saya akan bg resepi kuay teow ni ya..tak syok la sbb yg ni org buat,nnt kita bg tau.sabar dulu ok.yg ini ada campuran mee hoon,kuay teow dan yee mee.sedap tul.mmmm......

Pelbagai menu


Hari ini agak terlebih sedikit masakan saya,sebagai meraikan zamir yg akan memulakan langkah pertamanya berada di luar langkauan ibubapanya.




ayam goreng berempah


bahan

ayam 1/2 ekor
serai 2 btg
lengkuas besar ibu jari
halia sebesar ibu jari
1 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
semua bahan di atas di blender
serbuk kunyit
garam
daun kari
cara

bersihkan ayam
gaul ayam bersama garam,bahan2 yg di blend
serbuk kunyit dan daun kari
perap dalam anggaran 1 jam

kemudian goreng.

*tips u olls boleh gak gaul aje ayam tu dgn rempah kari daging kalo suka









masak tempoyak pucuk ubi,pucuk labu,daun kunyit,serai,daun mangun.semua bahan dihiris halus dan masak dgn tempoyak,ikan bilis,hirisan serai,bwg kecil,cili api,tempoyak dan santan




asam tumis ikan mambong

sotong masak kicap




sotong masak kicap

bahan
sotong 1/2 kg
2 labu bwg besar
2 biji buah tomato
sedikit daun bawang
lada besar
1 sk lada hitam
kicap

cara
bersihkan sotong.potong 2 atau 3
gaul garam dan serbuk kunyit dan goreng
masuk lada hitam dan kicap
masuk bwg besar yg tlh di hiris bulat2
masuk daun bawang dan tomato dan tutup api

Friday, 7 May 2010

sweet sour ikan siakap

sweet sour ikan siakap


Lauk tengahari tadi..sama jerk cam buat sweet sour ikan kerapu tu.

Nasi goreng kampung

Sarapan pagi saya hari ini ialah memenuhi permintaan si bongsu ainul.nasi goreng kampung.dah lama sebenarnya dia minta buatkan.tapi saya asek tangguhkan sebab dia sendiri mengalami masalah perut.maklum,nasi goreng ni kan memerlukan bahan2 yg boleh tahan pedasnya kan.takut plak kat sek nanti perutnya meragam.



nasi goreng kampung

bahan2

cili api.-ikut suka ya.takut terlebih nnt pedas.saya menggunakan 15 ulas
bawang putih 4 ulas
ikan bilis dua genggam(sy guna ikan bilis yg harga rm30 sekilo)
telur-1 biji
kiub ikan bilis-1
sos tiram
1 mangkuk nasi


cara

mula2 goreng ikan bilis.angkat dan ketepikan
cili api dan bwg putih-di kisar kering atau di tumbuk halus
tumis cili api yg di kisar menggunakan myk menggoreng ikan bilis tadi,dgn api yg kecil
masukn kiub dan telur
goreng cepat2 dan masuk nasi.sekarang boleh besarkan api.
kacau rata
jgn lupa masukn sos tiram
bila nak di hidangkan,tabur ikan bilis goreng,di hiasi dgn timun dan telur goreng


*saya tak letak garam sbb,sos tiram,kiub dan ikan bilis itu sendiri dah cukup perisa garamnya.
boleh juga di tumis dgn sayur sawi.kes saya hari ini saya dah terlupa letak sawi.hehe

Thursday, 6 May 2010

masak lemak siput sedut

Hari ni gi pasar tani dgn anak bujang 2 orang.saya suka gi pasar tani cuma satu je,sbb dpt cari ulam2an.semua lauk2 kg yg saya nak masak semua ada.suka,suka betul hati saya.hari ni anak bujang yg sulong teringin makan siput.beli le 1 paket.sampai aje rumah,buang ekor siput dgn gunting,buang lebih sikit sbb nnt senang nak sedut.cuci bersih2 sbb byk lumpur.ambik masa yg lama gak nak cuci nih.




masak lemak siput



bahan2

1 paket siput.-buang hujungnya.
santan dari 2 biji kelapa atau rm3
cili api segenggam di blender
serai 1 batang di titik
2 ulas bwg kecil
1 asam keping
2 sk kunyit serbuk atau 2 ulas kunyit hidup di blend bersama cili api
2 biji ubi keledek atau 3 tangkai btg keladi


cara2
mula2 masukn keledek bersama cili api,bwg,serai garam,asam keping dan santan.
kacau hingga mendidih jgan sampai pecah myk.rasakan asam garamnya.
dah mendidih dan masak kuah ,masuk siput.
kacau hingga mendidih sekali lg.

*setengah org suka masak dgn keladi,saya tak berapa suka.ada jugak yg masukn daun kunyit.saya tak letak.anak2 tak suka bau daun tu.

