Monday, 31 May 2010

Gulai nenas dgn ikan sepat masin



Haisshh...kalau hubby tau saya masak nih,berdesing telinga kita dengar dia berleter....
takpe2...hari ni mr hubby out stesen.saya bedal nenas tu je.ikan masin saya bg kengkawan semua ya.....nah..bukak mulut ...ermm...ambik lah...
hari ni saya masak lebur semua sekali.sebab nenas nya ada setengah biji je.ikan masin tu saya ada 4 ekor.kecik2 je pulak tu.

bahan2

4 ekor ikan sepat masin/ikan kurau
1/2 biji nenas.
Rm2 santan segar(santan dah siap)
2 sudu besar cili api kisar
3 cawan air
1 batang serai dititik

cara

nenas dan ikan potong ikut suka
masukan dalam periuk
masukan serai
didihkan dalam 3 minit
masukan cili api santan dan air
jerang hingga mendidih
rasa,kalau kurang garam baru tambah.
saya tak letak garam kerana ikan tu dah masin.
gulai ini hendak sentiasa di kacau supaya tidak makan minyak
dah masak sedia untuk di hidangkan




kicap sotong ni saja buat jamu mata.ni lauk untuk anak2 hari ni

2 comments:

SufatihaNur said...

salam kak anymz...nape hubby berleter..sedap tu gulai ikan masin....

anymz said...

Mrs Infinity:sebab akak ada penyakit darah tinggi.dah dua kali warded.last nov,di serang strok..hehe..degil kan