Saturday, 15 May 2010

Siput Sedut masam manis

Ini lauk tengahari tadi.malas nak ke pasar tani hari sabtu.lagi pun mggu lepas dah berbelanja besar.minggu ni kena relax sikit.kena pandai urus badget bila jadi menteri kewangan ni beb.hehe.saya jumpa resepi ni dari buku kak hanieliza.biasanya siput ni saya gulai je.rasanya memang sedap.sesuai utk anak2 yg tak tahan pedas tu..


bahan2

500 gram siput sedut
1 labu bawang besar(di hiris)
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
2 biji cili merah(di hiris)
3 ulas bawang merah (di hiris)
2 ulas bawang putih (di ketuk)
1/2 sudu kecil gula 2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa.
dan saya tambah 2 sudu besar cili kisar

cara

potong belakang siput(saya gunting je) dan bersihkan.kemudian toskan
panaskan minyak.saya masukn cili kisar dulu.masukn cili merah,bawang merah,bawang putih hingga layu.
masukkan air,sos tomato dan sos cili.birkan mendidih.masukkan siput dan kacau rata.masakkan selama 10 minit.
Tutup api dan taburkan hirisan daun bawang.
sedia di hidangkan

1 comment:

ain said...

salam.. jom singgah amik award pro memasak.. hehehe jgn lupa tau..