Kueh seri muka

seri muka


semalam memang hari yg saya terlebih rajin.lepas aktiviti memasak terus saya rendam pulut utk buat kueh seri muka nih

bahan2
2 cawan pulut di rendam-at least 1 jam
3 cawan santan pekat
sedikit garam
sedikit minyak

bahan2 di atas di gaul rata kemudian di kukus


bahan2 lapisan atas

5 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
3 biji telur
2 cawan gula-nak manis tambah lg
air daun pandan.yg ini u olls agak2 le ya.nak cair ke,nak pekat ke

semua bahan di atas ni saya blend jerk.hehe.pemalas tul saya ni

setelah pulut masak,tuangkan perlahan lapisan atas ni,kemudian kukus semula hingga masak

Egg Paratha Rolls

Semalam hari Rabu.biasanya pada hari ini ice box saya dah hampir nak kering.kan saya ke market setiap khamis.(pasar tani),tak tau nak masak apa,on lap top(wah.skang ni bagus,takde idea on laptop.wacha gitu) pi godek2 dapur maz kat ilham dapur tu hah..

dapat idea,buat kari ikan sardin,sbb saya ada idea lain pastu.


kari ikan sardin

bahan2

1 tin ikan sardin
2 cawan santan
4 ulas bwg merah di hiris
2 ulas bwg putih di hiris
sedikit halia di hiris
1 cawan air asam jawa
2 kuntum bunga lawang
3sb rempah kari ikan
2 sb cili kering blend
ubi kentang,tomato dan cili hijau utk hiasan

cara
tumis bahan hirisan dan bung lawang
bila dah naik bau,masuk cili blend(saya suka pedas)
di ikuti dgn rempah kari(kalo x suka bau kari kurangkan ya)bila dah naik bau masukn air asam
di ikuti dgn santan,dah mendidih masukn ubi kentang,rasakan garam
masukn ikan
akhir sekali di hiasi dgn tomato dan lada hijau






egg paratha roll

minta maap ya maz,saya copy dan paste aje resepi nih.maleh pulak nak menyalin.

Sumber Resipi : Kak Ummi ( Home Sweet Home )
Bahan :-
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • 5 keping frozen plain paratha (saya guna jenama Kawan) -
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha - saya ikut maz,guna butter
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja) - saya makan dgn kari sardin

Cara-Cara:-

1.Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
2.Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
3.Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
4.Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
5.Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam


egg paratha roll yg ini,hubby saya makan sampai habis

Wednesday, 5 May 2010

bihun kosong

selamat pagi rabu semua..hah!hari ni saya nak bagi satu resepi yg paling cincai yg saya pernah buat tapi di gemari oleh sang hubby dan anak2.bihun kosong atau bihun gondol namanya.bihun ni sesuai di makan waktu pagi iaitu masa sarapan lah.masa ni korang sibuk kan.apa2pun mlm2 sebelum tido tu gi dapur pi rendam bihun dulu.

bihun


bahan2

bihun-1 peket.kalo famili tak ramai 1/2 peket pun cukup
bawang putih-5 ulas.yg kecik je
kicap manis
kicap pekat
sos tiram
myk bijan
1 kiub ikan bilis
1 kiub ayam
sawi yg muda lg bagus-1 ikat.
air 2 cawan
2 sb serbuk lada hitam

cara
panaskan minyak
tumis bwg putih
dah naik bau,masukn air
masuk kiub,semua kicap, dan sos tiram
biarkan mendidih
masuk sawi atau sayur2an lain kalo suka
masukn bihun dan sedikit myk bijan
dah pun siap dan ia sedap di makan dgn cili cam kat bawah nih..


*dalam kes saya ni,kicap pekat tak ada.tu yg sedikit pucat.warna yg sebenarnya agak gelap.
lg satu pic ni takde sawi.sayur dlm ice box dah abis.yg ada cuma tomato tu jek.
garam pun takde sbb kiub dgn sos tiram tu da masin


cili api berkicap

Tuesday, 4 May 2010

simple breakfast utk org malas mcm saya

This is just a very simple breakfast yg korang bole buat masa baru2 lepas kawin..hai kalo yg ni takleh buat mmg lah kamu ni pemalas tullah..haha..tp baked beans tu saya suka tumis dulu bersama bwg besar yg di potong dadu dan juga hirisan tebal cili hijau.


korang tau tak 26 thn yg lalu nak goreng telur mcm ni pun saya tak tau.sbb apa tau.saya tak suka kuning telur yg tak masak mcm tu.tp ini feveret hubby.kdg2 sampai menangis sbb saya betul2 tak tau mcm mana nak wat kuning telur tu cair.masa tu saya dok tmpt orang.tak tau mcm mana nak beli non stick pan.

Monday, 3 May 2010

sambal telur

Tak ada idea nak masak apa ptg ni ek.?jgn risau.tp pikir dulu kat rumah ada telur tak?tu je kena ada.balik jgn salin baju dulu,terus rebus telur dulu.tak kisahlah nak rebus brape biji.tapi menu saya hari ini utk 4 biji telur jek.





bahan2

4 biji telur
cili kering sengenggam
1 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
1 sb udang kering
semua bahan di atas di kisar.tak halus pun tak apa.nak cepat kan
minyak
garam
gula

cara2
mula2 kupas le kulit telur tu
panaskan myk
goreng telur tu dgn api perlahan.bila dah nampak kaler coklat sikit kat telur tu,angkat le
kemudian dgn myk yg sedia ada,(jgn la byk sgt myk,melampau tu) tumis lah bahan2 yg telah di kisar
bila dah naik bau masuk bwg besar utk hiasan,tomato pun boleh juga.
rasakan garam dan gulanya.
dah pun siap utk di hidangkan.


cepatan panggil hubby utk mangan dong.sementara nasinya masih panas nih.

