Thursday 6 May 2010

Kueh seri muka

seri muka


semalam memang hari yg saya terlebih rajin.lepas aktiviti memasak terus saya rendam pulut utk buat kueh seri muka nih

bahan2
2 cawan pulut di rendam-at least 1 jam
3 cawan santan pekat
sedikit garam
sedikit minyak

bahan2 di atas di gaul rata kemudian di kukus


bahan2 lapisan atas

5 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
3 biji telur
2 cawan gula-nak manis tambah lg
air daun pandan.yg ini u olls agak2 le ya.nak cair ke,nak pekat ke

semua bahan di atas ni saya blend jerk.hehe.pemalas tul saya ni

setelah pulut masak,tuangkan perlahan lapisan atas ni,kemudian kukus semula hingga masak

No comments: