Tuesday, 18 May 2010

Sardin gulung

Hujan2 ni sedap makan sesuatu yg pedas2 kan.tapi yg ada dlm rumah 1 tin sardin.maleh nak keluar so saya decide gulung je sardin dalam roti ni hah.sedap gak.resepi sumbangan kak hanieliza.




bahan A

10 keping roti sandwic biasa
3 biji telur
1 cawan serbuk roti
sedikit garam
minyak bagi menggoreng

bahan B

1 tin sardin kecil
2 biji limau kasturi(di ambil jusnya)
1 biji cili merah(di cincang)
1 labu bawang besar(di cincang)

cara membuat

masukkan inti ke dalam kuali dan hancurkan dengan garfu
masakkan hingga agak kering
sapukan inti di atas roti dan di gulungkan.
gamkan dengan sedikit telur yg di pukul.
celupkan roti ke dalam telur yang di pukul dengan sedikit garam
golekkan gulungan roti di atas serbuk roti
gorengkan ke dalam minyak hingga kuning keemasan.
angkat dan toskan.
hidangkan dgn sos cili.


*bagi mendapatkan hasil yg lebih baik,roti perlu di leperkan supaya mudah menggulungnya.

3 comments:

izahdaut said...

kak anim..sempoi sadin gulung ni..sedap ni..mmg saya suke.tapi sebuk roti lak tak de..huhu

anymz said...

takde serbuk roti tu pun takpe izah.celup telur terus goreng.tapi 1st time akak cicah sos.sedap betul.

fazilzura said...

aduhhh , dh ler lapa huhuhu