Sunday, 2 May 2010

sarapan pagi hari ahad

nasi lemak


nasi lemak ni saya tak sertakan resepinya sbb tersangatlah letihnya hari ini..cuma nak bg tau.nasi lemak ni saya tak gunakan santan yg biasa sbb saya gunakan santan kotak.kira ok jugak rasanya.tak berlemak jadi tak mengantuk..hehaa

Lari dari kitchen kejap

Hati gembira mendapat surat darimu
sudah lama ku menunggu berita mu sayang


haha pernah dengar lagu ni tak???
lagu lama wo dari dato'kak pah aini
saya pun tak tau ,n3 tu jek yg saya tau, yg lain haram pun tak tau


lagu ni ditujukan khas utk blogger otai yg saya tggu2 bg mad gebu tu..amboi bila dia dah jenguk dan jadi follower terus lemah lantas kau ku panggil abang..yehaaaa.jgn marah ya cik mad gurau aje nih..
ucapan terima kasih tak terhingga saya hadiahkan buat ben ashaari kerana dgn jasa baik dia,saya jd begitu bersemangat utk aktif semula.mmg lauk pauk yg saya hidangkan ini dtg dari idea saya setakat ini yg di tujukan khas utk pasangan yg baru bernikah dan bekerjaya sbb tu masakan saya tak byk hiasan.



akhir kata,terima kasih pd semua follower..mekasih ben,mekasih cik mad gebu dari dapur tanpa sempadan.

sweet sour ikan kerapu lagi...


sweet sour ikan kerapu




sebenarnya masakan ni dr n3 saya yg lepas.ada yg mintak resepi dan bertanya kenapa resepinya tak di sertakan.minta maap lah byk2 kdg2 tu terlupa atau pun tak ingat.sama aje le tu ek..hehe....so here goes the recipe.it is really a very simple dish actually.


bahan2

2 ekor ikan kerapu yg size sedang2 je.suka hati nak potong ke idak..-kes saya,saya potong kecik2 chenggini
1 labu bwg besar utk hiasan
3 ulas bwg putih di tumbuk dgn2 2 ulas bwg kecil
sedkit cili blend
sos cili
sos tomato
gula
garam

cara2
ikan di lumur dgn kunyit serbuk dan garam kemudian goreng cam goreng ikan biasa
dah masa angkat dan ketepikan
tumis bwg tumbuk.masukn 2 sb cili blend
dah naik bau masukn sos tomato dan sos cili.
kalo suka masukn sedikit sos tiram
tak masukn pun takpe..tak dosa pun
terus masukn garam dan gula
dah cukup perisa gaulkan ikan ke dlm sos nih
perisakan masakan ni dgn rasa2 masam,masin dan manis
hias dgn buah tomato,bwg besar dan juga daun bwg,
tadaaa dah siap..yg ada anak2 sdg membesar tu mmg suka lauk ni.kalo diorang tak makan pedas cukup dgn kedua2 sos tu aje.tak payah letak cili blend

Saturday, 1 May 2010

menu tghari 1 may 2010

santan kotak jek.konon2 nak kurangkan kolestrol



kari ayam



atauhu sumbat.tauge tak ada dah abis wat mi td.tinggal timun je.itu pun farah letak ciput jek sbb dia nak simpan utk nasi lemak esok pg





sos tauhu sumbat


korang layan je la gambar2 kat atas nih.sepatutnya hari cuti semakin rajin.aku terbalik jd semakin malas plak.guna santan kotak tu bukan apanya.hari ni cuti jd kedai yg jual santan laku plak kul 10 pg dah sold out.guna je la santan kotak ni.elok gak.dpt kurangkan kolestrol.pastu buat kari ayam tu bukan apanya.sbb plan nak wap roti jala ptg ni.


mi goreng


mi goreng


bukak ice box jumpa mi..mmm apa nak buat utk b/fast pg ni ya.goreng je lah mi nih

bahan2

1 bungkus mi 1/2 kg tu (cukup le tu utk aku 4 beranak)
sedikit udang
2 keping fish cake
1 ikat sawi
tauge 30 sen cukup lacili kering di blend dgn 4 ulas bwg putih dan 1/2 labu bwg besar
1 kiub ikan bilis
sos tiram
kicap manis

saya tak letak garam sbb kiub dan sos tiram tu da masin

takmo2, kena pantang masin2 nih





cara2

mula2 tumis cili blend tu.
dah wangi masukn udang dan fishcake dan sedikit air
kemudian masukn kiub dan semua sos
apabila dah mendidih masukn sawi dan mi.gaul mesra
bila dah masak,tutup api dan masuk tauge.