Sunday, 16 May 2010

Puding sagu gula melaka

Lepas lunch terus hidangkan puding ni.saya C&P je dari dapur Little Parlour..
mintak ampun ya lady,ambik tak mintak ijin nih.sedap ni..saya buat tak pakai pewarna.terus guna sagu putih tu je




Bahan-bahan:-
2 cawan sagu(nak cantik pakai sagu berwarna)
1 tin susu cair
1 cawan gula melaka(gula merah pun boleh)
Cara-cara:
  1. Rendam sagu lebih kurang 20 minit. Kemudian masak sagu dengan air sampai sagu kembang, likat dan kental. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti ais.
  2. Gula melaka/gula merah tu bancuh dengan secawan setengah air panas untuk dijadikan air gula yang agak pekat.
  3. Bila nak hidangkan just terbalikkan sagu tadi ke dalam mangkuk, tuang susu cair dan gula melaka





TIPS: Lagi satu version, kalau tak nak pakai susu cair, boleh pakai santan. Masak santan pekat dengan secubit garam dan daun pandan, sentiasa kacau tapi jangan sampai pecah minyak. Sebijik rasa macam cendol. :-D

2 comments:

Lady of Leisure said...

wah berselera tengok puding sagu ni petang2, cantik letak dalam mangkuk mcm tu terus nampak macam cendol hehe....

anymz said...

lady of leisure:tapi sedey la.snap guna hp..bila la camera tu nak masuk hosp..huhu